Monday, March 29, 2010

9.3.2010

Hem….satu tarikh yang sayu buat diri pak usu ct dan familynya. Begitu juga dengan diri t dan sanak saudara. Dimana tarikh tersebut merupakan tarikh adik sedara t dijumpai mati dibiliknya.
Jam 9 pagi t mendapat panggilan dari anak sedara t..masa tue pulak t mamai. So…..after dia cakap tue…t sambung tidur balik. Biasa laaa kalau dah fotographer…sah2 kena tidur lambat. Buat editing. Coz time tengah malam baru sepi membuatnya. Bak kata orang…tiada gangguan. Emmm.
So…..
Bila jam dah hampir kul 12, t terjaga. Time tu t buka sms…biasa laaa….adat orang skang. Celik mata tengok jam kat hp. Alih2 terus buka laa sms. Sms macam biasa. Tak terpikir lak nak buka bahagian call. Emmm…so, that time t duduk. Kebiasaannye t akan bangun dan duduk dulu dalam 5 minit. Pikir ape t buat smlm. Emm. t tengok jam kat dinding. Ooooo….mimpi je tadi tue. Takan adik sedara t nak buat macam tue. t pun bangun kemas katil dan lepas tue g capai towel.
Masuk toilet….tetiba macam semacam. Badan lemah n rasa tak bermaya. Mual2..
Dalam pale t…..uish!!! t makan pe smlm. Dah bis mandi semua…cek darah. Mak aii….gila tinggi. t trus ambil ubat insulin dan minum air masak banyak2. Emmm. Then rest.. pukul 2 t dapat panggilan dari akak sedara t. Macam biasa laa…sejak arwah abah tak ada..dan sejak duduk sorang, semua risaukan t. Termasuk sedara mara. So…borak macam biasa. Sampai satu tahap akak sedara t cakap…adik sedara t anak pak usu meninggal dunia. t terkejut dan terus terbangun berdiri. Biar betul. Rupanya pagi tadi bukan satu mimpi. Itu adalah kenyataan..emm.
T diam….terus diam….tak tau nak buat ape.
Selama ni kalau ada ape2 terjadi kat sanak saudara t atau ada kematian mengejut….seperti ada efek kat diri t.
T terpikir sebentar…smlm t tak makan apa2. Macam biasa..mungkin semua ini tanda yang adik sedara t bakal meninggalkan kami semua buat selama2nya dengan mengejut. t menitik air mata. Dan beberapa minit kemudian t menghantar sms kepada akak sedara t..t akan datang rumah pak usu t tak lama lagi dengan kawan.
T terus sms kawan foto t. Apis..tanya dia free atau tak? Alhamdulillah…dia cakap..dia free…dan boleh temankan t. Alhamdulillah…dalam keadaan t yang agak lemah tue. t kuatkan semangat untuk berjumpa dengan adik sepupu t. Yang agak rapat dengan diri t selepas kenduri akaknya di kedah.
Dalam perjalanan apis yang drive…..t termenung dan memikirkan kenapa benda ni berlaku pada adik sedara t. Semakin lama semakin kusut dibuatnya. Rasa pening dan mual kian berkurangan. t terus memandang luar. Melihat kenderaan yang bergerak pantas. apis pandang t dan Tanya….
“adik sedara ko meninggal sebab apa?”
T sekadar jawab ringkas…
“terjumpa mati dalam bilik..tak tau ape puncanya.”
apis banyak bertanya…tapi t tak sure dengan jawapan yang d berikan. Semua hanya kata2 yang t perolehi dari sanak saudara. So….t tak tau benda tue betul o tak. Emmmm…tak tau laaa nak cakap apa.
Sesampai je t dirumah pak usu t…yang ada hanya abang2 sedara t. Yang lain semua di hospital. Waktu t dok kat dalam n berborak dengan sepupu semua…..soalan best dapat kat t..
“pakwe ke kat luar tue?”
Duh!!! terkejut….dengan slambe t jawab.
“bukan arrr…kawan foto. Mintak dia temankan…sal takut malam kang sesorang je.”
Sedara ku sekadar senyum..tapi abang sedara t siap boleh cakap.
“yeke……dah dua kali aku jumpa dia…macam semacam je.”
Woooooo……….dengan pantas t menjawab dengan sejujur2nya.
“tak ada laaa abang ngah…..dia kawan…betul…hari tue lepas kenduri arwah kat dengkil…..ct ada hal foto. Emmm…tak ada maknanya ada pape dengan dia.”
Abang sedara t sekadar tersenyum sumbing.. emmmmm. Sabar jelah.
Kira2 sejam t berada di rumah tue…kami bergerak g masjid. Sebab time pun tak lama….tak lama lagi nak magrib..so…jenazah kena dibawa ke masjid terus dan terus di solatkan.
Kira2 jam 7 semua dah sempurna dilakukan…kami bergerak pula ke tanah perkuburan. Mak aiii……kami lewat..sal sesat. Semua dalam keta marah…heheheh…sowey laaa..ku ingatkan di tempat biasa…rupanya tempat lain.
Kira2 jam 8 semua selesai……
Kami pulang ke rumah pak usu t..kat rumah pak usu….t sekadar solat magrib dan meminta diri pulang dahulu. Memandangkan akak t meminta datang kerumahnya…t pun terpaksa beredar awal.
Sepanjang perjalanan g rumah akak t……t tak ingat pe t borak dengan apis. Tapi yang pasti that time t dah pulih 100%...dan darah t sudah terkawal.hehehehe…..
Sepanjang hari….t tak drive…t suh apis yang drive. Sal dengan keadaan t n mental yang kurang stabil sikit.
Emmmm….
Itulah satu tarikh dimana sampai sekarang t memikirkannya. Setelah dikaji dan ditanya dengan mendalam….rupa-rupanya adik sedara t sebelum tue dah pun lemah. Sebab pukulan yang hebat dihatinya dan ada unsur2 dipukul, menyebabkan kematiannya. Rupanya sebelum ni…adik sepupu t sering dimarahi oleh kekasihnya.
Secara kesimpulan……
t cukup takut dengan apa yang berlaku sekarang ni. Kerana terlalu sayang dengan kekasih sendiri…sanggup tidak meninggalkan kekasih sendiri dan diperalatkan sebegitu rupa. Apakan daya..itulah kuasa cinta berbanding cinta manusia kepada Allah.
Cuma apa yang dapat t katakan skang ni…kita sama2 doakan arwah ditempat yang aman dan menyedekahkan alfatihah kepada dirinya…
Al-fatihah….

No comments: