Thursday, July 30, 2009

kehidupan bersahabat

Emmm…
Buat pertama kalinya semenjak aku berkerja. kelmarin baru aku dapat sampai dekat rumah seawall jam 6 ptg. Kalau tak….pukul 6 aku masih menanti di KTM bank Negara. Hehehehhe… lagi pun kelmarin aku bawa kereta gi kerja. disebabkan hujan sepanjang pagi. Alhamdulillah….

So..
kelmarin dapat laa rehat dan lepak dekat rumah dengan masa yang agak panjang. Syukur alhamdulillah. So….ada laa masa lepak dekat rumah menonton tv. Kalau tak…balik kerja mandi , makan , buka laptop settelkan kerja sikit , borak dengan abah jap. Then masuk tido. Emm.

Yang bestnya…
kelmarin tah ape mimpi aku nak tengok cerita kisah kaisara. Selama ni macam tengok macam tue je. ni boleh tengok dari awal sampai abis. Emmm.. seronok gak kisah kelmarin.

Kisah kaisarah kelmarin..
Adeh…kalau korang tengok kelmarin tau laa.. tapi kalau tak tengok. Rasanya aku boleh bagi tau kesimpulannya saja. Pasal nak cerita panjang2 pun…aku bukan pakar pun. Hehehe..pasal tue tak boleh nak jadi penulis. Heheheh..

Secara kesimpulannya..
Cerita kaisara kelmarin….
Jangan kita serkap jarang akan sesuatu hal. Bertanya pada tuan punya badan atau selidik dengan betul-betul. Dan kadang kadang orang boleh memburukkan diri kita dengan kelebihan yang kita ada sebab mereka cemburu dan mahu jadi seperti kita. Emmm…

Pelikkan…
Kenapa kita nak cemburu pasal nak jadi orang lain. Memang kadang kadang aku pun cemburu gak. Tapi bila pikir balik….adeh!!! tue mereka. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. So….why we want to be like them? Lagi pun…. Kita tak boleh jadi seperti mereka. Setiap orang ada personaliti masing masing. So...kenapa kita nak lemahkan diri kita dengan menonjolkan diri lagi hebat dari mereka.

Emmm..
Sepanjang hidup aku.. banyak aku belajar cara berkawan , cara hidup di kota , kampong , dan segala-galanya. Walaupun kadang kala nampak perangai aku macam tak matang lagi. Tapi hakikatnya….aku masih boleh berfikir dengan waras. Cuma macam aku cakap…be your self. Tue je.

Banyak banyak life….
Paling sakit dan perit adalah hidup berkawan.
Macam kawan aku sowang cakap.
“sedih laaa….kenapa time aku happy tak ada kawan disisi aku. Kenapa time aku sakit sedih ada pulak di sisi aku. Aku tak nak berkawan semata mata kerana simpati.” Sorry bro…keluar statement ko jap.

Then…

“aku pun tak paham laa….kenapa orang tak nak Tanya dengan aku dulu apa sebenarnya terjadi. Orang lagi suka dok tuduh tuduh tanpa bertanya. ok…aku tau..aku bukan jenis yang suka bertanya dengan lebih lagi. Tup tup…bila aku balik dari bercuti…semua orang dah sisirkan aku. Tak tau ape cerita. Tetiba jadi macam tu. Sampai laaa ada member aku dok Tanya dengan aku. Aku tau tu salah aku pasal tak dok Tanya n bincang.” Sorry sist aku keluarkan statement ko gak.

Emmm..
Macam macam ragam kita dapat lihat bila berkawan. Tapi…itulah. Aku sentiasa menerapkan dalam diri aku…kawan kawan gak. Tapi jangan cari kawan time kita susah , dan jangan cari kawan time kita happy je. itu susah laa nak hidup. Melainkan kalau terlalu sibuk dengan tugasan dan keluarga. Walaubagaimana pun. Kawan dan keluarga tidak sama. Sebab tu orang pernah cakap. “ kawan cari kita bila susah , tapi keluarga tidak akan tinggalkan kita bila kita susah dan senang. “

Itu aku dapat dengan apa yang aku tengok sekarang ni.
Bagi aku…aku sekadar ada beberapa orang kawan baik. Kawan biasa…ramai sangat2. tapi kawan baik…aku dapat lihat hanya ada 4 orang disisi aku. Bila aku susah , bila aku sedih , bila aku gembira , bila aku sibuk , bila aku senang , bila bila masa je arr.. hanya ada 4 orang saja yang sentiasa disisi aku. Mereka tidak pernah tinggalkan aku. Yang lagi aku gembira dan membuatkan aku menagis bila berada dengan mereka. Mereka akan cakap…” family aku…family ko juga..family ko…family aku juga.” Thank guys. 4 orang yang sentiasa kenal dan tahu akan diri aku ni…mereka adalah. Atie~ a.k.a bisness partner aku. Zurah~my best friends yang sanggup terjun api bersama dan main salji bersama. Shazreen~my best friends dari sekolah rendah dan selalu kena jadi mangsa bila rambut aku ada masalah. And Adib~kawan aku yang sentiasa sokong dan bagi aku kesedaran dalam hal2 agama. Your all memang best arr. Memang sentiasa buat aku tak boleh lupa korang. Memang setiap kali kalau ada selisih faham..korang akan bertanya terang terang dan tak pernah mengalah dari terus berkawan dengan aku.

