Tuesday, December 14, 2010

14~12~10



Hemm.....
14 12 10. cantikkan no ni. no genap menurun. hemmm..
disebalik no ini merupakan tarikh yang mungkin akan dijadikan sebagai peristiwa yang...emmm..macam2 laaa perasaan. yang pasti tarikh ini juga merupakan tarikh terbaekk untuk diri ct. INSYALLAH....

Seawal jam 1 lebih, seperti biasa ct akan melakukan rutin harian. mengedit gambar. biasa laaa..musim cuti ni macam macam event ada. itulah keja ct bila orang cuti. alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. cuma pada tarikh 14 12 10 tue ct tak melakukan rutin harian ct. tapi sebaliknya. kerana ada faktor yang memerlukan ct menyelesaikan masalah yang bermain diminda dan dihati.

pada awalnya....memang ct memikirkan...BIARKAN SAJA. tapi bila dipikir balik...seperti ct menjerat hati ct dan mengancam hatinya. itu yang ct tak suka. at the same time...ct tak nak kecewakan siapa siapa. seperti sedia maklum. ct sudah beberapa kali kecundang dalam percintaan. sebab itu kali ini ct mengambil tindakan yang agak tegas dan macam macam laa. tapi secara jujurnya si dia telah pun menunjukkan kejujuran dan keikhlasan hati. tapi...macam biasa laa.. sebab takut. ct cuba lagi untuk 'Test' si dia. tetap sama juga berlaku. yang lagi ct terharu bila dia berkata. " saya mencari cinta. bukan mencari perempuan. kini saya dah temuinya. sebaik baik yang ada. takan saya nak melepaskannya. saya tak nak pisang berbuah lagi." tapi...ct tetap dengan pendirian ct. ct tetap degil dan degil. kerana faktor lain...ct takut juga untuk menerima dia. emmm...

siapa yang mengenali diri ct...mereka tahu. ct tidak suka melakukan tugasan separuh jalan dan ct juga tidak suka untuk berkata kata separuh jalan. bagi ct semua ini tidak akan sempurna dan akan ternokthar disitu. sebab bagi ct..setiap masalah perlu dihadapi dan perlu diselesaikan walaupun ianya bakal memburukkan nama ct sendiri. tapi alhamdulillah sepanjang ct menghadapi masalah...semuanya masih positif.

bagi ct....
bila sesuatu berlaku, mesti ada berpunca dari diri kita. macam tu juga ct rasai dalam hal yang berlaku baru baru ini. bukan ct bermain dengan api. tapi ct sendiri sekadar berkawan dan membantu semampu yang boleh. tapi akhirnya dia lebih memahami ct dan lebih mengambil berat akan diri ct. emmmm.. thank awak.

kini...
status ct mungkin dah berubah. tapi bagi ct....walau pun ct dah terima dia dan dia dah terima ct sebaik mungkin. tapi bagi ct 1 jek. selagi belum ada ikatan apa apa..ct masih belum terikat apa apa. cuma buat masa ini..keyakinan dan kepercayaan diri masing masing perlu ditebalkan. jika ada masalah...ct mintak pada diri dia untuk berkomunikasi dengan ct secara sebaik yang mungkin. itu adalah terbaik untuk meneruskan dan memanjangkan perhubungan kami. insyaALLAH...jika diberi keizinan Allah...adalah nanti khabar gembira. cuma buat masa ini..ct terpaksa sembunyitkan dirinya dari semua orang. bila sudah masanya nanti dan bila persediaan dah dibuat oleh si dia. akan ct beritahu kepada keluarga dan saudara mara. sebab mereka itulah yang perlu ketahui dahulu.

Perkenalan kami bukan secara alam maya atau pun secara telefon. tapi perkenalan kami secara nyata dan berkawan seperti biasa. dalam persahabatan kita akan menjadi seperti diri kita sebenar...bergaduh,berasak bahasa,berejekkan dan sebagainya sudah pun kami tempuhi segalanya. tambahan ct memang suka ejek diri dia dan ct suka memerli diri dia. mujur laaa dia boleh tahan dan memahami. tapi kesiannya dia...ct selalu menghentam dia dengan ayat yang kasar. sorry ekk wak..

lama tak lama...kira kira setengah tahun jugak kami berkenalan. dalam pada waktu yang sama kami berkomunikasi dengan alam cyber. niat dihati untuk membantu si dia dalam masalah yang dihadapi. tapi lama kelamaan. lain jadinya. adehh!! lebih sudah. entah macam mana...masalah yang dihadapi kian berkurangan. dan si dia semakin rapat dgn ct. emmmm. memula memang laaa ct malas nak layan hati dan perasaan sendiri. tapi semakin lama semakin lain jadinya. then banyak pulak persamaan kami. dari kisah hidup sampailah kegemaran kami.

sampai satu tahap....
ct menghadapi masalah besar disekitar kuala lumpur. keadaan malam yang semakin sunyi dan jam menunjukkan pukul 12 lebih. adehhh....memang keberanian ct untuk keluar seorang diri tidak boleh ct lakukan. atas faktor keselamatan dan sebagainya. walaupun ada beberapa orang berhenti dan cuba untuk membantu. tapi ct tak terima. macam ct cakap. atas faktor keselamatan. dalam kepala ct hanya 2 orang yang bermain diminda. abang ct dan kawan ct yang ni. ct try call abang ct. tapi....tak berjawab. mungkin kepenatan berkerja dan melayan anak2. so..jalan terakhir ct cuba hubungi si dia. alhamdulillah..dia pun ada diluar. berdekatan juga dengan tempat ct hadapi masalah. tak sampai 15 minit. nampak kelibat dia ditepi cermin. agak terkejut juga ct dibuatnya. tapi alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. atas bantuan dia. semuanya selamat. ct pernah cakap dengan dia. " macam mana kalau aku cakap...aku suka ko. lepas tue aku lari." ha!!! that time dia dah nak sampai kat kereta dia. ct boleh cakap....benda macam tue. tapi dia tak mendengarinya. sebabnya....ada kereta memecut dan dia tak dengar. memang ct kegelakkan time tue. bagus kereta tue. memang ikutkan. lepas cakap..ct terus lari....bawa kereta....pecut balik umah...hehehehe...tapi dek ketidak puas hatian diri dia. dia sms ct dan suruh jugak ct cakap. belum abis dekat sms. dia sambung dalam alam cyber. adeh!!kerana desakan dan paksaan dan kemerajukkan diri dia. ct terpaksa juga memerahkan muka dan teragak2 nak menekan keybord. tapi alhamdulillah..semuanya selesai.

pada 13 12 10...
ct menghadapi masalah berkaitan dengan si dia dan hati ct. macam ct cakap...ct tak nak mengecewakan orang len. tapi mungkin sebab si dia pun dah terjatuh hati..dia tetap pertahankan apa yang dikatakannya. si dia tetap bertegas. walau apa pun terjadi dia cuba untuk mempertahankan dan menjaga ct. sedih dan terharu ct membaca ayat2 dia. dia ada call. tapi ct tak sanggup nak menjawabnya. sebab bagi ct....biar dia sakit hati sekarang. mungkin akan datang dia akan temui cintanya. tapi macam ct cakap...ct tak suka masalah tersebut dibiarkan. akhirnya ct berlembut hati dan menelefon c dia. c dia berada diluar. dan berjanji akan menemui ct dalam alam cyber dan menerangkan semuanya.

akhirnya jam 1 lebih..c dia menepati janji. disitu kami menyelesaikan masalah hati dan pemikiran masing2. mungkin Allah sayangkan kami dan mungkin ini terbaik buat kami. akhirnya kami menemui jalan penyelesaian. dan akhirnya...tarikh tersebut boleh dikatakan sebagai keramat buat kami. cuma apa yang ct beritahu dia. yang penting sekarang ni...family masing masing tahu. cuma benda ni kena take time. ct tak meminta dia supaya untuk terus berjumpa dengan family ct. tapi ct meminta persediaan dari diri dia dan masa akan datang. walaupun apa terjadi..ct mintak ada penyelesaian yang boleh diselesaikan secara baik. insyaALLAH.

emmmm...
perkenalan kami yang secara tak sengaja dan secara tidak disangka. bertukar kini. cuma menunggu hari bila masanya akan berlaku hari perasmian secara nyata kepada rakan rakan. semua ini kami usahakan dengan cara terbaik. jika ada yang tersinggung. kami mintak maaf. sebab mungkin ini jalan terbaik buat kami untuk masa kini. hanya Allah saja yang tahu apa yang kami rasai dan lalui. secara jujurnya....ini merupakan cinta yang tak disangka dan tak diduga. sebab semua yang berlaku bukan kehendak ct dan bukan kehendak dia. tapi hati dan perasaan kami tak pernah nak menipu. bila tipu...ada caranya kami dapat tahu. cuma apa yang ct nak beritahu disini...orang disebalik ct cerita ini , bukan orang lain. tapi dia merupakan kawan ct juga. dan kami sudah pun berkenalan secara lama. cuma orang cakap...zaman sekolah dulu kita tak perasan kot. emmm. apa yang pasti...insyaALLAH. jika ada jodoh. adalah kisah disebalik story ini lagi. InsyaALLAH. doakan ct dan si dia supaya kami sama2 dapat menempuhi alam percintaan ini sebaik mungkin. terima kasih kepada yang banyak membantu, terutama kak shima. memang nasihat akak...kami gunakan. idea akak bagi pun kami gunakan. alhamdulillah....akak banyak membantu kami. thank a lot kak shima. ct hargai sangat.

to awak....
macam saya cakap....buat yang termampu dan terboleh. jadikan ianya seperti awal2 perkenalan kita dan jadikan ianya sebagai satu kenangan yang abadi. insyaALLAH...jika benar jodoh kita. akan ada sambungannya yang lebih menarik. thank awak sebab terima saya seadanya dan thank jugak sebab membantu saya sewaktu dalam kesusahan dan kesedihan. saya hargai sangat2 apa yang awak buat. thank dear.

hemm...nak tergelak pun ada. bukan apa. agak ganjil bila menukarkan bahasa panggilan. kalau dulu...ko aku.skang dah pun bersaya awak. so sweet. but this is trus. moga2 dia adalah terbaik untuk diri ct dan family. insyaALLAH.

No comments: