Thursday, November 26, 2009

Tempat Tinggi







Hem…..
Setiap kali ct bersedih hati….ct akan cari port yang tinggi. Kalau dulu ct pernah duduk diatas bukit dengan seorang teman. Sambil menagis dan meluahkan apa yang ct rasai. Skang ct tak boleh nak buat macam tue lagi. Emmm…

Memang port ct tempat yang tinggi dan boleh melihat alam sekeliling serta gelagat orang. Kat sana ct akan merenung masa lalu ct dan memikirkan apa yang patut. Tapi secara faktar ct lebih selesa berada di tempat yang tinggi berseorangan pada masa kini. Untuk membiarkan segala yang terpendam di perasaan ct keluarkan. Tapi kadang kala ianya tak membantu. Sebab kenangan lalu sukar untuk ct lupakan.

Kalau dulu port ct suka duduk di kaki bukit dan di taman botani. Sambil jogging sambil mendengar redio sambil meluahkan perasaan didalam hati. Perasaan takut dan gementar apabila berada ditempat tinggi kurang sedikit. Kerana pada waktu tu ct more pada layanan perasaan. Ct tak tau nak mengadu pada siapa dah. Sebab tak semua orang faham akan perasaan ct dan tak semua orang tak ada masalah. So…..ct suka duduk di tempat yang tinggi dan melayan perasaan sowang diri.

Skang port utama ct adalah di rumah. Dekat atas bumbung berhampiran dengan tempat sidai baju. Itu adalah port ct skang. Di atas bumbung tue ct melihat pemandangan dan memandang apa yang telah ct lakukan. Apa yang pasti….ct memang suka duduk kat tempat yang tinggi. Kalau nak rasa nyaman. Ct suka ambil port di taman botani. Sambil berjalan jalan sendirian dan memilih tempat yang boleh ct lepak n memandang apa yang telah dilakukan oleh ct. emmm..

Kalau pada orang yang ada mak….semua akan berkongsi apa yang patut. Tak pada ct. memang akak akak ct pernah cakap.. rasa nak kongsi cerita dengan mak mertua mereka , mereka bagi. Tapi bagi ct…ibu sendiri dan ibu mertua akak akak ct lain. macam tu dengan abang. Ct kurang gemar untuk berkongsi cerita yang selalu orang kongsikan bersama ibu ibu mereka. Ct lebih gemar menceritakan pada diriNYA. Biar ct tak dapat melihat dan mendengar. Tapi ct yakin Dia mendengar lagi memahami. Mungkin sebab tu kadang kala ct terpikir dan terasa untuk melakukan tindakan yang kadang kala ct sendiri tak sedari. Kalau sesuatu perkara tersebut baik untuk orang lain atau diri ct ianya datang dari diriNYA. Kalau sesuatu perkara tersebut tidak mendatangkan kebaikan mungkin ianya daripada pemikiran ct yang kurang waras.

Memang skang ni ct dah jarang nak lepak luar dan lepak bersahaja. Skang ni more pada kerja dan lepak bersahaja akan berlaku hanya sebentar sahaja. Bak kata orang ambil kesempatan yang ada. Hehehehehe. Tapi yang pasti…skang ni ct suka lepak di atas rumah berbanding di luar. Di atas bumbung tu laa tempat ct menyendiri dan meluahkan perasaan seorang diri. Bagi ct ianya memadai untuk buat masa kini.


Apa yang boleh ct katakan skang…kalau rasa rasa nak cari ct. cari laa tempat yang tinggi dan tidak jauh dari rumah. Kalau jauh pun…just kat hospital ampang. Sebab abah selalu on off masuk wad kat sana. So…tempat paling ct gemar lepak buat masa skang ni hanya di bumbung rumah , botani , frim dan hospital ampang. Tempat lain tue kurang sedikit. Tapi tempat lepak last ct dengan c dia kadang kala ct singgah. Itu pun bila ct terasa nak g. hemmm..

Apa yang pasti…ct tak lari kemana pun. Mana ct lari…kat situ ct akan berbalik. Even kenangan lalu tak dapat dilupakan. Emmmmm………

Langkah Awal


Emmm..
Terlebih dahulu ct amat bersyukur kerana cita cita ct dan atie bakal termakbul. Hope segala galanya dapat dijalankan dengan baik.

Pada tarikh 24 november 2009 , bertempat di station 1 kota damansara. Satu perjumpaan dan seterusnya sedikit perbincangan telah dilakukan untuk penubuhan budakecik studio. Alhamdulillah ct dan atie menerima seorang rakan baru dalam budakecik. Fazli atau lebih dikenali sebagai ‘abang’ telah menyertai kami dalam penubuhan budakecik studio. Kami gembira dan berbesar hati kerana abang menyertai budakecik studio. Pada waktu yang sama juga , kami menukarkan nama syarikat kami. Yang mana dahulu kami memberikan nama ‘budakecik photo’ dan kini ianya telah bergelar ‘budakecik studio’.

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nama ni n blog telah dijalankan. Tapi Cuma masa tue ct dengan atie tak serius dan ahli yang ketiga sering kali bertukar.( even 2 kali pun…penat gak tau.) hehehehehe. So..harapan kami pada kali ke 3 ni tak ada penukaran langsung. Kali ni kami telah berazam tidak akan memandang remeh terhadap budakecik lagi. Kali ni kami nak budakecik dapat dijalankan seperti yang diangankan.

Dengan langkah permulaan , budakecik telah menapak di negeri perak. Bandar diraja yang digelar kuala kangsara , kami telah memulakan kerja dan menempah nama disana. Diharap dengan langkah awal ini dapat menaikkan budakecik. Pada waktu yang sama juga… sedikit sebanyak kami telah memasuki ke pasaran koprat. Bukan sahaja majlis perkahwinan kami mengambil , malahan kami juga mengambil gambar bagi syarikat , restoran , dan berkemungkinan besar kami akan cuba untuk memasuki ke sekolah pulak. Itulah impian kami untuk menempatkan nama budakecik. Lagi pun….kebanyakkannya pelanggan kami agak berpuas hati dengan hasil kerja yang dijalankan. Cuma sedikit kejutan dari pihak mereka kerana kami memberikan khidmat dan kadar bayaran yang berpatutan.

Kerana minat yang mendalam dalam bidang ini. Kami seronok dan gembira dengan apa yang dilakukan. Dalam setiap perniagaan semua orang akan memikirkan keuntungan yang besar. Begitu juga dengan kami. Tapi yang lebih penting dan bermakna bagi diri kami. Bukan keuntungan yang besar , tapi kepuasan dan kegembiraan pelanggan kami dahulukan. Tipu jika ct katakana yang kami tidak mementingkan kewangan. Kami mementingkan kewangan dan keuntungan. Tapi apa yang lebih penting buat masa kini kami mahu menempah nama dahulu dan mendapatkan kepuasan setiap pelanggan.

Setiap dari kami ada kekuatan dan kelemahan masing masing. Macam atie dia more pada wedding , editing n editing black n white. Bagi ct pula more pada gambar bangunan , aktiviti luar , simple editing n editing berwarna. Bagi abang pula dia macam atie juga , tapi dia agak mahir dari segi bisness. Disebabkan dia ada pengalaman berkerja dengan kedai foto selama 3 tahun ( kalau tak salah laaa ). So….kami membuat sedikit sebanyak rujukkan bisness dengan dirinya.

Ct harap pada tahun 2010 dapat memberikan satu makna buat perniagaan kami yang bakal menempah nama di sekitar lembah kelang dan seterusnya di luar dari kawasan lembah kelang.

Ct , Atie dan Abang telah mengambil beberapa pengajaran dalam hidup sepanjang 2009 ini dan cuba untuk mencorakkan budakecik dengan sebaik mungkin. Biar dipandang simple tetapi menarik. Itu yang diharapan pada langkah awal kami.

Tuesday, November 24, 2009

kenangan 2009


Hemm…
Tahun 2010 kian menghampiri diri kita. Macam macam azam baru pasti bermain dalam minda setiap orang. Macam tu dengan diri ct. Kalau setiap tahun ada sahaja azam baru yang ct hajati. Dan hampir kesemua azam ct dapat ditunaikan. Alhamdulillah. Semua berkat doa keluarga dan kesabaran dalam menempuhinya.

Macam sebelum tahun tahun ni….ct pasti memasang azam baru. Emm…untuk azam 2010 ct still berkira2 apa yang ingin ct lakukan. Even lagi beberapa bulan atau hari nak masuk tahun 2010. Tapi ct dah memasang beberapa azam. Cuma nak pilih aje. Hehehehe. Itulah ct. suka berangan dan memasang angan2. kadang2 tinggi gak angan ct ni. Sampai tak mampu nak gapai. Hehehehe…

Berbalik pada 2009. macam macam cerita ct pasang sepanjang tahun ni. Sepanjang suka sehingga duka. Tapi mejoritinya pada duka. Emmm….walaubagaimana pun. Ct tetap idup dengan ceria dan gembira. Cuma hati dan perasaan je hanya diriNYA yang tahu. Bukan ct tak nak cakap dengan family atau kawan baik ct. Tapi diriNYA lebih memahami. Sebab Dia yang menciptakan ct dan menghidupkan perasaan suka dan duka. Emmm…so….ct more bercerita yang lebih mendalam pada diri ct sambil mengadu padanya. Itulah jalan terbaik yang mampu ct buat masa kini. Hehehehehe. Tapi…..ct tak gila ek. Ni salah satu caranya menyedarkan diri siapa diri ct di muka bumi ni. Alhamdulillah…ct masih ingat siapa diri ct. Masa suka , duka dan sebagainya…..ct ingat akan siapa ct.

Sepanjang tahun 2009 ni..macam macam cerita dah ct jalani. Dari kerja , cinta , tanggungjawab sebagai anak dan sahabat dan macam macam lagi. Dan seterusnya sedikit sebanyak mendewasakan diri ct dengan pengalaman yang ada sepanjang 2009 ni. Tapi macam ct cakap… tahun 2009 ni merupakan tahun mendewasakan diri ct dengan pelbagai benda. Termasuk kerjaya ct. alhamdulillah….semakin ct di uji , semakin banyak pelajaran yang ct perolehi. Cuma ct bertambah syukur kerana ct di uji dengan berbagai bagai ujian yang mampu ct atasi. Cuma kadang kala sedikit sebanyak ct tewas. Walaupun kadang kala ct terpaksa menagis dan bersedih hati tapi ct memandangnya sebagai positif side. Alhamdulillah. Ct harap selepas ni ct more kuat dari sebelum sebelum ni.

Jom kita tengok sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku ke atas diri ct sepanjang tahun 2009.

Januari ~ ct terlibat dengan menjadi salah seorang jentera Putri Umno (K.L) di terengganu selama 2 minggu. Sepanjang 2 minggu ct berkenalan dengan seseorang dan telah menjadi teman istimewa selama 2 minggu gak. Hehehehe… bak kata orang. Cepat dapat cepat putus. Itulah kisahnya.

Febuari ~ seminggu selepas ct pulang ke kuala Lumpur selepas terlibat dengan pilihan raya di terengganu, ct terlibat dengan menjadi pemantau sementara dan m.c dalam kursus fotografi di adamson hotel, anjuran Giat mara dan dianty photo. Di sana ct berkenalan dengan seseorang dan seterusnya menjadi teman istemewa ct selepas beberapa hari putus dengan teman sebelum ini. ( macam tak serik je dak seko ni. Hahahahha )
~ selepas beberapa minggu kemudian , ct terlibat dengan menjadi salah seorang urusetia dalam expo aman palestin anjuran kelab rakan muda subang. Pergh….expo tu memang membawa macam macam kes yang hampir membawa ct dan atie ke mahkamah. Hahahaha. Tapi semuanya dapat diatasi.

Mac ~ bulan yang mengembirakan dan menyedihkan buat diri ct. kita cerita sal gembira dulu ekk.. hehehehhe. Bulan mac ct menunaikan umrah di tanah suci mekah bersama sama along dan abah. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sedih bercampur gembira sepanjang berada di sana. Secara jujurnya. Hari pertama ct di madinah. Ct memohon untuk tidak memikirkan apa2 di Malaysia. Alhamdulillah memang ct tak ingat apa pun. Kecuali doa2 yang di minta rakan2. memang sepanjang ct di sana. Ct berasa selesa dan gembira.
~ bulan ni gak…bulan menyedihkan ct. agak lama ct tidak menyanyangi seseorang dan akhirnya ct merasainya semula selepas bertemu dirinya pada bulan lepas. Dari gembira sehingga sedih ct berkongsi dengan dirinya. Ct terpaksa memutuskan hubungan dengannya kerana beberapa faktor. Antara salah satunya adalah kehidupannya akan datang. Kerana dia merupakan anak sulung lelaki dan harapan mak ayah, ct terpaksa menyakiti dirinya dan memutuskan hubungan. Kerana risau dan sebagainya ct terpaksa menyakiti diri sendiri dan dirinya. Lagi pun bak kata abah. “ biarkan dia abiskan pelajaran dulu . lagi pun dia masih ada tanggungjawab yang kena dilakukan. Jangan bebankan diri dia dengan diri kita.” Disebabkan nasihat abah. Ct terpaksa melukakan hatinya. Lagi beberapa hari ct nak berlepas ke tanah suci mekah. Ct terpaksa meninggalkan dirinya. Tapi secara jujur , sepanjang ct di sana. Ct tak pernah lupa mendoakan dirinya dan kejayaannya.
~ selepas beberapa hari ct pulang ke tanah air. Ct terlibat dengan menjadi jentera sementara di kedah. Pilihan raya disana. Alhamdulillah.. segala2nya selamat.

April ~ bulan april tak ada ape pun yang berlaku. Kecuali ct agak sibuk dengan aktiviti rakan muda dan proses mencari kerja.

Mei ~ kenangan lalu terimbau kembali. Ct cuba untuk berbaik semua dengan dirinya. Tapi usaha ct gagal. Ayat yang menyakiti hati ct yang diperolehi. “ siapa kau…aku tak kenal. Bla laa ko dari idup aku. Aku dah ada awek baru. “ pergh!!! Memang sakit betul. Tapi ct cuba kuatkan semangat. Tak pe.. ct tak kisah. Sebab ct tau , dia sakit dengan apa yang telah ct lakukan. Bulan mei juga merupakan hari kelahiran ct. Tahun 2009 ni gak birthday ct tak ada orang wish kecuali adik angkat,atie,shaz,zura,adib dan azira. Family ct just ateh je. Maybe sebab kerja..ramai terlupa. Lagi pun tahun2 sebelumnya ct selalu remind family ct. Tahun ni je ct tak remind. Sedih gak arr… tapi buat du no je arr… ape ada dengan birth wish. Just macam tahun2 sebelumnnya.
~ Bulan ni gak , ct dapat berita yang menyedihkan. Abah disahkan menghidap cancer kelenjar limpa atau lebih dikenali sebagai limfoma. Agak agak 3 minggu gak abah masuk wad. Dan pada waktu yang sama , ct menemani abah disana. Sepanjang 3 minggu abah masuk wad.


Jun ~ ct dapat tawaran belajar grafik selama 5 bulan. Pergh…memang syok. Ambil kesempatan untuk menyambungnya. Even sijil tapi bagus gak. Sepanjang ct belajar grafik , ramai ct jumpa. Still contact lagi dengan mereka sampai skang. Malah salah seorangnya dah jadi sebahagian bisness partner ct. masa ct belajar grafik…banyak hal hal lalu ct lupakan. Kecuali mengerjakan umrah ct still tak boleh lupa. Hehehehe. Akhir bulan jun ct dapat tawaran berkerja dengan cikgu foto ct di akedeminya as pengurus. Alhamdulillah. Memang ct gembira.

Julai ~ ct memulakan kerja di akedemi foto milik cikgu yang pernah mengajar ct. dengan kerjasama dia , ct membantu setupkan opis dia. Seminggu 2 selepas ct memulakan tugasan di akedemi , cikgu a.k.a bos ct bertolak mengerjakan umrah. Masa ditinggalkan berseorangan , ct telah memulakan kerja dengan menyetupkan opis dan membuat pelbagai promosi diluar. Kalau rasa rasa bosan dok sowang kat opis n tak ada kerja. Ct kuar opis. Buat promosi. Heheheehehe.

Ogos ~ ct dapat berita dari bisness partner ct a.k.a kawan bek ct atie…dia bakal bertunang dengan orang yang sebelum ni dia tak suka. Lawak arr kawan sowang tu. Sebelum ct mengerjakan umrah. C lelaki ni cakap…doakan yang terbaik untuk atie. Kalau dia jodoh saya…adalah nanti. Yang pasti doakan yang terbaik untuk dirinya. Itu yang saya nak. Yang c atie lak. Ko doakan jodoh aku yang hensem , ada iman , boleh tanggung aku. Kalau boleh jangan laa dengan c dia. Hahahahah… yang pasti…ct tak accept apa atie nak. Yang ct tau….ct doa yang terbaik untuk jodoh dirinya. Hahaha. Akhirnya…orang yang dia tak nak tue laa….bakal laki dia. Hehehehe..

September ~ bulan ni abah dah mula on off masuk wad di ampang. Bulan ni gak puasa dah bermula. Memang cakap betul…puasa kali ni memang tak best. Sal buka puasa dan sahur seorang diri. Sal kesihatan abah sedikit terganggu dan doctor tak benarkan abah berpuasa. Emmm..

October ~ raya dan raya…..tahun ni semua adik beradik berkumpul. Best best best. Memang best raya tahun ni. Tapi sebentar je arr. Malam tu abah dikejarkan ke hospital. Kerana darah merah abah kurang. Dan selama 2 minggu abah ditahan di wad. Memang raya dan puasa tahun ni di hospital. Kalau sebelum ni sah sah sanak saudara datang raya kat umah. Kali ni buat julung julung kalinya beraya di wad. Huhuhuhuh. Best gak…sebab dapat raya dengan doc n nurs. Dapat pengalaman gak laaa beraya kat wad. Even bukan ct yang sakit…tapi kalau dah menemani abah kadang kala. Kira dah merasainya laa. Heheheheeh. Segala open house semua kena tolak n tak p sangat.
~ bulan ni gak…atie tunang. Ok laa…semuanya tak ada masalah. Lepas atie tunang , dapat tau lak….kawan ct yang membantu tangkap gambar atie sakit tulang belakang. Ape tah nama penyakit tue. Lupa lak… yang pasti tulang dia dah berbentuk s. skang tak tau ape cerita. Hahahahaha.. sal ct majuk dengan dia. Tue arr..babitkan ct dengan kes dia n x dia. Hahahahaha…
~ akhir bulan ni gak….ct gembira sangat sangat. Sebab ct jumpa lek kawan2 sekolah rendah. Dari kawan2 yang ct tercari2 sebelum ni sampai laa tak mencari. Hampir 90% ct jumpa. Memang syok arr. Gembira n terimbau kembali kenangan lalu.
November ~ awal bulan ct buat open table. Jumpa laa lek beberapa kawan lama sewaktu di sekolah rendah dulu. Pergh…memang gembira sangat.
~ bulan ni memang bulan cabaran sedikit. Dimana sekali lagi abah dimasukkan ke dalam wad. Emmmm.. kalau abah dah masuk wad , memang tak best. Sebab rumah kosong dan ct akan makan sowang2. emmm…. Mujurlah kat hospital tu boleh dok temankan abah. Tak adalah ct nak kena ulang alik umah n tido sowang sowang kat umah. Kecuali hari minggu ct kena balik rumah untuk mengambil baju dan mengemas rumah. Heheheheheeh.
~ macam ct cakap..bulan ni memang bulan cabaran ct. bulan ni gak…peristiwa yang tak diingini berlaku. Tercetusnya perselisihan faham antara ct dgn bos. Huhuhuh. Memang tak best arr bila perkara ni berlaku. So…ct ambil keputusan untuk meletak jawatan. Salah satu sebabnya pun , kerana faktor kesihatan abah yang memerlukan orang sentiasa berada di rumah dan melihat abah. So….tak salah rasanya ct berhenti. Melakukan satu pergorbanan yang agak besar dan berisiko tinggi. Hehehehehe. Tapi , macam orang cakap…if kita betul ada rezeki yang bakal membantu. Alhamdulillah. Selepas ct berhenti kerja…… banyak job foto ct terima. So bermakna kerja ct hanya akan berlaku di luar rumah sekitar hari sabtu n ahad. Ct tak risau mana pun laa. Sebab isnin – jumaat ct akan berkerja di rumah. Jika itu adalah perkerjaan yang betul2 sesuai dengan diri ct dan keluarga ct harap ada laa rezekinya.

Disember ~ walaupun belum masuk bulan ni.. tapi buat masa ni jadual sabtu ahad ct agak pack juga. 19 ,20 dan 26 ct telah di cop oleh atie untuk majlis kawinnya. So nak tak nak ct kena ambil gak. Lagi pun nak cari duit kan. So….jangan nak berkira sangat laa. Heheheheheh…. Bulan disember ni ct tak tau ape pulak yang bakal berlaku. Kita tengok macam ne. yang ct tau….tarikh yang ct bagi kat atas tue memang telah di cop oleh atie. Heheheeehehhehehe.

Emmmm…
Itulah antara peristiwa yang berlaku keatas diri ct. skang apa yang ct cari adalah kerjaya ct. sal cinta n jodoh belum terpikir lagi. Selepas apa yang telah berlaku , ct dah malas nak pikir sangat sal hal hal ni. Takat suka sesaja tua banyak laa. Tapi untuk serius. Nanti nantilah dulu. Ct tak nak pikir lagi. Yang pasti target ct skang ni untuk memajukan bisness foto telah dirancangkan tahun lepas. Hope tahun depan boleh dijalankan dengan sebaik mungkin. Langkah awal budak kecik dah pun bermula di kuala kangsar. Hope lepas ni adalah job yang dapat diteruskan dengan sebaik mungkin.

Apa apa pun…. Tahun ni telah membuatkan diri ct menjadi dewasa sedikit. Even sikit tapi ct harap dapatlah ct melakukan sedikit perubahan dalam tindak tanduk yang dilakukan oleh diri sendiri selepas ni. Dengan apa yang terjadi ct harap ct lebih bersemangat dalam mencorakkan rentak hidup ct selepas ni dengan baik. Ct tak akan jadi orang lain selepas ini. Ct yang penuh dengan gelak tawa , riang dan suka menyakat kawan2 akan terus ada. Ct tak nak jadi orang lain dan ct cuba untuk tidak dipijak sekali lagi. Cuma target ct untuk azam tahun depan masih lagi dalam pengiraan. Apa yang penting buat masa ni… ct harap ct dapat capai cita cita ct untuk jadi seorang jurugambar yang diingini. Ct pegang apa yang dikatakan oleh cikgu ct sampai skang. Dan ct ingin buktikan apa yang dipandang sebelum ini boleh ditepis. Ct ambil apa yang dikatakan dan ct still hormat akan dirinya sehingga kini. Walau apa yang ingin di pandang oleh pihaknya. insyaALLAH ct tak akan mengaku kalah dan cuba untuk buktikan ct juga boleh menjadi seperti orang lain.

Apa yang orang cakap , ct ambil sebagai motivasi diri dan cuba untuk berfikiran positif. Dengan kata katanya ct cuba untuk menaikkan diri ct. apa yang penting skang ni. ct tak memandang negetif pada diri sendiri. Even ct ada penyakit yang agak menakutkan seluruh dunia iaitu diabetis type 1, Tapi ct ambilnya sebagai satu motivasi dan semangat menampilakan diri ct yang berpenyakit mampu untuk mencapai cita cita yang diingini dari kecik. insyaALLAH. Itulah antara kisah ct pada tahun ini. Diharap kisah ct pada tahun hadapan akan lebih best dan gembira berbanding tahun ni.

Hoyey!!!!!!! Hahahhahahahaha…

Friday, October 9, 2009

pagi yang suram

emmm....
pagi ni ujan dengan lebatnya. abah nak guna kereta. ct pulak dok pikir......nak bawa kereta gak. pasal sah2 ujan kat kl tu...
dok laaa menghintung pemikiran...... akhirnya...ct mengaku kalah. naik gak KTM g kerja dan meminta abah hantar ct kat stesen. hem..

so...
memang sah laa ct sampai lewat kat opis. pasal dok menghintung nak g macam ne. sampai opis kul 9.30. hehehehehe..... lewat laa gak tue. so...bos pun tak cakap ape. yang best...masa ct dalam tren, entah bila jari telunjuk ct sebelah kanan berdarah. bila keluar2 je dari tren. rasa pedih semacam.emmm....pegang je arr tangan tu dari bank negara sampai laa ke opis. sampai opis. terus masuk bilik air. cuci semua. memang banyak gak laa darah keluar. tak tau macam mana punca dia. dah tue masuk bilik bos , cek kerja semua. bos dok usha.

"tue kenapa tue?" sambil tunjuk jari.
"luka sikit...tak tau kenapa. tau2 keluar tren dah berdarah."
"kamu ni....kena bawa bodyguard laa. bahaya betul."
ct just senyum je.

dah tue....luka pun kering. mulakan kerja.. susun kertas yang berterabur atas meja bos n lantai tue. then mulakan dengan perbetulkan editing untuk borang kursus. siap semua. bos suruh turun g kedai fotocopy...hehehehehehe.... skang ni dah tak kisah sangat naik turun tangga. pasal badan pun dah ringan n dah biasa naik turun tangga tue.

siap semua kat kedai. naik semula kat opis. baru beberapa jam sambung buat kerja semua. g rehat dengan ili n mar. alih2 mereka ada kat sini je...suh arr mereka turun makan sesama. abis makan...bos call suruh balik opis sal nak meeting dgn abang haq n dia sekali. so..g laa. settel meeting semua. sambung buat kerja mengisi borang untuk didaftarkan ke saluran yang betul. heheheheheheh.... then sambung punya sambung. jari telunjuk kanan berdarah lek. pergh!!!tekan laa balik supaya tak berdarah. risau n takut gak bila tetiba tengok tangan macam tue. emmm... tapi dibiarkan saje. tawakal n berdoa je.

emmm..
la ni...tengah tunggu masa nak balik. tapi ada seperkara lagi tak cakap dgn bos.
"kalau tak ada kerja sok...ct ingat nak g join pertandingan foto kat sunway." tapi.....tak berani lak nak cakap. risau kalau dia perlukan bantuan esok. emmmm...
macam mana tue? emmmmm....

Tuesday, October 6, 2009

ct di putrajaya..

hemmm..
hari sabtu lepas bersamaan 3 october 2009. ct gi putrajaya. coz kawan konvo dan meminta perkhidmatan ct untuk jadi jurugambar dia. alhamdulillah semuanya selamat.

tapi...
sepanjang di sana...ct ditemani oleh sahabat ct. marsila. lawak gak. masa g tue...tak ada ape sangat berlaku. just borak macam biasa je. cerita2 hal masing2 dan hal sekolah dulu. bayangkan...masa form 1 kenal...tapi tak bertegur. masa form 4 n 5 sekelas agama. tapi tak tegur gak. alih2 masa ct masuk lower 6....hahahahhaha..memang agak rapat dengan dia. tak tau berpunca dari mana. sampai laa ni ct dok pikir....mana punca dia menjadikan ct baik dengan dia. hehehehhehehehe....

so...

setibanya kami disana....
biasa laa kan...kalau member datang must give something kan. so...teman laa c mar ni beli bunga. dah beli...dok laa tunggu member konvo ni keluar. emmm..agak2 dalam 1/2 jam kami menanti. akhirnya nampak kelibat member kita orang ni. ucap tahniah semua. dah berasak dalam tue...ct cakap dgn member ct ni.

"ili aku dengan mar keluar ar..jumpa kat luar. sesak arr dalam ni."
"ok."

so....
aku dengan mar pun keluar...
sementara dok menanti ili tengah beratur nak ambil gambar studio. ct dengan mar pun dok luar. adalah mamat sowang ni.... c mar dok usha je.. dok cakap2 sal mamat ni. ct gelak je arr...
dah tak ada keja sangat... kami pun tangkap gambar.


dah abis tangkap gambar...ili pun keluar..
mulalah tugasan ct as jurugambar. snap sana sini. penat gak arr dengan panas yang amat sangat.
dah abis keja semua.... kita orang pun cabut balik. sebab ada temujanji dengan member sekelas form 6 kat sentul. b for that...ada laa perkara yang membuat sepanjang perjalanan kami senyap.
ape perkara tue...

hahahhahahahahahhahahahahhah...

mar kegelisahan sebab tengok tangki minyak ct dah hampir e..
punya target...ala..stesen minyak dekat je sini. jalan punya jalan. tak jumpa2. sesat. yang best tue.....dah tak sedap ati dah ni. boleh jalan dari putrajaya sampai dengkil. itu pun sebab sesat. so...sampai dengkil nak tak nak....mana2 stesen minyak kita orang singgah.
sampai stesen minyak....
mar pun lega....ct pun lega. ct isi minyak...mar beli air. pergh!!!memang hari yang mencabar bagi kami. dah setel semua...
ct dan mar meneruskan perjalanan menuju ke sentul. hemmmm.
sampai sentul.....
tak ada ape perkara menarik berlaku. just biasa je. pukul 6. kita orang gerak balik umah. lepas hantar mar ke rumah. ct balik umah jap ambil barang. terus laa patah balik ke putrajaya. gi umah abang. ada open house. hehehehehe....
walau apa pun. ct berpuas hati dengan hasil gambar yang ct buat n edit. simpel tapi bagi ct ia memadai. hehehehe. harap hasil kerja ct kali ni ada peningkatan. emm.

Wednesday, September 30, 2009

air mata...

emm...
ape nak jadi laaa semalam. kalau ikutkan......tak yah nak menagis pun tak pe. macam tak ada function je nagis tue. tapi sebab dah tak tahan......air mata keguguran juga.

boleh sepanjang perjalanan balik dari ampang ke umah menagis n maki hamun sowang2 dalam keta. ni pasal member sowang ni laaa....pasal dia. jadi geram sangat2. sampai tahan menagis. cepat sangat putus asa. maybe sebab ct penat kot....sebab tue ternagis akibat tensen sikit. hehehehheh.. but ok laa.

yang lagi best tue....dari ampang ct tak trus balik. ct g selayang. cari barang abang uda ct nak. lepas dah cari tak jumpa2...ct trus g beli makanan. beli laa m'cd. kat m'cd tue...tengah tunggu burger siap semua......boleh budak kat kaunter tue cakap. putus cinta ke kak? pasalnye....nampak mata ct bengkak. hantu tul. tak guna. semua dalam hati terkeluar. last2....ct just senyum sumbing je. malas nak layan.

dah tue....
sampai umah....ct hipo (gula dalam darah turun mendadak.) mujur ada air gas n kentang tue...makan sikit. after dah ok cikit....baru g kemas umah semua n mandi...lepas tue baru laa ct dok makan burger.

buka tv...emmm..cerita sepi dikeudara.
hehehehehehe....
layan jap sambil makan burger. ingat pale dah ok. alih2 tak ok lagi. sebab ct tak suka tengok orang downkan diri mereka dan tak nak cuba. ct geram...ct hentam laa kawan ct ni kaw2. biar dia. biar dia sedar sikit. tapi...ct nagis gak...

kenapa ct nagis?
ct ni bukan jenis suka maki n marah orang sangat. memang secara jujurnya ct tak reti nak marah. kalau marah...memang segala hamun ct kuarkan. ct nagis....sebab ct rasa macam bersalah n kejam. even ct ni nampak rock , nampak ganas , nampak lasak...tapi bukan sebenarnya. ct ni jenis tak reti nak marah n maki orang. takat cakap kasar tue boleh laa.

emmm...
memang ct cakap serius...
sepanjang malam semalam ct nagis je....
nagis geram n kecewa dgn sikap kawan yang ct ingat dia seorang yang kuat. tapi sebenarnya tidak.

akhirnya...
jam 12...ct kepenatan.. ct masuk tidur. b for ct masuk tidur....ct msg kawan sowang ni...cerita hal sebenar , n cerita apa berlaku. tak kisah laaa dia ke atau pakwe dia yang baca...asalkan semua yang ada kat ct...ct kuarkan. emmm. sorry ekk..ct malas nak simpan simpan ni semua.

pukul 12.15 baru ct tidur..
memang tak sedarkan diri ape dah.
pukul 8.00 pagi ct bangun. emmmm....semuanya berlalu dengan baik. ct ok balik. cuma ngantuk n pening cikit. so.....memulakan langkah ct ke bilik air dan menyiapkan diri g keja.

dengan mengambil baju kebaya panjang tidak perlu digosok...ct sarung pakai je. settel semua....ct drive g keja lek.

alhamdulillah.....
sepanjang perjalanan semua berjalan dengan bek. tak jem sangat. jem pun still berjalan.
sampai opis....macam biasa...on laptop.

on on...
tak sampai beberapa jam...
member yang ct msg kul 12 malam tue..buzz ct.
tanya macam risau. ok laaa...cerita laa semua. n sound dia gak. sebab 2 2 ni ego. n ct harap dia roger laaa member yang sowang tue. hope so laaa... after dah bis semua...ct g klik nama member yang sowang ni. tinggalkan msg offline kat dia. mintak maaf n semua2 laa. ct dah tak sanggup nak tolong dia dah. sebab ct rasa...macam tak ada ape je. so.....hari ni merupakan hari last ct tolong dia sal benda2 tue. benda2 len ct akan tolong dia...tapi tidak kes ini. ct dah tak sanggup lagi nak buat dah. ct sendiri bersendirian dan tak ada sape nak diceritakan semuanya. kawan baik dan teman idup lain. that why ct cakap.......sometime kita akan mendiamkan diri. sometime kita akan agresif. emmm.

ok laa...
ct dah ok skang ni. no more cry. tidak ada sebab dah untuk ct tagisi. yang dah lepas...biarkan. yang ct tau.....start from now....ct dah kena pikir diri ct. n kena cari dah pasangan idup. coz peristiwa berlaku sewaktu ct tinggal berseorangan dirumah membuatkan ct terpikir tentang keselamatan ct. abah pun now on off masuk wad. menyebabkan ct semakin risau akan dirinya dan ct. emmmmm..

tak pelah..
pada kawan2 ct.
ct mintak maaf dengan apa ct cakapkan. kadang2 ct tak sedar ape ct katakan bila ct dalam keadaan tertekan. harap paham. ct malas nak cakap banyak skang ni. yang ct tau... ct risau akan keadaan abah ct n diri ct. thank to all.

pada member ct 2 orang tue. pepandai laa korang menyetelkan. ct dah buat apa yang patut. dan ct tak nak sekali lagi menjadi orang tengah. ape dah ct lakukan, sudah cukup rasanya. lagi pun korang 2 2 ni ego. that why semua jadi macam ni.

ok laaa...
neway....my life akan bermula dengan cara yang digemari. ct bukan seorang yang kejam dan tamak. tapi...ct tak nak ape2 berlaku keatas semua orang. termasuk diri ct. n no more cry. just smile n fun...thank u and sorry.

Monday, September 28, 2009

semalam...

emmm..
semalam lepas jenguk abah kat hospital and hantar abang uda untuk menemani abah..ct trus balik n ambil payment dari kawan. payment pe? hehehehhe.....ct tolong ambil gambar dia tunang hari sabtu ari tue. emmm..

yang tak syoknye...
ct buat kerja dengan member sowang lagi. dia punya gambar lagi menarik dari ct. but...dia tak nak ambil half payment tue. ct jadi serba salah. atie nak belanje m'cd semalam pun dia tak nak. just take some coke light n nurget. emmm.. same time ct penat gak. coz seharian di luar. but puas hati bila tengok member tensenyum n puas hati dengan hasil ct ambil dan member ct ambil cuma tue jelah.....ct still rasa tak best bila member tak nak ambil half payment tue. but thank a lot pada member ct tue. sampai sakit2 mengambil gambar. thank ya mr. superman.

emmmmm...
dah seharian di luar dan makan pun diluar....
ct pulang ke rumah. pergh!!!memang tak ada tempat len selain rumah yang menjadi port paling best. balik rumah ct kemas ape yang patut n pack barang abah n abang ct untuk kegunaan dihospital. tapi.....pagi tadi..baru ct teringat. sekotak t-shu tak bawak. sorry abah. maybe sebab penat sangat n pikir nak tidur je. heheheh. almaklum laa.. tidur di hospital lain rasanya. tak nyenyak. hemm.

so....
semalam...ct tidur jam 12.30 malam. lepas dah settel semua termasuk msg member n abang uda. ct pun tidur dengan lenanya.

sedang nyenyak ct tidur...
pukul 3.15 pagi.....kedengaran dentuman atas bumbung macam orang jatuh n kuat yang amat sangat. takut yang amat. selama ct tinggal sowang kat umah tue...tak pernah rasa setakut macam tue. ct just tawakal dan mengurungkan diri. terpikir nak call / sms orang. tapi....emmm. takut menganggu. so...dengan pelahan2 ct ambil hp...bukan on9 jap...around 1 jam ct bercelik mata. akhirnya ct tertidur balik. waktu ct on9 kat hp tue....ct teringat pesan arwah mak dan abah. baca pendinding bila kita dalam ketakutan. sepanjang ct dok celik mata tue. ct baca ayat kursi je. alhamdulillah tak ada ape terjadi. mungkin sebelum ct tidur...ct lupa nak membaca ayat pendinding.

actually...
kalau ct sowang2 kat memana , ct tak pernah tinggal ayat pendinding tue. tapi entah kenapa...malam semalam terlupa. maybe sebab ct kepenatan sangat. emmmm..

so...
bila dah terlena....
ct pun tak tersedar....dah pukul 8...
adoi........
kata nak g hospital kul 6.30 pagi...last2 dah lewat....trus g opis. mujur jalan tak jem. pukul 8.45 ct gerak dari umah...sampai opis 9.10 pagi. alhamdulillah semuanya ok.

emmmm..
masa berlakunya bunyit tue.....dalam pale otak ct risau ada semua ada. then tetiba terpikir pulak....macam ne kalau tak ada teman hidup. macam tue laaa rasanye bila keseorangan. ape2 berlaku......sama ada selamat atau tak. itulah akan dipersoalkan.

alhamdulillah...semuanya dalam keadaan yang selamat. dan ct harap perkara sebegini tidak berlaku lagi. cuma minda ct terpikir.....dah tiba masanya ct buka balik hati dan mencari seseorang teman hidup. ape2 berlaku sekurang2nya ada orang disebelah. tapi.........bukan mudah nak menghadapi semua ni. ct mengaku..memang ct memilih. sedangkan dalam islam pun suruh kita memilih.

tapi..
pemilihan ct tak begitu tinggi.
yang penting bagi ct dan family....
biar lelaki tersebut ada iman dan akal. biar tak ada harta. tapi ada iman dan akal. dengan iman dan akal semua akan terjadi dengan sempurna. kekayaan tidak menjanjikan kesempurnaan. itu apa yang ct pegang selama ini. dan bonus untuk diri ct...kalau orang tersebut tidak merokok dan memahami ct serta keluarga sebaik mungkin.

neway....
peristiwa semalam memang banyak mengajar ct. dan menyedarkan ct akan hal kehidupan. n thank a lot pada member ct yang tolong dalam sesi fotografi kawan ct tunang. emmm.

Sunday, September 27, 2009

Kawan ku jadi Superman.

hem...

biar betik kawan ct ni jadi superman.

pelik?

hehehehehehe...



tak ada laa..dia bukan jadi superman mana pun. just panggilan diberikan kepada dirinya. hahahah. sian member sowang ni. pasal tolong ct jadi photographer , dia ditimpa kemalangan di rumah. emm..



bukan kemalangan ape pun. dia nak ambil fon dari pembaringannya. rasanye silap cara dia. tu yang efek kat tulang belakang. emmmm.....



skang ni dia punya tulang dah jadi bentuk S. tapi S terbalik.. huhuhuhu. atau lebih dikenali sebagai penyakit Skoliosis. kalau tak tau ape penyakit tue. g laa rajinkan diri cari dalam wikipidia. so....skang ni dia dok tahan sakit je dulu. sebab hari ahad klinik pakar tak buka. so kesimpulannya...isnin je arr. tue pun mujur memaksa dia g cek. kalau tak..nak g berurut je. hahahaahah. kalau berurut ape akan terjadi ek? eheheheheh. sorry c fu.



hemmm...

yang cemerlangnya dia ni.. boleh anggap benda tue satu jenaka..
ape punya orang laa..then same time , lepas cek doc dia rujuk dalam internet.
hemmmmm....bagus2.boleh diberi pujian sedikit.

so..
hari isnin dia akan cek dengan pakar. sama ada boleh diluruskan atau sebaliknya.
bahayanya penyakit tue...boleh mengakibatkan lumpuh. emmmm.
sian member sowang tue. tak pelah c fu....bawa bersabar ekk. tue arr. berlagak macho n hensem lebey sangat. kan dah dapat habuan. berlagak lagi tue kat hospital..tak nak nek kerusi roda. katanya tak macho. emmmm.. biar p dia laa. asal dia bahagia. hahahahhaha.

neway...
mr.superman. lepas ni pandai2 laa bawa diri dengan tulang belakang yang sudah berbentuk S tue. harap2 dapat pulih seperti sedia kala. kalau tak pulih.. pepandai laa bawa diri ek. heheheh.

sorry arr kalau banyak gelak. bukan nak gelak pepuas mr.superman. tapi tak nak rasa kesian tue lebey sangat. hahahahahha. kesian kesian gak. tapi kesian lagi my abah. relax arr mr.superman. ada laa caranye nak ubati tue. yang penting..dengar kata doc tue je yang paling bagus.

ha! one more thing....
sape yang kata ct ni nak ngorat mr.superman..?
adoi.....tolong arr. tak ada makne nak ngorat. semula jadi arr dah dilahirkan dengan sifat begini. hem....sape laaa yang mengatakan ct dah jatuh hati kat mr.superman dan nak ngorat dia. adoi....bek ngorat fahrin ke..hahahahah..jehan ke..hahahahahahahah..lawak2. tak nak arr cari lagi. penat dah mencari. biarkan dulu.

akak2 ku dan abang2 ku.
relax arr....muda arr. ada adalah nanti. tak ada...tak ada laa. hahahahhahahaha.
sebenarnya dah penat nak mencari. malas..
orang yang tahan dengan kerenah ct je arrr boleh bertahan lama. hahahahahah..pasal ct ni perangai macam dak kecik n gegila.

hehehehehehe.

neway..
pada member ct mr.superman.....moga anda bahagia dengan tulang baru..wahahahhah.
(nakal sungguh..teruk gelakkan orang.)

Saturday, September 26, 2009

mengambil risiko yang tau apa padahnye.

emmmm...
memang ibarat buah durian jatuh kat atas kepala time siang hari.
apo nak dikato. dah jatuh ditimpa tangga pulak. keraskan telinga dan hati jelah. masuk kanan keluar kiri. nak buek macam mano. dah diri sendiri cari pasal. tue laa akibatnye.

al kisah.....
pada satu hari. di siang hari sehingga dimalam hari. ada laaa kisah yang tidak seronok di hayati. adeh......sakit gak kepala. memang tau dah arr kalau dibuat memang akan kena arr akibatnye.

so...
dipendekkan cerita dan membawa pengajaran pada diri ct..
janganlah kira ikut janji orang sangat. tak pasal2 diri sendiri yang kena. ct laaa paling best dan mengancam kena. huhuhu. tapi kebahkan diri ajelah.

hari ni member ct tunang..
hari ni member ct jatuh sakit dan menjadikan dirinya superman. mana tak jadi superman. tulang belakang kena bukan lurus dah. tapi bentuk s sudeh. sian dia.
hari ni gak mood abah kurang bek.

entah laa..
malas nak cakap banyak. ambil je risiko yang bakal dihadapi. malu atau tak....terima je arr. kena hamun ke tak...terima laa jugak. yang pasti..memang semua habuan dapatlah. malas nak pikir salah siapa. yang tau..salah diri sendiri. tue jelah boleh cakap. macam cakap dengan member tadi. ambil sebagai iktibar. tue jelah boleh buat. so....malas nak cakap banyak. salah siapa kena pikir sendiri laa... kalau nak salah orang pun tak guna. diri sendiri tak pikir dengan teliti. so....macam yang pernah dikatakan. SALAHKAN DIRI SENDIRI sebelum salahkan orang. sebab diri sendiri tak pikir dengan cemerlang , gemilang dan terbilang.

pasal kes hari ni...
even tau benda ni akan diingati oleh abah. so...ambil kesimpulan. esok abis laa...kena marah dengan akak2 n abang2. sape suruh ambil risiko sampai macam tue.

kesian gak dengan nurs kat ospital. tak pasal2 kena marah gak.
sorry nurs. tak dapet nak nolong.

yang pasti....
semua yang ct buat adalah ikhlas dan tidak berlakon. even ada laaa orang cakap ct berlakon. semua tue hanya fitnah berlakar. ct bukan seorang pelakon. ct sekarang menjadi diri ct dan hampir 90 peratus ct menjadi sejujur jujurnya. ct tak pernah nak tipu dan cakap belakang. tambahan ct tak pernah nak belakangkan family. semua ct buat. ct cerita. even ct tau apa akibatnya. yang pasti....ct tak pernah ngaku kalah dengan cacian orang. biar apa orang nak cakap. yang pasti ct tau ape ct buat. kalau orang tak memahami...biarkan sahaja. ct seorang yang lebih gemar diamkan diri masa kini dari bercerita dengan orang lain. tambahan untuk berkongsi. sebab bagi ct skang. semua orang ada masalah masing2. ct just boleh luahkan masalah ct dengan berdoa dan bercakap dalam hati. ct tak nak ada yang terasa hati dah. biar ct makan dan pendam ape ct rasai. semua ni akan berlaku sehingga ct rasakan kesesakan nafasnye. biar peneman ct adalah diriNYA sahaja. kerana itu adalah semulia2 yang kita ketahui. tagisan,kesedihan dan sebagainya tiada guna untuk diluahkan jika tidak membawa apa2. sebab masing2 ada masalah tersendiri. cuma cara pembawakan saja yang perlu di nilaikan. ct tetap diri ct. tak perlu risau dan bertanya jika ct tak mahu mengatakkannya. tanyakan soalan lain lebih baik dari terus mendesak ct menceritakan perkara yang tak sepatutnya. sebab ct tak nak ada terasa hati dan terluka bila ct menceritakkannye. ct jenis terus terang dan bukan jenis beralas. itu adalah ct sebenar.

even kadang2 ct takut untuk menceritakannya. tapi bagi ct...biar ianya menjadi rahsia dihati ct seorang. masalah ct adalah masalah ct. cuma yang menguatkan diri ct skang ni. ct percaya...ALLAH sentiasa di sisi ct dan sentiasa memberikan kekuatan pada umatnya. dan ct hanya bertawakal dan berdoa terhadapnya. apa yang berlaku pada masa kini...bukan apa yang dipinta dan diminta. tapi ianya adalah satu pengajaran sekali lagi buat ct untuk menjadikan ct lebih berfikiran matang dan berjaga2. itu adalah ape yang ct akan cuba terapkan. ct cuba untuk memikul tanggungjawab yang telah ct lakukan. tapi tak semuanya berjalan dengan baik.

yang pasti.
tolong fahami diri ct yang kadang kala tidak suka dipaksa dalam menceritakan masalah ct. biar apa orang cakap. yang pasti...ct tau...bila masanya ct akan bercerita masalah ct. tetapi yang pasti bukan dengan masyrakat diluar. tetapi ct akan lebih tumpukan penceritaan ct pada diriNYA. kerna hanya DIA sahaja yang tau apa yang tersurat dan tersirat dalam diri ct.

thank to my family n my sibling.
thank to my sepupu n sedara mara.
thank to my friends.

semuanya ada kebaikan dan kelemahan masing masing.
hanya kita sahaja yang perlu kuatkan diri sendiri. jangan persalahkan orang lain jika kita mengatakan ya dalam sesuatu perkara. fikir dulu sebelum bertindak. itu yang perlu kita lakukan. biar kesilapan lalu mengajar diri kita dalam membentuk diri menjadi insan yang berguna dalam agama dan masyarakat.

Tuesday, September 15, 2009

puasa dari tahun 2006 - 2009..

hehehehe...
kalau ditengok bebetul....
puasa tahun 2006 - 2009 ada saje ceritanya.

meh ct cerita ekk.

puasa 2006 ct dengan member member tak boleh nak puasa. nak makan kat restoran boleh je. tapi disebabkan segan..kita orang malu. so..nak dijadikan cerita...kita orang dah beli makanan. nak makan kat hostel..sian kenkawan len yang puasa. so...ingat nak makan kat dalam kereta. elok park kereta..guard datang. belum sempat guard datang..kita orang dah cabut. cari laa port nak makan. last2..kat park hostel. makan punya makan...junior nampak......adoii haii....malu betul.

puasa 2006 jugak ada kes masa exam...
ct lewat 5 minit akibat tertidur lepas sahur......huhuhu....memang bawa kereta pecut sampai 130..mujur dapat jawab exam dan dapat markah best gak. hehehehehe...alhamdulillah.

puasa 2007...
masa tue ct dah abis pratikal dan terus disalurkan berkerja freelance kat tempat ct menjalani latihan amali. so.....abis puasa n beberapa hari nak raya...kerja ct selesai..dan terus menjadi penganggur. lepas beberapa bulan tue....ct dapat sambung buat freelance kat tempat lain.

puasa 2008...
hahahahahah...
belum sempat puasa...ct dah letak jawatan. sebab ct tak larat nak berkerja kat fast food. memang banyak dugaan dan penatnye mengalahkan orang kerja kontraktor.

puasa 2009...
huhuhu...
for the first time ct berkeja tetap dan menjawat jawatan selesa....dan harap ianya akan kekal sampai ct berjaya dan di penghujung nyawa.

itu laaa peristiwa sepanjang 4 tahun ct berpuasa...
lepas ni ct tak tau ape pulak terjadi...tapi puasa kali ni......ct tak boleh nak makan nasi...then ct tak boleh nak makan banyak. semalam makan burger n air teh o ais pun..dah senak perut. burger masak sendiri tue....hehehehehe...tue je dah buat ct kekenyangan.

pagi2...
masa sahur...ct make sure...air masak yang akan memenuhi perut ct berbanding makanan. hemm...that why dalam masa sebulan ct buleh kurang 2 kg n 1 inci. alhamdulillah..hope lepas puasa ct still boleh mengawal makanan macam skang ni.

a new of me...







salam..



hey...how are u guys? hope semua sihat alhamdulillah.






after 1 mth ct tak makan nasi....ct dapat kurangkan berat badan 2 kg and lilit pinggang kurang 1 inci...i je....then hasilnye......hehehehehe.. ni dia.




Monday, September 7, 2009

Idola.

hem....
minggu ni g keja naik kereta. so pagi pagi biasa laa...sesak jalan raya. tapi tak ada laa seteruk macam jalan kucing.
tak seteruk jalan kucing?aik...jalan mana pulak c ct ni jalan..
hehehhehe..
minggu ni gak...ct tak tido umah. sebab abah masuk wad di hospital ampang.
uit! jauhnye..kenapa ke sana pulak?
hehehhe..
sebab pakar abah disana. so...ape ape hal kena rujuk disana. so...dah alih alih di ampang. ct pun join abah dok kat wad. hehehehe..1 sebab jaga abah. 2 sebab opis dengan ospital dekat je n jalan tak jem teruk sangat. hehehehe.

so..

macam pagi pagi biasa...ct akan dengar redio. tak kira laa naik ktm pun ct akan dengar gak. so...pagi ni topik di hotFM idola. hemmm...masing masing yang call ada idola masing masing. sampai satu part.. ct gemar sangat. sebab ada sowang pemanggil ni dia cakap. " saya tidak ada sape2 yang nak dijadikan idola. sebab kadang2 idola ni boleh membuatkan kita mengekori mereka. bagi akak...tak salah ada idola. tapi bagi akak...akak tidak mempunyai idola pun. oleh sebab demikianlah akak menjadi diri akak sendiri." ( lebih kurang laa ayat dia macam tue).

so...
sepanjang akak tu call...ct senyum je. suka dengar. sebab sepanjang dengar pasal topik pagi ni. semua ada idola masing masing. ct pun dok pikir..."siapa idola aku?emmm...macam tak ada." so... bila akak tue cakap macam tue. ct dah dapat jawapannya. ct tak memang tak ada idola yang ingin ct ekori atau banggakan. sama ada orang kenamaan atau sebaliknya. sebab apa akak tu cakap betul gak. so...skang ni orang more kenal ct dengan diri ct sendiri dan tak mengekori siapa2. bak kata kuiz facebook.." Anda mempunyai watak sendiri dan anda lebih gemar menjadi diri sendiri berbanding mengekori orang." yes i'm....memang ct akuinye. ct tak pedulik dengan apa orang cakap sal diri ct. cuma mana yang positif tue ct pegang dan negetif tue ct buang. sebab bagi diri ct.. kalau kita mengekori orang pun tak bagus gak. so....jadilah diri kita sendiri lagi baik.

ct pun gemar menggunakan cogan kata..
" jadilah diri sendiri. tak payah nak cover ape2."
&
" hayati kehidupan kita dengan sebaik mungkin. hidup hanya sekali."

memang bila ct pegang ayat tue. ct menampilkan diri ct sebenar. memang kadang kadang ct mencari diri ct yang sebenar. semakin lama semakin menghampirinya. cuma perlu dinilai sama ada ianya dari sudut positif atau negetif. kalau positif...teruskan sahaja. kalau negetif..cuba pelahan pelahan buangnye.

heheheheh..
nak kenal diri ct yang sebenar?
huhuhuhuhuhuh...

ok....

meh kita kenalkan diri ct 1 per 1.




nama penuh ct...
siti suhaili sulaiman.

nama panggilan ct..
ct/ili/suhaili/tie.

umur ct..
2009 - 1986...kira sendiri laaa..

tarikh lahir ct..
4 mei.

tempat lahir ct..
pusat rawatan islam , jalan ipoh , kuala lumpur.

hobi ct..
layari internet,tangkap gambar dan berangan ( hahahahha.....impian dimasa akan datang.)

cita cita ct..
kecik kecik nak jadi guru besar. dah remaja nak jadi repoter. dah dewasa nak jadi seorang photographer a.k.a lecture bidang tersebut.

ct anak yang ke....
ct anak bongsu dari 6 orang adik beradik.

perkara paling seronok dibuat...
masuk utan , kem , lepak dan hayati pemandangan pantai , tasik dan sebagainya.

perkara paling tidak seronok dibuat..
diarahkan untuk melakukan sesuatu perkara dengan paksaan.

perangai ct...
~easy going...boleh masuk dengan macam macam orang.Tapi take time laa. coz ct pun ada segan silunye.

~kalau cakap dengan member lelaki...ct tak pernah pandang muka. kalau macam padang pun...ct pandang telinga dia ke...dahi dia ke..even x x ray ct dulu pun. ct tak pernah pandang. kalau ye pun...ct akan rasa segan dan kekok. tak tau kenapa tah..dari kecik dah macam tue. tapi kawan kawan ct kebanyakkannye lelaki. hehehehehe.

~slamber..tapi tengok keadaan gak.

~tak suka memperlekehkan sesuatu perkara atau kerja..(kadang kadang tue ada gak.)

~buat kerja sampai settel.

~manje..

~lasak..

~agak kasar..

~tak suka jadi orang lain..

~suka jalan jalan tapi bukan shopping.

~suka shopping tapi bila perlu sahaja.

~suka aktiviti yang lasak macam perkemahan , masuk hutan , go-cart , dan sebagainya.

~bila ct dah kecewa atau sedih...agak lama untuk ct melupakkannye. dan ct tak suka dipaksa untuk terus terus melupakkannye.

~susah untuk melihat ct marah atau sedih secara live. sebab ct seorang pengemar ketawa dan senyum. tapi sekali dah ct sedih n marah....tau laa macam ne. dalam suka ketawa ct , ct ada sifat pemarah dan sedih macam orang lain. cuma ct bukan pengemar benda tue semua. coz ct lagi suka kawal diri dengan sabar dari terus terus marah.

~susah nak tengok diri ct tensen. bila dah tensen.....ct terus tido. hahahahhaha...best per. bangun2 dah lupa semua.

~ct more pikir positif dari negetif..itulah sifat kadang kadang abah takut tengok diri ct ni.

~berani..

hemm....
tu je kot ct boleh bagi tau.
hehehehehe.....

sebab tulah...
dalam diri ct...
ct tak mempunyai idola atau siapa2 untuk dijadikan rujukan bagi mencapai cita cita. kalau dalam borang soal selidik atau sebagainya....asal ada idola...ct kosongkan. tapi kalau kena tulis gak...mesti tengok..nama bertukar2. sebab ct memang tak ada siapa2 nak dijadikan idola. itu satu2nya perkara sampai sekarang ct masih mencari..sama ada idola ct adalah orang ct kenali,orang ternama atau diri ct sendiri.

neway...
bagi ct...
ct pegang 1 benda je..
JADILAH DIRI SENDIRI UNTUK MENCAPAI CITA CITA.

Sunday, September 6, 2009

ct dah penat.

hemm....
tahun ni puasa tak semeriah tahun tahun sebelumnya. kalau puasa tahun lepas ct yang masuk wad sebab gastrik. tahun ni pulak abah yang masuk wad sebab ubat tak sesuai dengan badan abah. hemmm... tak kisah laa berapa lama abah kena tahan dalam wad. yang pasti ct n adik beradik semua nak abah sihat semasa raya nanti.

tahun ni gak..insyaALLAH adik beradik ct semua balik. hem...gembira ada sedih pun ada. entah laa nak cakap macam mana. skang ni ct more beri perhatian pada kesihatan abah , kerja dan diri ct sendiri. orang lain ct dah tak pikir sangat termasuklah orang yang baik dengan ct. sorry guys..aku skang kena pentingkan diri n family dulu.

ct bukan jenis yang akan bercerita semua sekali. ct akan simpan n cerita cikit2 pada orang yang ct rasa sesuai. tapi buat masa skang ni..ct tak boleh nak cerita pada sesiapa. ct just boleh simpan dan simpan je. sebab bagi ct , kalau ct cerita pada orang...hemmm...mungkin tak guna gak. macam buka bekung di dada. so...it's better skang ni ct diam n pendam sowang2. kalau nak suruh cerita gak. it's take a time. so..skang ni ct more suka dengar cerita orang dari ct cerita pada orang sal diri ct. entah laa..sejak akhir akhir ni jadi tak suka nak bercerita hal ct dengan orang. mungkin faktor dah meningkat dewasa kot...weeeeee..hehhehehe..

pasal kes ct dengan Mr.i tue biarkan aje. ct pun dah malas nak melayan n memikirkan sangat. sebab tanggungjawab ct skang ni lagi besar , lagi beban. tapi semuanya ct dapat atasi sikit demi sikit. n ct more pada pemikiran positif. kalau dipikirkan sangat...strees nanti. so ct ambil tindakan untuk menganggap sesuatu benda tu ada hikmah,pedoman dan ujian dalam diri ct pada dirinya.

hemmm...
ct semakin kurus?
heheheheh......ct kurus bukan sebab tak nak makan atau stress...tapi ct makin kurus sebab bulan puasa. hahahahah....lagi pun skang ni ct kena control makanan. atas nasihat doc...ct perlu mengamalkan pemakanan yang berunsurkan bakar,kukus dan rebus sahaja. n more makan sayur n buah. nasi? kalau boleh dielakkan dan ditukarkan kepada roti. itu ape yang sedang ct lakukan skang. ape2 pun. pada semua kawan2. korang jangan risau sal pemakanan ct. sebab ni semua atas nasihat doc juga. dan ct perlu mengamalkan pemakanan yang teratur untuk ct terus bernafas dan membantu abah bila diperlukan.

cinta?
hahahahahah..
lawak...jangan disoal lagi. ct dah penat nak berkata kata tentang soal ini. sama ada kawan sekolah ke, kawan kolej ke, kawan grafik ke , kawan rakan muda ke , kawan umno ke , kawan internet ke....semua tu ct tak pikir lebih dari kawan. sebab ct malas nak bercinta n menyoal akannye. sebab bagi ct...semua tue tak faedah untuk masa skang. so...biarkan dulu. bagi ct...kalau ada orang betul betul suka ,sayang dan cinta ct. jumpa keluarga dan cakap dengan ct kenapa. jangan cakap..."saya suka awak sebab dah lahir dari hati."oooooo.....takan tak ada sebab kot. mesti ada sebab kenapa seseorang tu suka kita kan?...emmm..

buat masa ni...
daniel ke , hilmi ke , mail ke , wan ke , sufri ke dan sewaktu dengannya laa kan..ct just anggap sebagai kawan. dan ct pun rasa meka anggap ct sebagai kawan. dan tolong...TOLONG ct...tolong jangan carikan partner untuk ct dan jangan memandai nak cari jodoh ct. kalau betul2 nak tolong. tolong diam je. kalau ada orang suka dekat ct sila laaa cakap dengan ct kenapa dan silalah berjumpa dengan abah ct. even ct dah besar pun...ct still ada parent dan family. so....tolong ct jangan peningkan kepala ct. untuk member2 nak padan padankan ni...ct dah tak nak dah. serik pun ada , tak gemar pun ada. yang mangsanye nanti...diri ct sendiri. tersepit di tengah2 keadaan. dan tolong...ct bukan suka jenis pasang banyak2. sekadar sowang untuk ct cintai dan sayangi itu dah memadai. sebab ct tak suka nak pasang banyak banyak. even orang cakap "buat sperpat je". wooo.....itu mungkin tak terlintas dalam pemikiran ct. biar ct tak ada kekasih...tapi ct tak nak memasang banyak2. ok.

so....
pada guys kat luar tue n pada kawan2 ct. ct mintak maaf pada sape pernah mintak jadi bf ct n ct tolak. ct belum bersedia lagi dan ct mempunyai tanggungjawab yang perlu ct jalani. kalau orang nak gak dengan ct...1 je ct mintak. terima ct dengan apa yang ct ada dan dengan apa yang sedang ct jalani kehidupan sekarang. sebab buat masa ni...orang yang paling memerlukan ct adalah abah ct. biar ct keseorangan...tapi ct tak nak abah ct keseorangan. coz abah ct yang banyak menaikkan semangat dan memotivasikan diri ct untuk terus bangkit dari tidur yang lena.

pada member2 bek ct...
ct mintak maaf pada korang. bukan ct tak nak syer ape2 masalah. tapi biarkan ct bercerita kalau dah kena timenye. tapi...buat masa kini. biarkan ct. jangan push n cakap dengan ct..."cerita je masalah ko dengan aku/kita orang." ct tak suka dah macam tue. sebab bila dah dipaksa , ct takan cakap dengan betul. ct lebih gemar biar ct yang memulakannya dan biar ct cakap pada korang..." aku ada masalah...korang leh dengar tak."biarkan macam tue.

tapi yang pasti...
kisah yang lalu ct dah tak pikir sangat. sebab ct banyak benda yang dipikirkan. so....jangan risau laa korang ekk. ct just mimpi...tapi tak membawa makne ct terlalu memikirkannya. ape yang perlu korang tahu...bila saje ct tak memikirkan dia..dia akan muncul dalam mimpi ct. itu je yang dapat ct cakapkan. ini ct cakap sejujur2nya. macam macam perkara ct tempuhi untuk tahun ni. baik suka ataupun duka. ape ct harapkan.. korang biarkan ct dengan apa yang sedang ct lakukan. tapi ape ct nak tegaskan disini. ct tak pernah lupa kawan2 ct dari kecik sampai laa ni. dan ct harap korang faham kenapa ct bersikap begini. bukan nak sisirkan korang. tapi fahamilah dengan apa ct sedang buat. lagi pun macam ct cakap skang ni. ct more pada abah ct berbanding dengan benda tak sepatutnya ct pikirkan. dan untuk memikirkan soal jodoh dan kekasih. ct belum lagi memikirkannya. mintak maaf pada sape sape yang pernah ct sakiti hati dengan penolakkan sayang korang. ct just harap....after this, ct tak nak bercinta sekadar suka2. tapi biar ct bercinta ada titik noktah. itu apa yang ct harapkan sekarang ni. ct tak nak untuk kali ke 5..ct sedih lagi. itu ape ct nak korang faham. jangan carikan jodoh dan padankan dengan member korang. sebab ct dah penat dengan semua ni. ok.

so..
pada member2 n yang mengenali ct....
ct mintak maaf sangat sangat. ct dah penat dengan soal yang berkaitan dengan hati dan perasaan. ape penting skang ni. ABAH ct. tue je.

Thursday, August 27, 2009

bestnye tidur lena ku.

hemm...
semalam m.c, so....kena laa dok umah diam2. atas nasihat doktor dia suruh jangan keluar rumah. duduk laa diam-diam. so....lepas makan sahur...macam biasa kena laa makan ubat yang diberi oleh doktor.
ubat selsema,batuk,antibiotik,demam. pergh...elok lepas solat subuh. mata dah tak boleh nak buka. sebab efek dari ubat selsema n batuk tu. so....tidur punya tidur. bangun bangun dah tengahari. mak aiii....kelang kabut. tengok kat hp ada miss call , ada msg tak dibaca. buka2 member bagi , bos call . adoi...terus kelang kabut msg bos say sorry. kalau bukan sebab ubat tue rasanya dah sedar. memang kalau ikutkan , ct mudah bangkit dari tidur kalau bunyit handset. ni tak...tak dengar langsung. padahal handset tu betul betul sebelah kepala ct. tu pun mujur abah tolong angkatkan. hem.....

risau dan gelisah gak sebab lupa nak infor bos. ingat nak infor lepas solat subuh. lepas subuh mata dah tak boleh nak membukanya. so...lupa laa nak msg. tu laa ceritanya. tapi b for sahur tue ct mimpi best sangat. rasa macam tak nak bangun sahur je. hehehehe.. tapi tue semua mimpi. bukan boleh jadi kenyataan pun. kalau ye pun mungkin mimpi yang ct tak ingat. (biasa terjadi dah).

hem.......
hari ni dah ok balik...so..g laa kerja. mulai hari ni ct dah tekad...untuk bina hidup baru. dengan suasana yang lebih gempak,selambe dan ceria. hehehhehe. lagi pun , kalau diingat pasa hal lalu kita tak akan maju kehadapan. benda dah lepas lepas jangan diungkit lagi. so...if ct dulu boleh tahan dengan cabaran dan lasak. kali ni mesti mampu punya. lagi pun kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekutum. ambil iktibar dari kejadian lepas untuk membuatkan diri ct lebih berhati hati dalam mengambil keputusan. tak kira dalam apa sekali pun.

kalau dia dah ada penganti diri ct....
alhamdulillah. ct gembira. biarlah dia jalani hidup dia dengan yang tersayang. untuk ct tarik balik. mungkin tidak. ct pegang pada apa dia pernah kata. biarkan saja kenangan lalu menjadi satu memori yang membawa pengajaran pada ct. lagi pun...betul cakap member member ct. biarkan hal lalu. nak dikenang pun tak guna.

so..kalau dulu ct sentiasa simpan gambar kami dalam purse ct. skang ni ct just simpan memori tue dalam album gambar. tak guna dah nak bawa kesana kemari. hanya tinggalkan kenangan pahit dan akan buat ct sedih macam dulu. biar apa yang terjadi ct lepaskan. bukan boleh tarik semua ape dah dikatakan. kita yang patut nilai erti kehidupan kita sekarang ni. jadi...buang yang keruh ambil yang jernih.

now....
ct dah rancang kehidupan ct akan datang. semuanya bergantung kepada kekuatan fizikal , mental dan emosi ct. kalau semua berjalan lancar..ct boleh capai apa yang ct rancangakan. kalau terlampau agresif mengecap impian tak guna gak. buat secara slow. apa yang penting...ct tau apa yang ct buat.

lagi pun..
ramai member member yang still sokong ct dari belakang n ambil berat pasal diri ct. kenapa ct nak kenang cerita lalu. dia pun dah tak kenal siapa ct lagi. so...ct pun dah mintak maaf..kalau dia tak maafkan , ct tak boleh nak buat apa dah la. just diam dan biarkan saje. yang penting , ct kena hayati time hidup ct dengan keimanan , keceriaan dan keikhlasan. sebab hidup kita pun tak tau sampai bila. yang penting bagi ct...jangan tinggikan ego dan mudah maafkan orang. kita manusia. sesakit hati mana diri kita , yang penting kita perlu memaafkan orang len. itu lagi baik daripada membalasnya. kalau membalasnya perasaan suka dan gembira tue hanya sementara sahaja. bukan selamanya. pasal tue ct malas nak membalas balas ni. biar pie laa orang nak cakap atau buat. yang penting ct tau benda tue akan berpusing balik dekat kita. yang ct tau skang ni..kalau ct ada buat silap dan salah pada korang semua. ct mintak maaf sangat2. bukan niat ct nak membuatnya. mungkin ct tak sedar atau mungkin ct anggap itu satu gurauan yang kasar.

neway....
pada member member ct...
zurah , atie , shaz , sufri , mie , shima , mail , abang , amy , irwan , anis , e-ba , mar , ili , adib , azira , daniel , dan lain lain lagi. thank coz support me. terutama pada member yang setia membaca blog ct ni. thank a lot. pada sufri...kalau ko membacanya...nak koment sila laa tinggalkan msg yang ada ekk. atau msg laa aku keesokkan harinya. jangan nak msg memalam buta. mengacau aku tidur je. ada aku lestik kepala ko jap lagi. hahahhahaha..

neway...
perjalanan hidup baru ct..akan bermula mulai saat ini. ct akan berusaha menjadi seperti dahulu. seperti mana ct pernah dikecewakan 5 tahun lepas..dan ct menjadi seorang yang lebih berani dalam menenpuhi hidup baru , begitu juga akan ct lakukan pada masa kini. yeah!!

Sunday, August 23, 2009

Demam balik

hemmm....
selamat berpuasa kepada semua kawan2 dan seluruh umat islam.

tahun ni puasa best gak.
even tak macam tahun tahun sebelum ni. tapi seronok gak.

semalam...
berbuka puasa dengan anak yati Rumah Kasih Harmoni , paya jaras. program rakan muda. alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar. seronok gak buka puasa dengan mereka. yang lagi best. join dengan dak2 sukarelawan cat murel. cantik murel tue....siap macam alam fantasi lagi. murel tue jadi macam tue...gara gara disebabkan ada laa sowang sukarelawan ni g warna arnab warna pink. adoi....lawak2.

hemmm..
walaupun semalam panas terik...tapi tak terasa sangat bagi diri ct yang berpakaian serba hitam. siap ada sowang sukarelawan cakap lagi.
"akak...tak panas ke? akak berbaju warna hitam pulak tue."
dengan selamba aku boleh jawab.
"panas dunia je.."
perh!!diam dak tue. tapi betul ,ct rasa tak panas pun. rasa macam biasa je. secara jujurnya laa. memang semalam panas yang amat. tapi ct tak rasa sangat.

emmm..
abis sat keja ct n dah pun berbuka dengan anak yatim. ct terus balik. cadangnya nak balik rumah terus. tapi tetiba rasa nak makan chicken chop. g laa bukit rahman putra sat. perkena laa lamb chop. pergh!!sedap gak..cuma kuah dia pahit sikit. heheheheh. balik tue rasa badan panas. minum air masak banyak banyak. alhamdulillah. badan tak panas.

pagi tadi..
lepas solat subuh.. dapat laa lena sejam. bangun dari lena. emmm...badan rasa lemah sangat. abah rasa badan. emmm..panas sikit. mungkin panas sebab dok berjemu mewarna murel semalam kot. tapi...serius ct cakap..memang tak rasa panas apa pun semalam.

so...
rasa badan memang lemah. sampai suruh abah hantar ke ktm gak. tak nak ambil m.c. sampai sampai kat ktm , kena tunggu. dalam hati doa kuatkan kekuatan diri ini. tunggu punya tunggu. tren pun sampai. dah sampai terus nek. sampai kat ktm kepong. adoii......terperangkap dalam tue selama lebih kurang 10 minit. last2 meka suruh kuar then pindah tren sebelah sana pulak. g laa nek. mujur laaa ada tempat.

sampai kat bank negara.. macam biasa akan jalan sampai ke opis. mengambil masa 10 minit perjalanan. sampai opis..badan semakin panas dan batuk batuk. emmmm...mata dah tak boleh nak membukanya. mujur laa bos tak datang opis. so , ambil kesempatan tidur sebentar. (lagi pun tak ada kerja....semua kerja dah settel , kecuali translet nota dari bahasa indonesia ke malaysia.) dapatlah lelap mata selama 1 jam. tue pun jap jap bangun. sebab batuk.

emmm..
la ni....
skang ni tak ada kebahnya demam. bos telefon. cakap...pukul 4 tak ada pape...boleh laa tutup akedemi then g kedai atau balik. kalau ikutkan diri ct..nak je balik terus. badan tak cihat sangat ni. tapi paksa diri g opis gak. emmm..tengok laa karang macam mana. tapi serius ct cakap. memang badan panas tahap gaban. sampai ct rasa air macam ais batu je. emmmm.

ha....
sebelum ct lupa..
alhamdulillah, semakin hari semakin ct dapat melupakan kisah lalu. ct gembira akhirnya. tapi tak gembira sangat laa. pasal kisah lalu masih ada cikit2 memorinya. cuma skang ni ct nak buat apa yang patut untuk diri ct. pasal jodoh , cinta semua tue ct rasa.....nanti dulu. coz ct pun tak boleh nak komit dalam perkara tersebut. emmm.

pada member2 ct yang sudi baca blog ct . terutama "hang" ( sufri)...terima kasih ekk. terharu . sebak , sedih , dan sewaktu dengannya ekk...lawak arr hang. tapi ngacau mimpi malam aku je. len kali bagi tau bila dah siang. apa daaa..huhuhuhu...

apa2 hal...
ct dah ok macam dulu..cuma kesihatan je tak ok ok lagi. deman naik turun macam lif je. emmm.
hope tak ada pape laa...mungkin sebab ct berjemur mewarna murel kat rumah kasih harmoni..tue yang hari ni badan panas semacam je. heheheheh...neway...thank to all.

selamat berpuasa dan menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
to Daniel.....chaiyok2 for puasa tahun ni. hope dapat puasa penuh. ( tengok.....orang non muslim pun boleh puasa dengan sebaik mungkin..nikan kita orang islam. tak malu per?) huhuhuhuhu...

Friday, August 21, 2009

Kawin lagi...

adoi....
tak larat dah ct nak dengar orang bising sal hal ni.

"wei!!!! suka ati aku laaa...nak kawin bila..umur baru 23 dah bising nak suh kawin. abah ct pun tak bising macam ni."

adoii...tue laa yang selalu ct bisingkan dengan orang bila orang dok bertanya sal benda ni. bukan tak nak cari..bukan tak nak kawin. nak....
tapi untuk buat masa ni...ct tak pikir lagi. ct more pikir akan kerjaya ct dulu dan menstabilkan kewangan ct.

lagi pun...
ct still tak boleh nak terima orang lain selain my last love. tu je ct boleh cakap skang ni.

so...
korang jangan nak bising dengan ct..
bila ct nak kawin...kawin laa cepat....dengan sewaktu dengannya. ct tak mo bercinta buat masa ni. pasal ct masih sayang pada yang satu. dan ct dah lepaskan dirinya. sama ada seketika atau selamanya. hemmm..

bagi korang yang pernah merasai macam ne ct rasa..
korang tau laa macam ne rasanya. tapi bagi yang tak pernah rasa. tak payah try2. ko jaga bebek2 hubungan korang tue. nak main try2 kang lain jadinya.

apa yang pasti.
soal kawin ni...pls tolong " shut up " dulu. jangan bising dengan ct pasal benda ni. kalau ada jodoh , ada laa ct bagi kad nanti. yang pasti...untuk ct menyayangi orang agak sukar untuk masa ni. sebab ct sayang sowang je. ok..

sekali lagi ct nak infor...
CT BELUM LAGI TERPIKIR NAK KAWIN N MY HEART BELUM READY NAK TERIMA ORANG LAIN SELAIN C DIA JE....terima kasih.

Puasa Tiba Lagi.

emmm..
esok dah mula puasa. malam ni dah mula terawikh.
bestnya. banyak banyak bulan...ct paling gembira n seronok bila bulan ramadhan menjelma. macam satu kenikmatan dirasai. entah laa. setiap kali mula ramadhan ct akan rasa seronok. macam orang nak sambut raya.

tahun ni gak...
tahun paling....entah laaa tak tau nak cakap macam ne.
sebab tahun ni macam2 perasaan ct rasa.
gembira , sedih , suka , duka , macam macam arr.

yang pasti...
tahun ni ct sambut puasa dengan abah ct je. coz yang lain semua dah pindah ke rumah masing masin dan berkeluarga. yang tinggal ct sowang lum kawin.

tapi...
hari sabtu ahad....yang pastinya..adik beradik ct akan turun berbuka sama2 macam tahun tahun sebelum ni. cuma tahun tahun sebelum ni....ada abang , akak ipar n anak sedara ct sambut puasa bersama sama. tapi tahun ni....meka dah pindah ke putrajaya. so...tahun ni ct sambut puasa just dengan abah je.

macam biasa...
kalau berbuka puasa , tak ada laa havock nak beli juadah berbuka. just simple dan boleh memberikan tenaga. lagi pun ct dan abah ct tak banyak kerenah sangat pasal makan makan ni. janji makan dan beri tenaga untuk menjalankan kehidupan seharian.

tahun ni gak...
ct banyak mempelajari kehidupan sebenar. dan ct more menjadi seorang penyabar dan tenang. abis cerita....tahun ni ct more motivasi diri sendiri dan kawan2. abis semua ct cakap. hehehehhe...sowey laaa korang2 kalau ct banyak bebel. tapi ct memang macam tue pun. tak suka nak downkan orang n tak suka dah salah sangka. hehehehe.

tahun ni gak..
tahun mencabar dalam kehidupan ct. entah laa ct tak tau nak cakap macam mana dah. semua terjadi ct pikir ada hikmah disebaliknya. semua terjadi ct pikir pembalasan dengan apa yang pernah ct lakukan sebelum ni. tak kira laa masa kecik atau dah bosar. hehehhe...abis cerita skang ct more positif thinking. malas nak anggap buruk pada orang. malas nak marah lebey lebey. malas nak gaduh gaduh. yang ct tau...kehidupan seharian ct perlu dijaga dengan sebaik mungkin. dan ct malas nak layan ego ct lebey2.

puasa tahun ni...
mungkin membawa erti yang bermakna. sebab setiap kali puasa...satu je ct pikirkan. berdoa. itu paling ct harapkan dalam bulan ramadhan. coz...bulan puasa ni seperti kita tahu..ada 1 malam yang di panggil lailatuqadar. satu malam dimana malaikat akan turun dan mengambil doa orang yang berdoa pada malam tersebut. ct harap tahun ni ct dapat berjumpa dengan malam tersebut.

ct harap gak..
tahun ni ct banyak memperbaiki diri ct dengan sebaik mungkin.

bagi ct...
setiap tahun merupakan tahun tahun yang biasa. tapi setiap kali ramadhan...ct akan mula berasa gembira. cuma ct tak tau..puasa ct tahun tu diterima atau sebaliknya. ct cuba untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin. tapi ct tak pasti...sama ada dah sebaik mungkin atau sebaliknya.

mungkin tahun ni...
puasa terakhir buat ct dengan family...atau mungkin juga tahun ni puasa terakhir buat korang semua. kita tak tahu..sama ada puasa akan datang kita dapat berjumpa lagi atau pun tidak.

semenjak ct balik dari umrah.
ct selalu memikirkan akan hal kehidupan. entah bila kita akan kembali menemuinya. umur tidak kira akan ajal kita. sebab tu ct peringat akan diri sendiri dan kawan kawan yang lain. mungkin tahun ni puasa terakhir buat diri kita.hemmm..

oleh sebab yang demikian.
disini ct ambil kesempatan untuk memohon maaf pada member2 dan insan2 yang pernah kenal dengan diri ct. ct hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. dan kadang kala ct tak sedar dengan apa ct katakan dan ct buat. ct mintak maaf jika ct ada membuat kesilapan pada korang.

ct juga berharap..
tahun tahun akan datang ct dapat menyambut ramadhan dengan sebaik mungkin.

just ct nak ingat kan pada member2 ct dan semua orang.

jalani ibadah puasa tahun ni dengan sebaik mungkin. kita tidak tahu sama ada ianya adalah puasa terakhir buat diri kita atau sebaliknya.

dan jalani kehidupan dengan sebaik mungkin. kerana kita tidak tahu ajal kita bila. umur tidak menjanjikan kita akan terus hidup. sedangkan bayi baru sehari dihidupkan sudah kembali ke sisiNYA..inikan diri kita yang penuh dengan kesilapan dan doa yang dilakukan.

hayati kehidupan kita dengan sebaik mungkin.

so..
pada member2 ct n semua umat islam....
ct nak wish...
SELAMAT MENYAMBUT IBADAH PUASA & TERAWIKH dengan sebaik mungkin.

Monday, August 17, 2009

"Macam Perangai Mak"

hemm...
tajuk kali ni..
"macam perangai mak"...
kenapa keluar tajuk kali ni..
heheheheheh...

semalam...
borak dengan abah sambil buat kerja cikit. heheheheh...abah cakap perangai ct dengan arwah mak ct sama. workerholic n akan buat sesuatu tue secara teliti. termasuk bajet bulanan. emmmm...tak tau laa kan. pasal ct kenal arwah mak ct selama 12 tahun je. lepas tu..arwah mak ct menyahut seruan ilahi. emmm.

tapi...
abah cakap...
macam mana ct n adik beradik nak kenal perangai arwah mak masa muda muda. tengok je diri ct ni. dah boleh korang lihat. macam mana perangai ct..macam tue laa arwah mak ct dulu.

kadang kadang ct tergelak bila dengar abah cakap macam tue.
bukan apa...selama ni ct selalu cakap...along ct macam arwah mak ct. tapi hakikatnya....abah cakap, along ct more ikut perangai abah dari arwah. so....skang ni ct tak boleh nak cakap apa dah laa. pasal adik mak ct "mak uda" pun cakap perangai ct beh kurang macam arwah mak ct gak. memang tak boleh nak nafikan laa bila adik arwah mak ct sendiri dah cakap macam tu.

abah ct cakap...
actually arwah mak ct ni seorang wanita yang kuat semangat , tak pernah putus asa , kuat pendirian , workerholic , dan penyanyang. Bila ct dah abis sekolah. abah cakap....perangai ct memang tak tumpah macam arwah mak. then mak uda ct pun cakap...masa mak ct kat sekolah dulu. memang seorang yang aktif dan tegas. macam ct gak. abis cerita...memang abah dengan adik adik mak ct cakap...diri ct ni memang tak tumpah perangai macam arwah.

hemmm...
nak buat macam...kalau kuah tak tumpah ke nasi..
sabar jelah.

hari ni gak...
ct gembira cikit...pasal hari ni...ct dapat jumpa n lepak dengan pak wan (member fotografi)..memang pak wan ni bro yang ct hormat arr...dia stady n best untuk berborak. tapi ada satu ketika dulu. nama dia telah digunakan oleh orang lain untuk cover line. tapi ct tak salahkan orang tue. pasal dia terpaksa. maybe ada sebab mengapa dia gunakan nama pak wan. cuma apa yang ct nak ingatkan. jangan kita gunakan nama orang lain kalau bak membuat sesuatu. nak nak orang paling ct hormat.

ct gembira jumpa dengan pak wan. setelah agak lama tak berjumpa.
even dalam masa jangka waktu yang singkat berjumpa dengan dia. macam macam cerita dok borakkan. termasuklah c dia. dia pun sedih sangat. sebab orang yang dianggap macam adik kandung n dia sayang tue tak bagi respond pada diri dia. dia asyik tanya ct. "ada no baru dia tak?"

ct boleh menjawab...
"pak wan...dah 5 bulan ct tak contact dia. just dalam internet je ct contact dia. tue pun diam menyepi."
pak wan boleh cakap...
"ko buat dia merajuk..tue dia diam menyepi."

entah laa pak wan...ct pun tak tau nak cakap macam ne. yang pasti.....memang semua ni salah ct. tue je ct boleh cakap.
emmm...
yang lagi best...
pak wan cakap...
kenapa ko makin kurus....ape dah jadi kat ko...

hehehehe....
so...
keluar laa cerita sal seminggu ct mc. sampai ct masuk wad pun..pak wan boleh tau. ni sah2 abang haq cerita.
pak wan siap cakap lagi...
jaga laa diri tue. jangan sebab dia ko sakit.

ya allah pak wan...
tak ada kena mengena dengan dia....
ct dah jatuh sakit..nak buat macam ne. tapi same time memang ada cikit terselit. heheheheh..

entah laa..
tapi yang pasti...
pak wan pun mencari c dia sampai ct tengok muka pak wan pun...sedih semacam je. pak wan cakap...kalau ada masa n ada no baru dia...tolong arr contact n bagi tau pak wan. ct cuba ya pak wan. ct tak janji. sebab dengan ct pun susah nak berinteraksi...nikan nak dapatkan semua tue. ct try slow talk dengan dia macam ne. k.

tapi..
memang ct gembira sangat...bila jumpa dengan pak wan tadi. macam macam cerita yang dikongsi. pak wan pun skang ni dah beli camera DSLR...waaaa...memang bangga n tabit spring tu laa.

emmmmm...

Siti Sudah Sihat..

hemmm...
alhamdulillah... siti beransur pulih skang ni dan sudah pun kembali bertugas di akedemi. alhamdulillah.

selama seminggu ct cuti sakit memang macam macam terjadi. dari sakit teruk sampai laa kecik. memang minggu lepas minggu ct sakit. hemm. tak tau nak cakap dah laa.

actually sebenarnya sabtu lepas ct dah sakit. sakit perut disebabkan kencing kotor. bak kata doktor..kurang minum air mineral dan lain lain air laa..heheheheh...dah laa hari sabtu ari tue panas terik yang amat. hemmm...

so...
nak dijadikan cerita.
hari ahad tue ct g laa kecemasan. pasal sakit perut yang amat sangat macam kena batu karang. sampai pembantu perubatan kena marah dengan ct. mana taknya boleh dia tanya. sakit sangat ke. agak2 laakan. ct dah nagis tahan gaban takan buat2 kot. tue ct marah dia..."Sakit laaa!!"
kan free free kena marah macam singa. hem..sape suruh buat macam tue. kan dah kena marah dengan ct. hehehhehe.

so...
kena laa tahan selama 7 jam dalam wad kecemasan. kena ambil darah , x~ray dan air kencing. cek cek semua. akhirnya penantian selama 7 jam berakhir dengan keputusan yang mengatakan. "kencing kotor je. tapi mujur datang awal. sebab kalau tak boleh kena batu karang." hehehehe. atas nasihat doktor, balik rumah ct kena makan ubat. sampai rumah beralaskan perut dengan biskut kering n air masak. ct terus makan ubat. then after that tido. rehat punya rehat....pada belah petang....badan rasa semacam. ingatkan efek ubat tue. so..biarkanlah.

dah hari ketiga.
ct rasa benda yang sama. rasa pitam , badan panas dan muntah yang teruk. asal makan mesti muntah. asal makan mesti muntah. masa tu pulak banyak iklan dimana2 pasal h1n1. tanda2 semua ada pada ct. takut yang amat.. ct ambil keputusan kalau malam karang benda yang sama terjadi. ct akan kembali ke hospital.

akhirnya...
ct pergi balik. pergi pergi balik....prosedur macam biasa kalau g bahagian kecemasa. bila time giliran ct. ct pun cek laa semua.
adoi......
sabar jelah ct rasa. sebab doktor dengan selamba boleh cakap.....
"awak ni dah salah ubat. ubat ni tak sesuai dengan badan awak. sebab kuat sangat. sebab tulah awak jadi macam tu. tapi untuk langkah berjaga2.awak kena cek darah lagi sekali."
g laa ambil darah lagi 2 botol. emmm....cek cek semua. memang dah disahkan...bebas dari penyakit berbahaya kecuali penyakit sedia ada pada diri ct. hehehehehe.

so...
untuk meredakan benda tu semua...doktor suruh masuk air sebanyak 3 botol. adoi...ada laa juga kena tahan selama 5 jam kat wad kecemasan tue. after that....doktor bagi cuti selama 3 hari. untuk memberikan rehat secukupnya. seronok seronok gak pasal cuti yang lama. tapi tak seronoknya pasal ct sakit. benci tul...hemmm.

selama seminggu ct cuti sakit dan berehat. memang tak ada apa terjadi. kecuali bila ct dah sihat dari satu penyakit tue...kena penyakit lain pulak. dari atas kepala sampai bawah tapak kaki. tapi alhamdulillah..skang ni ct dah kembali sedia kala.huhuhuhu.

hem....
tapi....selama ct mc semua benda ct dapat atasi kecuali satu perkara yang ct tewas dalam bidang pemikiran ct. betul cakap arwah mak ct. ct tak reti nak menipu dan tak reti nak simpan rahsia kecuali dah di warning awal2 benda tu RAHSIA. hemmm...

ct pun tak tau nak cakap dah. ct cuba nak melupakan hal yang berlaku 5 bulan yang lalu. tapi tak boleh...TAK BOLEH. makin ct nak lupakan..makin benda tu datang. ct pernah berdoa depan kaabah pasal hal ni. ( bukan ct doa nak lupakan hal tue...tapi doa kebaikan laa...)
akhirnya....
ct tumpas dengan memori yang lalu. ct tak boleh nak tipu diri ct dan orang lain. oleh sebab yang demikian ct buat langkah ct sendiri tanpa bertanya dengan orang lain. bagi ct...ct akan buat keadaan menjadi serabut. tapi tak tau arr..sebab ct hanya buat apa yang ct rasa...dapat membebaskan ct dari rasa sakit yang memakan diri ct sendiri.

arwah mak ct dulu selalu cakap dengan kita orang semua sal diri masing2. apa yang arwah mak ct cakap semua betul. yang pasti..apa arwah mak ct cakap semuanya betul pasal diri ct. ct memang tak boleh nak menipu. sebab bila ct menipu ct akan cakap dengan orang tue pada jangka masa yang lama atau kejap.hemmm...tengok pada keadaan. yang pasti ct tak reti nak menipu. dan...ct juga seorang yang tak reti simpan rahsia kecuali kalau ct telah diwarning. heheheheh. itulah ct yang sebenarnya. apa yang pasti..arwah mak ct juga pernah cakap. ct ni tak reti nak pentingkan diri kalau orang yang ct sayang tue sakit. biar ct yang penat dan sakit dulu. tapi asalkan ct dapat tengok orang ct sayang tue gembira. cuma bila ct tak boleh nak tanggung sakit tue baru ct akan cakap. itu apa yang pernah arwah mak ct cakap pasal diri ct sebelum ni.

bila dah besar...
baru ct sedar apa yang arwah mak ct cakapkan. betul cakap seorang ibu tue. kata kata ibu amat bermakna bila kita hayati bersama.hemmm...
ct akan tersenyum panjang bila teringatkan apa yang dikatakan oleh arwah mak ct tentang diri ct.

hemmmm...
apa yang penting. ct dalam cubaan untuk mengatasi masalah yang makin bermasalah dalam kepala. saban hari ct teringat dan cuba untuk menyelesaikkannya. cuma skang ni apa yang ct pikir. sama ada ianya sekadar ujian untuk melihat kesabaran ct atau memang perkara tue ct perlu atasinya bersama dengan seseorang.hemmm...

entah laaa...ct sendiri dalam penantian melihat akan keputusannya. sama ada baik atau sebaliknya. ct berharap...apa yang bakal ct tempuhi akan menjadikan ct lebih bersabar dan lebih bertaqwa kepada dirinya. amin.

Friday, August 7, 2009

tangisan dalam kegembiraan

emmm..
hari ni hari last ct dok sowang kat opis.
yeahhh......

akhirnya 2 minggu ditinggalkan seorang diri di opis berakhir sudeh. seronok dan gembira bila bos dah pulang dengan selamatnya dari tanah suci mekkah.

lepas ni tak ada laa ct sorang sorang buat kerja kat opis ni. emmm. walaupun orang cakap , tak ada bos seronok. tapi bagi ct sama je. ada ke tak ada ke. sama je. keja tetap menimbun. cuma laa ni kerja ct dah hampir siap.

emmmm...
selama seminggu ni juga otak ct bercelaru. dengan masalah kesihatan dan masalah mental. otak sentiasa berfikir. balik rumah borak dengan abah , tengok tv. dah tu terus tido. makan? kadang2 tu tak makan gak. entah kenapa dalam minggu ni selera makan ct berkurangan. tambahan kepala ct makin beban dengan kenangan lalu. adeh.......maybe sebab tue ct tak ada selera nak makan n otak sentiasa aktif berfikir.

entah laa...
masalah ct tak ada laa banyak sangat pun.
masalah kerja tak ada langsung. semua boleh diatasi dengan slow2.
masalah dekat rumah...emmmm...memang tak ada langsung. balik sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira. even balik rumah tue kadang2 kena masak semua. tapi tue dah tanggungjawab ct yang tinggal kat rumah tue.
masalah kesihatan..emmm..memang terganggu sikit sejak seminggu dua ni. dah sihat sakit perut...sakit pale pulak..dah sihat sakit pale..deman pulak..dah sihat demam. kaki terseliur. macam macam lagi laa.
masalah yang tak dapat diatasi dari ct balik umrah sampai skang.. emmm.. masalah "C". kalau ada yang tak paham tue. buat buat paham jelah.

tak tau laa nak cakap apa. sebab ct buat semua tu bukan untuk kebaikan ct. tapi untuk kebaikan dirinya. ct melarikan diri darinya sebab ct takut dengan keadaan dirinya. ct melarikan darinya sebab ct risau banyak perkara tentang dirinya. ct melarikan diri darinya sebab ct tak nak dia tengok dia dibebani.

susah ct nak cakap terus terang sebenarnya. kenapa ct buat semua ni. ct pun tak paham kenapa ct buat semua ni. tapi yang pasti...untuk kesenangan dirinya juga. kalau ct silap. ct mintak maaf. sebab bagi ct,ct banyak memeningkan kepala dia. sebab tue ct terpaksa lepaskan dia. lepaskan untuk kebaikan dirinya tetapi menyakiti diri ct.

emmm..
tapi apa mampu ct buat sekadar berdoa dan melihat dirinya dari jauh. even dia sakit hati kepada dirinya.

bagi dirinya..
ct ada penganti dirinya.
tetapi hakikatnya....dia bukan penganti dirinya. dia sekadar abang yang membantu adiknya. dan buat masa kini , dia telah pun mendirikan rumah tangga. ct tak pernah anggap dia lebih dari seorang abang dan kawan. dia sekadar kawan baik sahaja. bukan seperti dirinya yang ct kenali.

inilah kenyataan yang sebenar.
selama ini ct simpan untuk pengetahuan diri ct sahaja. bukan ct tak nak memberitahu perkara sebenar. tapi ini yang terbaik untuk dirinya meneruskan cita2nya dan keluarga. walau sesakit mana dia merasainya. ct lagi sakit menanggungnya.

ct lakukan semua ini bukan untuk diri ct sahaja. tetapi banyak pihak yang ct pikirkan.

oleh sebab demikian,
ct tak dapat nak pendam dan diamkan benda ni semua. sebab ct tau , ianya akan menyakiti diri ct.

orang nampak ct gembira.
orang nampak ct bahagia.
orang nampak ct ketawa.
orang nampak ct sentiasa ceria.

tapi..

orant tak nampak kesedihan diri ct
orant tak nampak merananya ct.
orang tak nampak tangisan ct.
orang tak nampak kemuraman ct.

ct sentiasa akan pastikan orang melihat senyum ct tetapi bukan tangisan ct. hanya seorang sahaja yang pernah melihat tangisan ct yang sebenar. dan dia adalah "MR.I"

thank be my good partner.

Tuesday, August 4, 2009

Lepaskan Untuk KebaikanNya

Emmm…
Minggu kesabaran ct betul skang ni. Macam macam menimpa. 2 hari kena buat kerja secara slow gila. Tak boleh nak speed. Pasal sakit perut tahap gaban. Malas nak ambil m.c so…buat laa slow2. alhamdulillah kebanyakkannya settle.

Dah settle sakit perut..
Datang pula bayang2 dahulu kala. Zaman zaman bercinta. Adoiii…nape laa bayangan dia keluar balik. Memang nak menagis pun ada. Sabar semua ada. Buat keja dah tak slow..makin pantas dan pantas. Tapi bayangan dia tetap ada. Adoi…tolong laaaa.

Benda tue ct abaikan sikit demi sikit.
Datang pula kes sahabat ni…sowang kecik hati , sowang tak nak ganggu pasal dia bz n ada masalah sendiri. Entah laaa tak paham. Malas nak cakap. Apa yang meka nak tahu. Semua dah beri tahu. Masing masing ego n tak paham sesama mereka. Adoiii.. tapi jalan mudah ct ambil. Meka nak tau kenapa. ct dah bagi tau secara terang terang. Malas nak selindung. Jenis ct…..malas nak simpan simpan. Kalau mereka nak tahu. Ct bagi tahu. Even mesti yang ada kecik hati. Tapi awal awal ct mintak maaf yek. Pasal ct tak nak nanti lain jadinya. Tapi tak laa semuanya ct cerita. Ada tue kena pandai pandai pikir laa. Tak nak nanti ada yang sakit ati n gaduh lak.

Dah settle benda tue semua..
Datang pulak satu kes. Adoi….kes air yang tetiba ada orang buat dajal menutupnya. Memang hangin la. Dah laa main paip kat bawah. So kena laa turun. Turun2…tengok ada orang tutup paip air. Tak guna betul. Sabar je lah.

Settle semua tue.
Then….perut diminta berisi. Tadi nak cepat sangat g keja n settle semua perkara di pos opis..sampai lupa nak makan. Then teringat keja yang masih menimbun di pejabat tue. Emmmm..

Settle semua semua nya…
Datang balik kenangan lampau. Adoi….sakit jiwa dibuatnya. Tah kenapa tetiba boleh menjerit “ tolong arrr keluar dari kepala aku ni.” Tapi..still dia nak singgah. Sodeh betul.
So…nak mengelakkan benda tue semua. Buat laa keja sambil baca satu satu kertas tue. Still tak boleh. Pasal kertas tu semua ada je nama dia.

Adoi…
Actually benda semua tak disangka. Walaupun singkat masa dengan dia. Tapi banyak kenangan manis kita orang rempuhi. Even kadang kadang tu sakit ati laa gak. Tapi perkara dah berlalu. Tak boleh ditarik balik. Mungkin ada hikmah kenapa berlaku semua ni.

Tapi benda ni semua walaupun ada yang mengatakan.
“tak sesuai laa dengan dia.”
“muda lagi tue..”
“tak matang sangat. Nak join benda yang tak membawa makne.”
“dah laa…ada orang lagi baik dari dia.”
Memang kita boleh terpengaruh dengan kata kata ni semua. Tapi sama ada kekuatan kita akan kekal atau pun tidak. Tapi benda ni semua tak boleh nak disalahkan orang lain. Patut disalahkan diri sendiri. Pasal benda ni semua kita yang menentukan keputusannya.

Memang kadang kadang orang cakap..
“salah mereka laa. Mereka yang menghasut.”
“mereka yang suruh buat ni semua.”
“mereka itu ini…”

Tapi hakikatnya…yang membuat keputusan adalah diri kita sendiri. Kita yang menentukan keadaan. So..kesimpulannya. benda ni tak boleh nak salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Kita yang mengukuhkan statement tue. Bukan orang lain. Jadi…jangan salahkan orang kalau apa apa yang berlaku.

Apa yang berlaku semua kesilapan ct sendiri dalam semua hal. Kalau tidak. Semua ini tak akan berlaku.

Ct mudah untuk mengaku kesalahan dan mudah untuk memaafkan orang. Tapi same time jangan memaksa ct membuat keputusan waktu ct tak tenang dan tak sihat. Memang semua keputusan akan kucar kacir. Akhirnya, ct yang sakit dan orang lain yang sakit.

Kalau nak diceritakan hal sebenar….baik berbincang secara baik after a week. Kalau tempoh sehari dua..memang payah untuk menstabilkan diri ct dengan kesihatan dan mental. It’s take a time for ct sihat n pulih sedia kala.

Hem….
Kekuatan Islamic ct belum lagi kukuh dengan sepenuhnya. Ct perlu banyak bimbingan dan tunjuk ajar. Hal kesabaran ct…ct masih belum bersabar sepenuhnya. Banyak perkara ct perlu belajar dalam diri ct.

kadang kadang tak paham dengan diri ct sebenarnya.
Dan kadang kadang ct masih mencari siapa diri sebenar walaupun sedikit sebanyak ct dah mengenali diri ct ni.

Emmm..
Ada gak terpikir…betul kata orang. Kata tue satu doa. So…dulu ct pernah cakap dgn dia.
“kita tengok sebulan macam ne. then lepas exam nanti baru betul2.” Ha!!hambik ko. Dah pun kena kat diri sendiri. Cukup sebulan , pak!!semua jadi kenyataan. Tapi untuk meneruskan lepas dia exam..tak tau arr. Kita tengok macam ne. bukan nak benda tu jadi kenyataan. Tapi hakikatnya…ct lepaskan diri dia sebab ct takut dengan keadaan dia. Takut nanti dia kantoi dengan exam. Ct tak nak push dia sangat. Asal jumpa dia , ct mesti cakap.”dapat 4 flat atau 3.5 above ok..ct terima awak. Awak kena bagi contoh terbaik untuk adik2. dan bagi mak ayah awak berbangga.”
Emm..
Tapi bila tengok setiap masa asyik sms , asyik mms , asyik tido lewat , asyik lepak time petang tangkap gambar semua. Ok…ct terpaksa buat keputusan yang akan menyakiti hati dia. Ini untuk kebaikan diri dia dan ct. ct tak nak dia hanyut dengan cinta dan mengabaikan pelajaran dia. Malah…abah ct naik risau dengan keadaan dia. Abah ct sendiri marah dengan ct pasal takut nanti dia kantoi dalam pelajaran dan tak dapat capai cita cita dia. So…let it be. Ct terpaksa lepaskan diri dia untuk kepentingan diri dia. Harapan mak ayah dia agak tinggi pada diri dia. So…ct tak nak disebabkan ct , harapan mak ayah dia musnah. Ct terpaksa lepaskan diri dia untuk kepentingan keluarga dan diri dia. Ct harap dia faham. Ini cerita sebenar disebalik kesakitan diri dia dan kesakitan diri ct sendiri. Mengorbankan sesuatu untuk kepentingan masa depan dia. Ct harap dia tak akan mengabaikan harapan mak ayah dia selepas ct lepaskan diri dia.

Ct mintak maaf dengan apa yang telah ct lakukan pada diri dia. Bukan ct buat untuk kepentingan diri ct. tapi kepentingan diri orang yang ct sayang selamanya. Ct mohon maaf dengan apa yang ct lakukan. Dan cerita yang kadang2 ct buat tue. Bukan benar. Semua rekaan semata2 untuk melupakan dirinya. Tapi ct tak mampu untuk memusnakkannya.

All d best to u my friends..what ever u thing about me. It’s up to u. tapi…semua ni untuk kebaikan semua pihak. So sorry from me. Chaiyok n all d best.