Friday, August 7, 2009

tangisan dalam kegembiraan

emmm..
hari ni hari last ct dok sowang kat opis.
yeahhh......

akhirnya 2 minggu ditinggalkan seorang diri di opis berakhir sudeh. seronok dan gembira bila bos dah pulang dengan selamatnya dari tanah suci mekkah.

lepas ni tak ada laa ct sorang sorang buat kerja kat opis ni. emmm. walaupun orang cakap , tak ada bos seronok. tapi bagi ct sama je. ada ke tak ada ke. sama je. keja tetap menimbun. cuma laa ni kerja ct dah hampir siap.

emmmm...
selama seminggu ni juga otak ct bercelaru. dengan masalah kesihatan dan masalah mental. otak sentiasa berfikir. balik rumah borak dengan abah , tengok tv. dah tu terus tido. makan? kadang2 tu tak makan gak. entah kenapa dalam minggu ni selera makan ct berkurangan. tambahan kepala ct makin beban dengan kenangan lalu. adeh.......maybe sebab tue ct tak ada selera nak makan n otak sentiasa aktif berfikir.

entah laa...
masalah ct tak ada laa banyak sangat pun.
masalah kerja tak ada langsung. semua boleh diatasi dengan slow2.
masalah dekat rumah...emmmm...memang tak ada langsung. balik sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira. even balik rumah tue kadang2 kena masak semua. tapi tue dah tanggungjawab ct yang tinggal kat rumah tue.
masalah kesihatan..emmm..memang terganggu sikit sejak seminggu dua ni. dah sihat sakit perut...sakit pale pulak..dah sihat sakit pale..deman pulak..dah sihat demam. kaki terseliur. macam macam lagi laa.
masalah yang tak dapat diatasi dari ct balik umrah sampai skang.. emmm.. masalah "C". kalau ada yang tak paham tue. buat buat paham jelah.

tak tau laa nak cakap apa. sebab ct buat semua tu bukan untuk kebaikan ct. tapi untuk kebaikan dirinya. ct melarikan diri darinya sebab ct takut dengan keadaan dirinya. ct melarikan darinya sebab ct risau banyak perkara tentang dirinya. ct melarikan diri darinya sebab ct tak nak dia tengok dia dibebani.

susah ct nak cakap terus terang sebenarnya. kenapa ct buat semua ni. ct pun tak paham kenapa ct buat semua ni. tapi yang pasti...untuk kesenangan dirinya juga. kalau ct silap. ct mintak maaf. sebab bagi ct,ct banyak memeningkan kepala dia. sebab tue ct terpaksa lepaskan dia. lepaskan untuk kebaikan dirinya tetapi menyakiti diri ct.

emmm..
tapi apa mampu ct buat sekadar berdoa dan melihat dirinya dari jauh. even dia sakit hati kepada dirinya.

bagi dirinya..
ct ada penganti dirinya.
tetapi hakikatnya....dia bukan penganti dirinya. dia sekadar abang yang membantu adiknya. dan buat masa kini , dia telah pun mendirikan rumah tangga. ct tak pernah anggap dia lebih dari seorang abang dan kawan. dia sekadar kawan baik sahaja. bukan seperti dirinya yang ct kenali.

inilah kenyataan yang sebenar.
selama ini ct simpan untuk pengetahuan diri ct sahaja. bukan ct tak nak memberitahu perkara sebenar. tapi ini yang terbaik untuk dirinya meneruskan cita2nya dan keluarga. walau sesakit mana dia merasainya. ct lagi sakit menanggungnya.

ct lakukan semua ini bukan untuk diri ct sahaja. tetapi banyak pihak yang ct pikirkan.

oleh sebab demikian,
ct tak dapat nak pendam dan diamkan benda ni semua. sebab ct tau , ianya akan menyakiti diri ct.

orang nampak ct gembira.
orang nampak ct bahagia.
orang nampak ct ketawa.
orang nampak ct sentiasa ceria.

tapi..

orant tak nampak kesedihan diri ct
orant tak nampak merananya ct.
orang tak nampak tangisan ct.
orang tak nampak kemuraman ct.

ct sentiasa akan pastikan orang melihat senyum ct tetapi bukan tangisan ct. hanya seorang sahaja yang pernah melihat tangisan ct yang sebenar. dan dia adalah "MR.I"

thank be my good partner.

No comments: