Thursday, August 27, 2009

bestnye tidur lena ku.

hemm...
semalam m.c, so....kena laa dok umah diam2. atas nasihat doktor dia suruh jangan keluar rumah. duduk laa diam-diam. so....lepas makan sahur...macam biasa kena laa makan ubat yang diberi oleh doktor.
ubat selsema,batuk,antibiotik,demam. pergh...elok lepas solat subuh. mata dah tak boleh nak buka. sebab efek dari ubat selsema n batuk tu. so....tidur punya tidur. bangun bangun dah tengahari. mak aiii....kelang kabut. tengok kat hp ada miss call , ada msg tak dibaca. buka2 member bagi , bos call . adoi...terus kelang kabut msg bos say sorry. kalau bukan sebab ubat tue rasanya dah sedar. memang kalau ikutkan , ct mudah bangkit dari tidur kalau bunyit handset. ni tak...tak dengar langsung. padahal handset tu betul betul sebelah kepala ct. tu pun mujur abah tolong angkatkan. hem.....

risau dan gelisah gak sebab lupa nak infor bos. ingat nak infor lepas solat subuh. lepas subuh mata dah tak boleh nak membukanya. so...lupa laa nak msg. tu laa ceritanya. tapi b for sahur tue ct mimpi best sangat. rasa macam tak nak bangun sahur je. hehehehe.. tapi tue semua mimpi. bukan boleh jadi kenyataan pun. kalau ye pun mungkin mimpi yang ct tak ingat. (biasa terjadi dah).

hem.......
hari ni dah ok balik...so..g laa kerja. mulai hari ni ct dah tekad...untuk bina hidup baru. dengan suasana yang lebih gempak,selambe dan ceria. hehehhehe. lagi pun , kalau diingat pasa hal lalu kita tak akan maju kehadapan. benda dah lepas lepas jangan diungkit lagi. so...if ct dulu boleh tahan dengan cabaran dan lasak. kali ni mesti mampu punya. lagi pun kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekutum. ambil iktibar dari kejadian lepas untuk membuatkan diri ct lebih berhati hati dalam mengambil keputusan. tak kira dalam apa sekali pun.

kalau dia dah ada penganti diri ct....
alhamdulillah. ct gembira. biarlah dia jalani hidup dia dengan yang tersayang. untuk ct tarik balik. mungkin tidak. ct pegang pada apa dia pernah kata. biarkan saja kenangan lalu menjadi satu memori yang membawa pengajaran pada ct. lagi pun...betul cakap member member ct. biarkan hal lalu. nak dikenang pun tak guna.

so..kalau dulu ct sentiasa simpan gambar kami dalam purse ct. skang ni ct just simpan memori tue dalam album gambar. tak guna dah nak bawa kesana kemari. hanya tinggalkan kenangan pahit dan akan buat ct sedih macam dulu. biar apa yang terjadi ct lepaskan. bukan boleh tarik semua ape dah dikatakan. kita yang patut nilai erti kehidupan kita sekarang ni. jadi...buang yang keruh ambil yang jernih.

now....
ct dah rancang kehidupan ct akan datang. semuanya bergantung kepada kekuatan fizikal , mental dan emosi ct. kalau semua berjalan lancar..ct boleh capai apa yang ct rancangakan. kalau terlampau agresif mengecap impian tak guna gak. buat secara slow. apa yang penting...ct tau apa yang ct buat.

lagi pun..
ramai member member yang still sokong ct dari belakang n ambil berat pasal diri ct. kenapa ct nak kenang cerita lalu. dia pun dah tak kenal siapa ct lagi. so...ct pun dah mintak maaf..kalau dia tak maafkan , ct tak boleh nak buat apa dah la. just diam dan biarkan saje. yang penting , ct kena hayati time hidup ct dengan keimanan , keceriaan dan keikhlasan. sebab hidup kita pun tak tau sampai bila. yang penting bagi ct...jangan tinggikan ego dan mudah maafkan orang. kita manusia. sesakit hati mana diri kita , yang penting kita perlu memaafkan orang len. itu lagi baik daripada membalasnya. kalau membalasnya perasaan suka dan gembira tue hanya sementara sahaja. bukan selamanya. pasal tue ct malas nak membalas balas ni. biar pie laa orang nak cakap atau buat. yang penting ct tau benda tue akan berpusing balik dekat kita. yang ct tau skang ni..kalau ct ada buat silap dan salah pada korang semua. ct mintak maaf sangat2. bukan niat ct nak membuatnya. mungkin ct tak sedar atau mungkin ct anggap itu satu gurauan yang kasar.

neway....
pada member member ct...
zurah , atie , shaz , sufri , mie , shima , mail , abang , amy , irwan , anis , e-ba , mar , ili , adib , azira , daniel , dan lain lain lagi. thank coz support me. terutama pada member yang setia membaca blog ct ni. thank a lot. pada sufri...kalau ko membacanya...nak koment sila laa tinggalkan msg yang ada ekk. atau msg laa aku keesokkan harinya. jangan nak msg memalam buta. mengacau aku tidur je. ada aku lestik kepala ko jap lagi. hahahhahaha..

neway...
perjalanan hidup baru ct..akan bermula mulai saat ini. ct akan berusaha menjadi seperti dahulu. seperti mana ct pernah dikecewakan 5 tahun lepas..dan ct menjadi seorang yang lebih berani dalam menenpuhi hidup baru , begitu juga akan ct lakukan pada masa kini. yeah!!

Sunday, August 23, 2009

Demam balik

hemmm....
selamat berpuasa kepada semua kawan2 dan seluruh umat islam.

tahun ni puasa best gak.
even tak macam tahun tahun sebelum ni. tapi seronok gak.

semalam...
berbuka puasa dengan anak yati Rumah Kasih Harmoni , paya jaras. program rakan muda. alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar. seronok gak buka puasa dengan mereka. yang lagi best. join dengan dak2 sukarelawan cat murel. cantik murel tue....siap macam alam fantasi lagi. murel tue jadi macam tue...gara gara disebabkan ada laa sowang sukarelawan ni g warna arnab warna pink. adoi....lawak2.

hemmm..
walaupun semalam panas terik...tapi tak terasa sangat bagi diri ct yang berpakaian serba hitam. siap ada sowang sukarelawan cakap lagi.
"akak...tak panas ke? akak berbaju warna hitam pulak tue."
dengan selamba aku boleh jawab.
"panas dunia je.."
perh!!diam dak tue. tapi betul ,ct rasa tak panas pun. rasa macam biasa je. secara jujurnya laa. memang semalam panas yang amat. tapi ct tak rasa sangat.

emmm..
abis sat keja ct n dah pun berbuka dengan anak yatim. ct terus balik. cadangnya nak balik rumah terus. tapi tetiba rasa nak makan chicken chop. g laa bukit rahman putra sat. perkena laa lamb chop. pergh!!sedap gak..cuma kuah dia pahit sikit. heheheheh. balik tue rasa badan panas. minum air masak banyak banyak. alhamdulillah. badan tak panas.

pagi tadi..
lepas solat subuh.. dapat laa lena sejam. bangun dari lena. emmm...badan rasa lemah sangat. abah rasa badan. emmm..panas sikit. mungkin panas sebab dok berjemu mewarna murel semalam kot. tapi...serius ct cakap..memang tak rasa panas apa pun semalam.

so...
rasa badan memang lemah. sampai suruh abah hantar ke ktm gak. tak nak ambil m.c. sampai sampai kat ktm , kena tunggu. dalam hati doa kuatkan kekuatan diri ini. tunggu punya tunggu. tren pun sampai. dah sampai terus nek. sampai kat ktm kepong. adoii......terperangkap dalam tue selama lebih kurang 10 minit. last2 meka suruh kuar then pindah tren sebelah sana pulak. g laa nek. mujur laaa ada tempat.

sampai kat bank negara.. macam biasa akan jalan sampai ke opis. mengambil masa 10 minit perjalanan. sampai opis..badan semakin panas dan batuk batuk. emmmm...mata dah tak boleh nak membukanya. mujur laa bos tak datang opis. so , ambil kesempatan tidur sebentar. (lagi pun tak ada kerja....semua kerja dah settel , kecuali translet nota dari bahasa indonesia ke malaysia.) dapatlah lelap mata selama 1 jam. tue pun jap jap bangun. sebab batuk.

emmm..
la ni....
skang ni tak ada kebahnya demam. bos telefon. cakap...pukul 4 tak ada pape...boleh laa tutup akedemi then g kedai atau balik. kalau ikutkan diri ct..nak je balik terus. badan tak cihat sangat ni. tapi paksa diri g opis gak. emmm..tengok laa karang macam mana. tapi serius ct cakap. memang badan panas tahap gaban. sampai ct rasa air macam ais batu je. emmmm.

ha....
sebelum ct lupa..
alhamdulillah, semakin hari semakin ct dapat melupakan kisah lalu. ct gembira akhirnya. tapi tak gembira sangat laa. pasal kisah lalu masih ada cikit2 memorinya. cuma skang ni ct nak buat apa yang patut untuk diri ct. pasal jodoh , cinta semua tue ct rasa.....nanti dulu. coz ct pun tak boleh nak komit dalam perkara tersebut. emmm.

pada member2 ct yang sudi baca blog ct . terutama "hang" ( sufri)...terima kasih ekk. terharu . sebak , sedih , dan sewaktu dengannya ekk...lawak arr hang. tapi ngacau mimpi malam aku je. len kali bagi tau bila dah siang. apa daaa..huhuhuhu...

apa2 hal...
ct dah ok macam dulu..cuma kesihatan je tak ok ok lagi. deman naik turun macam lif je. emmm.
hope tak ada pape laa...mungkin sebab ct berjemur mewarna murel kat rumah kasih harmoni..tue yang hari ni badan panas semacam je. heheheheh...neway...thank to all.

selamat berpuasa dan menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
to Daniel.....chaiyok2 for puasa tahun ni. hope dapat puasa penuh. ( tengok.....orang non muslim pun boleh puasa dengan sebaik mungkin..nikan kita orang islam. tak malu per?) huhuhuhuhu...

Friday, August 21, 2009

Kawin lagi...

adoi....
tak larat dah ct nak dengar orang bising sal hal ni.

"wei!!!! suka ati aku laaa...nak kawin bila..umur baru 23 dah bising nak suh kawin. abah ct pun tak bising macam ni."

adoii...tue laa yang selalu ct bisingkan dengan orang bila orang dok bertanya sal benda ni. bukan tak nak cari..bukan tak nak kawin. nak....
tapi untuk buat masa ni...ct tak pikir lagi. ct more pikir akan kerjaya ct dulu dan menstabilkan kewangan ct.

lagi pun...
ct still tak boleh nak terima orang lain selain my last love. tu je ct boleh cakap skang ni.

so...
korang jangan nak bising dengan ct..
bila ct nak kawin...kawin laa cepat....dengan sewaktu dengannya. ct tak mo bercinta buat masa ni. pasal ct masih sayang pada yang satu. dan ct dah lepaskan dirinya. sama ada seketika atau selamanya. hemmm..

bagi korang yang pernah merasai macam ne ct rasa..
korang tau laa macam ne rasanya. tapi bagi yang tak pernah rasa. tak payah try2. ko jaga bebek2 hubungan korang tue. nak main try2 kang lain jadinya.

apa yang pasti.
soal kawin ni...pls tolong " shut up " dulu. jangan bising dengan ct pasal benda ni. kalau ada jodoh , ada laa ct bagi kad nanti. yang pasti...untuk ct menyayangi orang agak sukar untuk masa ni. sebab ct sayang sowang je. ok..

sekali lagi ct nak infor...
CT BELUM LAGI TERPIKIR NAK KAWIN N MY HEART BELUM READY NAK TERIMA ORANG LAIN SELAIN C DIA JE....terima kasih.

Puasa Tiba Lagi.

emmm..
esok dah mula puasa. malam ni dah mula terawikh.
bestnya. banyak banyak bulan...ct paling gembira n seronok bila bulan ramadhan menjelma. macam satu kenikmatan dirasai. entah laa. setiap kali mula ramadhan ct akan rasa seronok. macam orang nak sambut raya.

tahun ni gak...
tahun paling....entah laaa tak tau nak cakap macam ne.
sebab tahun ni macam2 perasaan ct rasa.
gembira , sedih , suka , duka , macam macam arr.

yang pasti...
tahun ni ct sambut puasa dengan abah ct je. coz yang lain semua dah pindah ke rumah masing masin dan berkeluarga. yang tinggal ct sowang lum kawin.

tapi...
hari sabtu ahad....yang pastinya..adik beradik ct akan turun berbuka sama2 macam tahun tahun sebelum ni. cuma tahun tahun sebelum ni....ada abang , akak ipar n anak sedara ct sambut puasa bersama sama. tapi tahun ni....meka dah pindah ke putrajaya. so...tahun ni ct sambut puasa just dengan abah je.

macam biasa...
kalau berbuka puasa , tak ada laa havock nak beli juadah berbuka. just simple dan boleh memberikan tenaga. lagi pun ct dan abah ct tak banyak kerenah sangat pasal makan makan ni. janji makan dan beri tenaga untuk menjalankan kehidupan seharian.

tahun ni gak...
ct banyak mempelajari kehidupan sebenar. dan ct more menjadi seorang penyabar dan tenang. abis cerita....tahun ni ct more motivasi diri sendiri dan kawan2. abis semua ct cakap. hehehehhe...sowey laaa korang2 kalau ct banyak bebel. tapi ct memang macam tue pun. tak suka nak downkan orang n tak suka dah salah sangka. hehehehe.

tahun ni gak..
tahun mencabar dalam kehidupan ct. entah laa ct tak tau nak cakap macam mana dah. semua terjadi ct pikir ada hikmah disebaliknya. semua terjadi ct pikir pembalasan dengan apa yang pernah ct lakukan sebelum ni. tak kira laa masa kecik atau dah bosar. hehehhe...abis cerita skang ct more positif thinking. malas nak anggap buruk pada orang. malas nak marah lebey lebey. malas nak gaduh gaduh. yang ct tau...kehidupan seharian ct perlu dijaga dengan sebaik mungkin. dan ct malas nak layan ego ct lebey2.

puasa tahun ni...
mungkin membawa erti yang bermakna. sebab setiap kali puasa...satu je ct pikirkan. berdoa. itu paling ct harapkan dalam bulan ramadhan. coz...bulan puasa ni seperti kita tahu..ada 1 malam yang di panggil lailatuqadar. satu malam dimana malaikat akan turun dan mengambil doa orang yang berdoa pada malam tersebut. ct harap tahun ni ct dapat berjumpa dengan malam tersebut.

ct harap gak..
tahun ni ct banyak memperbaiki diri ct dengan sebaik mungkin.

bagi ct...
setiap tahun merupakan tahun tahun yang biasa. tapi setiap kali ramadhan...ct akan mula berasa gembira. cuma ct tak tau..puasa ct tahun tu diterima atau sebaliknya. ct cuba untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin. tapi ct tak pasti...sama ada dah sebaik mungkin atau sebaliknya.

mungkin tahun ni...
puasa terakhir buat ct dengan family...atau mungkin juga tahun ni puasa terakhir buat korang semua. kita tak tahu..sama ada puasa akan datang kita dapat berjumpa lagi atau pun tidak.

semenjak ct balik dari umrah.
ct selalu memikirkan akan hal kehidupan. entah bila kita akan kembali menemuinya. umur tidak kira akan ajal kita. sebab tu ct peringat akan diri sendiri dan kawan kawan yang lain. mungkin tahun ni puasa terakhir buat diri kita.hemmm..

oleh sebab yang demikian.
disini ct ambil kesempatan untuk memohon maaf pada member2 dan insan2 yang pernah kenal dengan diri ct. ct hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. dan kadang kala ct tak sedar dengan apa ct katakan dan ct buat. ct mintak maaf jika ct ada membuat kesilapan pada korang.

ct juga berharap..
tahun tahun akan datang ct dapat menyambut ramadhan dengan sebaik mungkin.

just ct nak ingat kan pada member2 ct dan semua orang.

jalani ibadah puasa tahun ni dengan sebaik mungkin. kita tidak tahu sama ada ianya adalah puasa terakhir buat diri kita atau sebaliknya.

dan jalani kehidupan dengan sebaik mungkin. kerana kita tidak tahu ajal kita bila. umur tidak menjanjikan kita akan terus hidup. sedangkan bayi baru sehari dihidupkan sudah kembali ke sisiNYA..inikan diri kita yang penuh dengan kesilapan dan doa yang dilakukan.

hayati kehidupan kita dengan sebaik mungkin.

so..
pada member2 ct n semua umat islam....
ct nak wish...
SELAMAT MENYAMBUT IBADAH PUASA & TERAWIKH dengan sebaik mungkin.

Monday, August 17, 2009

"Macam Perangai Mak"

hemm...
tajuk kali ni..
"macam perangai mak"...
kenapa keluar tajuk kali ni..
heheheheheh...

semalam...
borak dengan abah sambil buat kerja cikit. heheheheh...abah cakap perangai ct dengan arwah mak ct sama. workerholic n akan buat sesuatu tue secara teliti. termasuk bajet bulanan. emmmm...tak tau laa kan. pasal ct kenal arwah mak ct selama 12 tahun je. lepas tu..arwah mak ct menyahut seruan ilahi. emmm.

tapi...
abah cakap...
macam mana ct n adik beradik nak kenal perangai arwah mak masa muda muda. tengok je diri ct ni. dah boleh korang lihat. macam mana perangai ct..macam tue laa arwah mak ct dulu.

kadang kadang ct tergelak bila dengar abah cakap macam tue.
bukan apa...selama ni ct selalu cakap...along ct macam arwah mak ct. tapi hakikatnya....abah cakap, along ct more ikut perangai abah dari arwah. so....skang ni ct tak boleh nak cakap apa dah laa. pasal adik mak ct "mak uda" pun cakap perangai ct beh kurang macam arwah mak ct gak. memang tak boleh nak nafikan laa bila adik arwah mak ct sendiri dah cakap macam tu.

abah ct cakap...
actually arwah mak ct ni seorang wanita yang kuat semangat , tak pernah putus asa , kuat pendirian , workerholic , dan penyanyang. Bila ct dah abis sekolah. abah cakap....perangai ct memang tak tumpah macam arwah mak. then mak uda ct pun cakap...masa mak ct kat sekolah dulu. memang seorang yang aktif dan tegas. macam ct gak. abis cerita...memang abah dengan adik adik mak ct cakap...diri ct ni memang tak tumpah perangai macam arwah.

hemmm...
nak buat macam...kalau kuah tak tumpah ke nasi..
sabar jelah.

hari ni gak...
ct gembira cikit...pasal hari ni...ct dapat jumpa n lepak dengan pak wan (member fotografi)..memang pak wan ni bro yang ct hormat arr...dia stady n best untuk berborak. tapi ada satu ketika dulu. nama dia telah digunakan oleh orang lain untuk cover line. tapi ct tak salahkan orang tue. pasal dia terpaksa. maybe ada sebab mengapa dia gunakan nama pak wan. cuma apa yang ct nak ingatkan. jangan kita gunakan nama orang lain kalau bak membuat sesuatu. nak nak orang paling ct hormat.

ct gembira jumpa dengan pak wan. setelah agak lama tak berjumpa.
even dalam masa jangka waktu yang singkat berjumpa dengan dia. macam macam cerita dok borakkan. termasuklah c dia. dia pun sedih sangat. sebab orang yang dianggap macam adik kandung n dia sayang tue tak bagi respond pada diri dia. dia asyik tanya ct. "ada no baru dia tak?"

ct boleh menjawab...
"pak wan...dah 5 bulan ct tak contact dia. just dalam internet je ct contact dia. tue pun diam menyepi."
pak wan boleh cakap...
"ko buat dia merajuk..tue dia diam menyepi."

entah laa pak wan...ct pun tak tau nak cakap macam ne. yang pasti.....memang semua ni salah ct. tue je ct boleh cakap.
emmm...
yang lagi best...
pak wan cakap...
kenapa ko makin kurus....ape dah jadi kat ko...

hehehehe....
so...
keluar laa cerita sal seminggu ct mc. sampai ct masuk wad pun..pak wan boleh tau. ni sah2 abang haq cerita.
pak wan siap cakap lagi...
jaga laa diri tue. jangan sebab dia ko sakit.

ya allah pak wan...
tak ada kena mengena dengan dia....
ct dah jatuh sakit..nak buat macam ne. tapi same time memang ada cikit terselit. heheheheh..

entah laa..
tapi yang pasti...
pak wan pun mencari c dia sampai ct tengok muka pak wan pun...sedih semacam je. pak wan cakap...kalau ada masa n ada no baru dia...tolong arr contact n bagi tau pak wan. ct cuba ya pak wan. ct tak janji. sebab dengan ct pun susah nak berinteraksi...nikan nak dapatkan semua tue. ct try slow talk dengan dia macam ne. k.

tapi..
memang ct gembira sangat...bila jumpa dengan pak wan tadi. macam macam cerita yang dikongsi. pak wan pun skang ni dah beli camera DSLR...waaaa...memang bangga n tabit spring tu laa.

emmmmm...

Siti Sudah Sihat..

hemmm...
alhamdulillah... siti beransur pulih skang ni dan sudah pun kembali bertugas di akedemi. alhamdulillah.

selama seminggu ct cuti sakit memang macam macam terjadi. dari sakit teruk sampai laa kecik. memang minggu lepas minggu ct sakit. hemm. tak tau nak cakap dah laa.

actually sebenarnya sabtu lepas ct dah sakit. sakit perut disebabkan kencing kotor. bak kata doktor..kurang minum air mineral dan lain lain air laa..heheheheh...dah laa hari sabtu ari tue panas terik yang amat. hemmm...

so...
nak dijadikan cerita.
hari ahad tue ct g laa kecemasan. pasal sakit perut yang amat sangat macam kena batu karang. sampai pembantu perubatan kena marah dengan ct. mana taknya boleh dia tanya. sakit sangat ke. agak2 laakan. ct dah nagis tahan gaban takan buat2 kot. tue ct marah dia..."Sakit laaa!!"
kan free free kena marah macam singa. hem..sape suruh buat macam tue. kan dah kena marah dengan ct. hehehhehe.

so...
kena laa tahan selama 7 jam dalam wad kecemasan. kena ambil darah , x~ray dan air kencing. cek cek semua. akhirnya penantian selama 7 jam berakhir dengan keputusan yang mengatakan. "kencing kotor je. tapi mujur datang awal. sebab kalau tak boleh kena batu karang." hehehehe. atas nasihat doktor, balik rumah ct kena makan ubat. sampai rumah beralaskan perut dengan biskut kering n air masak. ct terus makan ubat. then after that tido. rehat punya rehat....pada belah petang....badan rasa semacam. ingatkan efek ubat tue. so..biarkanlah.

dah hari ketiga.
ct rasa benda yang sama. rasa pitam , badan panas dan muntah yang teruk. asal makan mesti muntah. asal makan mesti muntah. masa tu pulak banyak iklan dimana2 pasal h1n1. tanda2 semua ada pada ct. takut yang amat.. ct ambil keputusan kalau malam karang benda yang sama terjadi. ct akan kembali ke hospital.

akhirnya...
ct pergi balik. pergi pergi balik....prosedur macam biasa kalau g bahagian kecemasa. bila time giliran ct. ct pun cek laa semua.
adoi......
sabar jelah ct rasa. sebab doktor dengan selamba boleh cakap.....
"awak ni dah salah ubat. ubat ni tak sesuai dengan badan awak. sebab kuat sangat. sebab tulah awak jadi macam tu. tapi untuk langkah berjaga2.awak kena cek darah lagi sekali."
g laa ambil darah lagi 2 botol. emmm....cek cek semua. memang dah disahkan...bebas dari penyakit berbahaya kecuali penyakit sedia ada pada diri ct. hehehehehe.

so...
untuk meredakan benda tu semua...doktor suruh masuk air sebanyak 3 botol. adoi...ada laa juga kena tahan selama 5 jam kat wad kecemasan tue. after that....doktor bagi cuti selama 3 hari. untuk memberikan rehat secukupnya. seronok seronok gak pasal cuti yang lama. tapi tak seronoknya pasal ct sakit. benci tul...hemmm.

selama seminggu ct cuti sakit dan berehat. memang tak ada apa terjadi. kecuali bila ct dah sihat dari satu penyakit tue...kena penyakit lain pulak. dari atas kepala sampai bawah tapak kaki. tapi alhamdulillah..skang ni ct dah kembali sedia kala.huhuhuhu.

hem....
tapi....selama ct mc semua benda ct dapat atasi kecuali satu perkara yang ct tewas dalam bidang pemikiran ct. betul cakap arwah mak ct. ct tak reti nak menipu dan tak reti nak simpan rahsia kecuali dah di warning awal2 benda tu RAHSIA. hemmm...

ct pun tak tau nak cakap dah. ct cuba nak melupakan hal yang berlaku 5 bulan yang lalu. tapi tak boleh...TAK BOLEH. makin ct nak lupakan..makin benda tu datang. ct pernah berdoa depan kaabah pasal hal ni. ( bukan ct doa nak lupakan hal tue...tapi doa kebaikan laa...)
akhirnya....
ct tumpas dengan memori yang lalu. ct tak boleh nak tipu diri ct dan orang lain. oleh sebab yang demikian ct buat langkah ct sendiri tanpa bertanya dengan orang lain. bagi ct...ct akan buat keadaan menjadi serabut. tapi tak tau arr..sebab ct hanya buat apa yang ct rasa...dapat membebaskan ct dari rasa sakit yang memakan diri ct sendiri.

arwah mak ct dulu selalu cakap dengan kita orang semua sal diri masing2. apa yang arwah mak ct cakap semua betul. yang pasti..apa arwah mak ct cakap semuanya betul pasal diri ct. ct memang tak boleh nak menipu. sebab bila ct menipu ct akan cakap dengan orang tue pada jangka masa yang lama atau kejap.hemmm...tengok pada keadaan. yang pasti ct tak reti nak menipu. dan...ct juga seorang yang tak reti simpan rahsia kecuali kalau ct telah diwarning. heheheheh. itulah ct yang sebenarnya. apa yang pasti..arwah mak ct juga pernah cakap. ct ni tak reti nak pentingkan diri kalau orang yang ct sayang tue sakit. biar ct yang penat dan sakit dulu. tapi asalkan ct dapat tengok orang ct sayang tue gembira. cuma bila ct tak boleh nak tanggung sakit tue baru ct akan cakap. itu apa yang pernah arwah mak ct cakap pasal diri ct sebelum ni.

bila dah besar...
baru ct sedar apa yang arwah mak ct cakapkan. betul cakap seorang ibu tue. kata kata ibu amat bermakna bila kita hayati bersama.hemmm...
ct akan tersenyum panjang bila teringatkan apa yang dikatakan oleh arwah mak ct tentang diri ct.

hemmmm...
apa yang penting. ct dalam cubaan untuk mengatasi masalah yang makin bermasalah dalam kepala. saban hari ct teringat dan cuba untuk menyelesaikkannya. cuma skang ni apa yang ct pikir. sama ada ianya sekadar ujian untuk melihat kesabaran ct atau memang perkara tue ct perlu atasinya bersama dengan seseorang.hemmm...

entah laaa...ct sendiri dalam penantian melihat akan keputusannya. sama ada baik atau sebaliknya. ct berharap...apa yang bakal ct tempuhi akan menjadikan ct lebih bersabar dan lebih bertaqwa kepada dirinya. amin.

Friday, August 7, 2009

tangisan dalam kegembiraan

emmm..
hari ni hari last ct dok sowang kat opis.
yeahhh......

akhirnya 2 minggu ditinggalkan seorang diri di opis berakhir sudeh. seronok dan gembira bila bos dah pulang dengan selamatnya dari tanah suci mekkah.

lepas ni tak ada laa ct sorang sorang buat kerja kat opis ni. emmm. walaupun orang cakap , tak ada bos seronok. tapi bagi ct sama je. ada ke tak ada ke. sama je. keja tetap menimbun. cuma laa ni kerja ct dah hampir siap.

emmmm...
selama seminggu ni juga otak ct bercelaru. dengan masalah kesihatan dan masalah mental. otak sentiasa berfikir. balik rumah borak dengan abah , tengok tv. dah tu terus tido. makan? kadang2 tu tak makan gak. entah kenapa dalam minggu ni selera makan ct berkurangan. tambahan kepala ct makin beban dengan kenangan lalu. adeh.......maybe sebab tue ct tak ada selera nak makan n otak sentiasa aktif berfikir.

entah laa...
masalah ct tak ada laa banyak sangat pun.
masalah kerja tak ada langsung. semua boleh diatasi dengan slow2.
masalah dekat rumah...emmmm...memang tak ada langsung. balik sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira. even balik rumah tue kadang2 kena masak semua. tapi tue dah tanggungjawab ct yang tinggal kat rumah tue.
masalah kesihatan..emmm..memang terganggu sikit sejak seminggu dua ni. dah sihat sakit perut...sakit pale pulak..dah sihat sakit pale..deman pulak..dah sihat demam. kaki terseliur. macam macam lagi laa.
masalah yang tak dapat diatasi dari ct balik umrah sampai skang.. emmm.. masalah "C". kalau ada yang tak paham tue. buat buat paham jelah.

tak tau laa nak cakap apa. sebab ct buat semua tu bukan untuk kebaikan ct. tapi untuk kebaikan dirinya. ct melarikan diri darinya sebab ct takut dengan keadaan dirinya. ct melarikan darinya sebab ct risau banyak perkara tentang dirinya. ct melarikan diri darinya sebab ct tak nak dia tengok dia dibebani.

susah ct nak cakap terus terang sebenarnya. kenapa ct buat semua ni. ct pun tak paham kenapa ct buat semua ni. tapi yang pasti...untuk kesenangan dirinya juga. kalau ct silap. ct mintak maaf. sebab bagi ct,ct banyak memeningkan kepala dia. sebab tue ct terpaksa lepaskan dia. lepaskan untuk kebaikan dirinya tetapi menyakiti diri ct.

emmm..
tapi apa mampu ct buat sekadar berdoa dan melihat dirinya dari jauh. even dia sakit hati kepada dirinya.

bagi dirinya..
ct ada penganti dirinya.
tetapi hakikatnya....dia bukan penganti dirinya. dia sekadar abang yang membantu adiknya. dan buat masa kini , dia telah pun mendirikan rumah tangga. ct tak pernah anggap dia lebih dari seorang abang dan kawan. dia sekadar kawan baik sahaja. bukan seperti dirinya yang ct kenali.

inilah kenyataan yang sebenar.
selama ini ct simpan untuk pengetahuan diri ct sahaja. bukan ct tak nak memberitahu perkara sebenar. tapi ini yang terbaik untuk dirinya meneruskan cita2nya dan keluarga. walau sesakit mana dia merasainya. ct lagi sakit menanggungnya.

ct lakukan semua ini bukan untuk diri ct sahaja. tetapi banyak pihak yang ct pikirkan.

oleh sebab demikian,
ct tak dapat nak pendam dan diamkan benda ni semua. sebab ct tau , ianya akan menyakiti diri ct.

orang nampak ct gembira.
orang nampak ct bahagia.
orang nampak ct ketawa.
orang nampak ct sentiasa ceria.

tapi..

orant tak nampak kesedihan diri ct
orant tak nampak merananya ct.
orang tak nampak tangisan ct.
orang tak nampak kemuraman ct.

ct sentiasa akan pastikan orang melihat senyum ct tetapi bukan tangisan ct. hanya seorang sahaja yang pernah melihat tangisan ct yang sebenar. dan dia adalah "MR.I"

thank be my good partner.

Tuesday, August 4, 2009

Lepaskan Untuk KebaikanNya

Emmm…
Minggu kesabaran ct betul skang ni. Macam macam menimpa. 2 hari kena buat kerja secara slow gila. Tak boleh nak speed. Pasal sakit perut tahap gaban. Malas nak ambil m.c so…buat laa slow2. alhamdulillah kebanyakkannya settle.

Dah settle sakit perut..
Datang pula bayang2 dahulu kala. Zaman zaman bercinta. Adoiii…nape laa bayangan dia keluar balik. Memang nak menagis pun ada. Sabar semua ada. Buat keja dah tak slow..makin pantas dan pantas. Tapi bayangan dia tetap ada. Adoi…tolong laaaa.

Benda tue ct abaikan sikit demi sikit.
Datang pula kes sahabat ni…sowang kecik hati , sowang tak nak ganggu pasal dia bz n ada masalah sendiri. Entah laaa tak paham. Malas nak cakap. Apa yang meka nak tahu. Semua dah beri tahu. Masing masing ego n tak paham sesama mereka. Adoiii.. tapi jalan mudah ct ambil. Meka nak tau kenapa. ct dah bagi tau secara terang terang. Malas nak selindung. Jenis ct…..malas nak simpan simpan. Kalau mereka nak tahu. Ct bagi tahu. Even mesti yang ada kecik hati. Tapi awal awal ct mintak maaf yek. Pasal ct tak nak nanti lain jadinya. Tapi tak laa semuanya ct cerita. Ada tue kena pandai pandai pikir laa. Tak nak nanti ada yang sakit ati n gaduh lak.

Dah settle benda tue semua..
Datang pulak satu kes. Adoi….kes air yang tetiba ada orang buat dajal menutupnya. Memang hangin la. Dah laa main paip kat bawah. So kena laa turun. Turun2…tengok ada orang tutup paip air. Tak guna betul. Sabar je lah.

Settle semua tue.
Then….perut diminta berisi. Tadi nak cepat sangat g keja n settle semua perkara di pos opis..sampai lupa nak makan. Then teringat keja yang masih menimbun di pejabat tue. Emmmm..

Settle semua semua nya…
Datang balik kenangan lampau. Adoi….sakit jiwa dibuatnya. Tah kenapa tetiba boleh menjerit “ tolong arrr keluar dari kepala aku ni.” Tapi..still dia nak singgah. Sodeh betul.
So…nak mengelakkan benda tue semua. Buat laa keja sambil baca satu satu kertas tue. Still tak boleh. Pasal kertas tu semua ada je nama dia.

Adoi…
Actually benda semua tak disangka. Walaupun singkat masa dengan dia. Tapi banyak kenangan manis kita orang rempuhi. Even kadang kadang tu sakit ati laa gak. Tapi perkara dah berlalu. Tak boleh ditarik balik. Mungkin ada hikmah kenapa berlaku semua ni.

Tapi benda ni semua walaupun ada yang mengatakan.
“tak sesuai laa dengan dia.”
“muda lagi tue..”
“tak matang sangat. Nak join benda yang tak membawa makne.”
“dah laa…ada orang lagi baik dari dia.”
Memang kita boleh terpengaruh dengan kata kata ni semua. Tapi sama ada kekuatan kita akan kekal atau pun tidak. Tapi benda ni semua tak boleh nak disalahkan orang lain. Patut disalahkan diri sendiri. Pasal benda ni semua kita yang menentukan keputusannya.

Memang kadang kadang orang cakap..
“salah mereka laa. Mereka yang menghasut.”
“mereka yang suruh buat ni semua.”
“mereka itu ini…”

Tapi hakikatnya…yang membuat keputusan adalah diri kita sendiri. Kita yang menentukan keadaan. So..kesimpulannya. benda ni tak boleh nak salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Kita yang mengukuhkan statement tue. Bukan orang lain. Jadi…jangan salahkan orang kalau apa apa yang berlaku.

Apa yang berlaku semua kesilapan ct sendiri dalam semua hal. Kalau tidak. Semua ini tak akan berlaku.

Ct mudah untuk mengaku kesalahan dan mudah untuk memaafkan orang. Tapi same time jangan memaksa ct membuat keputusan waktu ct tak tenang dan tak sihat. Memang semua keputusan akan kucar kacir. Akhirnya, ct yang sakit dan orang lain yang sakit.

Kalau nak diceritakan hal sebenar….baik berbincang secara baik after a week. Kalau tempoh sehari dua..memang payah untuk menstabilkan diri ct dengan kesihatan dan mental. It’s take a time for ct sihat n pulih sedia kala.

Hem….
Kekuatan Islamic ct belum lagi kukuh dengan sepenuhnya. Ct perlu banyak bimbingan dan tunjuk ajar. Hal kesabaran ct…ct masih belum bersabar sepenuhnya. Banyak perkara ct perlu belajar dalam diri ct.

kadang kadang tak paham dengan diri ct sebenarnya.
Dan kadang kadang ct masih mencari siapa diri sebenar walaupun sedikit sebanyak ct dah mengenali diri ct ni.

Emmm..
Ada gak terpikir…betul kata orang. Kata tue satu doa. So…dulu ct pernah cakap dgn dia.
“kita tengok sebulan macam ne. then lepas exam nanti baru betul2.” Ha!!hambik ko. Dah pun kena kat diri sendiri. Cukup sebulan , pak!!semua jadi kenyataan. Tapi untuk meneruskan lepas dia exam..tak tau arr. Kita tengok macam ne. bukan nak benda tu jadi kenyataan. Tapi hakikatnya…ct lepaskan diri dia sebab ct takut dengan keadaan dia. Takut nanti dia kantoi dengan exam. Ct tak nak push dia sangat. Asal jumpa dia , ct mesti cakap.”dapat 4 flat atau 3.5 above ok..ct terima awak. Awak kena bagi contoh terbaik untuk adik2. dan bagi mak ayah awak berbangga.”
Emm..
Tapi bila tengok setiap masa asyik sms , asyik mms , asyik tido lewat , asyik lepak time petang tangkap gambar semua. Ok…ct terpaksa buat keputusan yang akan menyakiti hati dia. Ini untuk kebaikan diri dia dan ct. ct tak nak dia hanyut dengan cinta dan mengabaikan pelajaran dia. Malah…abah ct naik risau dengan keadaan dia. Abah ct sendiri marah dengan ct pasal takut nanti dia kantoi dalam pelajaran dan tak dapat capai cita cita dia. So…let it be. Ct terpaksa lepaskan diri dia untuk kepentingan diri dia. Harapan mak ayah dia agak tinggi pada diri dia. So…ct tak nak disebabkan ct , harapan mak ayah dia musnah. Ct terpaksa lepaskan diri dia untuk kepentingan keluarga dan diri dia. Ct harap dia faham. Ini cerita sebenar disebalik kesakitan diri dia dan kesakitan diri ct sendiri. Mengorbankan sesuatu untuk kepentingan masa depan dia. Ct harap dia tak akan mengabaikan harapan mak ayah dia selepas ct lepaskan diri dia.

Ct mintak maaf dengan apa yang telah ct lakukan pada diri dia. Bukan ct buat untuk kepentingan diri ct. tapi kepentingan diri orang yang ct sayang selamanya. Ct mohon maaf dengan apa yang ct lakukan. Dan cerita yang kadang2 ct buat tue. Bukan benar. Semua rekaan semata2 untuk melupakan dirinya. Tapi ct tak mampu untuk memusnakkannya.

All d best to u my friends..what ever u thing about me. It’s up to u. tapi…semua ni untuk kebaikan semua pihak. So sorry from me. Chaiyok n all d best.

Sunday, August 2, 2009

1 ogos 2009

hermmm...hari sabtu yang lepas..1 ogos 2008. hari yang gembira , sedih dan menakutkan. mana tak nya. hari gembira pasal sambut birthday anak sedara aku berumur setahun. cover jap laa gambar2 yang patut disematkan. yang sedih...pasal kenduri kawan aku tak dapat dipenuhi undangannya. pasal ada kerja nak kena cover. yang menakutkannya....huhuhu...punya laa lupa sabtu ari tue ada perhimpunan haram. seawal jam 8.00 pagi aku tiba di ktm bank negara polis dah ramai.lrt bandaraya , sogo dan sekitar kota raya. mak aiii...memula ingat ada menteri besar2 nak buat lawatan. tapi...takan seawal jam 7.00 dah terpacak polis polis tue. so....dok laa sms dengan member2. "salam...ada pe ekk kat kota raya ni. pasal ramai sangat polis?ada perhimpunan haram per?"



kawan aku yang sowang menjawab.



"ha?entah..ramai ke polis?aku pun tak sure."~mie-kmp

"oooo...ada perhimpunan memansurkan ISA oleh pakatan pembangkang."~En.daniel.

"ada...kan sejak semalam n kelmarin polis dah cakap. kalau ada perhimpunan kat kotaraya tue. tue semua tak ada permit n haram. dibuat oleh pakatan pembangkang."~bro izat.



so...terkedu aku jap. mak aiii..tetiba rasa nyesal pasal tak dengar berita 2 3 hari ni. pasal bz dengan kerja. balik umah biasa sampai malam. emmm..biasa kalau hari sabtu..aku akan balik sekitar jam 2.00 atau 3.00. tapi disebabkan ada komit pada kerja luar. aku pulang seawal 12.45.



masa perjalanan pergi n balik kerja.siap ada polis tegur lagi. "ni nape jalan sesorang". aku pun dengan slambe cakap laa.."keja bang. ni pun nak balik". so..polis tue pun cakap. " cepat balik. kang lain jadinya." dalam hati aku...ok ok..waktu tue aku tak dapat maklum balas dari kawan2 aku lagi. dah sampai kat ktm bank negara baru laa dapat. risau yang amat. dalam hati aku sentiasa mengucapkan kesyukuran sebab selamat dan tak ada pape jadi.



emmm...

tetiba aku terpikir. macam mana kalau aku balik jam 2 atau 3...mau aku terkandas dalam opis sampai jam 7 malam. mak aiii...menyeramkan. dah laa sowang2 kat opis ni. malam dan esoknya aku tengok berita. mak aiii..mujur laa aku dah balik awal dan tak ada apa apa berlaku keatas diri aku. alhamdulillah.

at the same time...
aku mengikuti perkembangan dalam surat kabar. memang betul apa yang dikatakan orang awam. perhimpunan yang tak membawa apa2 dan menyusahkan orang ramai. akhirnya orang yang terjebak dengan perhimpunan ni tak membawa apa apa faedah. semua membazirkan masa dan duit. malah bukan duit mereka sahaja yang habis. tetapi duit orang lain pun habis. menyusahkan diri , sakitkan diri dan membuang masa.

same time..
waktu aku baca surat kabar. ada gak terserentap jantung aku. bila membaca ramai tahan di tangkap di sekitar kawasan jalan TAR , SOGO , DATARAN , KEPONG. adeh...bila aku baca ayat KEPONG. aku terserentap. tak tau kenapa.tetiba aku terimbau kenangan lalu. dimana..adalah sorang ni dahulu dia menyertai perhimpunan mansurkan pembelajaran math n sains dalam bahasa inggeris. masa tue memang risau tahap gaban bila tau mata dia kena pemedih mata. dan memang tak boleh nak cakap apa la. laa ni...bila ada perhimpunan di kota raya. aku sekali lagi menjadi risau dan terserentap. jangan laaa dia buat kes dan join benda ni lagi. tak ada guna kalau nak join benda ni. memang susah nak cakap. even dah lama tak ctc dia. tapi kerisauan hari tue tetap ada. tambahan bila terbaca ramai yang ditangkap.

emmm...
entah laa...tak tau nak cakap apa lagi. apa yang aku tahu sekarang ni. apa apa perhimpunan haram atau membabitkan polis n FRU. jangan laaa turun untuk membabitkan diri. selain menyusahkan diri kita ianya menyusahkan keluarga dan orang awam. salah satunya akan mengakibatkan kerugian yang besar dalam kewangan negara. tidak ada ape yang membawa faedah dalam menyertai perhimpunan ni. kita boleh bersuara tetapi perlu diingatkan. gunakan cara yang aman dan tidak menyusahkan orang lain. benar kata perdana menteri. kerajaan selangor dipegang oleh pakatan rakyat. kenapa tidak dibuat sahaja perhimpunan di stadium. kan lagi elok dan bagus. tak merugikan apa2 dan semua orang yang terbabit selamat. kerajaan yang kita duduk ni pun....sama2 kita kongsi. kenapa nak buangkan duit kerajaan. kalau kerajaan tumbang. kita semua akan tumbang. dan akhirnya kita akan dijajah kembali seperti dahulu.

so..pada semua orang. pikir dulu sebelum buat. kita sama2 orang malaysia. kalau negara luar melihat kita tidak bersatu padu. tidak mustahil kita akan dijajah semula. hayati pengertian hidup dalam negara kita sendiri.