Emmm..
Bila teringatkan satu peristiwa dimana aku ditinggalkan oleh kawan kawan ku. Memang perit. Pasal apa pun aku tak tau. Yang pasti semuanya aku dah dapat jawapan. Even aku rasa bukan salah aku. Aku tetap memohon maaf. Tapi sepanjang aku berkawan dengan mereka. Aku sentiasa gembira dan kadang kala aku tak memikirkan kesusahan yang ada pada diri aku. Tapi…kesilapan lalu tidak dapat ditarik balik. Apa yang dah berlaku. Berlaku je. yang penting kesedaran dalam berkawan tu masih aku pegang.

Bagi aku..
Salah mana diri aku pernah buat. Aku tak suka nak diamkan diri dan menyisihkan diri. Aku akan cari mereka juga nanti. Sekurang kurangnya aku akan bertanya kabar. Bukan niat aku nak cari mereka bila mereka terkenal dan happy. Tapi sekadar memperingati diri aku siapa aku sebelum ni. Dan siapa aku dengan mereka. Dalam hidup aku. Tidak ada istilah musuh. (waktu sekolah dulu yelah tapi skang tak ada laa).

Emmm..
Itulah kehidupan yang sebenar dalam berkawan. Bagi aku bila hidup berkawan. Kita gelak bersama sama. Kita sedih bersama sama. Kita susah bersama sama. Dan yang paling penting. Istilah kawan adalah “ membantu dan menegur bila perlu. Kawan bukan sekadar untuk bersuka ria. Kawan bukan sekadar untuk enjoy bersama dan kawan bukan sekadar untuk berborak. Tetapi kawan adalah sentiasa membantu , menegur kita bila perlu , menagis dan gembira bersama.” Itu apa yang dimaksudkan sebagai kawan yang sebenar.

Kadang kadang bila memperingati apa yang pernah aku lalui masa aku keseorangan. Pergh!!!!memang sakit. Orang pandang pun semacam. Kita ibarat seperti pengemis dijalanan. Tapi sekurang kurangnya , pengemis tau kenapa mereka jadi begitu. Tapi…kalau kita ditinggalkan oleh rakan tanpa sebarang kata dan kita sendiri bertanda soal. Memang perit. Nak nak kalau kita tau kes sebenar dari mulut orang lain apa sebenarnya terjadi. Memang perit.

Walau apa pun...
Apa yang terjadi semuanya berlaku tanpa kita sedari. Semua kesilapan kita kadang kala kita tidak sedar. Oleh sebab yang demikian perkataan maaf perlu dipartikkan oleh kita semua. Jangan terlalu ego dalam kehidupan. Walau pun sesuatu perkara tersebut bukan kesalahan diri kita. Kita perlu membiasakan diri dengan meminta maaf dan bertolak ansur. Jangan pikir diri kita sendiri yang boleh terlepas. Awal awal boleh terlepas. Kesudahannya…kita yang akan terperangkap balik.

So…
Disini…aku ingin meminta maaf pada semua rakan rakan ku yang berada di dalam dan diluar dunia it ni. Kalau kalau aku ada sakiti hati korang , aku ada buat silap , aku terkasar bahasa , dan aku mencaci korang. Aku mintak maaf segala galanya.

Tidak ada orang sempurna didalam dunia ini. Jika aku ada buat kesilapan pada korang semua. Beritahu apa yang korang terasa pada aku. Asalkan aku tau apa sebenarnya yang korang pendamkan. Aku jenis yang tak suka pendam dan mendiamkan diri tanpa sebab. Selagi aku tak dapat cerita apa sebenarnya. Aku tetap akan hubungi korang. Walaupun dalam emel.

Pada my best friends…
Thank a lot pada korang. Kalau korang rasa aku kawan terbaik korang.. korang sebenarnya lagi terbaik dari aku. Pasal korang aku tak akan jadi diri aku yang sebenar.

Pada my x x ray…
Thank a lot pada korang. Sebab korang banyak bagi kesedaran pada aku siapa aku sebenar dan memberi peluang untuk aku berkasih sayang dengan korang. Mintak maaf dengan apa yang pernah aku lakukan pada korang. Semua ini bukan kesilapan sesiapa. Tetapi kesilapan diri sendiri. Sebab kita yang menentukan keputusan kita. Bukan orang lain. Walaupun ada faktor luaran yang boleh disalahkan. Tapi kita yang buat keputusan. So..benda ni bukan salah orang lain. Tapi salah kita.

Pada kawan kawan aku.
Mintak maaf pada korang if aku ada buat salah. Dan korang sebenarnya best gak. Tapi belum dapat title best friends lagi. Bila korang dah serasi dengan aku…baru korang boleh gunakan title best friends. Apa apa pun…korang memang best. Seronok kawan dengan korang gak.

Hayati hidup kita dengan sebaik mungkin. Kita hidup sekali. Jadi…gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.

No comments: