Friday, January 15, 2010

tahun 2010

emm....
lama dah ct tak mengarang dalam blog ni. setelah apa yang berlaku ke atas kehidupan ct. banyak perubahan berlaku pada tahun 2010. bukan sedikit.. tapi banyak dan ketara.

tarikh 1.1.10 satu tarikh yang menduka citakan diri ct dan keluarga. pemergian arwah abah pada jam 4.40 telah membuatkan diri ct lebih dewasa dan memikirkan bagaimana untuk berdikari dengan lebih baik.

memang tidak disangka. pemergian arwah abah tidak disangka oleh semua pihak. terutama ct sendiri. jika pemergian arwah mak dahulu telah mengejutkan ramai orang. begitu juga pemergian arwah abah. tapi pemergian mereka kerana ALLAH lebih menyayangi diri mereka dan mereka telah memulakan kehidupan mereka dialam yang sebenar.

peristiwa ini membuatkan ct lebih terpikir akan kekuasaan dirinya. kehidupan di dunia hanya sementara. dan keseronokan di dunia tidak akan berkekalan.

tahun 2010 juga....telah membuatkan diri ct menjadi lebih berani dan lebih kuat. kuat dalam menerima apa saja dugaan yang dihadapi. bagi ct....semua yang terjadi ada hikmahnya,ada pedomannya.

mulai tahun 2010...
insyaALLAH...apa yang dihajati oleh arwah Abah dan mak...akan ct tunaikan. dan apa yang ct hajati dapat dijalankan. InsyaALLAH...

apa apa pun...
tahun 2010...bukan satu tahun yang menyedihkan. tapi satu tahun yang bakal membuat ct lebih bersedia menempuh rintangan dan menempuh kehidupan secara teratur. dan apa yang ct harapkan...tahun 2010 ini juga merupakan tahun yang bakal memberikan hidayah pada diri ini.

emmmm....
dengan ini....kehidupan 2010 ct telah bermula dengan secara bersendirian. ct juga telah menyusun atur ape perkara yang perlu ct lakukan pada tahun ni. cuma diharap ct dapat menjalankan apa yang dihajati. insyaALLAH.