Saturday, December 25, 2010

Persamaan dan ion negetif.

fuh!!!
tajuk....baekk punya jek dengari...hahahhahaha...
adeh...kelawakan terasa bila memikirkan ape dia persamaan dan ape dia ion negetif.

macam pasangan len2. macam tue jugak dgn ct dan c dia. kami banyak persamaan. tapi pada masa yang sama ada ion negetifnya. ion negetif ni kalau kata mudah....ketidak sukaan pada diri ct dan ketidak sukaan pada diri dia. tue laa boleh dikatakan.

biar ct cerita persamaan kami.
persamaan kami banyak sebenarnya tanpa disedari. benda ni dah lama ct perhatikan. tapi biasa laa..dulu dulu men tarik tali dengan dia. skang ni tak dah. skang ni main tarik tarik family lak. weeee~ hayat tak ingat...hehehehehhe.

dari kisah family..memang banyak persamaan antara kami berdua. baik dari dalaman sehingga luaran. cuma adik beradik dia sikit berbanding dgn ct. tapi yang penting keluarga kami bahagia. hehehehehehhe. bab family ni tak payah laa ct cerita lebih sangat la. sal biar ianya jadi rahsia antara kami berdua dan family masing2.

dari sikap...
emmmm...memang boleh dikatakan 2 2 degil dan 2 2 jenis yang suka jaga hati orang len. same time kami berdua banyak persamaan daripada sikap dan cara percakapan. cuma ada benda yang kami memerlukan satu sama lain. macam ct pernah cakap kat dia...ada kelemahan ct tapi kekuatan pada diri dia..ada kelemahan dia tapi kekuatan pada diri ct. itu yang membuatkan kami makin akrab dan mesra. dan kami harap benda ni akan kekal hingga akhir hayat kami. amin.....kalau orang kenal kami. orang akan cakap.." cuba laa korang ni pentingkan diri sendiri. jangan dok bek sangat. " sometime kami akan berkeras. tapi itu 100 dalam 1 akan terjadi kot. hehehehhe..itu daripada segi sikap.

dari segi pemakanan.
kami pengemar coklat serta kek coklat berserta aiskrim. best woooooo..... hahahahha. kalau bagi kami coklat atau kek coklat berserta aiskrim...rasanye kami dah tak pandang memana. kami layan benda tue jek. same time kami suka mengunyah ais. hahahahhaha...cuma dia tak nengok lagi ct mengunyah ais. ct just perasan setiap kali g makan dgn dia. dia mesti kunyah ais. hahahahhahaha......ct agak kuat minum n same dgn dia. nak2 kalau air buah yek. memang ct suka air buah. tambahan yang masam dan penuh vitamin. macam dia..dia suka air jus oren. macam ct..ct more pada tembikai laci atau kedondong asam boy. layan.........uishhhh...sedap sih. hehehehhe....but 1 air kegemaran kita orang....air milo o coklat....baekkk punya.. hehehhehe...tue laa antara persamaan kami dalam hidangan. bila sampai ke pizza. kita orang boleh makan...tapi rasanye beli kat kedai kek yang hat rm 2 tue boleh syer 2 kot. hahahhahah.pasal 2 2 dah muak dengan pizza. hahahahahahha. sbb ct dulu 4 5 bulan keja dekat dominos pizza as asst. manager. so.....ape2 keluaran baru atau test makanan. kita laa kena makan. adehhh...sampai untuk menu staff pun pizza. adoiii..tak larat weiii....dia pulak....tak sure arr pulak. tapi yang tau. dia dgn ct agak kurang dengan pizza. so...hot topup kami akan burn macam tue jek if tak gunakan untuk beli pizza dengan harga rm1. hahahahhaha.....

dari segi pembawakan kereta. hehehehe.
lebih kurang sebenarnya. cuma ct ni lagi lasak kot dari dia. tapi bila bab jalan. macam atok dia pernah cakap dekat dia..." ang ni suka membazir minyak arrr. " macam tue jugak dengan ct. bukan membazir minyak. tapi kadang kadang kita tak jangka jalan tue jem ataupun jalan tu lagi jauh sebenarnya. atau mudah cakap....tak tau jalan sangat sebenarnya. main redah jek. dan kami suka explore tempat o jalan baru. heheheheheheheh.

itu persamaan kami. tapi ion negetifnya agak jugak arr. tak sikit dan tak banyak. boleh tahan laaa...heheheheh.

ion negetif kami...

family...
emmmm..tak banyak mana pun. just kehidupan family dia n kehidupan family ct jek arr. cara dia dengan adik beradik...lebih kurang jek macam ct dengan adik beradik. cuma orang cakap...seisi rumah tue berbeza kot. tue jek arr...

dari sikap....
hehehehhehe....ni rasanye ada 1 2 dia lari sikit dari ct. ct ni more pada pok pek pok pek...dia more pada mendengar. ct seorang yang manja tapi lasak...dia pulak seorang yang manja tapi agak lembut. bukan lembut perempuan ct maksudkan. tapi lembut sebagai seorang lelaki. bak kata orang tua tua laa..lelaki budiman. hehehhehehe... sikap yang berbeza antara ct dan dia...emmmmm... oooo...dia seorang yang kurang keberanian bila berhadapan dgn orang ramai. tapi tak pulak diri ct. dimana ada orang yang ct kenal. ct akan menjadi berani. dan ct boleh duduk depan orang bercakap macam biasa. kecuali kalau depan orang tua. tue kena ada adab sikit laa.. nak2 kalau depan mertua atau ipar.then ct ni seorang yang penakut pada ketinggian yang agak tinggi. kalau suruh ct duduk dekat hujung bangunan yang tak ada cermin n berada ditingkat 5 keatas. memang ct akan seram sejuk sampai nak nagis dibuatnya. tapi tak pada diri dia. ari tue dia mengajar ct untuk duduk n tengok benda2 dibawah dari tingkat 6 shopping mall. errkkk..seram sejuk lutut ct dibuatnya. hahahahhaha..... that why ct ada cakap...kelemahan ct..kekuatan dia....kelemahan dia...kekuatan ct.

dari pemakanan...
wahahhahahaha...macam sebelum ni ct ada cerita. ct bukan pengemar kari. itu laaa kelemahan ct pada bab makanan. dan ct juga tidak boleh minum air tebu. part ni kalau kedua2nya dihidangkan dihadapan kita orang. nampak gayanye....dia seorang jek arr melantak. tapi kari tue ct still boleh makan laaa...cuma tak laa macam dia kot. sbb tu dah kegemaran dia. yang best tue....ct suka pada lontong. tak pada diri dia...adehhhh...tue laa makanan dia tak gemar tapi ct gemar. hahahahah. bak kata dia..makanan saya suka awak tak reti masak. makanan saya tak suka awak reti masak. hahahahhha.sowey wak. dah tu saya suka makan n senang dimasak. hahahahhahaha...then keju...hahahahhaha...kalau ct muak dengan kari satu ketika dulu. dia pulak muak dengan keju. hahahahahha. so..kalau keju dihidangkan dihadapan. nampak gaya...ct sorang jelah melantaknye ekkk... same with sushi. dia pun tak dapat memakannye. hahahahhaha...tapi tak ct. hgahahhahaha..sorry wak. if ct tak leh nak makan sangat kari..awak lak tak leh nak makan sushi. kalau macam ni punya kes....kena sediakan kari 1...sushi 1...hahahhahaha..baru adil dan saksama. hahhahahahaha...

dari segi pembawakan kereta.
woooo....ct agak seram kadang2 bila dia men selekoh. woooo...awak jangan buat macam tue lagi. sal saya nak kawin dulu wak. huhuhu....tapi c dia amat berhati hati dalam pembawakan kereta. cuma kalau sampai kat tangan ct. hahahhahahaha...baekk punya cilop. so...nak kata perempuan bawa tue lebih berhati hati..tak laaa kot....hahhahhaha....

itulah antara persamaan dan ion negetif kami. yang lainnye rasanye tak ada kot. cuma nanti laa nengok macam ne. yang ct tau....kita orang memang degil dan suka tido lewat. heheheheh....sbb bagi ct..time memalam tu banyak idea datang nak buat editing. macam dia.....time memalam tue dah jadi sebahagian hidup dia sbb dok temankan ct. hahahhahaha....yeke awak? so sweet......sayang awak. hahhahahah....

ape ct harap sangat2. dia dan ct akan kekal hingga akhir hayat kami dan dia merupakan pilihan terbaik dan terbaik dalam hidup ct. macam arwah abah dan mak pernah pesan dgn anak2nye dahulu. cari iman dan yang jaga solatnya. jangan cari seseorang bakal suami dari paras rupa dan harta kekayaannya. sebab itu semua tak menjanjikan yang terbaik. iman dan solat merupakan tiang agama yang terbaik dalam hidup. seseorang ketua harus mempunyai pegangan yang terbaik dalam asasnya. walaupun dia bukan imam atau mufti. tapi biarlah ada asasnya. itu permulaan yang terbaik.

Masin pulak mulut akak2 aku ni..

hemmm...
cerita kali ini... MASINNYE MULUT ATEH PADA SATU KETIKA DAHULU..adehh...

masa ct form 3...
ct dah tak suka makan kari. sbb lepas arwah mak meninggal. arwah abah kalau boleh tiap minggu makan kari. tak kisah laa..kari ikan ke , kari daging ke , kari ayam atau pun sotong. janji kari. adehhhh...tidak sanggup untuk ct memakan kari hari hari minggu. asal hari minggu kari..asal minggu jek..kari. adehh. muak kot. kalau time arwah mak ada dulu. tiap minggu ada jek hidangan istimewa walaupun kadang kala kita orang makan benda yang simpel. hemmm..

arwah mak seorang yang kreatif. that why mee maggi yang kita masak 2 minit tue..arwah mak boleh jadikan mee maggi special n sedap. jangan cakap mee maggi arr. kuarker out yang tak sedap tue pun..dulu ct payah nak makan. arwah mak boleh buat bagi best punya. sekali makan macam rasa bubur lambuk pun ada. kreatifnye mak ct tue. alhamdulillah abah dikurniakan seorang isteri dan kami dikurniakan seorang ibu yang soleh dan keratif. itulah pengorbanan seorang ibu dan isteri terhadap orang yang disayangi. ( nak jadi macam mak laaa..tapi mampu ke?) hehehehehhe...

back to story asal.
adehhh...disebabkan ct tak suka makan kari...setiap tahun oteh akan cakap. jangan memilih ct. nanti nengok2 bf o bakal laki ko macam arwah abah. ct selalu jawab...takan punya arrr...mintak dijauhkan. adehhh...dan disebabkan kari tue ct tak makan bape punya lama. alih2 sejak 2 3 tahun ni ct mula makan balik. tapi tak laa secara banyak. sbb rasa muak tue ada lagi. but...oteh still tegur ct. jangan ct....nengok laa cakap oteh....caya atau tak. bakal ko jap lagi kuat makan kari macam arwah abah.

ooo akak kesayangan ku oteh..
awat laaa mulut mu sungguh masin...adehhhh....

skang ct dah pun punya bf dan insyaALLAH kalau ada jodoh kami. ada laa tak lama lagi. sbb dia merupakan ciri ciri yang ct cari selama ini. dan dia menerima kekurangan ct. alhamdulillah.

bf ct skang ni...boleh laa tahan cute dia. sampai lepas dah declare..adehhh...
ku tak tahan....kena jaga dia elok2. sal ramai dah mata mata melihatnye cakap dia ni smart n ada rupa. arrrgghjhhhhh..jeles gak kadang2. kalau sorang 2 cakap tak pe. ni dah hampir kawan2 ku mengatakan benda yang sama. awak.......jangan cakap kawan rabun lagi ekk. ni dah ramai cakap dah. errkkk....jeles ni jeles ni...adehhh...

pasal dia bf ct skang....
ni laaa kata kata oteh yang masin. akhirnya ct bertemu dgn seorang jejaka yang caring n setia dalam menjaga perhubungan kami yang mana.....seorang pengemar kari. macam arwah abah. TIDAKKKKKKKKKKKKK....adehhh..oteh kenapakah mulut mu masin. adehh. kalau dia suka makan lontong ke....lemak cili api ke..ok laa tue. ni tak...KARI...adeh. c dia nak ct masak untuk c dia walaupun tak sedap. dia nak ct masak gak. adehhh....tolong laaa ct teh....

tapi...
mujur ct dah boleh makan kari. even tak macam c dia makan laaa. nak masak tue..boleh laa kot. tapi macam tak reti jek. sal dah lama tak masak. hahahahahahhaha....kena belajar dgn along ni. sal along cakap..kari senang masak. hehehehehhehe...insyaALLAH...bila dah ok nanti. adalah awak makan kari. heheheheheheheh. adehhh..tak ct sangka upenya c dia punya cita rasa sama dgn arwah abah. same time gak..dia punya cita rasa lebih kurang macam arwah abah. emmm... bila jalan dgn dia. rindu pada arwah abah terasa. cuma orang cakap....dengan abah dan kekasih ni lain. hehehehehhehe...memang lain laa. cuma bila dok dengan dia..ct akan teringat arwah abah. macam pernah ct cakap satu ketika dulu dengan member ct. ct nak cari lelaki lebih kurang macam arwah abah. kini....ct dah menjumpainya. yang sayang dan jaga ct sepenuh hatinya. emmm.. ini ct harapkan sampai akhir hayat ct.

satu ketika dulu..
ct teringat arwah abah dok cakap....
" kalau abah jauh...mesti ct tak sihat..macam mana abah tak ada? ni kena cari orang lebih kurang macam arwah abah. " kini..bila ct dengan c dia..ct teringat akan ape arwah cakapkan.
" abah...ct dah jumpa lelaki yang lebih kurang macam abah. dan boleh menjaga ct sepenuh hati dia. cuma ct tak sempat kenalkan dia dengan abah. ct harap...abah dan mak dapat nengok siapa dia yang berada di sisi ct skang. mungkin abg2 dan akak2 tak faham macam mana perangai ct ni. tapi ct yakin....abah dengan mak mesti tau ape ct buat semua ni. dan ct harap allah membuka hati family kedua2 belah pihak menerima kami sebaik mungkin. "

emmm...
inilah akan ct katakan dalam hati setiap malam ct berada diatas tikar sejadah. sebab ct percaya...dengan cara ni suara ct lebih didengari oleh Allah dan kedua ibu bapa ct.

cuma bila teringat kembali kata kata oteh...
adehhh.....masin tul mulut oteh. ni pun ct baru tau 2 3 hari lepas....huhuhuhuhu.. kerana mulut oteh laaa kini ct berjumpa dgn seorang pengemar kari. huhuhuhu.....sabar jelah....

Thursday, December 23, 2010

First Date.



adehhh...
peristiwa yang mungkin tak dapat dilupakan. my first date nak p KLCC. nek Putra LRT dekat gombak. adehh...lawak...( awak jangan marah lak ekk..)

masa tue...
dah atur bek punya hari. walaupun masanye tersasar sedikit. tapi date still jalan. yang kelakarnye tue....waktu baru jek sampai dekat Puter LRT gombak. boleh pulak ct jadi cinderella. kasut tertinggal dekat belakang dan tercabut. dengan selamber....ct bukan 2 2 kasut..berkaki ayam. lawak tahap gaban. adoiii... sian cik abang sorang tue. mujur arrr dia slamber kan. so....sampai dekat stesen tue..macam macam cara dah dibuat oleh ct untuk membolehkan ct memakai kasut. last2...hancur berkecai juga. ingatkan boleh laa berjalan dengan kasut tu sampai KLCC...then beli baru...hahahahaha...alih2 tak boleh..

sian cik abang...terpaksa patah balik ke park keta then dia ambil laaa selipa yang boleh muat2 dgn cik ct dia ni.. mujur laaa ada yang bersaiz kecik...walaupun rasa macam besar..tapi selesa pakai. then g arrr klcc...ada laaa 2 3 orang pandang. sbb semua dah lawa..sampai selipa...adehhh..tapi ada ct kisah..janji cik abang ok. so...kita orang memulakan laaa perjalanan dalam mengenal diri masing2. yang moleknye tue.... sampai klcc...tak cari kasut dulu..cari masjid...

alhamdulillah...sbb bakal laki ct ni pandai buat keputusan...( bakal ke? ) hahahhaha.... so lepas urusan denganNYA dah selesai. pertama sekali c dia cakap dgn ct... " apa kata kita selesaikan masalah kasut awak dulu..." so sweet....thank u awak.....so dia tanya lagi...nak beli dekat mana? ct senang jek...if shopping complex macam tue....bek cari bata. dia gelak tak ingat....rasa macam nak campak dalam air terjun klcc pun ada gak.. mujur arr memasing kenal diri masing2...so tak kisah laa... mencari dan terus mencari..akhirnya jumpa. bagi ct mudah jek....tak laa lama sangat kan nak mencari kasut. yang pasti ct selesa dan ct suka. dalam masa 15 - 20 minit ct dah jumpa. c dia pun tak cakap ape..maybe dia rasa senang laa tue kot. alhamdulillah..

date diteruskan mencari port makan....
makan laaaa kami....after that....sesi beramah mesra dan kenal lebih2 dalam. memang kenal laa sangat.....then masing2 dapat laa terima kekurangan dan kelebihan masing2...alhamdulillah...sesi diteruskan... dengan bersolat asar sebelum balik... memang kali ni dapat bf yang tak pernah lupa laaa sal masjid...adehhh....

yang syoknye tue....
sebelum sampai umah......dia bawa lagi g solat.....bagus tul...ni kalau tak dapat jadi calon adik ipar tak tau laa nak cakap...adik ipar kan..bukan menantu..

hehehehhe...macam mana nak jadi menantu...
parent ct 2 2 dah tak ada. so....c dia dapat jadi calon adik ipar jek laaa.....1 azab dia nak jumpa bakal pak o mak mertua dah lepas...hehehehehe...

pape hal pun...
alhamdulillah...kali ni ct jumpa dengan yang benar benar setia dan benar2 hargai ct sebagai perempuan islam dan melayu. ct hargai sangat...thank to u MR. A a.k.a panda. hehehehehhe...so sweet........awak yang sweet n awak yang berlari2 dalam taman hati saya. thank awak. hope kita macam ni sampai ke jinjang pelamin dan sampai akhir hayat....love u.

Sunday, December 19, 2010

Kau Aku Bertukar ke...

hai blog...
again n again jumpa lagi. hehehhehehe....

skang ni dalam hati ada taman. taman telah diserikan dengan seseorang yang selama ini hanya berada depan mata. selama ini yang bergelar kawan. kawan yang sebenarnya dah lama kenal dan boleh dikatakan masa kecik sebenarnya kenal. sebabnya....dia kawan baik anak sepupu ct. dalam sedar dan tidak...sebenarnya time kecik kami dah kenal. tapi cuma tak rapat dan mesra. time sekolah bila nengok muka dia balik....oooooo...dia ni ke? adehhh..pernah ct lihatnya dulu. walaupun dia bukan sama sekolah dengan ct. tapi ct kenal. bila nengok umah dia dekat mana... alamak!!!! dia ke? adoiiii......dia ke? sudah tidak ct sangka....cempedak jadi durian. hahahahha....

adeh...
dalam perkenalan kami yang tak disangka dialam dewasa....membuatkan peristiwa perkenalan kami tidak disangka dan diteruskan dalam borak2 alam cyber.

sepanjang perkenalan.....memang agak melucukan dan tidak disangka ke peringkat sebegini. dari ucapan sekadar aku ko engkorang...terus dah bertukar...saya awak syg. lawak......tak pernah ct mimpikan seperti ini. hahahahhahah...

pada mulanya masing2 main tarik tali. dan masing masing dok berkias2....tapi biasa laa..kata member bek. nak2 time sekolah dulu kenal jugak arr..cuma tak rapat. then alih2 skang ni..sudah bertukar pulak. hehehehehe..

dia seorang yang menepati citarasa ct dan menghormati ct as perempuan islam dan melayu. dan dia juga selalu peringatkan ct sal agama dan kehidupan. alhamdulillah. yang best tue...banyak persamaan antara kami dan paling ct hargai sangat...sama sama boleh terima kekurangan masing2. apa yang penting buat kami skang ni....adalah care satu sama lain. disebabkan kami dah banyak kali putus cinta dan penat couple clash semua....so..kali ni..kami harapkan ianya akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin dan akhir hayat.

semakin c dia jauh...semakin rindu dirasai. semakin orang dekat dgn kami ( berlainan jantina) kami akan berasa cemburu dan risau. tapi same time masing2 mempunyai kepercayaan masing2. if apa2 akan kami terangkan sebaik mungkin.n ini apa kami harapkan untuk jangka masa yang lama dan sehingga akhir hayat kami. insyaALLAH...

sekarang ni...alhamdulillah...hubungan kami semakin akrab dan penerima diri masing2 boleh diterima sebaik mungkin. dan berharap agar semuanya dapat disimpan dengan sebaik mungkin. 2 2 dah penat nak bercinta. bak kata dia laaa..." kalau saya ada duit banyak2....pinang awak jek." hahahhahahahha..lawak. adehhh...

tapi betul...dari kawan jadi kekasih agak ganjil sedikit. bukan kawan biasa woooo...kawan baik kot. tue laaa.... bila ingat balik pertama kali jumpa....memang lawak. then pertama kali bercakap pun agak lawak. tapi bila dah kenal dan semakin kenal...tau masalh masing2...that why boleh menerima ape yang kurang buat masa ni. emmmm...

tak pernah pulak rasa macam ni. dihargai sebagai seorang perempuan islam dan melayu dan difahami sebaik mungkin. ini apa yang diharapkan. ct dan c dia berharap agar diri kami kekal selamanya. if bergaduh tue..kami harap dapat menyelesaikannya sebaik mungkin..

emmm...
even ct dah kawan dgn dia agak lama. dan sebenarnya dari kecil kami kenal....tapi macam ct cakap..sebenarnya kita tak tau...semua ni bakal berlaku. hehehehehe..

emmmm..
mesti semua tertanya..siapa nama c dia yang kini berada dalam taman hati ct. hehehehe... nanti laa dulu...just ct boleh cakap...dia kawan baik ct dan dia memang memahami ct sedikit sebanyak. sampai kadang2 ct belum cakap ape2 tapi ada dalam kepala...dia dah boleh bagi tau. dasyat tul c dia ni. emmmmmm.....

apa apa pun..ct harap...doakan laa kami agar kekal hingga akhir hayat. sebab ct dan dia rasa..ini adalah terbaik untuk diri kami. insyaALLAH.. hanya kami mampu merancang. tuhan yang menentukan. tapi insyaALLAH..akan kami usahakan untuk terus bersama. itu yang kami harapkan.

Tuesday, December 14, 2010

14~12~10



Hemm.....
14 12 10. cantikkan no ni. no genap menurun. hemmm..
disebalik no ini merupakan tarikh yang mungkin akan dijadikan sebagai peristiwa yang...emmm..macam2 laaa perasaan. yang pasti tarikh ini juga merupakan tarikh terbaekk untuk diri ct. INSYALLAH....

Seawal jam 1 lebih, seperti biasa ct akan melakukan rutin harian. mengedit gambar. biasa laaa..musim cuti ni macam macam event ada. itulah keja ct bila orang cuti. alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. cuma pada tarikh 14 12 10 tue ct tak melakukan rutin harian ct. tapi sebaliknya. kerana ada faktor yang memerlukan ct menyelesaikan masalah yang bermain diminda dan dihati.

pada awalnya....memang ct memikirkan...BIARKAN SAJA. tapi bila dipikir balik...seperti ct menjerat hati ct dan mengancam hatinya. itu yang ct tak suka. at the same time...ct tak nak kecewakan siapa siapa. seperti sedia maklum. ct sudah beberapa kali kecundang dalam percintaan. sebab itu kali ini ct mengambil tindakan yang agak tegas dan macam macam laa. tapi secara jujurnya si dia telah pun menunjukkan kejujuran dan keikhlasan hati. tapi...macam biasa laa.. sebab takut. ct cuba lagi untuk 'Test' si dia. tetap sama juga berlaku. yang lagi ct terharu bila dia berkata. " saya mencari cinta. bukan mencari perempuan. kini saya dah temuinya. sebaik baik yang ada. takan saya nak melepaskannya. saya tak nak pisang berbuah lagi." tapi...ct tetap dengan pendirian ct. ct tetap degil dan degil. kerana faktor lain...ct takut juga untuk menerima dia. emmm...

siapa yang mengenali diri ct...mereka tahu. ct tidak suka melakukan tugasan separuh jalan dan ct juga tidak suka untuk berkata kata separuh jalan. bagi ct semua ini tidak akan sempurna dan akan ternokthar disitu. sebab bagi ct..setiap masalah perlu dihadapi dan perlu diselesaikan walaupun ianya bakal memburukkan nama ct sendiri. tapi alhamdulillah sepanjang ct menghadapi masalah...semuanya masih positif.

bagi ct....
bila sesuatu berlaku, mesti ada berpunca dari diri kita. macam tu juga ct rasai dalam hal yang berlaku baru baru ini. bukan ct bermain dengan api. tapi ct sendiri sekadar berkawan dan membantu semampu yang boleh. tapi akhirnya dia lebih memahami ct dan lebih mengambil berat akan diri ct. emmmm.. thank awak.

kini...
status ct mungkin dah berubah. tapi bagi ct....walau pun ct dah terima dia dan dia dah terima ct sebaik mungkin. tapi bagi ct 1 jek. selagi belum ada ikatan apa apa..ct masih belum terikat apa apa. cuma buat masa ini..keyakinan dan kepercayaan diri masing masing perlu ditebalkan. jika ada masalah...ct mintak pada diri dia untuk berkomunikasi dengan ct secara sebaik yang mungkin. itu adalah terbaik untuk meneruskan dan memanjangkan perhubungan kami. insyaALLAH...jika diberi keizinan Allah...adalah nanti khabar gembira. cuma buat masa ini..ct terpaksa sembunyitkan dirinya dari semua orang. bila sudah masanya nanti dan bila persediaan dah dibuat oleh si dia. akan ct beritahu kepada keluarga dan saudara mara. sebab mereka itulah yang perlu ketahui dahulu.

Perkenalan kami bukan secara alam maya atau pun secara telefon. tapi perkenalan kami secara nyata dan berkawan seperti biasa. dalam persahabatan kita akan menjadi seperti diri kita sebenar...bergaduh,berasak bahasa,berejekkan dan sebagainya sudah pun kami tempuhi segalanya. tambahan ct memang suka ejek diri dia dan ct suka memerli diri dia. mujur laaa dia boleh tahan dan memahami. tapi kesiannya dia...ct selalu menghentam dia dengan ayat yang kasar. sorry ekk wak..

lama tak lama...kira kira setengah tahun jugak kami berkenalan. dalam pada waktu yang sama kami berkomunikasi dengan alam cyber. niat dihati untuk membantu si dia dalam masalah yang dihadapi. tapi lama kelamaan. lain jadinya. adehh!! lebih sudah. entah macam mana...masalah yang dihadapi kian berkurangan. dan si dia semakin rapat dgn ct. emmmm. memula memang laaa ct malas nak layan hati dan perasaan sendiri. tapi semakin lama semakin lain jadinya. then banyak pulak persamaan kami. dari kisah hidup sampailah kegemaran kami.

sampai satu tahap....
ct menghadapi masalah besar disekitar kuala lumpur. keadaan malam yang semakin sunyi dan jam menunjukkan pukul 12 lebih. adehhh....memang keberanian ct untuk keluar seorang diri tidak boleh ct lakukan. atas faktor keselamatan dan sebagainya. walaupun ada beberapa orang berhenti dan cuba untuk membantu. tapi ct tak terima. macam ct cakap. atas faktor keselamatan. dalam kepala ct hanya 2 orang yang bermain diminda. abang ct dan kawan ct yang ni. ct try call abang ct. tapi....tak berjawab. mungkin kepenatan berkerja dan melayan anak2. so..jalan terakhir ct cuba hubungi si dia. alhamdulillah..dia pun ada diluar. berdekatan juga dengan tempat ct hadapi masalah. tak sampai 15 minit. nampak kelibat dia ditepi cermin. agak terkejut juga ct dibuatnya. tapi alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. atas bantuan dia. semuanya selamat. ct pernah cakap dengan dia. " macam mana kalau aku cakap...aku suka ko. lepas tue aku lari." ha!!! that time dia dah nak sampai kat kereta dia. ct boleh cakap....benda macam tue. tapi dia tak mendengarinya. sebabnya....ada kereta memecut dan dia tak dengar. memang ct kegelakkan time tue. bagus kereta tue. memang ikutkan. lepas cakap..ct terus lari....bawa kereta....pecut balik umah...hehehehe...tapi dek ketidak puas hatian diri dia. dia sms ct dan suruh jugak ct cakap. belum abis dekat sms. dia sambung dalam alam cyber. adeh!!kerana desakan dan paksaan dan kemerajukkan diri dia. ct terpaksa juga memerahkan muka dan teragak2 nak menekan keybord. tapi alhamdulillah..semuanya selesai.

pada 13 12 10...
ct menghadapi masalah berkaitan dengan si dia dan hati ct. macam ct cakap...ct tak nak mengecewakan orang len. tapi mungkin sebab si dia pun dah terjatuh hati..dia tetap pertahankan apa yang dikatakannya. si dia tetap bertegas. walau apa pun terjadi dia cuba untuk mempertahankan dan menjaga ct. sedih dan terharu ct membaca ayat2 dia. dia ada call. tapi ct tak sanggup nak menjawabnya. sebab bagi ct....biar dia sakit hati sekarang. mungkin akan datang dia akan temui cintanya. tapi macam ct cakap...ct tak suka masalah tersebut dibiarkan. akhirnya ct berlembut hati dan menelefon c dia. c dia berada diluar. dan berjanji akan menemui ct dalam alam cyber dan menerangkan semuanya.

akhirnya jam 1 lebih..c dia menepati janji. disitu kami menyelesaikan masalah hati dan pemikiran masing2. mungkin Allah sayangkan kami dan mungkin ini terbaik buat kami. akhirnya kami menemui jalan penyelesaian. dan akhirnya...tarikh tersebut boleh dikatakan sebagai keramat buat kami. cuma apa yang ct beritahu dia. yang penting sekarang ni...family masing masing tahu. cuma benda ni kena take time. ct tak meminta dia supaya untuk terus berjumpa dengan family ct. tapi ct meminta persediaan dari diri dia dan masa akan datang. walaupun apa terjadi..ct mintak ada penyelesaian yang boleh diselesaikan secara baik. insyaALLAH.

emmmm...
perkenalan kami yang secara tak sengaja dan secara tidak disangka. bertukar kini. cuma menunggu hari bila masanya akan berlaku hari perasmian secara nyata kepada rakan rakan. semua ini kami usahakan dengan cara terbaik. jika ada yang tersinggung. kami mintak maaf. sebab mungkin ini jalan terbaik buat kami untuk masa kini. hanya Allah saja yang tahu apa yang kami rasai dan lalui. secara jujurnya....ini merupakan cinta yang tak disangka dan tak diduga. sebab semua yang berlaku bukan kehendak ct dan bukan kehendak dia. tapi hati dan perasaan kami tak pernah nak menipu. bila tipu...ada caranya kami dapat tahu. cuma apa yang ct nak beritahu disini...orang disebalik ct cerita ini , bukan orang lain. tapi dia merupakan kawan ct juga. dan kami sudah pun berkenalan secara lama. cuma orang cakap...zaman sekolah dulu kita tak perasan kot. emmm. apa yang pasti...insyaALLAH. jika ada jodoh. adalah kisah disebalik story ini lagi. InsyaALLAH. doakan ct dan si dia supaya kami sama2 dapat menempuhi alam percintaan ini sebaik mungkin. terima kasih kepada yang banyak membantu, terutama kak shima. memang nasihat akak...kami gunakan. idea akak bagi pun kami gunakan. alhamdulillah....akak banyak membantu kami. thank a lot kak shima. ct hargai sangat.

to awak....
macam saya cakap....buat yang termampu dan terboleh. jadikan ianya seperti awal2 perkenalan kita dan jadikan ianya sebagai satu kenangan yang abadi. insyaALLAH...jika benar jodoh kita. akan ada sambungannya yang lebih menarik. thank awak sebab terima saya seadanya dan thank jugak sebab membantu saya sewaktu dalam kesusahan dan kesedihan. saya hargai sangat2 apa yang awak buat. thank dear.

hemm...nak tergelak pun ada. bukan apa. agak ganjil bila menukarkan bahasa panggilan. kalau dulu...ko aku.skang dah pun bersaya awak. so sweet. but this is trus. moga2 dia adalah terbaik untuk diri ct dan family. insyaALLAH.

Saturday, December 11, 2010

Ku Kini Lebih Berani.

hi blog...
lama jugak ct tak menulis. atas kesibukan kerja ct. ct tak mampu untuk menulis blog seperti dulu. memang kadang2 ct rasa macam nak nulis. tapi bila nak nulis...adehhh!! ada saja membuatkan ct perlu melupakan blog sebentar.

emmmm
alhamdulillah...semakin lama,semakin besar cabaran ct dan ct mampu untuk bertahan. mana taknya...bila dah terlibat dengan tangunggjawab yang semakin besar. emmmm....alhamdulillah jugak, banyak ct pelajari dari orang yang berpengalaman dan sebagainya. sokongan keluarga tak pernah luput. sentiasa memberi sokongan kearah positi. pada masa yang sama..mereka mengingatkan apa yang perlu ct lakukan. alhamdulillah.

sekarang ct lebih berani untuk bersuara.
ha!!! bak kata kawan ct. abang jie..." awak kan tegas dan berani dalam berdebat. tunjukkan bakat yang ada dan bersuaralah. " thank jie. semua ini adalah anugerah yang ALLAH pinjamkan kepada ct untuk ct menjalaninya. cuma macam abang ct peringatkan. " bersatukan melayu. walaupun kita berlainan parti. tapi kita perlu bersatu dan jangan memperkecilkan orang melayu. " thank abang cik. semua ini adalah sokongan yang baik dan positif. nasihat yang diberikan perlu didengari. insyaALLAH...jika berani dan kuat dalam mempertahankan bangsa dan agama. semua akan dipermudahkan.

insyaALLAH...

walaupun beberapa bulan yang lepas ct agak down sedikit dengan beberapa perkara. tapi dengan ada sokongan keluarga dan kawan2. ct bangkit semula dan menanamkan sifat positif. kini suara ct kian didengari. bukan untuk menaikkan nama. tapi ct sekadar mengingati apa yang pernah arwah mak dan arwah abah ct ajari. " sesuatu jawatan yang dipegang. gunakan sebaik mungkin dan lakukan kerja sehingga keakhirnya. jangan kita buat keja separuh jalan. sebab bila kita buat begitu , semua perkara boleh jadi kucar kacir. dan biar kita buat dengan cara yang sabar dan tenang."

seperti arwah mak ct menulis sepucuk nota kepada kami. " REMEMBER, LOVE what your do AND BELIEF in yourself. Developing an attitude to LOVE what you do will eventually bring the best out of you. Loving what you do and doing what you love is magic portion of sucess. AND..BELIEF in yourself yang can be somebody special. your mom..HALIFAH HASHIM." emmmmmm....

inilah ct pegang bila ct memulakan kerja. alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan yang ct dapat melakukan kerja dengan baik dan tenang. cuma kadang kala mengeluh tu ada laa jugak.

alhamdulillah...
lepas ct singel kembali....ct kian bz dengan kerja. mungkin ini untuk diri ct melupakan apa yang berlaku. alhamdulillah. tapi bagi ct..ct tak pernah nak salahkan sesiapa. cuma kadang2 terkilan dengan cara perpisahan berlaku. apa2 terjadi mungkin ada hikmah....alhamdulillah. sekarang ct semakin berani dan kuat.