emmm..
esok dah mula puasa. malam ni dah mula terawikh.
bestnya. banyak banyak bulan...ct paling gembira n seronok bila bulan ramadhan menjelma. macam satu kenikmatan dirasai. entah laa. setiap kali mula ramadhan ct akan rasa seronok. macam orang nak sambut raya.
tahun ni gak...
tahun paling....entah laaa tak tau nak cakap macam ne.
sebab tahun ni macam2 perasaan ct rasa.
gembira , sedih , suka , duka , macam macam arr.
yang pasti...
tahun ni ct sambut puasa dengan abah ct je. coz yang lain semua dah pindah ke rumah masing masin dan berkeluarga. yang tinggal ct sowang lum kawin.
tapi...
hari sabtu ahad....yang pastinya..adik beradik ct akan turun berbuka sama2 macam tahun tahun sebelum ni. cuma tahun tahun sebelum ni....ada abang , akak ipar n anak sedara ct sambut puasa bersama sama. tapi tahun ni....meka dah pindah ke putrajaya. so...tahun ni ct sambut puasa just dengan abah je.
macam biasa...
kalau berbuka puasa , tak ada laa havock nak beli juadah berbuka. just simple dan boleh memberikan tenaga. lagi pun ct dan abah ct tak banyak kerenah sangat pasal makan makan ni. janji makan dan beri tenaga untuk menjalankan kehidupan seharian.
tahun ni gak...
ct banyak mempelajari kehidupan sebenar. dan ct more menjadi seorang penyabar dan tenang. abis cerita....tahun ni ct more motivasi diri sendiri dan kawan2. abis semua ct cakap. hehehehhe...sowey laaa korang2 kalau ct banyak bebel. tapi ct memang macam tue pun. tak suka nak downkan orang n tak suka dah salah sangka. hehehehe.
tahun ni gak..
tahun mencabar dalam kehidupan ct. entah laa ct tak tau nak cakap macam mana dah. semua terjadi ct pikir ada hikmah disebaliknya. semua terjadi ct pikir pembalasan dengan apa yang pernah ct lakukan sebelum ni. tak kira laa masa kecik atau dah bosar. hehehhe...abis cerita skang ct more positif thinking. malas nak anggap buruk pada orang. malas nak marah lebey lebey. malas nak gaduh gaduh. yang ct tau...kehidupan seharian ct perlu dijaga dengan sebaik mungkin. dan ct malas nak layan ego ct lebey2.
puasa tahun ni...
mungkin membawa erti yang bermakna. sebab setiap kali puasa...satu je ct pikirkan. berdoa. itu paling ct harapkan dalam bulan ramadhan. coz...bulan puasa ni seperti kita tahu..ada 1 malam yang di panggil lailatuqadar. satu malam dimana malaikat akan turun dan mengambil doa orang yang berdoa pada malam tersebut. ct harap tahun ni ct dapat berjumpa dengan malam tersebut.
ct harap gak..
tahun ni ct banyak memperbaiki diri ct dengan sebaik mungkin.
bagi ct...
setiap tahun merupakan tahun tahun yang biasa. tapi setiap kali ramadhan...ct akan mula berasa gembira. cuma ct tak tau..puasa ct tahun tu diterima atau sebaliknya. ct cuba untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin. tapi ct tak pasti...sama ada dah sebaik mungkin atau sebaliknya.
mungkin tahun ni...
puasa terakhir buat ct dengan family...atau mungkin juga tahun ni puasa terakhir buat korang semua. kita tak tahu..sama ada puasa akan datang kita dapat berjumpa lagi atau pun tidak.
semenjak ct balik dari umrah.
ct selalu memikirkan akan hal kehidupan. entah bila kita akan kembali menemuinya. umur tidak kira akan ajal kita. sebab tu ct peringat akan diri sendiri dan kawan kawan yang lain. mungkin tahun ni puasa terakhir buat diri kita.hemmm..
oleh sebab yang demikian.
disini ct ambil kesempatan untuk memohon maaf pada member2 dan insan2 yang pernah kenal dengan diri ct. ct hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. dan kadang kala ct tak sedar dengan apa ct katakan dan ct buat. ct mintak maaf jika ct ada membuat kesilapan pada korang.
ct juga berharap..
tahun tahun akan datang ct dapat menyambut ramadhan dengan sebaik mungkin.
just ct nak ingat kan pada member2 ct dan semua orang.
jalani ibadah puasa tahun ni dengan sebaik mungkin. kita tidak tahu sama ada ianya adalah puasa terakhir buat diri kita atau sebaliknya.
dan jalani kehidupan dengan sebaik mungkin. kerana kita tidak tahu ajal kita bila. umur tidak menjanjikan kita akan terus hidup. sedangkan bayi baru sehari dihidupkan sudah kembali ke sisiNYA..inikan diri kita yang penuh dengan kesilapan dan doa yang dilakukan.
hayati kehidupan kita dengan sebaik mungkin.
so..
pada member2 ct n semua umat islam....
ct nak wish...
SELAMAT MENYAMBUT IBADAH PUASA & TERAWIKH dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment