hermmm...hari sabtu yang lepas..1 ogos 2008. hari yang gembira , sedih dan menakutkan. mana tak nya. hari gembira pasal sambut birthday anak sedara aku berumur setahun. cover jap laa gambar2 yang patut disematkan. yang sedih...pasal kenduri kawan aku tak dapat dipenuhi undangannya. pasal ada kerja nak kena cover. yang menakutkannya....huhuhu...punya laa lupa sabtu ari tue ada perhimpunan haram. seawal jam 8.00 pagi aku tiba di ktm bank negara polis dah ramai.lrt bandaraya , sogo dan sekitar kota raya. mak aiii...memula ingat ada menteri besar2 nak buat lawatan. tapi...takan seawal jam 7.00 dah terpacak polis polis tue. so....dok laa sms dengan member2. "salam...ada pe ekk kat kota raya ni. pasal ramai sangat polis?ada perhimpunan haram per?"
kawan aku yang sowang menjawab.
"ha?entah..ramai ke polis?aku pun tak sure."~mie-kmp
"oooo...ada perhimpunan memansurkan ISA oleh pakatan pembangkang."~En.daniel.
"ada...kan sejak semalam n kelmarin polis dah cakap. kalau ada perhimpunan kat kotaraya tue. tue semua tak ada permit n haram. dibuat oleh pakatan pembangkang."~bro izat.
so...terkedu aku jap. mak aiii..tetiba rasa nyesal pasal tak dengar berita 2 3 hari ni. pasal bz dengan kerja. balik umah biasa sampai malam. emmm..biasa kalau hari sabtu..aku akan balik sekitar jam 2.00 atau 3.00. tapi disebabkan ada komit pada kerja luar. aku pulang seawal 12.45.
masa perjalanan pergi n balik kerja.siap ada polis tegur lagi. "ni nape jalan sesorang". aku pun dengan slambe cakap laa.."keja bang. ni pun nak balik". so..polis tue pun cakap. " cepat balik. kang lain jadinya." dalam hati aku...ok ok..waktu tue aku tak dapat maklum balas dari kawan2 aku lagi. dah sampai kat ktm bank negara baru laa dapat. risau yang amat. dalam hati aku sentiasa mengucapkan kesyukuran sebab selamat dan tak ada pape jadi.
emmm...
tetiba aku terpikir. macam mana kalau aku balik jam 2 atau 3...mau aku terkandas dalam opis sampai jam 7 malam. mak aiii...menyeramkan. dah laa sowang2 kat opis ni. malam dan esoknya aku tengok berita. mak aiii..mujur laa aku dah balik awal dan tak ada apa apa berlaku keatas diri aku. alhamdulillah.
at the same time...
aku mengikuti perkembangan dalam surat kabar. memang betul apa yang dikatakan orang awam. perhimpunan yang tak membawa apa2 dan menyusahkan orang ramai. akhirnya orang yang terjebak dengan perhimpunan ni tak membawa apa apa faedah. semua membazirkan masa dan duit. malah bukan duit mereka sahaja yang habis. tetapi duit orang lain pun habis. menyusahkan diri , sakitkan diri dan membuang masa.
same time..
waktu aku baca surat kabar. ada gak terserentap jantung aku. bila membaca ramai tahan di tangkap di sekitar kawasan jalan TAR , SOGO , DATARAN , KEPONG. adeh...bila aku baca ayat KEPONG. aku terserentap. tak tau kenapa.tetiba aku terimbau kenangan lalu. dimana..adalah sorang ni dahulu dia menyertai perhimpunan mansurkan pembelajaran math n sains dalam bahasa inggeris. masa tue memang risau tahap gaban bila tau mata dia kena pemedih mata. dan memang tak boleh nak cakap apa la. laa ni...bila ada perhimpunan di kota raya. aku sekali lagi menjadi risau dan terserentap. jangan laaa dia buat kes dan join benda ni lagi. tak ada guna kalau nak join benda ni. memang susah nak cakap. even dah lama tak ctc dia. tapi kerisauan hari tue tetap ada. tambahan bila terbaca ramai yang ditangkap.
emmm...
entah laa...tak tau nak cakap apa lagi. apa yang aku tahu sekarang ni. apa apa perhimpunan haram atau membabitkan polis n FRU. jangan laaa turun untuk membabitkan diri. selain menyusahkan diri kita ianya menyusahkan keluarga dan orang awam. salah satunya akan mengakibatkan kerugian yang besar dalam kewangan negara. tidak ada ape yang membawa faedah dalam menyertai perhimpunan ni. kita boleh bersuara tetapi perlu diingatkan. gunakan cara yang aman dan tidak menyusahkan orang lain. benar kata perdana menteri. kerajaan selangor dipegang oleh pakatan rakyat. kenapa tidak dibuat sahaja perhimpunan di stadium. kan lagi elok dan bagus. tak merugikan apa2 dan semua orang yang terbabit selamat. kerajaan yang kita duduk ni pun....sama2 kita kongsi. kenapa nak buangkan duit kerajaan. kalau kerajaan tumbang. kita semua akan tumbang. dan akhirnya kita akan dijajah kembali seperti dahulu.
so..pada semua orang. pikir dulu sebelum buat. kita sama2 orang malaysia. kalau negara luar melihat kita tidak bersatu padu. tidak mustahil kita akan dijajah semula. hayati pengertian hidup dalam negara kita sendiri.
No comments:
Post a Comment