Wednesday, April 13, 2011

mereka dan masalah

hai blog. lama ct tak terjah menulis dalam blog ni. akibat kesibukan kerja dan tugasan yang perlu dijalankan. ct terpaksa tinggalkan blog ct ni buat sementara waktu.
biasanya bila ct dah agak free dan tak dapat tido. inilah kerja ct. mengarang apa yang ada dalam benak kepala.
pada yang dah selalu follow blog ct. maybe mereka mengetahui ct bagaimana. bagi mereka yang jarang sekali mengikuti. tak pe....slow slow kayuh. tak bawa g mana pun blog ni. boleh diulang membacanya.

lepas kerja tadi...
ct agak keliru dan tidak tahu arah tuju nak dilakukan. yang ct tau. singgah masjid dan kedai makan untuk berbuka puasa. alhamdulillah...semua dapat dilakukan. cuma sebelum nak berbuka ct berjalan disekitar kawasan kl.

bila melihat gelagat orang kl. kadang kadang buat ct tersenyum dan kadang kadang buat ct terpikir. melihat gelagat mereka yang bermacam ragam. membuatkan ct lebih kenal dunia KL sebenar. walaupun ct ni anak jati KL. tapi.....ct bukan pengemar untuk keluar ke KL. bila perlu dan ada masa terluang baru ct turun.

bila dah melihat keadaan sekeliling. ct membuat ulasan dan kesimpulan dari setiap kehidupan rakyat di kl. ada yang memang rasa seronok tinggal di kota yang penuh sesak dan sentiasa ada orang di tengah tengah kota tidak kira waktu. ada pula....bagaikan tidak sabar untuk berada di kampung halaman. tidak semua orang sama dengan kita. bak kata pepatah. warna rambut sama hitam, tapi hati lain lain.

bila keseorangan....kadang kadang kita dapat menilai diri kita ditahap mana bila berada di sekililing orang ramai.

pelbagai gelagat dan ragam kita dapat lihat. cuma kita tidak tahu dalaman mereka bagaimana.

bila disebut tentang dalaman. ct terpikirkan.. tidak semua orang yang ramah,mesra dan kuat bergaul pandai untuk menceritakan masalah mereka pada orang lain. tidak semua orang yang pendiam,perhatikan orang dan tidak kuat bergaul tidak pandai untuk menceritakan masalah mereka.

kadang kadang kita tidak boleh menyamkan sifat yang kita lihat sama seperti dibelakang mereka. itu yang ct pelajari pada hari ini. tidak semua orang anggap, orang yang ramai kawan boleh menceritakan segalanya dengan mereka dan orang yang kurang kawan tidak menceritakan apa yang dihadapi.

kadang kadang kawan yang ramai bukan seorang pun boleh menjadi pendengar setiap seperti ibu dan bapa kita. tapi mereka sekadar untuk gembira dan berkongsi pendapat. walaupun kadang kala yang ramai kawan itu mempunyai kawan rapat. tapi tak semua boleh mengetahui apa yang tersimpan disebalik ramah mesra mereka.

tambahan yang lebih perlu kita ketahui...tidak semua orang yang ramah mesra,ceria dan pandai berkata kata itu boleh memberitahu kepada orang lain tentang masalah mereka. itu yang kadang kala kita tersasar pandang.

kebiasannya orang seperti ini nampak tenang dan ceria disebabkan mereka percaya....orang yang mendengar luah hati mereka lebih jelas dan lebih arif ape yang dirasai. sebab bagi golongan seperti ini, mereka percaya tuhan itu yang paling berhak untuk kita mengadu nasib dari membebankan orang lain yang sedia ada masalah.

mungkin ramai tidak ketahui....
orang seperti ini adalah orang yang agak mementingkan diri sendiri dan dalam pada masa yang sama orang ini juga tidak mahu membebankan masalah orang lain. dan kadang kala kerana ego dan ketakutan diri. mereka mengaku bahawa mereka berkongsi masalah mereka dengan seseorang. tapi adakah semua ini benar? percaya atau tidak...masih ada lagi orang yang takut dengan menceritakan masalah diri kepada orang lain disebabkan oleh bebanan yang perlu didengari oleh si pendengar. sebab itu....golongan ini kadang kala akan melakukan sebaik mungkin untuk tidak memberitahu secara details apa yang dialaminya. cuma mereka mungkin akan menceritakan perkara secara details dengan parents atau pun kaum keluarga terdekat.

No comments: