Friday, September 5, 2008

hidangan di bulan ramadhan

setiap tahun...
kita akan berjumpa dengan bulan ramadhan.
sama ada kita menyambutnya dengan gembira atau sebaliknya.

kalau tanya dengan aku...
ya..
aku gembira..
sebab bulan tu banyak hikmahnya..
disamping kita mengumpulkan amalan yang baik dan sebagainya,kita dapat mengurankan berat badan...
weeeeee...
betul kan?
hehehehehe..

ok....
seperti tahun tahun yang sudah....
setiap kali ramadhan...kita akan teringat pada bubur lambuk..
waaaa....seronoknya.
time pose jelah senang nak dapat...
time len tue..agak payah gak laa..melainkan kalau reti masak laa kan.
hehehehehe....

ok...
cakap pasal hidangan dibulan ramadhan ni kan.
setiap tahun dari aku kecik sampai laa dah jadi anak dara ni...
hidangan yang tak pernah ditinggalkan setiap kali puasa..
adalah.......
popiya goreng.

kalau beli...rasa dia len..kalau masak sendiri rasa dia pun len.
emmm...
betul....

satu2nya masakkan kuih yang aku sempat belajar dengan arwah mak aku...
popiya goreng ni laa...
setiap tahun keluarga ku mesti menyuruhku masak popiya goreng ni atau pun akak2 ku yang len.
tak susah dan mudah sahaja untuk menyediakannya.

bahan pun senang je...

abis cerita....sebenarnya...masak ni senang...campak2 je laaa ape yang patut..cuma kena pandai kawal garam , gula dan memotong jelah.
hehehehehe...

actually aku ni tak ada laa tero mana pun masaknye..
sekadar yang simple leh laa..

ok laa..
kat sini aku nak share dgn korang..
resipi yang arwah mak aku sempat mengajar aku.

popiya goreng ibunda.

bahan2nya...(ceh wah...dah macam gaya chef laa pulak)

minyak masak
sayur campur
telur
ikan bilik / udang masin
cili padi (kalau nak pedas)
bawang putih
kulit popiya.

cara2nya...(intinya)
-basuh ikan bilis,sayur campur,cili padi,bawang putih.
-tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
-panaskan minyak.
-tumis bahan2 yang ditumbuk dan ikan bilis/udang masin.
-apabila naik bau dan ikan bilis agak garing, masukkan sayur campur. gaul hingga rata.
-pecahkan sebijik telur.gaul sehingga masak dan rata.
-apabila semunya sudah sebati dan masak, angkat dan letakkan sayur campur tadi di dalam sebuah bekas.

popiya.
- ambil sekeping kulit popiya.
-letakkan intinya diatas kulit popiya.
-lipat kulit popiya sekemas yang mungkin.
-selepas siap semunya,panaskan minyak didalam kuali.
-goreng popiya tersebut sehingga warna keemasan.
-selepas selesai semunya...idangkan didalam pinggan berserta sos.

sos.

bahan2nya.
sos cili 4 senduk
sos tomato 2 senduk
kicap 1/2 senduk
bawang putih 2 ulas
ketumba
minyak masak

cara2nya
-tumbuk atau cincangkan bawang putih dan ketumba.
-panaskan minyak.
-tumis bawang putih dan ketumba.
-masukkan sos cili,sos tomato dan sedikit kicap.
-gaul hingga mengelegak dan sebati.
-selepas semunya sudah masak,tuangkan kedalam mangkuk untuk dihidang bersama2 dengan popiya goreng ibunda.

ha....
mudahkan..
pasal tue laa sampai skunk ni...
resepi yang tak pernah aku lupakan adalah...popiya goreng ni.
tak ada orang jual kat luar sana popiya ni..
selama aku makan popiya ni...hanya yang dimasak oleh alih keluarga ku sendiri je..
hehehehehehehehehehe...

so...
kalau mana yang terbaca blog ni..
try2 laa buat popiya ibunda n sos aku ni ekk..
hehehhe...
selamat menjamu selera dan selamat berpuasa.

No comments: