Friday, July 17, 2009

Kenderaan Awam..

kenderaan awam biasanya digunakan sebagai salah satu kenderaan yang diguna pakai untuk para penduduk orang awam.
pasal tue laa nama dia kenderaan awam.

hemmm....

kebiasannya ia digunakan untuk menjimatkan kos atau pun untuk memudahkan mereka dari kesesakan lalu lintas mahupun mencari parking. nak nak skang ni kemana kita g....ada saje tol dan parking berbayar..kalau murah tak pe arr gak..ni ada gak membazirkan duit untuk g sana g sini. sekali habis untuk kenderaan sendiri...minimum rm20 termasuk minyak. maxima...kira sendiri la.

so...
daripada mereka membazirkan duit dengan minyak,tol dan parking...mereka gemarkan mengunakan kenderaan awam.macam tue dengan aku...

bukan tak suka nak bawa kereta sendiri. suka...tapi memandangkan kosnya..bek nek ktm saje..sebulan hanya rm60...kalau kereta 2 kali ganda.hemmm. biar kita berjalan sikit. disamping senaman...kita juga dapat mengurangkan kos kita.hehehhe..

nak dijadikan cerita..
yang tak bestnya nek kenderaan awam ni..kena tunggu..kena berebut. semua ada laa.tue yang tak best dan kelemahannya. biasa kalau pagi2...kena kuar awal laa..tapi bila petang..relax je ar..nak berebut pun tak guna.pasal tak ada ape nak dikejarkan.

so...
hari isnin pagi2 kita leh tengok macam2 ragam orang. biasa laa selepas hari bercuti.tapi tak best sangat tengok ragam orang masa pagi. pasal kita pun nak keja masa gak. yang best tengok ragam orang. time balik..time petang. ha!!!time tue best. kalau dok buat kajian kat mana2 stesen...memang paling best nak kaji ragam orang time hari jumaat n time balik kerja. semua nak balik cepat. pasal esoknya dah nak cuti. hari biasa tak sangat. tapi setiap kali hari jumaat...wow!!!memang best.

macam semalam...
aku terpaksa dok buat du no je...ada laa 5 KTM terlepas. bukan tak nak nek...malas nak berebut.. semua dah macam nasi impit n ikan sardin dalam tin. wooo...so..aku pun malas nak peningkan pale. setiap kali tengok ktm penuh...aku buat du no je. biarlah semua orang berebut. yang pasti....bila ada ktm yang tak penuh..aku akan naik. tapi..for firstime..smlm aku boleh dok 2 jam setengah kat KTM bank negara tue. asal nak nek je...macam nasi impit. sampai ada orang marah n jerit sakit. perh!!!tak tau laa ape function semalamkan..sampai 2 jam lebey aku menanti. akhirnya pada jam 8.45 baru laa aku dapat nek.

tapi sepanjang pemerhatian aku dok kat stesen tue..macam macam ragam aku dapat lihat. bila ktm tu penuh...kebanyakkan orang akan bersuara "WOW!!!"..bila dah dengar macam tue..aku pun dok laa diam2. pasal dah tau ktm tu still penuh.

hemmm..
bila time balik je...aku malas nak nek bila penuh2 ni. lagi pun tak ada ape nak dikejarkan. pasal tue aku selalu dok diam je bila ktm penuh. malas nak bersesak2. lagi pun...macam aku cakap..tak ada ape nak dikejarkan.

daripada pandangan aku...
selama aku dok nek ktm ni....
memang seronok bila kita melihat ragam orang. nak2 disekitar kl. macam2 keluhan dan gelak tawa kita leh tengok kat sana.
itulah tabiat orang kita..bila menggunakkan kenderaan awam. tambahan lagi. orang dah cakap...bagi orang nak keluar..keluar dulu. tapi...macam tak makan saman gak. semua berebut nak masuk. yang kesiannya..orang yang nak keluar tue..terpaksa laa berasak dengan orang nak masuk.

itulah tabiat orang kita bila nak nek kenderaan awam.
bila laaa masalah ni nak selesai pun tak tau. yang penting...kemudahan yang disediakan memudahkan semua orang walaupun terpaksa berasak masuk.
selagi masalah jem jalan raya tak selesai...selagi tue aku tak nak bawa keta. biar laa orang nak cakap apa. yang penting...aku malas nak banyakkan kos idup aku. kalau terpaksa baru aku bawa keta g keja. hemmmm

No comments: