Wednesday, February 22, 2012

urus wang..urus hutang..


emmm..satu tajuk dimana ct membaca akhbar utusan malaysia bertarikh 23 feb 2012. keseluruhan artikel meminati diri ct untuk membaca dan berkongsi dengan kawan kawan diluar. emmmm...

bila berbicara mengenai kekayaan duniawi, peristiwa yang menimpa Qarum dan harta kekayaannya wajar dijadikan iktibar bagi setiap umat islam termasuk diri ct dan pasangan.

seandainya kita mempraktikan pesanan ibnu umar : " berkerjalah untuk duniamu seolah olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya,dan berkerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." kata kata ini selalu tertanam pada diri ct untuk memperbetulkan kesilapan dan dosa ct pada masa lepas atau akan datang. alhamdulillah...ct masih dijalan yang lurus. dan ct berharap agar ianya berterusan sampai akhir hayat ct.

mak abah kita atau orang lebih tua sentiasa berpesan kepada kita sewaktu kita kecil sehingga dewasa dan sehingga kita berumah tangga. " menabung sebahagian jumlah duit belanje atau duit pinjaman pengajaian atau pun duit gaji..dengan harapan ia boleh digunakan apabila ditimpa kesesakan atau untuk tujuan yang bermanfaat." Pesanan ini jugalah dititipkan kepada anak anak dan generasi hadapan.

kalau difikirkan dan direnungkan...kehidupan kita dari lahir sehinggalah dikebumikan, semuanya berkehendaki kepada wang atau duit.

Amat penting untuk kita memiliki perancangan kewangan yang baik, berbelanja dengan bijak dan berhemah agar ia menjamin kestabilan dalam mengharungi kehidupan seharian yang tidak pernah lekang dengan pelbagai pancaroba, khasnya yang berkaitan dengan kedudukan ekonomi.

Islam memberikan garis panduan yang jelas mengenai bagaimana seharusnya menguruskan wang. ia sebagai dijelaskan dalam firman allah SWT yang bermaksud : janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang yang bermegah (al-Qasar: 76).

Pada surah yang sama ayat 79 hingga 80 bermaksud : kemudian qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasan. (Pada saat itu) berkatalah orang orang yang semata mata ingin kesenangan kehidupan dunia : " alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti didapati oleh Qarun! sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik." Dan berkata pula orang orang yang diberi ilmu (diantara mereka): janganlah kamu berkata demikian, pahala dari ALLAH lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh.

Kemahiran menguruskan kewangan bagi ct tak susah mana. Cuma untuk kita mendisplinkan diri tu agak sukar. sebenarnya kalau diikutkan pada setiap bulan kita dah buat pengurusan awal. tapi...bila dah ada duit atas tangan. lain jadinya. jadi bagi ct untuk keselamatan awal..better kalau kita keluarkan sebahagian duit yang kita nak simpan,disimpankan dalam ASB atau simpanan yang kurang kita keluarkan. tapi bak kata orang...ikut hati dan ikut kehendak masing masing.

kalau ikutkan kemahiran kewangan ni merupakan salah satu kemahiran wajib untuk kita fahami dan amat penting. Dengan ilmu berkenaan, ia membolehkan seseorang itu mengoptimumkan pendapatan bagi tujuan tabungan serta memenuhi keperluan hidup.

Tanpa kemahiran tersebut, ramai yang merasakan pendapatan bulanan mereka tidak mencukupi, lebih menyedihkan ada yang tertunggu tunggu hari gaji dan meminjam sana sini sementara menunggu cukup bulan. Dan bila cukup bulan..gaji kita perlu dibayar pinjaman yang telah dibuat. macam mana kita nak hidup kalau gaji yang ditunggu kena membayar hutang yang dipinjam. itu kalau mana yang reti membayar balik. kalau tak reti..semakin lama semakin banyak. bila akhirnya ape akan berlaku? siapa susah? bukan diri sendiri?

bagi ct semuanya boleh diselesaikan kalau kita tidak terlalu boros dan mengikut hawa nafsu. sebab hawa nafsu ni menyebabkan kita menjadi kesusahan dimasa akan datang.

jadi mari kita renungkan bersama sama. insyaALLAH segala masalah boleh diatas. kita belum terlambat untuk mengaturkan kembali kewangan kita..kalau benar benar kita boleh mendisplinkan diri. cuma perlu diingat..duit yang kita perolehi perlulah lihat datangnya dari mana. kalau usaha kita dan niat kita untuk mendapatkan duit tersebut untuk kebaikan..maka kita tidak akan hadapi kesulitan.

jom sama sama kita renungkan dan pratiktikan dimasa akan datang.

islam juga mengajar kita mencari punca rezeki ditempat yang baik dan sebagainya, ini akan dapat dilihat dan diredhai olehNYA. maka dengan itu, duit yang kita perolehi akan nampak kemana ianya pergi. insyaALLAH.

No comments: