Wednesday, February 22, 2012

urus wang..urus hutang..


emmm..satu tajuk dimana ct membaca akhbar utusan malaysia bertarikh 23 feb 2012. keseluruhan artikel meminati diri ct untuk membaca dan berkongsi dengan kawan kawan diluar. emmmm...

bila berbicara mengenai kekayaan duniawi, peristiwa yang menimpa Qarum dan harta kekayaannya wajar dijadikan iktibar bagi setiap umat islam termasuk diri ct dan pasangan.

seandainya kita mempraktikan pesanan ibnu umar : " berkerjalah untuk duniamu seolah olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya,dan berkerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." kata kata ini selalu tertanam pada diri ct untuk memperbetulkan kesilapan dan dosa ct pada masa lepas atau akan datang. alhamdulillah...ct masih dijalan yang lurus. dan ct berharap agar ianya berterusan sampai akhir hayat ct.

mak abah kita atau orang lebih tua sentiasa berpesan kepada kita sewaktu kita kecil sehingga dewasa dan sehingga kita berumah tangga. " menabung sebahagian jumlah duit belanje atau duit pinjaman pengajaian atau pun duit gaji..dengan harapan ia boleh digunakan apabila ditimpa kesesakan atau untuk tujuan yang bermanfaat." Pesanan ini jugalah dititipkan kepada anak anak dan generasi hadapan.

kalau difikirkan dan direnungkan...kehidupan kita dari lahir sehinggalah dikebumikan, semuanya berkehendaki kepada wang atau duit.

Amat penting untuk kita memiliki perancangan kewangan yang baik, berbelanja dengan bijak dan berhemah agar ia menjamin kestabilan dalam mengharungi kehidupan seharian yang tidak pernah lekang dengan pelbagai pancaroba, khasnya yang berkaitan dengan kedudukan ekonomi.

Islam memberikan garis panduan yang jelas mengenai bagaimana seharusnya menguruskan wang. ia sebagai dijelaskan dalam firman allah SWT yang bermaksud : janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang yang bermegah (al-Qasar: 76).

Pada surah yang sama ayat 79 hingga 80 bermaksud : kemudian qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasan. (Pada saat itu) berkatalah orang orang yang semata mata ingin kesenangan kehidupan dunia : " alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti didapati oleh Qarun! sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik." Dan berkata pula orang orang yang diberi ilmu (diantara mereka): janganlah kamu berkata demikian, pahala dari ALLAH lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh.

Kemahiran menguruskan kewangan bagi ct tak susah mana. Cuma untuk kita mendisplinkan diri tu agak sukar. sebenarnya kalau diikutkan pada setiap bulan kita dah buat pengurusan awal. tapi...bila dah ada duit atas tangan. lain jadinya. jadi bagi ct untuk keselamatan awal..better kalau kita keluarkan sebahagian duit yang kita nak simpan,disimpankan dalam ASB atau simpanan yang kurang kita keluarkan. tapi bak kata orang...ikut hati dan ikut kehendak masing masing.

kalau ikutkan kemahiran kewangan ni merupakan salah satu kemahiran wajib untuk kita fahami dan amat penting. Dengan ilmu berkenaan, ia membolehkan seseorang itu mengoptimumkan pendapatan bagi tujuan tabungan serta memenuhi keperluan hidup.

Tanpa kemahiran tersebut, ramai yang merasakan pendapatan bulanan mereka tidak mencukupi, lebih menyedihkan ada yang tertunggu tunggu hari gaji dan meminjam sana sini sementara menunggu cukup bulan. Dan bila cukup bulan..gaji kita perlu dibayar pinjaman yang telah dibuat. macam mana kita nak hidup kalau gaji yang ditunggu kena membayar hutang yang dipinjam. itu kalau mana yang reti membayar balik. kalau tak reti..semakin lama semakin banyak. bila akhirnya ape akan berlaku? siapa susah? bukan diri sendiri?

bagi ct semuanya boleh diselesaikan kalau kita tidak terlalu boros dan mengikut hawa nafsu. sebab hawa nafsu ni menyebabkan kita menjadi kesusahan dimasa akan datang.

jadi mari kita renungkan bersama sama. insyaALLAH segala masalah boleh diatas. kita belum terlambat untuk mengaturkan kembali kewangan kita..kalau benar benar kita boleh mendisplinkan diri. cuma perlu diingat..duit yang kita perolehi perlulah lihat datangnya dari mana. kalau usaha kita dan niat kita untuk mendapatkan duit tersebut untuk kebaikan..maka kita tidak akan hadapi kesulitan.

jom sama sama kita renungkan dan pratiktikan dimasa akan datang.

islam juga mengajar kita mencari punca rezeki ditempat yang baik dan sebagainya, ini akan dapat dilihat dan diredhai olehNYA. maka dengan itu, duit yang kita perolehi akan nampak kemana ianya pergi. insyaALLAH.

New Job..New Position...New friends..

emm...
lama dah ct tak tulis blog. rasanya ada laa beberapa bulan atau tahun. emmm..rindu gak nak menulis. alhamdulillah allah masih mengizinkan ct menulis dan menceritakan ape yang berlaku.

syukur alhamdulillah...
alhamdulillah juga sebab awal bulan tahun 2012 merupakan bulan yang agak bertuah ct. mana taknya. dapat perkejaan baru dan posisi yang amat puas hati. bukan itu saja...gaji pun semakin bertambah dari tempat lama dan yang lebih menyeronokan...sangat sangat dekat dgn umah. cuma orang kata duduk kl kalau tak jem...tak sah. alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. ct pun gembira dengan perkerjaan terkini. harap harap ianya kekal lama. disebabkan tahun ni gak ct nak memulakan kehidupan baru...so better ct bertahan dan berkerja di sini sebaik mungkin.

ct sangat happy dan sangat gembira dengan ape yang ct perolehi sekarang. dan ct berharap allah tak tarik perasaan ini sampai akhir hayat ct.

alhamdulillah juga..semakin meningkat dewasa...semakin banyak cabaran ct tempuhi. dan ct cukup bersyukur sebab ct ditakdirkan berjumpa dengan seseorang yang memahami ct dan juga menerima ct seadanya. satu nama yang tak asing dalam hidup ct. amir idzuan zulkifli. walaupun pelbagai cabaran ditempuhi oleh kami...ct bersyukur. sebab masih kuat dan utuh. malahan ct dapat mengenali sebuah lagi keluarga baru dan kehidupan yang buat masa ni cukup sempuran. dan harapan ct supaya allah tidak menarik apa yang dah ct perolehi.

sekuat kuat wanita...ada kelemahan dia. macam tu juga dengan kehidupan ct. ada tegasnya...ada kuatnya....ada beraninya...tapi ada kelemahannya. emmmm....semakin dekat hari bersejarah ct...semakin ct rasai kewanitaan ct semakin ditonjol dan mula dikeluarkan. emmmm..

moga moga ct boleh menjadi seorang anak,adik,isteri,ibu yang baik di masa akan dunia dan akhirat. insyaALLAH.

Wednesday, April 13, 2011

mereka dan masalah

hai blog. lama ct tak terjah menulis dalam blog ni. akibat kesibukan kerja dan tugasan yang perlu dijalankan. ct terpaksa tinggalkan blog ct ni buat sementara waktu.
biasanya bila ct dah agak free dan tak dapat tido. inilah kerja ct. mengarang apa yang ada dalam benak kepala.
pada yang dah selalu follow blog ct. maybe mereka mengetahui ct bagaimana. bagi mereka yang jarang sekali mengikuti. tak pe....slow slow kayuh. tak bawa g mana pun blog ni. boleh diulang membacanya.

lepas kerja tadi...
ct agak keliru dan tidak tahu arah tuju nak dilakukan. yang ct tau. singgah masjid dan kedai makan untuk berbuka puasa. alhamdulillah...semua dapat dilakukan. cuma sebelum nak berbuka ct berjalan disekitar kawasan kl.

bila melihat gelagat orang kl. kadang kadang buat ct tersenyum dan kadang kadang buat ct terpikir. melihat gelagat mereka yang bermacam ragam. membuatkan ct lebih kenal dunia KL sebenar. walaupun ct ni anak jati KL. tapi.....ct bukan pengemar untuk keluar ke KL. bila perlu dan ada masa terluang baru ct turun.

bila dah melihat keadaan sekeliling. ct membuat ulasan dan kesimpulan dari setiap kehidupan rakyat di kl. ada yang memang rasa seronok tinggal di kota yang penuh sesak dan sentiasa ada orang di tengah tengah kota tidak kira waktu. ada pula....bagaikan tidak sabar untuk berada di kampung halaman. tidak semua orang sama dengan kita. bak kata pepatah. warna rambut sama hitam, tapi hati lain lain.

bila keseorangan....kadang kadang kita dapat menilai diri kita ditahap mana bila berada di sekililing orang ramai.

pelbagai gelagat dan ragam kita dapat lihat. cuma kita tidak tahu dalaman mereka bagaimana.

bila disebut tentang dalaman. ct terpikirkan.. tidak semua orang yang ramah,mesra dan kuat bergaul pandai untuk menceritakan masalah mereka pada orang lain. tidak semua orang yang pendiam,perhatikan orang dan tidak kuat bergaul tidak pandai untuk menceritakan masalah mereka.

kadang kadang kita tidak boleh menyamkan sifat yang kita lihat sama seperti dibelakang mereka. itu yang ct pelajari pada hari ini. tidak semua orang anggap, orang yang ramai kawan boleh menceritakan segalanya dengan mereka dan orang yang kurang kawan tidak menceritakan apa yang dihadapi.

kadang kadang kawan yang ramai bukan seorang pun boleh menjadi pendengar setiap seperti ibu dan bapa kita. tapi mereka sekadar untuk gembira dan berkongsi pendapat. walaupun kadang kala yang ramai kawan itu mempunyai kawan rapat. tapi tak semua boleh mengetahui apa yang tersimpan disebalik ramah mesra mereka.

tambahan yang lebih perlu kita ketahui...tidak semua orang yang ramah mesra,ceria dan pandai berkata kata itu boleh memberitahu kepada orang lain tentang masalah mereka. itu yang kadang kala kita tersasar pandang.

kebiasannya orang seperti ini nampak tenang dan ceria disebabkan mereka percaya....orang yang mendengar luah hati mereka lebih jelas dan lebih arif ape yang dirasai. sebab bagi golongan seperti ini, mereka percaya tuhan itu yang paling berhak untuk kita mengadu nasib dari membebankan orang lain yang sedia ada masalah.

mungkin ramai tidak ketahui....
orang seperti ini adalah orang yang agak mementingkan diri sendiri dan dalam pada masa yang sama orang ini juga tidak mahu membebankan masalah orang lain. dan kadang kala kerana ego dan ketakutan diri. mereka mengaku bahawa mereka berkongsi masalah mereka dengan seseorang. tapi adakah semua ini benar? percaya atau tidak...masih ada lagi orang yang takut dengan menceritakan masalah diri kepada orang lain disebabkan oleh bebanan yang perlu didengari oleh si pendengar. sebab itu....golongan ini kadang kala akan melakukan sebaik mungkin untuk tidak memberitahu secara details apa yang dialaminya. cuma mereka mungkin akan menceritakan perkara secara details dengan parents atau pun kaum keluarga terdekat.

Saturday, January 29, 2011

Janda baik.

hemm....
hari ni hari ke dua ct dok janda baik. kursus di sini. mak aiii....sepanjang ct jejak kaki di sini rasanya tak pulak ct nampak matahari atau merasai kepanasan. mana taknya. sejuk yang amat kot......
dok dekat bukit.....ujung hutan.....hujan yang tak sudah sudah....kalau sudah pun akan gerimis jek. emmmm....

stop....dah kena panggil ke dewan.

hari ke tiga...

emmmm..hari ni last day. dapat on9 sekejap. ni baru jek lepas siapkan presention untuk group. Group panglima lara. satu kumpulan yang mana terdiri daripada 36 orang. wah!!! kelas gitu ct buat power point. tapi sekadar ayat jek arr....yang hat lain biasa jek. weeee~ kalau abang najib group pertama...ct pulak group terakhir. elok sangat laa tue. hehehehhehe...

stop....dah kena presenti dah.

emmmmm...
alahai....disebabkan demam dan kelemahan badan. ct rehat buat sementara waktu. tapi dalam rehat rehat ct pun. sempat lagi buat itu ini dalam apa yang telah diajar. alhamdulillah....semakin hari semakin pulih tenaga dan semakin banyak idea yang datang. cuma orang cakap...bila nak present depan ketua biro tue kena arr berhemah. walaupun ketua biro tue adalah ayah kepada pemuda yang poie sama den. hehehehhe.. tak po tak po. janji keja dijalankan.

2 3 hari ct berehat ni memang satu call pun ct tak layan dari pihak memana. tak larat kot nak jalankan kerja buat masa ni. dengan kepenatan terasa dan demam yang baru jek nak kebah. emmmmm.. tapi tak pe. semangat yang ada membuatkan ct terasa macam nak mulakan semuanye secara segera. tapi bak kata cik abeng....relax...kalau sekarang ni semangat...kang lama2 tak semangat bek tak yah. betul gak. lagi pun buat masa ni ct tak banyak buat ape pun. kalau dah keja nanti. tak tau arr macam mana. emm..

laporan kursus dah nak siap. memang boleh siap pun hari tue. tapi disebabkan ct demam n balik terus rehatkan diri. memang tak arr ct nak terus abiskan. just on fb jap then sambung rehat. itulah ct bila dilanda demam dan keletihan. sian cik abeng......dia ingat ct balik boleh borak puas puas. alih2 masuk kereta dia....senyap n ZzZzZ...tak pakai tui.. sorry ekkk en.amir. saya kepenatan. hehehehehe....so...maybe dalam next week ct akan bermulalah dengan idea idea baru. emmm...insyaALLAH..jika allah benarkan dan izinkan.

buat masa ni...
ct banyak menumpukan perhatian ct pada pencarian kerja yang masih dok dimohon selama beberapa tahun. waaaa....rindu gak nak keja dgn orang balik. selama setahun setengah ct dok keja sendirian berhad. memang syok. rehat dan masa semuanya ditangan ct. tapi bila nengok kewangan...adoiiiii......memang parah. nak2 customer yang tak reti nak membayar on time. memang sakit. tapi bak kata orang arrr...if u have some idea..make it. sebab idea tue yang banyak membantu kita mencari pendapatan. emmmm..so...dalam diam...ct bz juga kadang2. cuma orang cakap...bila ada masa terluang n orang dah bagi tau awal2 memang akan nampak muka ct dimana mana saja. bak kata kawan ct dijanda baik. " Muka bersepah." hahahhahaha..

adehh....
dah hampir 3 hari abis kursus. rasa rindu lak kat kawan2 satu bilik. b1-10. memang mereka the best n sempoi. huhuhuhu. bikin hangat gitu. heheheheh...mereka juga merupakan kawan kawan yang gegila di sana. memang kalau ct pergi mana mana sama ada kursus o prk...memang rezeki ct dapat geng geng yang sekepala n gegila. sorry ekk pada Juru latih dan penjaga kami. kami memang macam ni. nakal. nak nak muka yang skema lagi baik ni dalam diam tak disangka nakal dan ligatnya. itulah ct budak fotographer. memang tak arrr nak jadi skema. budak fotographer a.k.a pereka grafik kena arr gegila n sempoi. kalau tak...tak datang ideanye. weeee~

apa apa pun...
memang seronok bila jumpa dengan kawan kawan baru. nak nak yang sekepala. terbaek punya...
hehehehhehe....hope so apa yang kami perolehi dapat digunakan sebaik mungkin. dan dalam diam ct telah dapat menghasilkan satu lagi blog untuk kegunaan CW. ape CW...hehehehe..nanti tanya tanya laa ct ek. weeee~

agak2 arr...sebenarnya ct ni banyak gak acct ni..
emel jek dah 3.fb jek 4.tweeter 1 ( tu pun tak aktif sangat). blog 4. agak dasyat gak arr macam mana ct boleh handel. tak yah cakap arr..dgn MYS,FS dan YM. arrr...memang budak cyber arr ct ni. emm..tapi alhamdulillah semuanya masih aktif. dan boleh diupdate. emmm..semoga kerja ct ni dapat dijalankan sebaik mungkin. so..pada orang yang rasa2 nak cari budak cyber...boleh arr roger roger ct. ct ni memang suka bab bab cyber ni. kalau nak perang tue...boleh gak arr.cuma perlukan ilmu lebih dalam. hehehehhehe...terbaek punya.

Saturday, January 22, 2011

Bermulanya detik yang.......

hey blog...
lama gak tak menulis blog ni. rindu dan rasa bermacam macam story nak cerita. tapi tak tau mana nak mula. emmmm...

alhamdulillah...
hubungan aku kali ni masih utuh dan kuat. genap 40 hari ct bercinta dgn amir.

amir idzuan...
satu nama dimana dahulu kalanya dia merupakan kawan yang sering diejek dan dibuli oleh diri ct. dalam diam rupanya.....hati kami telah pun bersatu. cuma tuan empunya diri jek tak sedar2. yang sedar bila time nak mengejek dan membuli. itulah yang dirasai oleh diri masing2. sehinggalah satu tahap dimana amir membantu ct dalam keadaan yang amat kritikal ketika itu. membuatkan ct lebih terpegun dgn sikapnya.

bak kata orang....
" jangan dok perli n buli sangat....last2 kang...itu ko punya jap lagi." itulah ayat yang dahulunya ct memangkah. TAK ADA MAKNENYA....tak pernah dek buat orang arr. ayat jek tue. takan jadi laa... dan akhirnya...kata2 yang ct tak percaya sebenarnya itulah yang terjadi. emmm..

bila mengingatkan kembali akan hal kami...ct akan tergelak sendirian. sebab dgn apa cara pun...ct tak pernah menyangka benda ni akan terjadi secara betul.

amir pernah cakap dekat ct...cuba tanpar saya. macam mimpi pun ada...ct pun terpikir benda sama. tapi bila dipikir n dilihat balik. semua ni bukan mimpi.

alhamdulillah....
buat masa ni penerimaan keluarga terhadap kami berdua masih bagus. cuma orang cakap....ct perlu belajar menjadi lebih dewasa dan matang dari segi percakapan dan pergaulan.

dalam tempoh 40 hari ni....
macam macam berlaku. ct sendiri tertewas pada hari ke 39. sebab ct ditimpa pelbagai musibah dan ujian yang agak dasyat. dengan keadaan ct yang kurang sihat dan agak bler.. ct ditimpa pula dengan masalah customer dan kerja. itu yang orang cakap..ada masalah syer bersama. tapi disebabkan ct tak nak amir terbeban dgn pelajaran dia....ct mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. sehinggakan ct menagis dan tidak dapat mengawal ape yang berlaku. akhirnya ct tewas dan amir ketahui semuanya.

pada awalnya...amir agak kecewa dgn sikap ct.
sebab nak atasi masalah seorang diri. tapi bila dia memikirkan balik...dia tau kenapa ct buat semua tu. memang secara seriusnya...ct tak nak membebankan masalah ct dgn dirinya. bagi ct....sukar untuk diri dia nak handel akan masalah yang dihadapi. sedangkan ct yang dah berkerja ni tak punyai ape2 yang nak difikirkan. inikan diri dia. ct hargai sangat2 bila dia sudi membantu dan berkongsi semuanya.

dalam tempoh 40 hari kami declare...
ada saja ujian yang melanda. tapi paling dasyat bila ct sendiri tidak mampu untuk mengawal keadaan seperti hari ke 39. mungkin ini ujian allah kepada hambanya. untuk melihat kemampuan dan kesabaran diri ct dalam menghadapi ujiannya. memang ct insan yang tidak dapat menempuhnya secara seorangan. ct perlukan seseorang yang boleh membantu dan melegakkan. alhamdulillah....amir ada sewaktu ct memerlukan. ct hargai sangat dgn apa amir lakukan. thank awak...

ct berharap bermulanya detik yang berlaku...semuanya membawa pengajaran kepada ct dan amri dalam menempuh onak duri perhubungan. macam pernah ct cakap...masa kita tidak ada siapa siapa..memang tiada pun. tapi bila kita dah ada seseorang disebelah kita. ada pulak orang nak hampiri diri kita.

ini terjadi pada diri ct dan amir.
bila kami dah ada antara satu sama lain....secara automatik....ada pulak yang cuba mendekati kami. kadang2 jeles antara kami agak ketara nampaknye. terutama ct. sian amir kadang kadang. tak pasal2 nengok muka ct monyok. tapi macam tu juga dengan amir.

pernah satu ketika....
amir mendengar perbualan ct dengan seseorang. ct agak risau bila memikirkan hal ni. tapi alhamdulillah....mungkin ini antara ujian yang dihadapi. ct dapat atasinya secara baik dan amir boleh menerimanya sebaik mungkin lepas mendengar akan ape yang diperjawabkan oleh diri ct.

macam ct pernah cakap sebelum ni.
ct tak mampu nak bermain main dibelakang orang yang tersayang. if ct sayang dia...ct akan jaga dia macam ct jaga arwah abah sewaktu hayatnya. kecuali kalau orang yang ct sayang bermain dibelakang ct...ct akan membuat apa yang perlu dia rasai.

sayang ct pada seseorang bukan mainan semata mata..
ct menerimanya bukan kerana harta....
ct menerimanya bukan kerana kesenangan ct...
ct menerimanya bukan kerana wajah...
tapi ct menerimanya kerana harta hatinya...
ct menerimanya kerana kesenangan dia menerima ct...
ct menerimanya kerana iman dan takwanya terhadap agama.

itu seindah cinta yang perlu dinilai. bukan dinilai dari mata kasar..tapi dinilai dari mata halus sendiri. keindahan yang terpancar perlu diperlihatkan sebaik mungkin. jangan menilai orang melalui apa yang ada pada diri mereka. jika mereka boleh berlaku jujur dan setia. kita perlu hargainya. cinta akan dirinya perlu diseimbangkan dgn cinta akan diriNYA. itu perlu.

ct sentiasa duduk dan berdoa kepadaNYA...supaya ct dan amir disatukan dalam keadaan yang baik dan direstui oleh kedua belah pihak. ct tak nak semua ini hanya mimpi kami semata mata. keindahan yang kami ciptakan....kami harap disemadikan secara indah jugak. biar ianya diakhiri di tempat yang sepatutnya. bukan sebaliknya.

sebaik baik manusia adalah manusia yang jujur pada katanya...
sejahat jahat manusia adalah mereka yang menipu pada kata katanya.

itu yang ct pegang dalam hidup ct. apa yang telah ct lakukan..ct harap dapat diperbetulkan dan dimaafi. setiap orang ada melakukan kesalahan. tidak kira sebesar mana...tapi itulah yang kita harapakan dari diriNYA. ct berharap semoga apa yang ct lakukan ini dapat dipertingkatkan amal dan ilmu yang diajari oleh kedua arwah abah dan mak. dan ct mohon restu dari arwah mak dan abah ,serta arwah mama ( mak amir )..merestui hubungan kami. seterusnya kepada kedua belah pihak. ini yang ct inginkan dalam hidup. amin...

Saturday, December 25, 2010

Persamaan dan ion negetif.

fuh!!!
tajuk....baekk punya jek dengari...hahahhahaha...
adeh...kelawakan terasa bila memikirkan ape dia persamaan dan ape dia ion negetif.

macam pasangan len2. macam tue jugak dgn ct dan c dia. kami banyak persamaan. tapi pada masa yang sama ada ion negetifnya. ion negetif ni kalau kata mudah....ketidak sukaan pada diri ct dan ketidak sukaan pada diri dia. tue laa boleh dikatakan.

biar ct cerita persamaan kami.
persamaan kami banyak sebenarnya tanpa disedari. benda ni dah lama ct perhatikan. tapi biasa laa..dulu dulu men tarik tali dengan dia. skang ni tak dah. skang ni main tarik tarik family lak. weeee~ hayat tak ingat...hehehehehhe.

dari kisah family..memang banyak persamaan antara kami berdua. baik dari dalaman sehingga luaran. cuma adik beradik dia sikit berbanding dgn ct. tapi yang penting keluarga kami bahagia. hehehehehehhe. bab family ni tak payah laa ct cerita lebih sangat la. sal biar ianya jadi rahsia antara kami berdua dan family masing2.

dari sikap...
emmmm...memang boleh dikatakan 2 2 degil dan 2 2 jenis yang suka jaga hati orang len. same time kami berdua banyak persamaan daripada sikap dan cara percakapan. cuma ada benda yang kami memerlukan satu sama lain. macam ct pernah cakap kat dia...ada kelemahan ct tapi kekuatan pada diri dia..ada kelemahan dia tapi kekuatan pada diri ct. itu yang membuatkan kami makin akrab dan mesra. dan kami harap benda ni akan kekal hingga akhir hayat kami. amin.....kalau orang kenal kami. orang akan cakap.." cuba laa korang ni pentingkan diri sendiri. jangan dok bek sangat. " sometime kami akan berkeras. tapi itu 100 dalam 1 akan terjadi kot. hehehehhe..itu daripada segi sikap.

dari segi pemakanan.
kami pengemar coklat serta kek coklat berserta aiskrim. best woooooo..... hahahahha. kalau bagi kami coklat atau kek coklat berserta aiskrim...rasanye kami dah tak pandang memana. kami layan benda tue jek. same time kami suka mengunyah ais. hahahahhaha...cuma dia tak nengok lagi ct mengunyah ais. ct just perasan setiap kali g makan dgn dia. dia mesti kunyah ais. hahahahhahaha......ct agak kuat minum n same dgn dia. nak2 kalau air buah yek. memang ct suka air buah. tambahan yang masam dan penuh vitamin. macam dia..dia suka air jus oren. macam ct..ct more pada tembikai laci atau kedondong asam boy. layan.........uishhhh...sedap sih. hehehehhe....but 1 air kegemaran kita orang....air milo o coklat....baekkk punya.. hehehhehe...tue laa antara persamaan kami dalam hidangan. bila sampai ke pizza. kita orang boleh makan...tapi rasanye beli kat kedai kek yang hat rm 2 tue boleh syer 2 kot. hahahhahah.pasal 2 2 dah muak dengan pizza. hahahahahahha. sbb ct dulu 4 5 bulan keja dekat dominos pizza as asst. manager. so.....ape2 keluaran baru atau test makanan. kita laa kena makan. adehhh...sampai untuk menu staff pun pizza. adoiii..tak larat weiii....dia pulak....tak sure arr pulak. tapi yang tau. dia dgn ct agak kurang dengan pizza. so...hot topup kami akan burn macam tue jek if tak gunakan untuk beli pizza dengan harga rm1. hahahahhaha.....

dari segi pembawakan kereta. hehehehe.
lebih kurang sebenarnya. cuma ct ni lagi lasak kot dari dia. tapi bila bab jalan. macam atok dia pernah cakap dekat dia..." ang ni suka membazir minyak arrr. " macam tue jugak dengan ct. bukan membazir minyak. tapi kadang kadang kita tak jangka jalan tue jem ataupun jalan tu lagi jauh sebenarnya. atau mudah cakap....tak tau jalan sangat sebenarnya. main redah jek. dan kami suka explore tempat o jalan baru. heheheheheheheh.

itu persamaan kami. tapi ion negetifnya agak jugak arr. tak sikit dan tak banyak. boleh tahan laaa...heheheheh.

ion negetif kami...

family...
emmmm..tak banyak mana pun. just kehidupan family dia n kehidupan family ct jek arr. cara dia dengan adik beradik...lebih kurang jek macam ct dengan adik beradik. cuma orang cakap...seisi rumah tue berbeza kot. tue jek arr...

dari sikap....
hehehehhehe....ni rasanye ada 1 2 dia lari sikit dari ct. ct ni more pada pok pek pok pek...dia more pada mendengar. ct seorang yang manja tapi lasak...dia pulak seorang yang manja tapi agak lembut. bukan lembut perempuan ct maksudkan. tapi lembut sebagai seorang lelaki. bak kata orang tua tua laa..lelaki budiman. hehehhehehe... sikap yang berbeza antara ct dan dia...emmmmm... oooo...dia seorang yang kurang keberanian bila berhadapan dgn orang ramai. tapi tak pulak diri ct. dimana ada orang yang ct kenal. ct akan menjadi berani. dan ct boleh duduk depan orang bercakap macam biasa. kecuali kalau depan orang tua. tue kena ada adab sikit laa.. nak2 kalau depan mertua atau ipar.then ct ni seorang yang penakut pada ketinggian yang agak tinggi. kalau suruh ct duduk dekat hujung bangunan yang tak ada cermin n berada ditingkat 5 keatas. memang ct akan seram sejuk sampai nak nagis dibuatnya. tapi tak pada diri dia. ari tue dia mengajar ct untuk duduk n tengok benda2 dibawah dari tingkat 6 shopping mall. errkkk..seram sejuk lutut ct dibuatnya. hahahahhaha..... that why ct ada cakap...kelemahan ct..kekuatan dia....kelemahan dia...kekuatan ct.

dari pemakanan...
wahahhahahaha...macam sebelum ni ct ada cerita. ct bukan pengemar kari. itu laaa kelemahan ct pada bab makanan. dan ct juga tidak boleh minum air tebu. part ni kalau kedua2nya dihidangkan dihadapan kita orang. nampak gayanye....dia seorang jek arr melantak. tapi kari tue ct still boleh makan laaa...cuma tak laa macam dia kot. sbb tu dah kegemaran dia. yang best tue....ct suka pada lontong. tak pada diri dia...adehhhh...tue laa makanan dia tak gemar tapi ct gemar. hahahahah. bak kata dia..makanan saya suka awak tak reti masak. makanan saya tak suka awak reti masak. hahahahhha.sowey wak. dah tu saya suka makan n senang dimasak. hahahahhahaha...then keju...hahahahhaha...kalau ct muak dengan kari satu ketika dulu. dia pulak muak dengan keju. hahahahahha. so..kalau keju dihidangkan dihadapan. nampak gaya...ct sorang jelah melantaknye ekkk... same with sushi. dia pun tak dapat memakannye. hahahahhaha...tapi tak ct. hgahahhahaha..sorry wak. if ct tak leh nak makan sangat kari..awak lak tak leh nak makan sushi. kalau macam ni punya kes....kena sediakan kari 1...sushi 1...hahahhahaha..baru adil dan saksama. hahhahahahaha...

dari segi pembawakan kereta.
woooo....ct agak seram kadang2 bila dia men selekoh. woooo...awak jangan buat macam tue lagi. sal saya nak kawin dulu wak. huhuhu....tapi c dia amat berhati hati dalam pembawakan kereta. cuma kalau sampai kat tangan ct. hahahhahahaha...baekk punya cilop. so...nak kata perempuan bawa tue lebih berhati hati..tak laaa kot....hahhahhaha....

itulah antara persamaan dan ion negetif kami. yang lainnye rasanye tak ada kot. cuma nanti laa nengok macam ne. yang ct tau....kita orang memang degil dan suka tido lewat. heheheheh....sbb bagi ct..time memalam tu banyak idea datang nak buat editing. macam dia.....time memalam tue dah jadi sebahagian hidup dia sbb dok temankan ct. hahahhahaha....yeke awak? so sweet......sayang awak. hahhahahah....

ape ct harap sangat2. dia dan ct akan kekal hingga akhir hayat kami dan dia merupakan pilihan terbaik dan terbaik dalam hidup ct. macam arwah abah dan mak pernah pesan dgn anak2nye dahulu. cari iman dan yang jaga solatnya. jangan cari seseorang bakal suami dari paras rupa dan harta kekayaannya. sebab itu semua tak menjanjikan yang terbaik. iman dan solat merupakan tiang agama yang terbaik dalam hidup. seseorang ketua harus mempunyai pegangan yang terbaik dalam asasnya. walaupun dia bukan imam atau mufti. tapi biarlah ada asasnya. itu permulaan yang terbaik.

Masin pulak mulut akak2 aku ni..

hemmm...
cerita kali ini... MASINNYE MULUT ATEH PADA SATU KETIKA DAHULU..adehh...

masa ct form 3...
ct dah tak suka makan kari. sbb lepas arwah mak meninggal. arwah abah kalau boleh tiap minggu makan kari. tak kisah laa..kari ikan ke , kari daging ke , kari ayam atau pun sotong. janji kari. adehhhh...tidak sanggup untuk ct memakan kari hari hari minggu. asal hari minggu kari..asal minggu jek..kari. adehh. muak kot. kalau time arwah mak ada dulu. tiap minggu ada jek hidangan istimewa walaupun kadang kala kita orang makan benda yang simpel. hemmm..

arwah mak seorang yang kreatif. that why mee maggi yang kita masak 2 minit tue..arwah mak boleh jadikan mee maggi special n sedap. jangan cakap mee maggi arr. kuarker out yang tak sedap tue pun..dulu ct payah nak makan. arwah mak boleh buat bagi best punya. sekali makan macam rasa bubur lambuk pun ada. kreatifnye mak ct tue. alhamdulillah abah dikurniakan seorang isteri dan kami dikurniakan seorang ibu yang soleh dan keratif. itulah pengorbanan seorang ibu dan isteri terhadap orang yang disayangi. ( nak jadi macam mak laaa..tapi mampu ke?) hehehehehhe...

back to story asal.
adehhh...disebabkan ct tak suka makan kari...setiap tahun oteh akan cakap. jangan memilih ct. nanti nengok2 bf o bakal laki ko macam arwah abah. ct selalu jawab...takan punya arrr...mintak dijauhkan. adehhh...dan disebabkan kari tue ct tak makan bape punya lama. alih2 sejak 2 3 tahun ni ct mula makan balik. tapi tak laa secara banyak. sbb rasa muak tue ada lagi. but...oteh still tegur ct. jangan ct....nengok laa cakap oteh....caya atau tak. bakal ko jap lagi kuat makan kari macam arwah abah.

ooo akak kesayangan ku oteh..
awat laaa mulut mu sungguh masin...adehhhh....

skang ct dah pun punya bf dan insyaALLAH kalau ada jodoh kami. ada laa tak lama lagi. sbb dia merupakan ciri ciri yang ct cari selama ini. dan dia menerima kekurangan ct. alhamdulillah.

bf ct skang ni...boleh laa tahan cute dia. sampai lepas dah declare..adehhh...
ku tak tahan....kena jaga dia elok2. sal ramai dah mata mata melihatnye cakap dia ni smart n ada rupa. arrrgghjhhhhh..jeles gak kadang2. kalau sorang 2 cakap tak pe. ni dah hampir kawan2 ku mengatakan benda yang sama. awak.......jangan cakap kawan rabun lagi ekk. ni dah ramai cakap dah. errkkk....jeles ni jeles ni...adehhh...

pasal dia bf ct skang....
ni laaa kata kata oteh yang masin. akhirnya ct bertemu dgn seorang jejaka yang caring n setia dalam menjaga perhubungan kami yang mana.....seorang pengemar kari. macam arwah abah. TIDAKKKKKKKKKKKKK....adehhh..oteh kenapakah mulut mu masin. adehh. kalau dia suka makan lontong ke....lemak cili api ke..ok laa tue. ni tak...KARI...adeh. c dia nak ct masak untuk c dia walaupun tak sedap. dia nak ct masak gak. adehhh....tolong laaa ct teh....

tapi...
mujur ct dah boleh makan kari. even tak macam c dia makan laaa. nak masak tue..boleh laa kot. tapi macam tak reti jek. sal dah lama tak masak. hahahahahahhaha....kena belajar dgn along ni. sal along cakap..kari senang masak. hehehehehhehe...insyaALLAH...bila dah ok nanti. adalah awak makan kari. heheheheheheheh. adehhh..tak ct sangka upenya c dia punya cita rasa sama dgn arwah abah. same time gak..dia punya cita rasa lebih kurang macam arwah abah. emmm... bila jalan dgn dia. rindu pada arwah abah terasa. cuma orang cakap....dengan abah dan kekasih ni lain. hehehehehhehe...memang lain laa. cuma bila dok dengan dia..ct akan teringat arwah abah. macam pernah ct cakap satu ketika dulu dengan member ct. ct nak cari lelaki lebih kurang macam arwah abah. kini....ct dah menjumpainya. yang sayang dan jaga ct sepenuh hatinya. emmm.. ini ct harapkan sampai akhir hayat ct.

satu ketika dulu..
ct teringat arwah abah dok cakap....
" kalau abah jauh...mesti ct tak sihat..macam mana abah tak ada? ni kena cari orang lebih kurang macam arwah abah. " kini..bila ct dengan c dia..ct teringat akan ape arwah cakapkan.
" abah...ct dah jumpa lelaki yang lebih kurang macam abah. dan boleh menjaga ct sepenuh hati dia. cuma ct tak sempat kenalkan dia dengan abah. ct harap...abah dan mak dapat nengok siapa dia yang berada di sisi ct skang. mungkin abg2 dan akak2 tak faham macam mana perangai ct ni. tapi ct yakin....abah dengan mak mesti tau ape ct buat semua ni. dan ct harap allah membuka hati family kedua2 belah pihak menerima kami sebaik mungkin. "

emmm...
inilah akan ct katakan dalam hati setiap malam ct berada diatas tikar sejadah. sebab ct percaya...dengan cara ni suara ct lebih didengari oleh Allah dan kedua ibu bapa ct.

cuma bila teringat kembali kata kata oteh...
adehhh.....masin tul mulut oteh. ni pun ct baru tau 2 3 hari lepas....huhuhuhuhu.. kerana mulut oteh laaa kini ct berjumpa dgn seorang pengemar kari. huhuhuhu.....sabar jelah....