Thursday, July 23, 2009

Ajal Maut Di Tangan Tuhan

Bila kita sebut pasal mati , ajal maut , meninggal dunia. Pasti ramai takut mendengarnya. Tak semua manusia di muka bumi ini sempurna. Begitu juga dengan diri aku ni. Tak semua apa kita lakukan adalah sempurna dan terbaik. Kadang kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan dan apa kita katakan.

Kita tidak tahu bila ajal kita. Ramai masyarkat sekarang ni memikirkan…dah tua nanti barulah kita taubat. Sebab time tuelah ajal kita semakin dekat. Adakah kita sedar. Sebenarnya ajal maut semua ini bukan kita yang tentukan. Kita tak tau bila kita akan terus tinggal di muka bumi ini. Mungkin esok lusa kita akan menemui ajal kita. Sama ada kita mati secara mengejut atau sebaliknya.

Macam macam cara kita boleh menemui ajal. Kemalangan , semasa tidur , sakit , dibunuh dan macam macam lagi. Cuma kita saja tak tau bagaimana cara kita mati. Kesemuanya akan merasa sakit apabila nyawa kita akan meninggalkan tubuh. Dan seterusnya kita akan kembali ke pangkuan ilahi yang telah menciptakan kita dimuka bumi.

Kadang kadang bila memikirkan tentang ajal maut. Memang menakutkan. Sebab kita tidak tahu bagaimana cara kita menemui ajal kita. Kadang kadang berasa bersyukur bila seseorang tahu akan tempoh hayat mereka. Sebab pelbagai persiapan boleh dilakukan. Walaubagaimana pun. Tak semua orang dapat mengetahui bila ajal mereka. Kecuali orang yang terpilih.

Aku tahu bila ajal aku?

Emmm…
Tak ada seorang pun tahu akan ajal mereka. Walaupun kita menghidap penyakit yang kita tahu tempoh hayat kita. Tak semestinya tempoh yang diberi akan tepat. Kadang kadang awal dan kadang kadang lewat dari tempoh yang dijangkakan.

Bila melihat orang ramai di kota raya. Melihat mereka gembira dan berseronok di samping rakan rakan dan keluarga. Terpikir juga oleh diriku , adakah mereka sedar hidup di dunia ini hanya sementara. Tepikir juga oleh diriku , dalam keseronokan berkawan dan bergaul mereka tahu bila ajal mereka. Usia tidak memainkan peranan penting untuk ajal seseorang. Bila Allah telah menyuruh malaikat maut menarik nyawa seseorang. Tiada sesaat pun lewat atau awal.

Jadi..
Kepada kawan kawan ku dan masyarkat diluar sana. Kita perlu sedar akan kehidupan yang sementara. Mudahkan diri untuk meminta maaf sesame kita. Kita tidak perlu menjadi seseorang yang ego dalam hidup ini. Macam mana sombong kita , macam mana marah kita pada orang lain. Jangan kita simpankan. Kerana akan datang kita akan berbalik berjumpa dengan mereka. Sejauh mana kita berlari. Kita akan bertemu juga sesame kita. Hayati hidup kita ini dengan sempurna.

No comments: