Monday, March 29, 2010

Hujan Di Petang Hari.

hemm...
hampir setiap petang hujan dengan lebat. setiap kali hujan..tiada apa yang dapat t lakukan. melainkan melayan editing gambar dan yang tv. selain tu....layan lagu.
hemmm...

hampir seminggu t termenung dan menanti masa untuk berlalu dari kota raya yang penuh dengan memori suka duka t.

hampir setiap hari t termenung melihat hujan diluar bangunan. tak kira arr...t ada dalam rumah atau diluar dari rumah. dimana t sempat untuk on9...t on9.

hati dan perasaan t makin berdebar menanti saat t berlalu dari kota raya yang penuh dengan dugaan buat diri t tahun ini.

semua yang diterjadi kesilapan diri sendiri. tak siapa boleh dipersalahkan.. cuma masa kini t mencari ketenangan dan kekuatan diri. dan t harap.....sekembalinya t ke kota raya ini...dapat mengubah apa yang t lalui.

hujan di petang hari....diibaratkan seperti hati t. tak siapa menjangka bila hujan lebat akan turun dan tiada siapa menjangka apa yang bakal berlaku.

sekuat kuat t....
t hanya mampu berdoa dan mengadu nasib kepada diriNYA.. kepadaNYA yang memahami hati dan perasaan t. tak siapa yang tahu sedalam dalamnya melainkan ALLAH. t bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan kekuatan yang diberikan. dan t harap...selepas t pulang ke kota raya ini.. t dapat menjadi seorang yang lebih kuat dan lebih matang. itu lebih bermakna dari pada segala galanya.

janji t pada adik beradik t...akan t tunaikan..
janji t pada sanak saudara....akan juga t tunaikan...
dan janji t pada kawan kawan t....insyaALLAH...akan t tunaikan.

jika umur t panjang dan dimurahkan rezeki...akan t tunaikan apa t janji pada mereka.

perginya t untuk mencari ketenangan jiwa dan perasaan. pulangnya t nanti....t harap akan membawa satu sinar kepada semua.

thank pada adik beradik t, sanak saudara , dan rakan rakan t. korang banyak bagi kekuatan pada t untuk teruskan hidup dan menjaga kesihatan t dengan lebih bermakna.

satu permintaan t...
doakan semua selamat dan t pulang dengan lebih semangat dan kuat.

hujan di luar tidak selalu lebat....bila tiba masanya...hujan diluar akan berhenti.

merantau...

Ishk!!
Tetiba rasa geram lak dgn lagu miss call ni. Macam nak hapuk je. Emmm…..
Entah arr….tak tau nak cakap macam mana dah. Dalam kepala tak tau nak cakap ape.. sebab semuanya dah berlalu dengan pantas. Kehidupan dengan hati yang sayu kadang kala membuatkan rasa kekosongan dalam diri. Tambahan rumah sekadar tempat persinggahan tidur. Tak macam dulu. Boleh gelak tawar dan rasa inilah syurga ku.
Tak masa kini… semua berubah dengan sekelip mata. Bosan,sunyi,semua ada laa. Walaupun ada kawan, tapi mereka semua ada kerja masing masing dan family masing masing. Cemburu dan sedih bila tengok mereka dapat bermanja dengan keluarga masing masing.
Semakin hari…semakin kuat perasaan tersebut. Tak tau nak buat ape. Nak cari bukan tak nak…tapi tak ada pun. Emm…..
Bila time solat….sentiasa berdoa kepadanya. Tapi bila time cuti……hanya Allah tahu ujian yang dihadapi oleh diri ini. Cuma mampu tawakal dan berdoa agar semua berlaku ada hikmahnya dan ada pedoman pada semua orang. Setiap yang dilakukan sebenarnya ada tujuan yang dibuat oleh t. Cuma bila sampai masa…t akan beritahu. Terutama pada kawan t yang bernama mohd zulhaffiz. Harap dengan apa yang t pernah cakap dan buat dekat dia, dia maafkan dan apa yang t buat ada tujuannya. Kebaikkannya ada pada diri semua orang. Cuma apa yang t harapkan…..apis paham dengan apa yang pernah t cakapkan pada dia. Bukan untuk suka suka cakap…tapi ada pengajaran. Cuma ianya perlu mengambil masa untuk dia paham pengajaran ape yang t bagi.
Semua soalan yang pernah dia Tanya….t jarang bagi jawapan yang memuaskan. Sebab bagi t…ada masanya akan t bagi tau sepenuhnya. Cuma t tak bersedia lagi dengan apa yang nak t katakan. Antara dia dan lin….itu t tak mampu nak tolong. Tapi macam atie pernah cakap…..bunga bukan sekutum. Dia masih muda lagi. So…hayati hidup dengan sebaik mungkin.
Cuma apa t harapkan dengan persahabatan antara kita bertiga tidak akan putus. Sebab masing masing ada kekuatan masing masing. Bila t tiada di kuala lumpur…t harap..kita akan lebih kekal dan utuh. Cuma kita takan dapat berjumpa dengan kerap seperti sekarang.
Pada apis….
aku harap ko paham dengan apa yang pernah dikatakan dan pernah aku nasihatkan. Jangan kejar wang….tapi kejar hidayahnya. Kukuhkan iman dengan sebaik mungkin. Mungkin dengan jalan itu….akan membawa ko pada kehidupan yang aman,amal dan bahagia. Tiang agama adalah solat…dan dengan itu kita dapat mengawal diri dengan sebaik mungkin walau di terjah dengan pelbagai cara. Tiang diri adalah pemantapan ibadah kita. Kesilapan yang lalu boleh dihapuskan dengan bertaubat. Tiada umatnya tidak melakukan dosa. Melainkan dengan hasutan dari syaitan dan keruntuhan agama.
Pada atie…
Sorry beb….aku merantau demi mencari kedamaian dan wang. Samping tue aku nak pesatkan budakecik. Mungkin apa yang kita impikan dapat diteruskan dalam masa setahun lagi. Sama2 kita doa ekk. Buat masa ni ko boleh mintak tolong dengan apis. Disamping dia boleh perolehi kewangan dengan sebaik mungkin…dia juga boleh perolehi kemahira. Sal jodoh aku….ko jangan risau. Biar lambat…asal bahagia. Pasal x x lepas….biarkan saje. Aku dah maafkan mereka dan aku jadikan mereka sekadar kawan aku. Cuma aku perlukan ketenangan yang sewajarnya selepas pemergian ayah aku selamanya. Dalam tempoh tue…air mata aku sentiasa mengalir. Macam ko cakap…depan orang aku gelak n suka. Belakang tiada siapa tahu. Thank sebab paham aku sebaik mungkin. Aku sayang ko sangat2 sebagai kawan,bisness partner dan sedara aku sendiri. Take care. Jaga kandungan ko sebaik mungkin…insyaALLAH..ada rezeki aku jenguk ko nanti. K.
Bermulanya kehidupan ct…setelah puas berlegar di kotaraya kuala lumpur. Macam macam peristiwa dah t tempuhi. Dari best sampai tak. Semua dah dirasai. Cuma skang ni….t mencari apa yang perlu dicari dan ketenangan dalam diri.
Ops!!!
Lupa pada kawan baik t sangat2…shaz…hanya ko saje yang tahu segala2nya. Thank n berikan aku kekuatan dalam hidup. Ko memang best. Even ko ada problem…kita syer sama sama. Kita buat kerja gila sama sama. Cuma ko tau nape aku buat semua ni. Thank beb. Akan ku ingat segalanya. Cuma aku harap..pe aku cerita dengan ko…..ko tanam dalam pasu. Jadikan ianya dahan pokok yang cantik dan bersinar. (if boleh laaa)..hehehe… ketawa ku , senyum ku, air mata ku dan segala2nya semua ko tahu shaz. Thank to u. Cuma apa yang kita inginkan tak akan dapat dengan secepat mungkin. Thank…..

alice in wondeland

Hemmmm….
Bukan t nak cerita kisah cerita AIWL wayang dalam ni. Tapi……nak cerita kisah yang membuatkan t agak berubah perasaan terhadap rakan foto.
Sepanjang hari ahad….jadual t pack. Pagi hantar abang t ke KLIA…tengahari sampai ptg , t g shoot orang kawin. Malam kalau ikutkan tak ada pape. Tapi disebabkan ada orang merajuk tak bawa g foto shoot…kena laa pujuk. ( menyampah lak nak memujuk…tapi kang tak pujuk susah nak kawtim keja.) so…that time g arr jesco kepong..
Pergh!!
Wayang kul 11 malam.. tapi memang nak g tgk AIWL..hehehe. last2……g beli laa gak. Sal nak tengok sangat. Hahahaha….dah beli..g arr jalan2…makan sushi jesco n lepak jap memana.
Emmm…
Kul 10.45…wayang dah dapat masyuk…..yeah……
Masuk2…..port tak best gak…sal depan juga arr…tak pe arr..layan arrr..
Sejam cerita tue ditayangkan….ada lak sound efek tak best. Malas…buat tak layan. Udah tue….kawan t ni lak…kesejukan….bagi arr dia sweeter….tak mo lak. Biarkan je arr...
Layan cerita AIWL……duh…dikacau sekali lagi. Malas nak layan..minum air. Tetiba timbul satu perasaan yang tak dijangka. Oh my god! Perasaan berdebar2 tak terkata. Sebab member sebelah pegang tangan. Mujur ada alas….
Abis cerita…
Balik….time balik…duh!!!gaduh lak dengan x. lantak p dia arr…dah ada awek buat cara ada awek. Jangan nak bising pape. Dah tue…….geram gak. Kawan lak boleh pulak ketawa terbahak2 cakap padan muka. Ejek2…..tangan dah ringan….terus dapat tamparan wanita dari t. hahahahaha…puas rasanya. Padan muka ko!...alih2 dia geram kot……dia tolak kepala ct. Bengong tul.
So……
Dari situ….timbul satu perasaan tak pernah t rasai. T tak tau kenapa boleh rasa macam tue. Ct banyak kawan lelaki…tapi tak pernah rasa macam tue. Duh…..sampai skang t still merasainya. Emmm.. Cuma t tak tau…sampai bila t boleh simpan dan terus macam ni. T tak tau. Dengan beberapa kali t break t tak tau nak cakap ape dah. Emmm…

9.3.2010

Hem….satu tarikh yang sayu buat diri pak usu ct dan familynya. Begitu juga dengan diri t dan sanak saudara. Dimana tarikh tersebut merupakan tarikh adik sedara t dijumpai mati dibiliknya.
Jam 9 pagi t mendapat panggilan dari anak sedara t..masa tue pulak t mamai. So…..after dia cakap tue…t sambung tidur balik. Biasa laaa kalau dah fotographer…sah2 kena tidur lambat. Buat editing. Coz time tengah malam baru sepi membuatnya. Bak kata orang…tiada gangguan. Emmm.
So…..
Bila jam dah hampir kul 12, t terjaga. Time tu t buka sms…biasa laaa….adat orang skang. Celik mata tengok jam kat hp. Alih2 terus buka laa sms. Sms macam biasa. Tak terpikir lak nak buka bahagian call. Emmm…so, that time t duduk. Kebiasaannye t akan bangun dan duduk dulu dalam 5 minit. Pikir ape t buat smlm. Emm. t tengok jam kat dinding. Ooooo….mimpi je tadi tue. Takan adik sedara t nak buat macam tue. t pun bangun kemas katil dan lepas tue g capai towel.
Masuk toilet….tetiba macam semacam. Badan lemah n rasa tak bermaya. Mual2..
Dalam pale t…..uish!!! t makan pe smlm. Dah bis mandi semua…cek darah. Mak aii….gila tinggi. t trus ambil ubat insulin dan minum air masak banyak2. Emmm. Then rest.. pukul 2 t dapat panggilan dari akak sedara t. Macam biasa laa…sejak arwah abah tak ada..dan sejak duduk sorang, semua risaukan t. Termasuk sedara mara. So…borak macam biasa. Sampai satu tahap akak sedara t cakap…adik sedara t anak pak usu meninggal dunia. t terkejut dan terus terbangun berdiri. Biar betul. Rupanya pagi tadi bukan satu mimpi. Itu adalah kenyataan..emm.
T diam….terus diam….tak tau nak buat ape.
Selama ni kalau ada ape2 terjadi kat sanak saudara t atau ada kematian mengejut….seperti ada efek kat diri t.
T terpikir sebentar…smlm t tak makan apa2. Macam biasa..mungkin semua ini tanda yang adik sedara t bakal meninggalkan kami semua buat selama2nya dengan mengejut. t menitik air mata. Dan beberapa minit kemudian t menghantar sms kepada akak sedara t..t akan datang rumah pak usu t tak lama lagi dengan kawan.
T terus sms kawan foto t. Apis..tanya dia free atau tak? Alhamdulillah…dia cakap..dia free…dan boleh temankan t. Alhamdulillah…dalam keadaan t yang agak lemah tue. t kuatkan semangat untuk berjumpa dengan adik sepupu t. Yang agak rapat dengan diri t selepas kenduri akaknya di kedah.
Dalam perjalanan apis yang drive…..t termenung dan memikirkan kenapa benda ni berlaku pada adik sedara t. Semakin lama semakin kusut dibuatnya. Rasa pening dan mual kian berkurangan. t terus memandang luar. Melihat kenderaan yang bergerak pantas. apis pandang t dan Tanya….
“adik sedara ko meninggal sebab apa?”
T sekadar jawab ringkas…
“terjumpa mati dalam bilik..tak tau ape puncanya.”
apis banyak bertanya…tapi t tak sure dengan jawapan yang d berikan. Semua hanya kata2 yang t perolehi dari sanak saudara. So….t tak tau benda tue betul o tak. Emmmm…tak tau laaa nak cakap apa.
Sesampai je t dirumah pak usu t…yang ada hanya abang2 sedara t. Yang lain semua di hospital. Waktu t dok kat dalam n berborak dengan sepupu semua…..soalan best dapat kat t..
“pakwe ke kat luar tue?”
Duh!!! terkejut….dengan slambe t jawab.
“bukan arrr…kawan foto. Mintak dia temankan…sal takut malam kang sesorang je.”
Sedara ku sekadar senyum..tapi abang sedara t siap boleh cakap.
“yeke……dah dua kali aku jumpa dia…macam semacam je.”
Woooooo……….dengan pantas t menjawab dengan sejujur2nya.
“tak ada laaa abang ngah…..dia kawan…betul…hari tue lepas kenduri arwah kat dengkil…..ct ada hal foto. Emmm…tak ada maknanya ada pape dengan dia.”
Abang sedara t sekadar tersenyum sumbing.. emmmmm. Sabar jelah.
Kira2 sejam t berada di rumah tue…kami bergerak g masjid. Sebab time pun tak lama….tak lama lagi nak magrib..so…jenazah kena dibawa ke masjid terus dan terus di solatkan.
Kira2 jam 7 semua dah sempurna dilakukan…kami bergerak pula ke tanah perkuburan. Mak aiii……kami lewat..sal sesat. Semua dalam keta marah…heheheh…sowey laaa..ku ingatkan di tempat biasa…rupanya tempat lain.
Kira2 jam 8 semua selesai……
Kami pulang ke rumah pak usu t..kat rumah pak usu….t sekadar solat magrib dan meminta diri pulang dahulu. Memandangkan akak t meminta datang kerumahnya…t pun terpaksa beredar awal.
Sepanjang perjalanan g rumah akak t……t tak ingat pe t borak dengan apis. Tapi yang pasti that time t dah pulih 100%...dan darah t sudah terkawal.hehehehe…..
Sepanjang hari….t tak drive…t suh apis yang drive. Sal dengan keadaan t n mental yang kurang stabil sikit.
Emmmm….
Itulah satu tarikh dimana sampai sekarang t memikirkannya. Setelah dikaji dan ditanya dengan mendalam….rupa-rupanya adik sedara t sebelum tue dah pun lemah. Sebab pukulan yang hebat dihatinya dan ada unsur2 dipukul, menyebabkan kematiannya. Rupanya sebelum ni…adik sepupu t sering dimarahi oleh kekasihnya.
Secara kesimpulan……
t cukup takut dengan apa yang berlaku sekarang ni. Kerana terlalu sayang dengan kekasih sendiri…sanggup tidak meninggalkan kekasih sendiri dan diperalatkan sebegitu rupa. Apakan daya..itulah kuasa cinta berbanding cinta manusia kepada Allah.
Cuma apa yang dapat t katakan skang ni…kita sama2 doakan arwah ditempat yang aman dan menyedekahkan alfatihah kepada dirinya…
Al-fatihah….

Saturday, March 6, 2010

Travel seorang diri.

hemm....
travel seorang diri hari ini ke janda baik merupakan salah satu perkara dah lama ct tak buat. hemmm......memang seronok bila travel seorang diri. tapi menakutkan pun ada. kalau korang tau jalan janda baik n jalan lama bentong kl....ha.....bayangkan. ct tersesat sampai jalan tue. dah laaa pagi2 butakan. hemm...

nak dijadikan cerita.
jam 7 pagi tepat ct bergerak dari rumah ke janda baik pahang. sampai ke r&r genting sempah jam 8.15...tue pun ct benti g makan n kuarkan duit. heheheh. dah sampai janda baik...boleh pulak ct tersesat sampai bukit tinggi. jalan lama bentong kl pulak tue. dah arr utan...sorang diri lak tue. seram gak. dalam kepala macam2 ct pikir. mujur laaa customer a.k.a xbos ct call....tanya punya tanya...akhirnya....jam 8.45 ct sampai rumah dia.

jam 10......baru laaa acara dimulakan.

dah abis semua2....
macam biasa laa...photographer mana tak penat. kalau tangkap gambar gerak sana sini. ingatkan dapat bilik nak tido semalaman....last2. tengok family lelaki ramai sangat. malas arr nak cakap dengan xbos. so...lepas dah bis semua2...ct meronda2 dalam janda baik. cari port baik nak rehat. cari punya cari...semua mahal...tak mampu den. hahahahah...

so...
ct pun tergerak hati nak sms atie. tanya punya tanya....dak sorang tue boleh suruh g bentong. dari bentong bek balik kl je...weee~

then....otak pun dah gegila......
memandangkan meter minyak banyak lagi. ronda bukit tinggi. dah bis ronda n port nak rehat pun MAHAL.......ct gerak lak g genting...(yakin tak yakin je kereta ct tue nak nek genting. tapi belasah gak nek.)

nek punya nek...
sampai seri malaysia genting je...sebab takut n kereta tak mampu nak bawa ct sowang. so....ct g arr singgah sri malaysia. tanya punya tanya. ingat nak dok bilik single. alih2...semua full. tak jadi laaa nak tido sana.

so.....dengan pasrah...(ayat.....hahahha) ct pun balik rumah. otw balik tue.....ct msg zurah. "wei...jom lepak najath...lepak pakai wifi." hehehehe...ingatkan tak ada respon...monyok je muka.. sampai kat RnR gombak. hehehehe.....zurah cakap. ok. cun......

so....
dengan tak sengaja...
skang ct berada dinajath...on9. hahahahahaha...

dan kesimpulan cerita...percutian n nak tenangkan pikiran kat janda bek...LULUR je. balik2 kl lek. ada gak cakap dengan zurah...malas nak lek umah. sal abang nak honeymoon dengan akak ipar kat umah. hahahahhaha... tapi..nampak gayo.... balik juga la.
hehehehehe.....

itulah peristiwa travel ku seorang diri. hahahahaha.......best , seronok , penat , lapar , haus , dan sewaktu dengannya.(ayat zurah bagi)...hahahhahahahahahh

Friday, March 5, 2010

tak ada hati dah...

emmmm...
sejak hal 2 hari berlalu. hati ct dah tak ada pada sesiapa. entah laa.... tak tau kenapa.
emmmmm....

penat gak ct memikirkan tentang hal lalu. dan penat dah air mata ct keluar.
memang hati ct belum terbuka lagi untuk siapa2..setelah kemunculan dia kembali.
ct pun tak tau.....kenapa hati ct still mainten dengan dia.

hate that!!

entah arr......
macam pernah t tulis b for this.....hemmm...perasaan yang t rasa sebelum ni sama ada seketika atau selamanya. nampak gaya...ianya hanya seketika. setelah dia muncul kembali...ct tak mampu nak bendung pe yang t rasa.

hate hate hate!!!!!

kenapa mesti hati ini baik sungguh....kenapa tidak membalasnya.

duh!!!

betul cakap arwah abah....ct tak ada tokoh dalam bab2 hati lasak. ct seorang berhati lembut dan pemaaf. duh!!!!!

inilah perkara yang ct bencikan.
emmmmm...

abah.....
rindu sangat kat arwah. teringat 3 hari b for arwah meninggal. 2 malam ct duduk dengan arwah sambil gelak ketawa. sampai pukul 4 pagi tue. arwah gelak je. memang happy n seronok tengok selera abah kembali pulih. emmm....

tapi....
semua tanda2 yang telah dijanjikan olehNYA....ct nampak pada arwah.
sebab tu ct redha dengan pemergian dia. lagi pun......ct paling rapat n manja dengan arwah selepas kembalinya arwah mak ct pada tahun 1998. tahun ct menduduki upsr. emmm....

walau ape pun...
sekarang ni....hati ct belum terbuka kembali untuk sesiapa. it's take time to PULIH. ct tak tau.....sampai bila.

kawan2 ada cakap.... umur 25 26...dah kira andartu. tapi......ct tak kisah sal hal tue. sebab ct tau....apa yang ct buat belum lagi menyalahi undang2 malaysia dan agama. emmm..

ape2 pun...
i have to be strong.!!!
chaiyok ct!!!!...
be strong!!
yeah!!!!!

Thursday, March 4, 2010

Hate that...

emmm..
lama dah t tak melawat blog sendiri. macam2 cerita t buat tanpa t sedari. emmm...

semalam...
hari mengembirakan + geram...

happy...
sebab orang t harapkan....msg n call t balik. alhamdulillah. tapi.....keseronokan tue tak berpanjangan. lepas beberapa jam kemudian. t dapat tau lak...berita yang kurang menyeronokkan.ape lagi....dok arr kat atas bumbung umah tue punya lama. dah tue...malam layan cerita CSI. memang maksudnya...t tak tidur semalam.

air mata?
kalau dulu air mata t mengalir lepas dengannya...ni....kali ni mengalir sekali lagi...sbbnya juga. HATE THAT!!!
bukan kejap....agak lama...bengkak gak arr mata. sampai panas mata. ermmm..

entah arr...
memang semalam nak ambil keputusan.... ct nak kerja luar dari kl n nak travel. lagi pun ct dah malas nak pikir benda2 ni. dengan ape terjadi.....pengorbanan dan tindakan ct. semua sia2 je.

betul cakap orang...
susah nak tengok insan "L" ni tak cepat berubah. tu laa hakikatnya.

so....
kali ni ct anggap semua just kawan. n yang buat t terasa sangat....... bila disuruh mengingatkan kembali hal yang lepas. kalau t dah ingat...memang hancur hati t. memang tak dapat bendung lagi pe t rasa. semua yang t buat.... semua akan t pikir sia2 je. emmm..

that why i hate...

entah laa..
ct rasa...memang 2010 ni. ct perlukan perubahan. dari diri sampailah situasi.
ct nak travel n travel. n ct nak lupakan ape yang pernah t alami sebelum ni. mungkin semua ni ada hikmah.

emmm.....
ape2 hal pun... insyaALLAH. ape yang t harapkan pada tahun ni. dapat dijalankan dengan sempurna. soal mencari teman. t biarkan dahulu. t tak nak seksa hati t lagi. that make me break my heart. emm...

neway...
hope apa yang terjadi dapat disimpulkan dengan sempurna sepanjang setahun yang lalu. kata2 arwah masin t ingat. arwah mak dan abah. dua2 akan t pegang. insyaALLAH....t akan sentiasa bersama janji yang telah dilakukan.

cincin perkahwinan arwah...sentiasa ct pakai.(even tak buat..ct jadikan kalung rantai.) itu lebih membuatkan ct sentiasa bersama mereka. emmm...

tahun ni...
tahun agak mencabar. ct harap...ct dapat tempuhinya dengan sebaik mungkin. emm.....