bila disebuta tentang putus asa..
sekurang-kurangnya 3 kali kita akan merasainye.
paling teruk...setiap minggu ada saja kita merasainya.
putus asa merupakan satu gejala yang kurang baik disisi agama.
kerana dengan sifat putus asa..kita akan membantu diri untuk menjadi lebih tidak yakin dan tidak bersemangat dalam mengerjakkan sesuatu perkara yang telah difikirkan.
sifat putus asa bukan laa satu sifat yang patut kita amalkan.
jika kita merasai diri kita telah berputus asa...cuba kita tanamkan sifat positif dengan mengatakan...dengan adanya kesabaran dalam diri dan meneruskan sesuatu perkara, kita akan dapat melihat perkara tersebut menjadi indah dan sempurna.
tidak dinafikan, kadang kala kita akan berpikiran...
1- arrr....sampai bila nak jadi macam ni..
2- adoi...tahap kesabaran aku ada limitnya..dah laa..
3- bek putus asa jelah..dari diri merana macam ni.
dan banyak lagi.
tak percaya?
emmm...
percayalah...kerana setiap orang ada ketidak puashatian dalam diri sendiri.
sama ada dalam perkerjaan,pelajaran,kehidupan seharian,percintaan dan macam2 lagi.
itulah kita manusia.
tidak ada orang yang tidak pernah merasainya.
walau sekuat mana iman orang itu....mereka akan tetap merasai putus asa.
macam mana kita hendak mengelakkan diri untuk sentiasa berputus asa?
macam2 kita boleh lakukan.
salah satu cara yang mujarab...
jika kita seorang umat islam..kita boleh meminta pertolongan dengan Allah. dengan cara solat hajat dan berdoa kepadaNYA.
walaupun kadang kala...doa kita tidak dimakbulkan..tetapi ingatlah...
doa kita itu dikumpulkan untuk kegunaan dimasa hadapan. digunakan di dunia lain. cuma kita perlu sabar dan sabar.
selain berdoa dan melakukan solat hajat.
kita boleh berpikiran positif. kita cuba untuk menanamkan dalam diri..dengan kesabaran dan ketekunan..pasti ianya membawa kepada kebaikan.
dalam ertikata sebenar...
jika kita percaya terhadap diriNYA dan sentiasa berfikiran positif...pasti kita dapat hapuskan sifat putus asa dalam diri kita ini.
kalau ditanya dengan diri ini...
ya...
memang selalu saja berasa putus asa untuk melakukan itu ini..
tetapi...
apabila memikirkan secara positif dan meminta pertolongan dariNYA..
diri ini memilih untuk tidak berputus asa..dan meneruskan perjuangan yang masih belum tamat.
apa yang ingin dikongsi disini...
kesabaran + keikhlasan + berfikiran positif + kepercayaan = membawa diri kita lebih yakin dan dapat menghapuskan sifat putus asa yang sentiasa digodai sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment