Tuesday, November 24, 2009

kenangan 2009


Hemm…
Tahun 2010 kian menghampiri diri kita. Macam macam azam baru pasti bermain dalam minda setiap orang. Macam tu dengan diri ct. Kalau setiap tahun ada sahaja azam baru yang ct hajati. Dan hampir kesemua azam ct dapat ditunaikan. Alhamdulillah. Semua berkat doa keluarga dan kesabaran dalam menempuhinya.

Macam sebelum tahun tahun ni….ct pasti memasang azam baru. Emm…untuk azam 2010 ct still berkira2 apa yang ingin ct lakukan. Even lagi beberapa bulan atau hari nak masuk tahun 2010. Tapi ct dah memasang beberapa azam. Cuma nak pilih aje. Hehehehe. Itulah ct. suka berangan dan memasang angan2. kadang2 tinggi gak angan ct ni. Sampai tak mampu nak gapai. Hehehehe…

Berbalik pada 2009. macam macam cerita ct pasang sepanjang tahun ni. Sepanjang suka sehingga duka. Tapi mejoritinya pada duka. Emmm….walaubagaimana pun. Ct tetap idup dengan ceria dan gembira. Cuma hati dan perasaan je hanya diriNYA yang tahu. Bukan ct tak nak cakap dengan family atau kawan baik ct. Tapi diriNYA lebih memahami. Sebab Dia yang menciptakan ct dan menghidupkan perasaan suka dan duka. Emmm…so….ct more bercerita yang lebih mendalam pada diri ct sambil mengadu padanya. Itulah jalan terbaik yang mampu ct buat masa kini. Hehehehehe. Tapi…..ct tak gila ek. Ni salah satu caranya menyedarkan diri siapa diri ct di muka bumi ni. Alhamdulillah…ct masih ingat siapa diri ct. Masa suka , duka dan sebagainya…..ct ingat akan siapa ct.

Sepanjang tahun 2009 ni..macam macam cerita dah ct jalani. Dari kerja , cinta , tanggungjawab sebagai anak dan sahabat dan macam macam lagi. Dan seterusnya sedikit sebanyak mendewasakan diri ct dengan pengalaman yang ada sepanjang 2009 ni. Tapi macam ct cakap… tahun 2009 ni merupakan tahun mendewasakan diri ct dengan pelbagai benda. Termasuk kerjaya ct. alhamdulillah….semakin ct di uji , semakin banyak pelajaran yang ct perolehi. Cuma ct bertambah syukur kerana ct di uji dengan berbagai bagai ujian yang mampu ct atasi. Cuma kadang kala sedikit sebanyak ct tewas. Walaupun kadang kala ct terpaksa menagis dan bersedih hati tapi ct memandangnya sebagai positif side. Alhamdulillah. Ct harap selepas ni ct more kuat dari sebelum sebelum ni.

Jom kita tengok sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku ke atas diri ct sepanjang tahun 2009.

Januari ~ ct terlibat dengan menjadi salah seorang jentera Putri Umno (K.L) di terengganu selama 2 minggu. Sepanjang 2 minggu ct berkenalan dengan seseorang dan telah menjadi teman istimewa selama 2 minggu gak. Hehehehe… bak kata orang. Cepat dapat cepat putus. Itulah kisahnya.

Febuari ~ seminggu selepas ct pulang ke kuala Lumpur selepas terlibat dengan pilihan raya di terengganu, ct terlibat dengan menjadi pemantau sementara dan m.c dalam kursus fotografi di adamson hotel, anjuran Giat mara dan dianty photo. Di sana ct berkenalan dengan seseorang dan seterusnya menjadi teman istemewa ct selepas beberapa hari putus dengan teman sebelum ini. ( macam tak serik je dak seko ni. Hahahahha )
~ selepas beberapa minggu kemudian , ct terlibat dengan menjadi salah seorang urusetia dalam expo aman palestin anjuran kelab rakan muda subang. Pergh….expo tu memang membawa macam macam kes yang hampir membawa ct dan atie ke mahkamah. Hahahaha. Tapi semuanya dapat diatasi.

Mac ~ bulan yang mengembirakan dan menyedihkan buat diri ct. kita cerita sal gembira dulu ekk.. hehehehhe. Bulan mac ct menunaikan umrah di tanah suci mekah bersama sama along dan abah. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sedih bercampur gembira sepanjang berada di sana. Secara jujurnya. Hari pertama ct di madinah. Ct memohon untuk tidak memikirkan apa2 di Malaysia. Alhamdulillah memang ct tak ingat apa pun. Kecuali doa2 yang di minta rakan2. memang sepanjang ct di sana. Ct berasa selesa dan gembira.
~ bulan ni gak…bulan menyedihkan ct. agak lama ct tidak menyanyangi seseorang dan akhirnya ct merasainya semula selepas bertemu dirinya pada bulan lepas. Dari gembira sehingga sedih ct berkongsi dengan dirinya. Ct terpaksa memutuskan hubungan dengannya kerana beberapa faktor. Antara salah satunya adalah kehidupannya akan datang. Kerana dia merupakan anak sulung lelaki dan harapan mak ayah, ct terpaksa menyakiti dirinya dan memutuskan hubungan. Kerana risau dan sebagainya ct terpaksa menyakiti diri sendiri dan dirinya. Lagi pun bak kata abah. “ biarkan dia abiskan pelajaran dulu . lagi pun dia masih ada tanggungjawab yang kena dilakukan. Jangan bebankan diri dia dengan diri kita.” Disebabkan nasihat abah. Ct terpaksa melukakan hatinya. Lagi beberapa hari ct nak berlepas ke tanah suci mekah. Ct terpaksa meninggalkan dirinya. Tapi secara jujur , sepanjang ct di sana. Ct tak pernah lupa mendoakan dirinya dan kejayaannya.
~ selepas beberapa hari ct pulang ke tanah air. Ct terlibat dengan menjadi jentera sementara di kedah. Pilihan raya disana. Alhamdulillah.. segala2nya selamat.

April ~ bulan april tak ada ape pun yang berlaku. Kecuali ct agak sibuk dengan aktiviti rakan muda dan proses mencari kerja.

Mei ~ kenangan lalu terimbau kembali. Ct cuba untuk berbaik semua dengan dirinya. Tapi usaha ct gagal. Ayat yang menyakiti hati ct yang diperolehi. “ siapa kau…aku tak kenal. Bla laa ko dari idup aku. Aku dah ada awek baru. “ pergh!!! Memang sakit betul. Tapi ct cuba kuatkan semangat. Tak pe.. ct tak kisah. Sebab ct tau , dia sakit dengan apa yang telah ct lakukan. Bulan mei juga merupakan hari kelahiran ct. Tahun 2009 ni gak birthday ct tak ada orang wish kecuali adik angkat,atie,shaz,zura,adib dan azira. Family ct just ateh je. Maybe sebab kerja..ramai terlupa. Lagi pun tahun2 sebelumnya ct selalu remind family ct. Tahun ni je ct tak remind. Sedih gak arr… tapi buat du no je arr… ape ada dengan birth wish. Just macam tahun2 sebelumnnya.
~ Bulan ni gak , ct dapat berita yang menyedihkan. Abah disahkan menghidap cancer kelenjar limpa atau lebih dikenali sebagai limfoma. Agak agak 3 minggu gak abah masuk wad. Dan pada waktu yang sama , ct menemani abah disana. Sepanjang 3 minggu abah masuk wad.


Jun ~ ct dapat tawaran belajar grafik selama 5 bulan. Pergh…memang syok. Ambil kesempatan untuk menyambungnya. Even sijil tapi bagus gak. Sepanjang ct belajar grafik , ramai ct jumpa. Still contact lagi dengan mereka sampai skang. Malah salah seorangnya dah jadi sebahagian bisness partner ct. masa ct belajar grafik…banyak hal hal lalu ct lupakan. Kecuali mengerjakan umrah ct still tak boleh lupa. Hehehehe. Akhir bulan jun ct dapat tawaran berkerja dengan cikgu foto ct di akedeminya as pengurus. Alhamdulillah. Memang ct gembira.

Julai ~ ct memulakan kerja di akedemi foto milik cikgu yang pernah mengajar ct. dengan kerjasama dia , ct membantu setupkan opis dia. Seminggu 2 selepas ct memulakan tugasan di akedemi , cikgu a.k.a bos ct bertolak mengerjakan umrah. Masa ditinggalkan berseorangan , ct telah memulakan kerja dengan menyetupkan opis dan membuat pelbagai promosi diluar. Kalau rasa rasa bosan dok sowang kat opis n tak ada kerja. Ct kuar opis. Buat promosi. Heheheehehe.

Ogos ~ ct dapat berita dari bisness partner ct a.k.a kawan bek ct atie…dia bakal bertunang dengan orang yang sebelum ni dia tak suka. Lawak arr kawan sowang tu. Sebelum ct mengerjakan umrah. C lelaki ni cakap…doakan yang terbaik untuk atie. Kalau dia jodoh saya…adalah nanti. Yang pasti doakan yang terbaik untuk dirinya. Itu yang saya nak. Yang c atie lak. Ko doakan jodoh aku yang hensem , ada iman , boleh tanggung aku. Kalau boleh jangan laa dengan c dia. Hahahahah… yang pasti…ct tak accept apa atie nak. Yang ct tau….ct doa yang terbaik untuk jodoh dirinya. Hahaha. Akhirnya…orang yang dia tak nak tue laa….bakal laki dia. Hehehehe..

September ~ bulan ni abah dah mula on off masuk wad di ampang. Bulan ni gak puasa dah bermula. Memang cakap betul…puasa kali ni memang tak best. Sal buka puasa dan sahur seorang diri. Sal kesihatan abah sedikit terganggu dan doctor tak benarkan abah berpuasa. Emmm..

October ~ raya dan raya…..tahun ni semua adik beradik berkumpul. Best best best. Memang best raya tahun ni. Tapi sebentar je arr. Malam tu abah dikejarkan ke hospital. Kerana darah merah abah kurang. Dan selama 2 minggu abah ditahan di wad. Memang raya dan puasa tahun ni di hospital. Kalau sebelum ni sah sah sanak saudara datang raya kat umah. Kali ni buat julung julung kalinya beraya di wad. Huhuhuhuh. Best gak…sebab dapat raya dengan doc n nurs. Dapat pengalaman gak laaa beraya kat wad. Even bukan ct yang sakit…tapi kalau dah menemani abah kadang kala. Kira dah merasainya laa. Heheheheeh. Segala open house semua kena tolak n tak p sangat.
~ bulan ni gak…atie tunang. Ok laa…semuanya tak ada masalah. Lepas atie tunang , dapat tau lak….kawan ct yang membantu tangkap gambar atie sakit tulang belakang. Ape tah nama penyakit tue. Lupa lak… yang pasti tulang dia dah berbentuk s. skang tak tau ape cerita. Hahahahaha.. sal ct majuk dengan dia. Tue arr..babitkan ct dengan kes dia n x dia. Hahahahaha…
~ akhir bulan ni gak….ct gembira sangat sangat. Sebab ct jumpa lek kawan2 sekolah rendah. Dari kawan2 yang ct tercari2 sebelum ni sampai laa tak mencari. Hampir 90% ct jumpa. Memang syok arr. Gembira n terimbau kembali kenangan lalu.
November ~ awal bulan ct buat open table. Jumpa laa lek beberapa kawan lama sewaktu di sekolah rendah dulu. Pergh…memang gembira sangat.
~ bulan ni memang bulan cabaran sedikit. Dimana sekali lagi abah dimasukkan ke dalam wad. Emmmm.. kalau abah dah masuk wad , memang tak best. Sebab rumah kosong dan ct akan makan sowang2. emmm…. Mujurlah kat hospital tu boleh dok temankan abah. Tak adalah ct nak kena ulang alik umah n tido sowang sowang kat umah. Kecuali hari minggu ct kena balik rumah untuk mengambil baju dan mengemas rumah. Heheheheheeh.
~ macam ct cakap..bulan ni memang bulan cabaran ct. bulan ni gak…peristiwa yang tak diingini berlaku. Tercetusnya perselisihan faham antara ct dgn bos. Huhuhuh. Memang tak best arr bila perkara ni berlaku. So…ct ambil keputusan untuk meletak jawatan. Salah satu sebabnya pun , kerana faktor kesihatan abah yang memerlukan orang sentiasa berada di rumah dan melihat abah. So….tak salah rasanya ct berhenti. Melakukan satu pergorbanan yang agak besar dan berisiko tinggi. Hehehehehe. Tapi , macam orang cakap…if kita betul ada rezeki yang bakal membantu. Alhamdulillah. Selepas ct berhenti kerja…… banyak job foto ct terima. So bermakna kerja ct hanya akan berlaku di luar rumah sekitar hari sabtu n ahad. Ct tak risau mana pun laa. Sebab isnin – jumaat ct akan berkerja di rumah. Jika itu adalah perkerjaan yang betul2 sesuai dengan diri ct dan keluarga ct harap ada laa rezekinya.

Disember ~ walaupun belum masuk bulan ni.. tapi buat masa ni jadual sabtu ahad ct agak pack juga. 19 ,20 dan 26 ct telah di cop oleh atie untuk majlis kawinnya. So nak tak nak ct kena ambil gak. Lagi pun nak cari duit kan. So….jangan nak berkira sangat laa. Heheheheheh…. Bulan disember ni ct tak tau ape pulak yang bakal berlaku. Kita tengok macam ne. yang ct tau….tarikh yang ct bagi kat atas tue memang telah di cop oleh atie. Heheheeehehhehehe.

Emmmm…
Itulah antara peristiwa yang berlaku keatas diri ct. skang apa yang ct cari adalah kerjaya ct. sal cinta n jodoh belum terpikir lagi. Selepas apa yang telah berlaku , ct dah malas nak pikir sangat sal hal hal ni. Takat suka sesaja tua banyak laa. Tapi untuk serius. Nanti nantilah dulu. Ct tak nak pikir lagi. Yang pasti target ct skang ni untuk memajukan bisness foto telah dirancangkan tahun lepas. Hope tahun depan boleh dijalankan dengan sebaik mungkin. Langkah awal budak kecik dah pun bermula di kuala kangsar. Hope lepas ni adalah job yang dapat diteruskan dengan sebaik mungkin.

Apa apa pun…. Tahun ni telah membuatkan diri ct menjadi dewasa sedikit. Even sikit tapi ct harap dapatlah ct melakukan sedikit perubahan dalam tindak tanduk yang dilakukan oleh diri sendiri selepas ni. Dengan apa yang terjadi ct harap ct lebih bersemangat dalam mencorakkan rentak hidup ct selepas ni dengan baik. Ct tak akan jadi orang lain selepas ini. Ct yang penuh dengan gelak tawa , riang dan suka menyakat kawan2 akan terus ada. Ct tak nak jadi orang lain dan ct cuba untuk tidak dipijak sekali lagi. Cuma target ct untuk azam tahun depan masih lagi dalam pengiraan. Apa yang penting buat masa ni… ct harap ct dapat capai cita cita ct untuk jadi seorang jurugambar yang diingini. Ct pegang apa yang dikatakan oleh cikgu ct sampai skang. Dan ct ingin buktikan apa yang dipandang sebelum ini boleh ditepis. Ct ambil apa yang dikatakan dan ct still hormat akan dirinya sehingga kini. Walau apa yang ingin di pandang oleh pihaknya. insyaALLAH ct tak akan mengaku kalah dan cuba untuk buktikan ct juga boleh menjadi seperti orang lain.

Apa yang orang cakap , ct ambil sebagai motivasi diri dan cuba untuk berfikiran positif. Dengan kata katanya ct cuba untuk menaikkan diri ct. apa yang penting skang ni. ct tak memandang negetif pada diri sendiri. Even ct ada penyakit yang agak menakutkan seluruh dunia iaitu diabetis type 1, Tapi ct ambilnya sebagai satu motivasi dan semangat menampilakan diri ct yang berpenyakit mampu untuk mencapai cita cita yang diingini dari kecik. insyaALLAH. Itulah antara kisah ct pada tahun ini. Diharap kisah ct pada tahun hadapan akan lebih best dan gembira berbanding tahun ni.

Hoyey!!!!!!! Hahahhahahahaha…

No comments: