Wednesday, April 13, 2011

mereka dan masalah

hai blog. lama ct tak terjah menulis dalam blog ni. akibat kesibukan kerja dan tugasan yang perlu dijalankan. ct terpaksa tinggalkan blog ct ni buat sementara waktu.
biasanya bila ct dah agak free dan tak dapat tido. inilah kerja ct. mengarang apa yang ada dalam benak kepala.
pada yang dah selalu follow blog ct. maybe mereka mengetahui ct bagaimana. bagi mereka yang jarang sekali mengikuti. tak pe....slow slow kayuh. tak bawa g mana pun blog ni. boleh diulang membacanya.

lepas kerja tadi...
ct agak keliru dan tidak tahu arah tuju nak dilakukan. yang ct tau. singgah masjid dan kedai makan untuk berbuka puasa. alhamdulillah...semua dapat dilakukan. cuma sebelum nak berbuka ct berjalan disekitar kawasan kl.

bila melihat gelagat orang kl. kadang kadang buat ct tersenyum dan kadang kadang buat ct terpikir. melihat gelagat mereka yang bermacam ragam. membuatkan ct lebih kenal dunia KL sebenar. walaupun ct ni anak jati KL. tapi.....ct bukan pengemar untuk keluar ke KL. bila perlu dan ada masa terluang baru ct turun.

bila dah melihat keadaan sekeliling. ct membuat ulasan dan kesimpulan dari setiap kehidupan rakyat di kl. ada yang memang rasa seronok tinggal di kota yang penuh sesak dan sentiasa ada orang di tengah tengah kota tidak kira waktu. ada pula....bagaikan tidak sabar untuk berada di kampung halaman. tidak semua orang sama dengan kita. bak kata pepatah. warna rambut sama hitam, tapi hati lain lain.

bila keseorangan....kadang kadang kita dapat menilai diri kita ditahap mana bila berada di sekililing orang ramai.

pelbagai gelagat dan ragam kita dapat lihat. cuma kita tidak tahu dalaman mereka bagaimana.

bila disebut tentang dalaman. ct terpikirkan.. tidak semua orang yang ramah,mesra dan kuat bergaul pandai untuk menceritakan masalah mereka pada orang lain. tidak semua orang yang pendiam,perhatikan orang dan tidak kuat bergaul tidak pandai untuk menceritakan masalah mereka.

kadang kadang kita tidak boleh menyamkan sifat yang kita lihat sama seperti dibelakang mereka. itu yang ct pelajari pada hari ini. tidak semua orang anggap, orang yang ramai kawan boleh menceritakan segalanya dengan mereka dan orang yang kurang kawan tidak menceritakan apa yang dihadapi.

kadang kadang kawan yang ramai bukan seorang pun boleh menjadi pendengar setiap seperti ibu dan bapa kita. tapi mereka sekadar untuk gembira dan berkongsi pendapat. walaupun kadang kala yang ramai kawan itu mempunyai kawan rapat. tapi tak semua boleh mengetahui apa yang tersimpan disebalik ramah mesra mereka.

tambahan yang lebih perlu kita ketahui...tidak semua orang yang ramah mesra,ceria dan pandai berkata kata itu boleh memberitahu kepada orang lain tentang masalah mereka. itu yang kadang kala kita tersasar pandang.

kebiasannya orang seperti ini nampak tenang dan ceria disebabkan mereka percaya....orang yang mendengar luah hati mereka lebih jelas dan lebih arif ape yang dirasai. sebab bagi golongan seperti ini, mereka percaya tuhan itu yang paling berhak untuk kita mengadu nasib dari membebankan orang lain yang sedia ada masalah.

mungkin ramai tidak ketahui....
orang seperti ini adalah orang yang agak mementingkan diri sendiri dan dalam pada masa yang sama orang ini juga tidak mahu membebankan masalah orang lain. dan kadang kala kerana ego dan ketakutan diri. mereka mengaku bahawa mereka berkongsi masalah mereka dengan seseorang. tapi adakah semua ini benar? percaya atau tidak...masih ada lagi orang yang takut dengan menceritakan masalah diri kepada orang lain disebabkan oleh bebanan yang perlu didengari oleh si pendengar. sebab itu....golongan ini kadang kala akan melakukan sebaik mungkin untuk tidak memberitahu secara details apa yang dialaminya. cuma mereka mungkin akan menceritakan perkara secara details dengan parents atau pun kaum keluarga terdekat.

Saturday, January 29, 2011

Janda baik.

hemm....
hari ni hari ke dua ct dok janda baik. kursus di sini. mak aiii....sepanjang ct jejak kaki di sini rasanya tak pulak ct nampak matahari atau merasai kepanasan. mana taknya. sejuk yang amat kot......
dok dekat bukit.....ujung hutan.....hujan yang tak sudah sudah....kalau sudah pun akan gerimis jek. emmmm....

stop....dah kena panggil ke dewan.

hari ke tiga...

emmmm..hari ni last day. dapat on9 sekejap. ni baru jek lepas siapkan presention untuk group. Group panglima lara. satu kumpulan yang mana terdiri daripada 36 orang. wah!!! kelas gitu ct buat power point. tapi sekadar ayat jek arr....yang hat lain biasa jek. weeee~ kalau abang najib group pertama...ct pulak group terakhir. elok sangat laa tue. hehehehhehe...

stop....dah kena presenti dah.

emmmmm...
alahai....disebabkan demam dan kelemahan badan. ct rehat buat sementara waktu. tapi dalam rehat rehat ct pun. sempat lagi buat itu ini dalam apa yang telah diajar. alhamdulillah....semakin hari semakin pulih tenaga dan semakin banyak idea yang datang. cuma orang cakap...bila nak present depan ketua biro tue kena arr berhemah. walaupun ketua biro tue adalah ayah kepada pemuda yang poie sama den. hehehehhe.. tak po tak po. janji keja dijalankan.

2 3 hari ct berehat ni memang satu call pun ct tak layan dari pihak memana. tak larat kot nak jalankan kerja buat masa ni. dengan kepenatan terasa dan demam yang baru jek nak kebah. emmmmm.. tapi tak pe. semangat yang ada membuatkan ct terasa macam nak mulakan semuanye secara segera. tapi bak kata cik abeng....relax...kalau sekarang ni semangat...kang lama2 tak semangat bek tak yah. betul gak. lagi pun buat masa ni ct tak banyak buat ape pun. kalau dah keja nanti. tak tau arr macam mana. emm..

laporan kursus dah nak siap. memang boleh siap pun hari tue. tapi disebabkan ct demam n balik terus rehatkan diri. memang tak arr ct nak terus abiskan. just on fb jap then sambung rehat. itulah ct bila dilanda demam dan keletihan. sian cik abeng......dia ingat ct balik boleh borak puas puas. alih2 masuk kereta dia....senyap n ZzZzZ...tak pakai tui.. sorry ekkk en.amir. saya kepenatan. hehehehehe....so...maybe dalam next week ct akan bermulalah dengan idea idea baru. emmm...insyaALLAH..jika allah benarkan dan izinkan.

buat masa ni...
ct banyak menumpukan perhatian ct pada pencarian kerja yang masih dok dimohon selama beberapa tahun. waaaa....rindu gak nak keja dgn orang balik. selama setahun setengah ct dok keja sendirian berhad. memang syok. rehat dan masa semuanya ditangan ct. tapi bila nengok kewangan...adoiiiii......memang parah. nak2 customer yang tak reti nak membayar on time. memang sakit. tapi bak kata orang arrr...if u have some idea..make it. sebab idea tue yang banyak membantu kita mencari pendapatan. emmmm..so...dalam diam...ct bz juga kadang2. cuma orang cakap...bila ada masa terluang n orang dah bagi tau awal2 memang akan nampak muka ct dimana mana saja. bak kata kawan ct dijanda baik. " Muka bersepah." hahahhahaha..

adehh....
dah hampir 3 hari abis kursus. rasa rindu lak kat kawan2 satu bilik. b1-10. memang mereka the best n sempoi. huhuhuhu. bikin hangat gitu. heheheheh...mereka juga merupakan kawan kawan yang gegila di sana. memang kalau ct pergi mana mana sama ada kursus o prk...memang rezeki ct dapat geng geng yang sekepala n gegila. sorry ekk pada Juru latih dan penjaga kami. kami memang macam ni. nakal. nak nak muka yang skema lagi baik ni dalam diam tak disangka nakal dan ligatnya. itulah ct budak fotographer. memang tak arrr nak jadi skema. budak fotographer a.k.a pereka grafik kena arr gegila n sempoi. kalau tak...tak datang ideanye. weeee~

apa apa pun...
memang seronok bila jumpa dengan kawan kawan baru. nak nak yang sekepala. terbaek punya...
hehehehhehe....hope so apa yang kami perolehi dapat digunakan sebaik mungkin. dan dalam diam ct telah dapat menghasilkan satu lagi blog untuk kegunaan CW. ape CW...hehehehe..nanti tanya tanya laa ct ek. weeee~

agak2 arr...sebenarnya ct ni banyak gak acct ni..
emel jek dah 3.fb jek 4.tweeter 1 ( tu pun tak aktif sangat). blog 4. agak dasyat gak arr macam mana ct boleh handel. tak yah cakap arr..dgn MYS,FS dan YM. arrr...memang budak cyber arr ct ni. emm..tapi alhamdulillah semuanya masih aktif. dan boleh diupdate. emmm..semoga kerja ct ni dapat dijalankan sebaik mungkin. so..pada orang yang rasa2 nak cari budak cyber...boleh arr roger roger ct. ct ni memang suka bab bab cyber ni. kalau nak perang tue...boleh gak arr.cuma perlukan ilmu lebih dalam. hehehehhehe...terbaek punya.

Saturday, January 22, 2011

Bermulanya detik yang.......

hey blog...
lama gak tak menulis blog ni. rindu dan rasa bermacam macam story nak cerita. tapi tak tau mana nak mula. emmmm...

alhamdulillah...
hubungan aku kali ni masih utuh dan kuat. genap 40 hari ct bercinta dgn amir.

amir idzuan...
satu nama dimana dahulu kalanya dia merupakan kawan yang sering diejek dan dibuli oleh diri ct. dalam diam rupanya.....hati kami telah pun bersatu. cuma tuan empunya diri jek tak sedar2. yang sedar bila time nak mengejek dan membuli. itulah yang dirasai oleh diri masing2. sehinggalah satu tahap dimana amir membantu ct dalam keadaan yang amat kritikal ketika itu. membuatkan ct lebih terpegun dgn sikapnya.

bak kata orang....
" jangan dok perli n buli sangat....last2 kang...itu ko punya jap lagi." itulah ayat yang dahulunya ct memangkah. TAK ADA MAKNENYA....tak pernah dek buat orang arr. ayat jek tue. takan jadi laa... dan akhirnya...kata2 yang ct tak percaya sebenarnya itulah yang terjadi. emmm..

bila mengingatkan kembali akan hal kami...ct akan tergelak sendirian. sebab dgn apa cara pun...ct tak pernah menyangka benda ni akan terjadi secara betul.

amir pernah cakap dekat ct...cuba tanpar saya. macam mimpi pun ada...ct pun terpikir benda sama. tapi bila dipikir n dilihat balik. semua ni bukan mimpi.

alhamdulillah....
buat masa ni penerimaan keluarga terhadap kami berdua masih bagus. cuma orang cakap....ct perlu belajar menjadi lebih dewasa dan matang dari segi percakapan dan pergaulan.

dalam tempoh 40 hari ni....
macam macam berlaku. ct sendiri tertewas pada hari ke 39. sebab ct ditimpa pelbagai musibah dan ujian yang agak dasyat. dengan keadaan ct yang kurang sihat dan agak bler.. ct ditimpa pula dengan masalah customer dan kerja. itu yang orang cakap..ada masalah syer bersama. tapi disebabkan ct tak nak amir terbeban dgn pelajaran dia....ct mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. sehinggakan ct menagis dan tidak dapat mengawal ape yang berlaku. akhirnya ct tewas dan amir ketahui semuanya.

pada awalnya...amir agak kecewa dgn sikap ct.
sebab nak atasi masalah seorang diri. tapi bila dia memikirkan balik...dia tau kenapa ct buat semua tu. memang secara seriusnya...ct tak nak membebankan masalah ct dgn dirinya. bagi ct....sukar untuk diri dia nak handel akan masalah yang dihadapi. sedangkan ct yang dah berkerja ni tak punyai ape2 yang nak difikirkan. inikan diri dia. ct hargai sangat2 bila dia sudi membantu dan berkongsi semuanya.

dalam tempoh 40 hari kami declare...
ada saja ujian yang melanda. tapi paling dasyat bila ct sendiri tidak mampu untuk mengawal keadaan seperti hari ke 39. mungkin ini ujian allah kepada hambanya. untuk melihat kemampuan dan kesabaran diri ct dalam menghadapi ujiannya. memang ct insan yang tidak dapat menempuhnya secara seorangan. ct perlukan seseorang yang boleh membantu dan melegakkan. alhamdulillah....amir ada sewaktu ct memerlukan. ct hargai sangat dgn apa amir lakukan. thank awak...

ct berharap bermulanya detik yang berlaku...semuanya membawa pengajaran kepada ct dan amri dalam menempuh onak duri perhubungan. macam pernah ct cakap...masa kita tidak ada siapa siapa..memang tiada pun. tapi bila kita dah ada seseorang disebelah kita. ada pulak orang nak hampiri diri kita.

ini terjadi pada diri ct dan amir.
bila kami dah ada antara satu sama lain....secara automatik....ada pulak yang cuba mendekati kami. kadang2 jeles antara kami agak ketara nampaknye. terutama ct. sian amir kadang kadang. tak pasal2 nengok muka ct monyok. tapi macam tu juga dengan amir.

pernah satu ketika....
amir mendengar perbualan ct dengan seseorang. ct agak risau bila memikirkan hal ni. tapi alhamdulillah....mungkin ini antara ujian yang dihadapi. ct dapat atasinya secara baik dan amir boleh menerimanya sebaik mungkin lepas mendengar akan ape yang diperjawabkan oleh diri ct.

macam ct pernah cakap sebelum ni.
ct tak mampu nak bermain main dibelakang orang yang tersayang. if ct sayang dia...ct akan jaga dia macam ct jaga arwah abah sewaktu hayatnya. kecuali kalau orang yang ct sayang bermain dibelakang ct...ct akan membuat apa yang perlu dia rasai.

sayang ct pada seseorang bukan mainan semata mata..
ct menerimanya bukan kerana harta....
ct menerimanya bukan kerana kesenangan ct...
ct menerimanya bukan kerana wajah...
tapi ct menerimanya kerana harta hatinya...
ct menerimanya kerana kesenangan dia menerima ct...
ct menerimanya kerana iman dan takwanya terhadap agama.

itu seindah cinta yang perlu dinilai. bukan dinilai dari mata kasar..tapi dinilai dari mata halus sendiri. keindahan yang terpancar perlu diperlihatkan sebaik mungkin. jangan menilai orang melalui apa yang ada pada diri mereka. jika mereka boleh berlaku jujur dan setia. kita perlu hargainya. cinta akan dirinya perlu diseimbangkan dgn cinta akan diriNYA. itu perlu.

ct sentiasa duduk dan berdoa kepadaNYA...supaya ct dan amir disatukan dalam keadaan yang baik dan direstui oleh kedua belah pihak. ct tak nak semua ini hanya mimpi kami semata mata. keindahan yang kami ciptakan....kami harap disemadikan secara indah jugak. biar ianya diakhiri di tempat yang sepatutnya. bukan sebaliknya.

sebaik baik manusia adalah manusia yang jujur pada katanya...
sejahat jahat manusia adalah mereka yang menipu pada kata katanya.

itu yang ct pegang dalam hidup ct. apa yang telah ct lakukan..ct harap dapat diperbetulkan dan dimaafi. setiap orang ada melakukan kesalahan. tidak kira sebesar mana...tapi itulah yang kita harapakan dari diriNYA. ct berharap semoga apa yang ct lakukan ini dapat dipertingkatkan amal dan ilmu yang diajari oleh kedua arwah abah dan mak. dan ct mohon restu dari arwah mak dan abah ,serta arwah mama ( mak amir )..merestui hubungan kami. seterusnya kepada kedua belah pihak. ini yang ct inginkan dalam hidup. amin...