Thursday, May 7, 2009

kali pertama

Emmm…
Hari hari ada aje otak ni berfikir. Tak kira laa pasal apa pun. Mesti berfikir. Sampai sakit pale pun ada. Hemmm..
Susah nak cakap sebenarnya. Tapi tulah…ada saja dipikirkan. Nak2 skang ni banyak kenangan lalu muncul kembali. Dari zaman kecil sampai laa dewasa.

Zaman kecil…
Zaman kecil ku biasa je. Nakal dan degil tue biasa laa. Siap kaki terbakar lagi. Gara2 men bungi api yang warna selangor tue..hahahhaha…men bersama abang uda ku. Heheheh..dan ubat kecemasan digunakan adalah…KICAP. Tak boleh lupa. Selain tu..mujurlah allah nak lanjutkan usia aku ni. Mana taknya.. gara2 berenang dengan abah,acik dan oteh kat teluk cempedak..hahahhaha.. kononnya nak basahkan kepala..letak laa kepala kat belakang pelampung. Last2…terbalik. Mujur laa abah sedar. Abah pun angkat aku macam tarik ekor ikan. Lawak2.

Kawan cina pertama…
Masa aku first time kena sakit…aku kena masuk wad. Lama gak laa.. dengar cerita ada laa 1 bulan..hehehhehe..tapi masa masuk wad dulu.. aku ada member cina. Nama dia benedik.(tak reti laa eja nama dia..tapi bunyitnya macam tu laa..) sampai skang aku ingat dak ni. Dak lelaki yang berpenyakit jantung. Tak tau laa ada lagi o tak. Kalau ada…hope sangat2 dapat jumpa dengan dia one day. Dia ni kalau tak salah aku laa.. dijaga oleh nenek dia di hospital. Best kawan dgn dia. Aku bahasakan diri aku dengan dia..”gua…lu..” hahahahaha….samseng je kecik2 dulu. Sama2 men bola. Baling2 bola masa dalam kandang katil hospital…(tau2 laa…katil kanak2 kat hospital macam mana.)ehhehehehe. Lepas tu kita orang sama2 jalan2 kat wad tue. Aku dengan dia.. arwah mak dengan nenek dia. Kita orang siap men test barang wad lagi. Hahahha. Lepas tu kita orang ni suka gaduh laa.. bila gaduh tak laa teruk sangat. Biasa laa..dak kecik. Itulah kawan pertama aku yang berbangsa cina.

Doctor tak pernah aku lupa.
Hahahha…2 orang doctor yang aku tak lupa sampai skang yang mula2 rawat aku dulu. Doctor liu dan doctor hadi. N bila aku transfer kat johor…aku tak ingat sape nama doctor aku. Tapi…bila aku d transfer kat kl..doktor yang jaga aku. Prof.wu look ling. Dan pakar pemakanan aku. Dr.rozana. sampai skang aku roger dengan dr.rozana. aku panggil dr rozana aunty ru. Sayang bangat sama dia. Dia dah macam mak angkat aku. Macam tu juga dengan prof wu. Tapi sejak aku ditukarkan ke klinik dewasa….aku jadi rindu dengan mereka. Tapi tak jauh mana pun.rasa nak jumpa…g je singgah sebelah.

Kawan bek pertama…
Kalau nak ikutkan….sebelum shazreen aku ada kawan bek. Nama dia azmet. Dia ni aku panggil dak bosnia. Pasal dia ni dak kacukan. Hehehhehe…aku pun dah lupa kacukan apa. Dia laa kawan bek aku masa sekolah dulu. Masuk van aku gaduh dengan dia. Then lama2 jadi bek. Siap men2 dalam van lagi. Lepas tu aku jumpa dengan shaz..azmet dah nak pindah sekolah. Emmmm..entah mana dia skang ni. Last sekali aku dengar cerita dia dok pining. Itupun pasal akak dia tulis surat kat akak aku. Kak ezlin. Emm. Tapi masa kecik2 dulu..men basikla dengan azmet ni n adik dia. Kalau dulu nama azmet ni dikenali sebagai boy. Then adik dia ape tah namanye. Tapi dia dengan adik dia selalu laa aku dok men masa kecik2 dulu. Sampai skang aku tak boleh lupa..bila aku masuk van dia cakap..”dah besar pun nak suh ayah mak pakaikan kasut.” Hehehehe… mana laa member aku sowang ni. Rindu pulak nak jumpa dia.

Cemburu..
Hahahahha..lawak2..ni tak boleh bla. Bukan pasal aku cemburu. Tapi pasal member aku. Kalau nak ikutkan masa sekolah dulu…aku ni tak ramai sangat kawan pompuan. Entah laa tak tau kenapa. Tapi yang bestnye..masa aku darjah 5..aku dok belakang sowang dak ni. Nama dia Ku azwan bin ku azmi. Sampai skang aku ingat nama dak ni. Mana taknya masa tue dia laa dak hensem kat kelas aku. Selain dia…sowang lagi. Nama dia mohd farid. Punya laaa aku dok sebelah member aku sowang ni. Nama dia jasmine. Dia ni minat kat ku azwan. So…aku ni masa sekolah dulu pemalas sikit nak g sekolah. Malas bangun pagi. Hahahha…so…ada laa 2 3 hari aku tak g sekolah. Kawan aku ni tipu laa aku. Cakap yang aku tak boleh dok belakang ku azwan. Pasal cikgu suruh. Aku pun ikut laa cakap dia. Last2…masa dia g mana tah. Ku azwan cakap dengan aku. Mana ada cikgu suh pindah. Dia je nak pindah. Hahahhaha….kawan aku ni panas tengok aku dengan ku azwan n farid pasal aku rapat dengan meka. Lawak2. even pindah tempat pun…aku still rapat dengan dak2 tue.hehehhehehe…entah. sejak kecik aku tak reti nak cemburu laa.. cemburu orang dapat adiah ada laa.. tapi tak reti nak berusaha pun.

Kali pertama nek pentas.
Hahahahhah…nek pentas perhimpunan dan pentas ambil hadiah.
Kita cerita nek pentas perhimpunan ekk..
Kali pertama aku nek….masa present lagu pussy cat…. Aku dengan 2 orang member aku. Aku dok tengah2 dekat dengan mic. Lepas aku nyanyi….azmet cakap dengan aku…”suara ko je lebey aku dengar..sedap tak laa gak.” Itulah apa azmet cakap dengan aku. Emmm..tapi masa kecik2 dulu aku tak reti takut pun. Memang tak reti takut. Sampai cikgu cakap dengan mak ayah aku. Aku ni bagus sebab berani. Yang tak bagusnya kurang rajin datang sekolah. Ehehhehe..
Meh kita cerita kali pertama nek pentas ambil hadiah. Benda ni berlaku lepas sebulan arwah mak meninggal. Kita orang dok berhimpun macam biasa pagi2. so…cikgu cakap..sape nama disebut sila tinggal. Pasal nak buat raptai. Aku kat perhimpunan buat du no je..malas nak ambil port sangat. Pasal tau dah..bukan ada nama aku pun. Heheheh..kalau ikutkan..sebenarnya aku kena dok depan sekali masa perhimpunan.pasal aku paling kecik. Tapi disebabkan ada kawan aku lagi suka dok depan. Biarkan saje laa. So masa cikgu umum nama 1 1 aku layan cakap dengan member aku. Sampai laa part pendidikan seni. Tup tup..kawan aku cakap. Wei…nama ko laa. Kejut beruk aku. Sejak bila lak aku tero dalam pendidikan seni. So…semua member2 aku masuk kelas. Aku dok laaa kat perhimpunan tue dengan dak2 yang selalu ambil hadiah. Aku pulak dak yang baru nak merasa nek pentas. Hehehhe..so..lepas dah settle semua. Aku pun balik. Cakap dengan semua orang yang aku dapat hadiah. Tapi masa tu aku cakap. “kalau arwah mak hidup mesti mak bangga.pasal mak tak pernah pun tengok ct nek pentas.” Itulah kata2 aku pada akak aku. So masa penyampaian hadiah aku…aku ingat along n angah yang datang. Abah tak dapat datang pasal kerja. Balik tu….abah sambut dengan kegembiraan. Dan abah pesan. Buat yang terbaik lepas ni. Gembira aku.

Kali pertama bagi hadiah paling besar pada guru besar.
Hahhahahaha…macam perli pun ada gak. Mana taknya..guru besar..hadiah pun besar.
Hehehehe…hadiah tu aku buat bersama2 dengan kawan bek aku. Shazreen. Kita orang buat kad paling besar..heheheh…memang time sekolah dulu..aku kreatif dengan bab2 seni ni. Sebab tu laa dapat jadi pelajar cemerlang pendidikan seni.hahhaha..aku tak pandai melukis. Tapi aku pandai main warna n pandai buat sesuatu yang kreatif. Dulu asal seni je…aku buat kotak serba guna,frame dari polistrin,patung kertas sendiri,macam2 laa. So…masa hari guru..aku terpikir. Tahun ni tahun akhir aku sekolah rendah. Tak nak laa bagi pen je. Nak bagi something yang besar dan sampai bila2 tak boleh lupa. So…aku dapat idea nak buat kad yang besar. Beli kad manila tue…lipat 2. mintak tolong dengan sape tah…lukis lencana sekolah dan dalam tue kita orang tulis lagu sekolah dan ucapan. Fuh..memang gempak. Tak ada orang buat pun. Dengan bangga bagi pada guru besar. Last2 esoknya…semua orang pandang kita orang. Aku jadi pelik. Rupa2nya…guru besar letak kad tu kat papan kenyataan kat tempat semua orang lalu lalang. Terharu sangat. Aku dengan shaz gembira sangat. Sampai macam tu guru besar letak. Dan kad tu juga arwah mak aku tengok aku n shaz buat kat rumah macam mana. Habis bersepah kat umah tue. Heheheheh….

Kali pertama masuk sekolah.
Wahhahaha…kali pertama masuk sekolah…aku nak gelak. Aku tak takut pun. Siap cakap dengan mak abah….balik laa..boleh…boleh punya boleh..duit mak abah bagi besar gak laa..pasal tak ada pecah. Yang aku pulak baru nak belajar guna duit. Beli nasi lemak…bayar..tapi tak ambil baki. Mak abah Tanya….dengan selamba jawab.. dah bayar. Tapi buat apa nak ambil baki. Hehehhehe…lawak2…

Kali pertama dapat g kem.
Fuh….ni best gila…seumur hidup aku sekolah rendah..aku tak pernah dapat g kem. Pasal mak risau apa2 berlaku pada aku. Masa aku nek tingkatan 1…abah tak boleh nak halang apa. Pasal bagi abah..dah tiba masanya aku kena belajar berdikari. Bila dah masuk pakaian seragam…konon nak jadi lady…nak masuk pandu puteri..nak masuk puteri islam..last2..haram. 1 perangai aku…aku suka ambil cabaran. So..that time…krs baru ditubuhkan. Apa lagi..masuk laa..even tak ada orang nak masuk. Aku masuk. First kem aku….lawak2…mujur laa ada member abang2 aku. So aku dijaga oleh mereka. Hahahah..tapi dalam penjagaan mereka.. aku disekat oleh sorang member abang aku. Abang fadil. Ish….masa malam burung hantu…dia buat aku nagis..aku nagis bukan pasal takut. Tapi aku nagis pasal kena raba kat peha. Hantu betul…last2 dapat tau…yang aku rasa raba tu meka selitkan anak kucing. Memang aku taram marah laa. Emmm. Tapi itulah kem pertama aku. Sejak aku masuk sekolah menengah..memang aku jaga diri. Semua lelaki kenal aku dah tau perangai aku macam mana.garang aku bila dak2 krs tak pakai tudung. Tak salam dengan dak2 lelaki…tue memang meka tau laa sampai skang. Jaga diri gak laa..Cuma time aku form 4 n 5 aku masuk tarian..so…buka tudung laa kejap. Tapi sepanjang latihan aku tak pernah buka. Emmm…

Kali pertama belajar berdikari.
Hahahha…ni lagi best. Kalau ikutkan semua orang takut aku dok asrama. Tapi that time aku buktikan pada semua orang…aku boleh jaga diri. Ni acik laa yang ajar.. thank abang cik. Masa aku daftar masuk kolej….ayah aku g haji.pagi tu ayah aku g haji…aku daftar masuk kolej. So lepas aku antar abah kat tabung haji…aku g daftar kolej. Abah amanahkan pada acik suh buat semua2nya. Acik ni tau2 jelah. Dia kata…ko g sendiri…acik nak tido dalam kereta. So..aku pun g laa.. lepas tu dah daftar semua..aku dah cop bilik semua…aku balik. Masa balik…..aku ambil semua barang then masuk asrama. Hehehehhehe…that time aku belajar berdikari…lepas abah balik mekah…abah terkejut. Boleh pulak dak ni dok sorang. Dari situ abah dah tak risau sangat.

Kali pertama balik awal pagi.
Hehehhehehe…ni satu lagi kes…sampai abah nak suh benti kolej pun ada. Tapi atas dasar minat…aku meneruskan dan menunjukkan prestasi yang bagus. Masa aku balik lewat tu..pasal aku kena buat projek apa tah. So…terpaksa laa balik lewat. Nak2 time tu aku bawa keta ke sana kemari. Mana laa abah tak risau. Tapi….alhamdulillah..abah semakin hari semakin abah paham. Sebab aku bawa kawan2 aku datang umah. Tak kira laa laki ke pompuan. So…abah tak kisah. Pasal kenal dah kawan2 aku. Hehehhehe.

Kali pertama bercinta..
Fuh….ni yang mencabar betul..masa tu aku lower 6…dan aku bertemu balik dengan kawan aku kenal dalam MIRC waktu umur aku 12 tahun dulu. N dia pulak first guy yang bagi aku surat. Arwah mak sempat baca gak laa surat tu. Then tengah2 aku buka mirc masa aku lower 6…aku bertemu dengan dak ni. So..mula2 bibik2 cinta. Setiap malam dia mesti call..adat bercinta laa..miss u love u semua tu biasa la. So…1 hari…dia cakap nak jumpa…dengan langkah beraninya..dan buat pertama kalinya aku berani keluar kl seorang diri..jumpa dia di klcc.so jumpa laa. Jumpa2 tak cakap apa. Last2…bila balik. Putus laa hubungan. Sakit gak laa. Sampai aku lari ke melaka. Ada laa kisah dia. Itulah cinta pertama aku.hehehhe..cinta kedua ketiga dan keempat biarkan dulu..nanti2 aku cerita ekk.

Kali pertama belajar masak.
Waaaa…..ni konong nak tunjuk tero laa kat umah. Masa tu aku form 1. Pasal masa khb aku agak tero..tapi tero2 pun pasal bahan dah disukat. Balik umah..try laa masak..wahahhahaha..masakan aku masin…abah takut nak makan. So..kat sana belajar sikit2..untill now. Tapi masakan aku tak setero akak2 aku lagi. Kena buat lagi. Tapi alhamdulillah abah suka dan boleh makan.

Kali pertama tanamkan diri memotivasikan diri.
Hehehhehe…actually benda ni masa masa form 4 n 5 dah mula. Tapi untuk diri sendiri. Tapi masa tu enjoy lebih laa.. so tak pikir sangat laa pasal motivasi diri. N setahun dua ni….selalu memotivasikan diri untuk tidak meletakkan diri di bawah dan pemikiran ke arah negetif. N kadang2 ada gak member tensen tengok….asal laaa aku ni suka senyum n gelak. Macam tak ada problem. Ni aku ingat sampai skang…ayat hid..hehehehe..hid hid..ko memang laa sahabat aku. Heheheh..pasal ko gak laa aku selalu tanam diri ni dengan motivasi diri. Banyak aku belajar bila last sem. Bila kawan2 yang aku anggap boleh susah senang bersama…tinggalkan aku tanpa sebarang kata dan Tanya dengan diri aku. Semua dengar dari sebelah pihak saja. Tapi semua tu dah berlalu. Yang ada pun korang2 yang banyak tolong aku. Hid,aizat,bob,along,aswad,mimi…alhamdulillah..aku dapat sempurnakan pelajaran aku. Mujurlah ada member yang still nak kawan dengan aku lagi. Even tak serapat dulu. Tapi aku tau…mana kawan yang betul dan kawan yang men2.hemmm.

Kali pertama mengambil risiko yang besar.
Hehehehe…ni lagi keja gila. Aku dengan mimi (shahmin) ambil tindakkan keluar dari group asal. Ada berapa minggu je kena submit final project..aku dengan mimi sanggup kerja keras dan keluar dari group. Mujur laa hid,aizat,bob n aswad nak tolong. Thank gegila pada korang. Kalau ikutkan….itulah risiko paling besar aku buat dengan mimi. Kita orang keluar group di saat2 genting. Final project pulak tue. Tak kisah sal risiko langsung. Yang kita orang tau..apa kita orang nak sampaikan dapat. Alhamdulillah…semua selamat.even benda ni berisiko. Kita orang sahut cabaran pensyarah kita orang….buat sal rasuk. Time tu memang ambil risiko paling tinggi. Siap g jumpa uncle seeker. Gila betul. Memang satu keja yang agak gila. Jumpa harun din tu biasa je. Jumpa uncle seeker buat aku naik bulu roma. Dengan umahnya ada anjing yang banyak juga laa. Sampai nak duduk pun tak senang. Yang lagi menakutkan…bila jumpa sowang bomoh ni..dalam banyak2 nama..aku,mimi,mira(tunang mimi),bob,aswad,aizad n hid….nama aku yang bomoh tu cakap risiko paling tinggi nak kena rasuk senang. Kalau tak caya nak cuba boleh laa…woooooo…even korang bagi aku rm1 juta..aku tak nak. Sekali dah masuk..susah wooo nak keluar. Aku tak nak. Even nak dapat full mark..aku tak nak ambil risiko tahap macam tu. Heheheheh…

Kali pertama jadi penyabar..
Aku sebenarnya macam dak2 lain gak. Tak sabar sebenarnya. Tapi pasal seutas tali yang akak aku dah tak larat nak layan membukanya..aku jadi seorang yang agak penyabar kat situ. Pasal….akak aku sowang lagi cakap. “tengok…ct boleh je buka. Dengan kesabaran tu semua boleh jalan dengan selamat.” Aku pegang kata2 akak aku tu. Then dari situ aku cuba jadi seorang yang penyabar dalam sesuatu kerja. Dan aku mula terpikir….kalau tak sabar…teruk laaa hasilnya. Sama ada akan pecah atau lintang pukang. Tu je.


Kenapa masa kecik2 berani..dah besar len pulak.
Emmmm…entah laa..mungkin factor situasi kot. Heheheh..sometime aku tetap akan jadi berani..sometime aku akan takut. Biasanya benda yang berani tu…aku yakin dengan tindakan aku dan aku mampu berhadapan dengannya. Tapi aku jadi takut bila bermain dengan perasaan. Tu je sebenarnya. Pasal kerja semua..aku still menjadi seorang yang berani lagi. Cuma PR aku masih belum cukup bek lagi laa.hehehhehe…

Hemmm…
Itulah ceritanya. Tapi yang pasti skang ni…biar apa orang nak cakap..aku tetap diri aku. Nak suh ubah penampilan pasal orang lain..mungkin tidak…sebab aku dari dulu berpegang prinsip..biar orang suka kita dengan diri kita. Bukan bila kita dah jadi jeliwatan. Itu apa aku pegang sampai skang.

apa yang aku impikan selama ni…
kebanyakkannya dapat….kecuali…CINTA je belum lagi. Cinta pada ilahi masih belum kukuh. Macam mana nak dapat cinta dari manusia. Biarlah apa yang berlaku selama ni membawa banyak pengajaran. Yang aku tau….selama ni aku cuba untuk menjadi seorang yang berani menghadapi apa yang telah berlaku. Itu yang penting..dan aku tau siapa diri aku dan tau jaga diri sendiri. Hemmm..

No comments: