Thursday, August 27, 2009

bestnye tidur lena ku.

hemm...
semalam m.c, so....kena laa dok umah diam2. atas nasihat doktor dia suruh jangan keluar rumah. duduk laa diam-diam. so....lepas makan sahur...macam biasa kena laa makan ubat yang diberi oleh doktor.
ubat selsema,batuk,antibiotik,demam. pergh...elok lepas solat subuh. mata dah tak boleh nak buka. sebab efek dari ubat selsema n batuk tu. so....tidur punya tidur. bangun bangun dah tengahari. mak aiii....kelang kabut. tengok kat hp ada miss call , ada msg tak dibaca. buka2 member bagi , bos call . adoi...terus kelang kabut msg bos say sorry. kalau bukan sebab ubat tue rasanya dah sedar. memang kalau ikutkan , ct mudah bangkit dari tidur kalau bunyit handset. ni tak...tak dengar langsung. padahal handset tu betul betul sebelah kepala ct. tu pun mujur abah tolong angkatkan. hem.....

risau dan gelisah gak sebab lupa nak infor bos. ingat nak infor lepas solat subuh. lepas subuh mata dah tak boleh nak membukanya. so...lupa laa nak msg. tu laa ceritanya. tapi b for sahur tue ct mimpi best sangat. rasa macam tak nak bangun sahur je. hehehehe.. tapi tue semua mimpi. bukan boleh jadi kenyataan pun. kalau ye pun mungkin mimpi yang ct tak ingat. (biasa terjadi dah).

hem.......
hari ni dah ok balik...so..g laa kerja. mulai hari ni ct dah tekad...untuk bina hidup baru. dengan suasana yang lebih gempak,selambe dan ceria. hehehhehe. lagi pun , kalau diingat pasa hal lalu kita tak akan maju kehadapan. benda dah lepas lepas jangan diungkit lagi. so...if ct dulu boleh tahan dengan cabaran dan lasak. kali ni mesti mampu punya. lagi pun kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekutum. ambil iktibar dari kejadian lepas untuk membuatkan diri ct lebih berhati hati dalam mengambil keputusan. tak kira dalam apa sekali pun.

kalau dia dah ada penganti diri ct....
alhamdulillah. ct gembira. biarlah dia jalani hidup dia dengan yang tersayang. untuk ct tarik balik. mungkin tidak. ct pegang pada apa dia pernah kata. biarkan saja kenangan lalu menjadi satu memori yang membawa pengajaran pada ct. lagi pun...betul cakap member member ct. biarkan hal lalu. nak dikenang pun tak guna.

so..kalau dulu ct sentiasa simpan gambar kami dalam purse ct. skang ni ct just simpan memori tue dalam album gambar. tak guna dah nak bawa kesana kemari. hanya tinggalkan kenangan pahit dan akan buat ct sedih macam dulu. biar apa yang terjadi ct lepaskan. bukan boleh tarik semua ape dah dikatakan. kita yang patut nilai erti kehidupan kita sekarang ni. jadi...buang yang keruh ambil yang jernih.

now....
ct dah rancang kehidupan ct akan datang. semuanya bergantung kepada kekuatan fizikal , mental dan emosi ct. kalau semua berjalan lancar..ct boleh capai apa yang ct rancangakan. kalau terlampau agresif mengecap impian tak guna gak. buat secara slow. apa yang penting...ct tau apa yang ct buat.

lagi pun..
ramai member member yang still sokong ct dari belakang n ambil berat pasal diri ct. kenapa ct nak kenang cerita lalu. dia pun dah tak kenal siapa ct lagi. so...ct pun dah mintak maaf..kalau dia tak maafkan , ct tak boleh nak buat apa dah la. just diam dan biarkan saje. yang penting , ct kena hayati time hidup ct dengan keimanan , keceriaan dan keikhlasan. sebab hidup kita pun tak tau sampai bila. yang penting bagi ct...jangan tinggikan ego dan mudah maafkan orang. kita manusia. sesakit hati mana diri kita , yang penting kita perlu memaafkan orang len. itu lagi baik daripada membalasnya. kalau membalasnya perasaan suka dan gembira tue hanya sementara sahaja. bukan selamanya. pasal tue ct malas nak membalas balas ni. biar pie laa orang nak cakap atau buat. yang penting ct tau benda tue akan berpusing balik dekat kita. yang ct tau skang ni..kalau ct ada buat silap dan salah pada korang semua. ct mintak maaf sangat2. bukan niat ct nak membuatnya. mungkin ct tak sedar atau mungkin ct anggap itu satu gurauan yang kasar.

neway....
pada member member ct...
zurah , atie , shaz , sufri , mie , shima , mail , abang , amy , irwan , anis , e-ba , mar , ili , adib , azira , daniel , dan lain lain lagi. thank coz support me. terutama pada member yang setia membaca blog ct ni. thank a lot. pada sufri...kalau ko membacanya...nak koment sila laa tinggalkan msg yang ada ekk. atau msg laa aku keesokkan harinya. jangan nak msg memalam buta. mengacau aku tidur je. ada aku lestik kepala ko jap lagi. hahahhahaha..

neway...
perjalanan hidup baru ct..akan bermula mulai saat ini. ct akan berusaha menjadi seperti dahulu. seperti mana ct pernah dikecewakan 5 tahun lepas..dan ct menjadi seorang yang lebih berani dalam menenpuhi hidup baru , begitu juga akan ct lakukan pada masa kini. yeah!!

No comments: