Thursday, July 30, 2009

kehidupan bersahabat

Emmm…
Buat pertama kalinya semenjak aku berkerja. kelmarin baru aku dapat sampai dekat rumah seawall jam 6 ptg. Kalau tak….pukul 6 aku masih menanti di KTM bank Negara. Hehehehhe… lagi pun kelmarin aku bawa kereta gi kerja. disebabkan hujan sepanjang pagi. Alhamdulillah….

So..
kelmarin dapat laa rehat dan lepak dekat rumah dengan masa yang agak panjang. Syukur alhamdulillah. So….ada laa masa lepak dekat rumah menonton tv. Kalau tak…balik kerja mandi , makan , buka laptop settelkan kerja sikit , borak dengan abah jap. Then masuk tido. Emm.

Yang bestnya…
kelmarin tah ape mimpi aku nak tengok cerita kisah kaisara. Selama ni macam tengok macam tue je. ni boleh tengok dari awal sampai abis. Emmm.. seronok gak kisah kelmarin.

Kisah kaisarah kelmarin..
Adeh…kalau korang tengok kelmarin tau laa.. tapi kalau tak tengok. Rasanya aku boleh bagi tau kesimpulannya saja. Pasal nak cerita panjang2 pun…aku bukan pakar pun. Hehehe..pasal tue tak boleh nak jadi penulis. Heheheh..

Secara kesimpulannya..
Cerita kaisara kelmarin….
Jangan kita serkap jarang akan sesuatu hal. Bertanya pada tuan punya badan atau selidik dengan betul-betul. Dan kadang kadang orang boleh memburukkan diri kita dengan kelebihan yang kita ada sebab mereka cemburu dan mahu jadi seperti kita. Emmm…

Pelikkan…
Kenapa kita nak cemburu pasal nak jadi orang lain. Memang kadang kadang aku pun cemburu gak. Tapi bila pikir balik….adeh!!! tue mereka. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. So….why we want to be like them? Lagi pun…. Kita tak boleh jadi seperti mereka. Setiap orang ada personaliti masing masing. So...kenapa kita nak lemahkan diri kita dengan menonjolkan diri lagi hebat dari mereka.

Emmm..
Sepanjang hidup aku.. banyak aku belajar cara berkawan , cara hidup di kota , kampong , dan segala-galanya. Walaupun kadang kala nampak perangai aku macam tak matang lagi. Tapi hakikatnya….aku masih boleh berfikir dengan waras. Cuma macam aku cakap…be your self. Tue je.

Banyak banyak life….
Paling sakit dan perit adalah hidup berkawan.
Macam kawan aku sowang cakap.
“sedih laaa….kenapa time aku happy tak ada kawan disisi aku. Kenapa time aku sakit sedih ada pulak di sisi aku. Aku tak nak berkawan semata mata kerana simpati.” Sorry bro…keluar statement ko jap.

Then…

“aku pun tak paham laa….kenapa orang tak nak Tanya dengan aku dulu apa sebenarnya terjadi. Orang lagi suka dok tuduh tuduh tanpa bertanya. ok…aku tau..aku bukan jenis yang suka bertanya dengan lebih lagi. Tup tup…bila aku balik dari bercuti…semua orang dah sisirkan aku. Tak tau ape cerita. Tetiba jadi macam tu. Sampai laaa ada member aku dok Tanya dengan aku. Aku tau tu salah aku pasal tak dok Tanya n bincang.” Sorry sist aku keluarkan statement ko gak.

Emmm..
Macam macam ragam kita dapat lihat bila berkawan. Tapi…itulah. Aku sentiasa menerapkan dalam diri aku…kawan kawan gak. Tapi jangan cari kawan time kita susah , dan jangan cari kawan time kita happy je. itu susah laa nak hidup. Melainkan kalau terlalu sibuk dengan tugasan dan keluarga. Walaubagaimana pun. Kawan dan keluarga tidak sama. Sebab tu orang pernah cakap. “ kawan cari kita bila susah , tapi keluarga tidak akan tinggalkan kita bila kita susah dan senang. “

Itu aku dapat dengan apa yang aku tengok sekarang ni.
Bagi aku…aku sekadar ada beberapa orang kawan baik. Kawan biasa…ramai sangat2. tapi kawan baik…aku dapat lihat hanya ada 4 orang disisi aku. Bila aku susah , bila aku sedih , bila aku gembira , bila aku sibuk , bila aku senang , bila bila masa je arr.. hanya ada 4 orang saja yang sentiasa disisi aku. Mereka tidak pernah tinggalkan aku. Yang lagi aku gembira dan membuatkan aku menagis bila berada dengan mereka. Mereka akan cakap…” family aku…family ko juga..family ko…family aku juga.” Thank guys. 4 orang yang sentiasa kenal dan tahu akan diri aku ni…mereka adalah. Atie~ a.k.a bisness partner aku. Zurah~my best friends yang sanggup terjun api bersama dan main salji bersama. Shazreen~my best friends dari sekolah rendah dan selalu kena jadi mangsa bila rambut aku ada masalah. And Adib~kawan aku yang sentiasa sokong dan bagi aku kesedaran dalam hal2 agama. Your all memang best arr. Memang sentiasa buat aku tak boleh lupa korang. Memang setiap kali kalau ada selisih faham..korang akan bertanya terang terang dan tak pernah mengalah dari terus berkawan dengan aku.

Emmm..
Bila teringatkan satu peristiwa dimana aku ditinggalkan oleh kawan kawan ku. Memang perit. Pasal apa pun aku tak tau. Yang pasti semuanya aku dah dapat jawapan. Even aku rasa bukan salah aku. Aku tetap memohon maaf. Tapi sepanjang aku berkawan dengan mereka. Aku sentiasa gembira dan kadang kala aku tak memikirkan kesusahan yang ada pada diri aku. Tapi…kesilapan lalu tidak dapat ditarik balik. Apa yang dah berlaku. Berlaku je. yang penting kesedaran dalam berkawan tu masih aku pegang.

Bagi aku..
Salah mana diri aku pernah buat. Aku tak suka nak diamkan diri dan menyisihkan diri. Aku akan cari mereka juga nanti. Sekurang kurangnya aku akan bertanya kabar. Bukan niat aku nak cari mereka bila mereka terkenal dan happy. Tapi sekadar memperingati diri aku siapa aku sebelum ni. Dan siapa aku dengan mereka. Dalam hidup aku. Tidak ada istilah musuh. (waktu sekolah dulu yelah tapi skang tak ada laa).

Emmm..
Itulah kehidupan yang sebenar dalam berkawan. Bagi aku bila hidup berkawan. Kita gelak bersama sama. Kita sedih bersama sama. Kita susah bersama sama. Dan yang paling penting. Istilah kawan adalah “ membantu dan menegur bila perlu. Kawan bukan sekadar untuk bersuka ria. Kawan bukan sekadar untuk enjoy bersama dan kawan bukan sekadar untuk berborak. Tetapi kawan adalah sentiasa membantu , menegur kita bila perlu , menagis dan gembira bersama.” Itu apa yang dimaksudkan sebagai kawan yang sebenar.

Kadang kadang bila memperingati apa yang pernah aku lalui masa aku keseorangan. Pergh!!!!memang sakit. Orang pandang pun semacam. Kita ibarat seperti pengemis dijalanan. Tapi sekurang kurangnya , pengemis tau kenapa mereka jadi begitu. Tapi…kalau kita ditinggalkan oleh rakan tanpa sebarang kata dan kita sendiri bertanda soal. Memang perit. Nak nak kalau kita tau kes sebenar dari mulut orang lain apa sebenarnya terjadi. Memang perit.

Walau apa pun...
Apa yang terjadi semuanya berlaku tanpa kita sedari. Semua kesilapan kita kadang kala kita tidak sedar. Oleh sebab yang demikian perkataan maaf perlu dipartikkan oleh kita semua. Jangan terlalu ego dalam kehidupan. Walau pun sesuatu perkara tersebut bukan kesalahan diri kita. Kita perlu membiasakan diri dengan meminta maaf dan bertolak ansur. Jangan pikir diri kita sendiri yang boleh terlepas. Awal awal boleh terlepas. Kesudahannya…kita yang akan terperangkap balik.

So…
Disini…aku ingin meminta maaf pada semua rakan rakan ku yang berada di dalam dan diluar dunia it ni. Kalau kalau aku ada sakiti hati korang , aku ada buat silap , aku terkasar bahasa , dan aku mencaci korang. Aku mintak maaf segala galanya.

Tidak ada orang sempurna didalam dunia ini. Jika aku ada buat kesilapan pada korang semua. Beritahu apa yang korang terasa pada aku. Asalkan aku tau apa sebenarnya yang korang pendamkan. Aku jenis yang tak suka pendam dan mendiamkan diri tanpa sebab. Selagi aku tak dapat cerita apa sebenarnya. Aku tetap akan hubungi korang. Walaupun dalam emel.

Pada my best friends…
Thank a lot pada korang. Kalau korang rasa aku kawan terbaik korang.. korang sebenarnya lagi terbaik dari aku. Pasal korang aku tak akan jadi diri aku yang sebenar.

Pada my x x ray…
Thank a lot pada korang. Sebab korang banyak bagi kesedaran pada aku siapa aku sebenar dan memberi peluang untuk aku berkasih sayang dengan korang. Mintak maaf dengan apa yang pernah aku lakukan pada korang. Semua ini bukan kesilapan sesiapa. Tetapi kesilapan diri sendiri. Sebab kita yang menentukan keputusan kita. Bukan orang lain. Walaupun ada faktor luaran yang boleh disalahkan. Tapi kita yang buat keputusan. So..benda ni bukan salah orang lain. Tapi salah kita.

Pada kawan kawan aku.
Mintak maaf pada korang if aku ada buat salah. Dan korang sebenarnya best gak. Tapi belum dapat title best friends lagi. Bila korang dah serasi dengan aku…baru korang boleh gunakan title best friends. Apa apa pun…korang memang best. Seronok kawan dengan korang gak.

Hayati hidup kita dengan sebaik mungkin. Kita hidup sekali. Jadi…gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.

Thursday, July 23, 2009

Ajal Maut Di Tangan Tuhan

Bila kita sebut pasal mati , ajal maut , meninggal dunia. Pasti ramai takut mendengarnya. Tak semua manusia di muka bumi ini sempurna. Begitu juga dengan diri aku ni. Tak semua apa kita lakukan adalah sempurna dan terbaik. Kadang kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan dan apa kita katakan.

Kita tidak tahu bila ajal kita. Ramai masyarkat sekarang ni memikirkan…dah tua nanti barulah kita taubat. Sebab time tuelah ajal kita semakin dekat. Adakah kita sedar. Sebenarnya ajal maut semua ini bukan kita yang tentukan. Kita tak tau bila kita akan terus tinggal di muka bumi ini. Mungkin esok lusa kita akan menemui ajal kita. Sama ada kita mati secara mengejut atau sebaliknya.

Macam macam cara kita boleh menemui ajal. Kemalangan , semasa tidur , sakit , dibunuh dan macam macam lagi. Cuma kita saja tak tau bagaimana cara kita mati. Kesemuanya akan merasa sakit apabila nyawa kita akan meninggalkan tubuh. Dan seterusnya kita akan kembali ke pangkuan ilahi yang telah menciptakan kita dimuka bumi.

Kadang kadang bila memikirkan tentang ajal maut. Memang menakutkan. Sebab kita tidak tahu bagaimana cara kita menemui ajal kita. Kadang kadang berasa bersyukur bila seseorang tahu akan tempoh hayat mereka. Sebab pelbagai persiapan boleh dilakukan. Walaubagaimana pun. Tak semua orang dapat mengetahui bila ajal mereka. Kecuali orang yang terpilih.

Aku tahu bila ajal aku?

Emmm…
Tak ada seorang pun tahu akan ajal mereka. Walaupun kita menghidap penyakit yang kita tahu tempoh hayat kita. Tak semestinya tempoh yang diberi akan tepat. Kadang kadang awal dan kadang kadang lewat dari tempoh yang dijangkakan.

Bila melihat orang ramai di kota raya. Melihat mereka gembira dan berseronok di samping rakan rakan dan keluarga. Terpikir juga oleh diriku , adakah mereka sedar hidup di dunia ini hanya sementara. Tepikir juga oleh diriku , dalam keseronokan berkawan dan bergaul mereka tahu bila ajal mereka. Usia tidak memainkan peranan penting untuk ajal seseorang. Bila Allah telah menyuruh malaikat maut menarik nyawa seseorang. Tiada sesaat pun lewat atau awal.

Jadi..
Kepada kawan kawan ku dan masyarkat diluar sana. Kita perlu sedar akan kehidupan yang sementara. Mudahkan diri untuk meminta maaf sesame kita. Kita tidak perlu menjadi seseorang yang ego dalam hidup ini. Macam mana sombong kita , macam mana marah kita pada orang lain. Jangan kita simpankan. Kerana akan datang kita akan berbalik berjumpa dengan mereka. Sejauh mana kita berlari. Kita akan bertemu juga sesame kita. Hayati hidup kita ini dengan sempurna.

Wednesday, July 22, 2009

kawin kawin kawin..

emmm..
skang ni musim kawin arr..
mana taknya...asal cuti sekolah je..
ada je aku dapat jemputan kawin.

emmm...
tapi bagus kawin..atliss tak ada laaa benda tak elok berlaku.
hehehhe...

aku?
hahhahahah...
tak usah ditanya lagi. pasal aku belum lagi memikirkan hal perkahwinan atau percintaan. malas dowh nak pikir..

selepas percintaan yang baru je putus(baru ke??macam lama je..bulan 3.skang bulan 7..lama tue)..aku malas nak pikir dah. nanti2 laa. dah penat bercinta n putus. bek aku dok solo n buat pale sendiri.
sal kawin tak payah cakap ape dah arr..sbb cinta pun tak dapat lagi. macam ne nak bercinta. hehehehehe..
so...
buat masa ni. aku lebih suka menyendiri n layan kepala sendiri. biar aku berkawan je dulu dengan mereka2 yang bernama lelaki. tak nak dah bercinta.bagi laa aku berehat seketika.


skang ni...
hati aku lebih gembira disamping teman mesraku yang dinamakan "NIKON". hehehheh...sebijik kamera yang sentiasa disisiku. bila aku gembira,sedih,ketawa benda ni laa sentiasa menemani diriku. hehehehhe..

so...
bila ditanya sal soal KAWIN...
jawapan yang tetap akan diberikan oleh ku..
nanti dulu arr..tak pikir lagi.nak bercinta pun macam malas.

so..
pada sahabat2 ku yang bakal mendirikan rumah tangga..
Selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga akhir hayat.

pada sahabat2 ku yang dok tanya bila aku nak kawin.

kalau korang dah kawin...jaga laa suami korang bebek..
pada korang yang belum kawin....tok sah nanya aku...korang g settel calon korang dulu.pasal...aku lum jumpa lagi prince charmin aku. kalau ada nanti..korang jangan risau. akan aku hantar kad jemputan.k..

Friday, July 17, 2009

Kenderaan Awam..

kenderaan awam biasanya digunakan sebagai salah satu kenderaan yang diguna pakai untuk para penduduk orang awam.
pasal tue laa nama dia kenderaan awam.

hemmm....

kebiasannya ia digunakan untuk menjimatkan kos atau pun untuk memudahkan mereka dari kesesakan lalu lintas mahupun mencari parking. nak nak skang ni kemana kita g....ada saje tol dan parking berbayar..kalau murah tak pe arr gak..ni ada gak membazirkan duit untuk g sana g sini. sekali habis untuk kenderaan sendiri...minimum rm20 termasuk minyak. maxima...kira sendiri la.

so...
daripada mereka membazirkan duit dengan minyak,tol dan parking...mereka gemarkan mengunakan kenderaan awam.macam tue dengan aku...

bukan tak suka nak bawa kereta sendiri. suka...tapi memandangkan kosnya..bek nek ktm saje..sebulan hanya rm60...kalau kereta 2 kali ganda.hemmm. biar kita berjalan sikit. disamping senaman...kita juga dapat mengurangkan kos kita.hehehhe..

nak dijadikan cerita..
yang tak bestnya nek kenderaan awam ni..kena tunggu..kena berebut. semua ada laa.tue yang tak best dan kelemahannya. biasa kalau pagi2...kena kuar awal laa..tapi bila petang..relax je ar..nak berebut pun tak guna.pasal tak ada ape nak dikejarkan.

so...
hari isnin pagi2 kita leh tengok macam2 ragam orang. biasa laa selepas hari bercuti.tapi tak best sangat tengok ragam orang masa pagi. pasal kita pun nak keja masa gak. yang best tengok ragam orang. time balik..time petang. ha!!!time tue best. kalau dok buat kajian kat mana2 stesen...memang paling best nak kaji ragam orang time hari jumaat n time balik kerja. semua nak balik cepat. pasal esoknya dah nak cuti. hari biasa tak sangat. tapi setiap kali hari jumaat...wow!!!memang best.

macam semalam...
aku terpaksa dok buat du no je...ada laa 5 KTM terlepas. bukan tak nak nek...malas nak berebut.. semua dah macam nasi impit n ikan sardin dalam tin. wooo...so..aku pun malas nak peningkan pale. setiap kali tengok ktm penuh...aku buat du no je. biarlah semua orang berebut. yang pasti....bila ada ktm yang tak penuh..aku akan naik. tapi..for firstime..smlm aku boleh dok 2 jam setengah kat KTM bank negara tue. asal nak nek je...macam nasi impit. sampai ada orang marah n jerit sakit. perh!!!tak tau laa ape function semalamkan..sampai 2 jam lebey aku menanti. akhirnya pada jam 8.45 baru laa aku dapat nek.

tapi sepanjang pemerhatian aku dok kat stesen tue..macam macam ragam aku dapat lihat. bila ktm tu penuh...kebanyakkan orang akan bersuara "WOW!!!"..bila dah dengar macam tue..aku pun dok laa diam2. pasal dah tau ktm tu still penuh.

hemmm..
bila time balik je...aku malas nak nek bila penuh2 ni. lagi pun tak ada ape nak dikejarkan. pasal tue aku selalu dok diam je bila ktm penuh. malas nak bersesak2. lagi pun...macam aku cakap..tak ada ape nak dikejarkan.

daripada pandangan aku...
selama aku dok nek ktm ni....
memang seronok bila kita melihat ragam orang. nak2 disekitar kl. macam2 keluhan dan gelak tawa kita leh tengok kat sana.
itulah tabiat orang kita..bila menggunakkan kenderaan awam. tambahan lagi. orang dah cakap...bagi orang nak keluar..keluar dulu. tapi...macam tak makan saman gak. semua berebut nak masuk. yang kesiannya..orang yang nak keluar tue..terpaksa laa berasak dengan orang nak masuk.

itulah tabiat orang kita bila nak nek kenderaan awam.
bila laaa masalah ni nak selesai pun tak tau. yang penting...kemudahan yang disediakan memudahkan semua orang walaupun terpaksa berasak masuk.
selagi masalah jem jalan raya tak selesai...selagi tue aku tak nak bawa keta. biar laa orang nak cakap apa. yang penting...aku malas nak banyakkan kos idup aku. kalau terpaksa baru aku bawa keta g keja. hemmmm

Thursday, July 16, 2009

Man JaDa WaJaDa

man jadda wajada...
itu selalu bermain difikiran aku skang ni...
emmm..
pelik kan nama tue..
tapi sebenarnya man jadda wajada tue..bukan nama orang ataupun jenama..
tapi ianya adalah peribahasa arab yang membawa maksud siapa yang bersungguh sungguh pasti akan mendapatkannya.

emm..
itulah yang aku pegang kata kata tue sejak aku membaca buku cerita cerita motivasi untuk jiwa. dalam satu bab..ada menggunakan peribahasa tersebut. oleh sebab yang demikian aku telah meletakkan diri aku dalam peribahasa tersebut. nak nak skang ni dah keja n dah besar..so...kena laa bersemangat sikit. dengan adanya peribahasa tersebut...aku mula mencorakkan kehidupan aku yang dicari selama ini.

tapi...
dalam kesibukan kerja dan mencari apa yang aku inginkan dalam hidup..masih ada 1 lagi yang tidak dapat aku pertahankan bila memikirkannya. bila pikir....mak aiii..tensen gak..bila tak pikir...benda tue keluar...kenapa dan kenapa..nek sedih gak aku. tensen sampai aku sendiri tewas dalam tangisan. adoiiiii........

sakit tul....
dulu tak macam ni pulak....lepas 2 3 bulan ni makin menjadi2. rasa nak terjun dalam kolam pun ada.....bagi rendam dalam air macam ikan. emmmm...

walau apa pun terjadi..
peribahasa arab tersebut..masih aku pegang bila aku menjalankan sesuatu misi yang perlu diselesaikan. tak kira kerja , keluarga mahupun kehidupan percintaan.

Monday, July 13, 2009

cinta....

hemm...
apa sebenarnya makne cinta?
cinta itu buta?
cinta itu membutakan?
cinta itu indah?
cinta itu suci?

dan
macam macam persoalan yang bermain diminda seseorang apabila kita bercerita tentang cinta.

tapi hakikatnya....
apa itu cinta? adakah ia memerlukan pergorbanan yang besar seperti mengetepikan keluarga dan agama? adakah ianya hanya bermain diminda sahaja? atau adakah ianya hanya satu kata untuk memberikan kehidupan sebenar pada setiap insan?

kita semua tahu itu cinta. tapi secara amnya..masih ada orang tidak memahami erti cinta sebenar. begitu juga dengan aku. walaubagaimana pun , perkara ini boleh dipelajari dan dirujuk dengan yang pakar dan mentelaah bahan bacaan.

emmmm...
jom kita tengok..beberapa orang mentafirkan erti cinta sejati dan sebenar...

"cinta itu indah...tiada orang dapat nilaikan secara amnya bila mereka memperolehi cinta yang dikehendaki. tapi....sejauh mana cinta itu. ianya mestilah direstui oleh keluarga. mana mungkin kalau cinta itu bertahan kalau tiada restu."

"cinta itu adalah kebahagian setiap insan yang mendapatkannya."

"cinta perlu diseimbangkan dengan agama dan keluarga."

"tanpa cinta yang direstui...kita tidak akan bahagian dunia dan akhirat."

"cinta yang menghormatio pasangan dan tidak mmebawa pasngan itu kejalan kemungkaran...dan boleh membimbing dari buruk ke baik tu lah cinta sebenar"

"cinta itu perasaan anugerah tuhan, fitrah manusia.
cinta bagaikan masa, cinta bagai kan pedang, cinta bagaikan pizza,
kalau lambat ia akan terlepas, cinta boleh membawa kebaikan, boleh bawa keburukan, cinta kena la ambik, kalau biaq akan basi..."

"cinta amat mhal tkrifnya,itulah yang di ftrah oleh Allah kpda hmbanya. . .Cinta hanya t`tlis pda p`ktaan tpi ggal dilhat pda zahirnya. . .Krna cinta itu tnggngjwb di mna wjudnya kstiaan dah kjujuran di dlm nya. . .Ingat pda yang stu,jujur pda yang kasih,kasih stia,stia pda yang rindu,rindu pda yang mnyayangi mu. . . Cinta xkan dtang klau xdicari cinta juga xakan dpt klau tiada sape yang m`beri. . Tpi m`cri biarlah pda yang sudi,bukan memnta pda yang smpati. . ."

"cinta itu perlukan landasan. ianya diibaratkan seperti keretapi. kalau tiada landasan. susah untuk ianya berjalan dan susah untuk kita mencari hala tuju. tanpa landasan yang betul kita akan tersesat. begitu juga dengan cinta."

"cinta datangnya dari hati dan perasaan yang diibaratkan seperti bunga berkembang. bila ianya dijaga...semuanya cantik. tetapi kalau ianya tidak dijaga. alamat....buruk laa bunga tersebut."

"cinta datang dan pergi. cinta yang tulus datangnya dari jiwa yang ikhlas. cinta yang kukuh dengan kebahagiaan datangnya dari restu dan berkat dari ilahi."

itulah antara kata2 orang awam tentang cinta. jadi kenapa ada segelintar golongan kita berkata. cinta tidak memerlukan apa apa. cinta tidak ada kaitan dengan kelurga dan agama. tiada siapa yang berani mengatakan cinta itu lahirnya dengan sendiri tanpa ada bantuan dari ilahi. jika ada yang mengatakan ya. bagaimana? sedangkan kita dihidupkan dengan adanya jantung dan hati. kita dilahirkan dengan adanya perasaan sayang , kasih dan cinta, dan sebagainya. semua ini adalah anugerah Tuhan yang maha perkasa. tidak kira islam atau sebaliknya. setiap orang percaya cinta itu tercipta apabila tuhan telah menemukan mereka dengan pasangan yang sesuai. tuhan telah memberikan mereka perasaan kasih dan sayang.

apa yang perlu kita tahu sebenarnya. cinta itu tidak akan terjadi dengan sendirinya jika tiada Allah yang melahirkan perasaan demikian kepada kita semua. kenapa kita mesti menolak dan mengetepikan keluarga dan agama semata - mata untuk mendapatkan cinta yang diidamkan? mengapa kita harus berfikiran begitu? mengapa kita sanggup mengetepikan mereka? dan mengapa kita tidak menghayati cinta itu sebenarnya datang dari ilahi dan kita pelajari semua ini dari keluarga kita sendiri.

jangan kita abaikan segala2nya kerana cinta.

Saturday, July 4, 2009

bawa diri?

hemmm....
bawa diri?
sape? aku ke? hahahahahhahhahah...
lawak2...sape yang cakap aku bawa diri tue.
pasalnya...aku tak pernah bawa diri dan melarikan diri dari orang. orang lari dari aku ada laa..siap cakap tak kenal lagi tue.

tue laaa...
macam aku cakap pada korang yang kenal aku..
aku bukan sombong. tapi aku segan. dan aku bukan nak bawa diri pun. aku lagi suka jadi diri aku tanpa selindung apa2. kalau aku rasa patut buat...aku buat. kalau aku rasa biarkan..aku biarkan. kalau aku rasa nak tido..aku tido..kalau aku rasa gembira..aku gelak. tue je aku...

korang tak payah laa pening pale nak memikirkan aku macam mana.
aku macam tue gak. suka buat hal sendiri tanpa pedulik kata orang. aku suka pakai apa aku rasa selesa..aku suka cakap apa aku rasa patut cakap. tapi....aku tak suka mencarut..tak suka cakap ayat kurang bijaksana (b****)...memang aku pantang sikit..kalau aku marah pun..aku suka gunakan ayat seperti...badak,pandainye,anak sape ni,ngong (paling teruk arr),sengal,hantu,puaka....selain tue....aku kurang nak menggunakkannye..

so..
aku ni sebenarnya senang je...
tak cerewet mana pun...cerewet pun.....pasal orang tak reti jaga agama, diri n kesihatan. yang lain tue...lantak ko arr..aku pedulik ape...janji ko jadi manusia.
tue laa cerita sebenarnya aku ni..

sal cinta...
wahahahhahahahahahahha...
memang aku nak gelak tahap gaban..
aku tak nak pikirkannya lagi.
bek aku pikir macam mana nak majukan bisness dgn syarikat..lagi bagus..
lagi dapat hasilnya. macam aku pernah cakap....kalau ada..ada..kalau tak ada..buat je apa yang diredhai olehnye...
yeah!!!!

Friday, July 3, 2009

aku adik dia?wow!!!!

ahak....
ni masa g kem Y2Y laa ni...
aku dok lepak2 dgn budak2 kem.b for mereka dilepaskan ke dalam hutan sowang2.
ada laa sowang budak ni cakap...

"akak....akak ni adik kak nurul ekk?"

tak terkejut sangat..pasal b for this dah ada cakap macam tue. so..aku pun menjawab.

"ha ah...akak seislam."

budak tue pun pandai menjawab...

"kira saya pun adik seislam dgn akak laa."

aku pun mengiyakan laa..

so...
aku borak2 dengan meka..
mak aikk..

ada lagi suara sumbang menanya aku pasal perkara yang sama. tapi kali ni lagi best..
Kenapa akak tue macam garang je..
hahahahahahah...

aku pun menjawab laa..

"garang pasal korang tak nak dengar kata dia n fesi. so...paham sendiri laa ekk."
emmmmm...
itu laaa kesnye..

tapi...
setiap kali aku join prgm...mesti ada suara menanyakkan aku n kak nurul tue adik beradik ke?

bila aku tengok balik.....
tengok gambar n muka...
ooooooo....betul arr...muka nak seiras arrr...
macam mana tak boleh disangkut pautkan.

hemmm..
tapi lagi best...
bila aku lepak dgn atie...
kita orang akan cakap....
"akak ko call / akak ko sms"...
alih2...aku yang kena balik..pasal rupa n gaya dia beh kurang je macam aku..

tak pe laa kak nurul..
kak nurul ke..kak nuruq ke...
janji akak pengerak kita orang sampai akak letak jawatan.
heheheheheeheh.....

mula dah

hemm....
skang aku dah masuk ke alam perkerjaan..
so.....
tak boleh nak cakap apa dah arr...
kalau tak keja..macam ne nak idup.hehehehhe....

alhamdulillah....
jawatan yang aku sandang pun...cukup puas hati.tapi keja agak berat laa.
mana taknya...aku dgn cikgu aku je staff kat sini dulu...
hehehehehhe.....
so.....macam2 laa nak kena buat..setup opis,setup managment, setup macam2.
tapi....benda ni semua banyak belajar dari cikgu aku.alhamdulillah.

so...
my first day work..ok..tak ada ada ape pun. just setup opis sikit je..
but skang ni dah mula bz sikit dengan kerja sana sini..keluar sana sini. jawab call. insyaALLAH..lepas raya boleh laa jalan opis ni.

alhamdulillah..
apa yang aku keja..semua tercapai. doa aku di depan kaabah telah pun ditunaikan. alhamdulillah.syukur....semua ini berkat dari kesabaran dan doa dari family,kawan2,cikgu2 dan sedara mara. thank to all.alhamdulillah.

apa2 pun..harap semua ni bukan satu penghabisan...tetapi satu permulaan yang sempurna dan cabaran yang bakal aku memikulnya dapat dijalankan.
amin..