Thursday, November 26, 2009

Langkah Awal


Emmm..
Terlebih dahulu ct amat bersyukur kerana cita cita ct dan atie bakal termakbul. Hope segala galanya dapat dijalankan dengan baik.

Pada tarikh 24 november 2009 , bertempat di station 1 kota damansara. Satu perjumpaan dan seterusnya sedikit perbincangan telah dilakukan untuk penubuhan budakecik studio. Alhamdulillah ct dan atie menerima seorang rakan baru dalam budakecik. Fazli atau lebih dikenali sebagai ‘abang’ telah menyertai kami dalam penubuhan budakecik studio. Kami gembira dan berbesar hati kerana abang menyertai budakecik studio. Pada waktu yang sama juga , kami menukarkan nama syarikat kami. Yang mana dahulu kami memberikan nama ‘budakecik photo’ dan kini ianya telah bergelar ‘budakecik studio’.

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nama ni n blog telah dijalankan. Tapi Cuma masa tue ct dengan atie tak serius dan ahli yang ketiga sering kali bertukar.( even 2 kali pun…penat gak tau.) hehehehehe. So..harapan kami pada kali ke 3 ni tak ada penukaran langsung. Kali ni kami telah berazam tidak akan memandang remeh terhadap budakecik lagi. Kali ni kami nak budakecik dapat dijalankan seperti yang diangankan.

Dengan langkah permulaan , budakecik telah menapak di negeri perak. Bandar diraja yang digelar kuala kangsara , kami telah memulakan kerja dan menempah nama disana. Diharap dengan langkah awal ini dapat menaikkan budakecik. Pada waktu yang sama juga… sedikit sebanyak kami telah memasuki ke pasaran koprat. Bukan sahaja majlis perkahwinan kami mengambil , malahan kami juga mengambil gambar bagi syarikat , restoran , dan berkemungkinan besar kami akan cuba untuk memasuki ke sekolah pulak. Itulah impian kami untuk menempatkan nama budakecik. Lagi pun….kebanyakkannya pelanggan kami agak berpuas hati dengan hasil kerja yang dijalankan. Cuma sedikit kejutan dari pihak mereka kerana kami memberikan khidmat dan kadar bayaran yang berpatutan.

Kerana minat yang mendalam dalam bidang ini. Kami seronok dan gembira dengan apa yang dilakukan. Dalam setiap perniagaan semua orang akan memikirkan keuntungan yang besar. Begitu juga dengan kami. Tapi yang lebih penting dan bermakna bagi diri kami. Bukan keuntungan yang besar , tapi kepuasan dan kegembiraan pelanggan kami dahulukan. Tipu jika ct katakana yang kami tidak mementingkan kewangan. Kami mementingkan kewangan dan keuntungan. Tapi apa yang lebih penting buat masa kini kami mahu menempah nama dahulu dan mendapatkan kepuasan setiap pelanggan.

Setiap dari kami ada kekuatan dan kelemahan masing masing. Macam atie dia more pada wedding , editing n editing black n white. Bagi ct pula more pada gambar bangunan , aktiviti luar , simple editing n editing berwarna. Bagi abang pula dia macam atie juga , tapi dia agak mahir dari segi bisness. Disebabkan dia ada pengalaman berkerja dengan kedai foto selama 3 tahun ( kalau tak salah laaa ). So….kami membuat sedikit sebanyak rujukkan bisness dengan dirinya.

Ct harap pada tahun 2010 dapat memberikan satu makna buat perniagaan kami yang bakal menempah nama di sekitar lembah kelang dan seterusnya di luar dari kawasan lembah kelang.

Ct , Atie dan Abang telah mengambil beberapa pengajaran dalam hidup sepanjang 2009 ini dan cuba untuk mencorakkan budakecik dengan sebaik mungkin. Biar dipandang simple tetapi menarik. Itu yang diharapan pada langkah awal kami.

No comments: