Tuesday, August 19, 2008

KEKAL - menang tempat pertama masa form 5

hampir 2 tahun balqis meninggalkan alam persekolahannya. dengan keputusan cemerlang dalam sijil pelajaran malaysia(SPM). balqis meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.balqis mengambil jurusan seni muzik di universiti malaysia sabah.
semenjak balqis melanjutkan pelajarannya disabah dia tidak langsung menghubungi rakan-rakanya sewaktu di alam persekolahan.kadang kala balqis merasa begitu rindu akan rakan-rakan dan guru-guru yang mengajarnya sewaktu dia bersekolah dahulu. namun, kadang-kadang balqis gembira kerana dapat mengaut ilmu dinegeri orang. sewaktu balqis memandang ke arah tingkap, dia terkenangkan saat mula-mula menjejakkan kaki di universiti malaysia sabah.

"NUR ALIA BALQIS!" Jerit salah seorang senior memanggil namanya pada hari pendaftaran pertama pelajar tahun satu bagi jurusan seni muzik.
balgiq yang berdiri berhampiran tempat pendaftaran terus menyahut dengan lembut. "Saya.." tanpa membuang masa, balqis terus mendaftarkan diri dibahagian pendaftaran pelajar tahun satu jurusan yang diambilnya. setelah semuanya selesai, balgis terus mengambil kunci biliknya yang bernombor 4518.

balqis terus beredar dari dewan pendaftaran untuk mencari bilik asramanya. setibanya di bilik yang diberikan, balqis mula mengemas barang-barangnya untuk dimasukkan ke dalam almari. hampir setengah jam balqis mengemas almari dan tempat tidurnya. sebelum balqis beredar dari dewan pendaftaran, seniornya telah mengarahkan satu jam dari sekarang untuk bersiap sedia turun dari asrama bagi sesi suai kenal. tanpa disedari olehnya, masa hanya tinggal 15 minit lagi bagi sesi suai kenal bermula. balgiq tergesa-gesa menyiapkan kerjanya dan berlari ke arah dewan pendaftaran. sewaktu sesi suai kenal berlaku, balqis sering menjadi tumpuan senior-senior lelaki. dengan wajah yang putih gebu,tenang,bertudung wardina dan lembut membuatkan ramai senior - senior lelaki terpikat ke atas dirinya.walaupn menjadi tumpuan ramai orang, dia tidak pernah bangga dan sombong akan kecantikkannya.

dalam diam-diam,seorang senior bernama hafizi meminati dirinya. sehingga menghantar bermacam-macam hadiah kepada dirinya dengan tanpa meletakkan nama pengirim. hafizi akui, gadis yang telah berjaya menambat hatinya itu memang menarik,cantik serta bersopan santun. sehinggalah pada satu hari hafizi mengajak balqis untuk bertemu dikantin asrama.

"assalamuaalaikum." balqis menegur haifizi dengan mendahului salam.
"waalaikumsalam." jawab hafizi sambil tersenyum.
"ada apa senior fizi panggil qis ke sini?" tanya balqis.
"yang sebenarnya......"
"ok..yang sebenarnya apa?"
"yang sebenarnya..sayalah pengirim hadiah-hadiah yang awak terima selama ini. saya dah lama perhatikan awak dan meminati diri awak. dan kalau boleh...awak jangan panggil saya senior. panggil abg fizi cukup la." kata-kata hafizi telah memeranjatkan diri balqis. sungguh balqis tidak menyangka, rupa-rupanya pengirim hadiah yang diterima adalah hafizi. seniornya yang selama ini pendiam dan tidak banyak bergaul dengan orang lain.

mula dari hari tersebut, balqis telah menerima hafizi sebagai teman lelakinya. ramai senior lelaki cemburu akan diri hafizi yang dapat menawan hati balqis. setahu mereka , hafizi adalah seorang senior yang pendiam dan tidak banyak bergaul dengan ramai orang di unviersiti tersebut. tambahan hafizi seorang yang kuat perahsianya. dengan sekelip mata sahaja mereka melihat perubahan hafizi yang mempunyai teman wanita secara mendadak dan teman wanitanya pula merupakan perhatian setiap lelaki di universiti berkenaan.

nyatalah setelah hafizi bersama dengan balqis beberapa perubahan aneh telah menggemparkan suasana di kampus. kalau dahulu hafizi yang dikenali sebagai seorang yang pendiam dan kini. segalanya berubah setelah bersama dengan balqis. hampir tidak percaya selurus kampus akan perubaha diri hafizi.

setelah hampir setengah tahun, universiti malaysia sabah gempar dengan berita pertunangan diantara hafizi dan balqis. apabila berita tersebut disebarkan di seluruh kampus, ada diantara pelajar-pelajar gembira mendengar berita tersebut dan ada dianataranya pula cembur akan haifizi yang dapat menawan hati balqis yang rupawan dan sopan santun. pertunangan diantara hafizi dan balqis masih unggul utuh dan teguh walaupun ada sesetengah pihak cuba untuk memutuskannya.

entah berapa lama balqis mengadap ke arah tingkap yang terbuka luas, memerhatikan keindahan alam semula jadi. dan dalam jangka waktu sesingkat itu, berbagai-bagai peristiwa yang berlaku, termasuklah hubungnnya dengan hafizi. tetapi segalanya berjalan seperti biasa. hubungannya dengan hafizi masih kekal sehingga ke saat ini.

segalanya terhenti apabila loceng jam berbunyit menunjukkan sudah pukul 5.30 petang. segera balqis mengambil wuduq dan menunaikan solat asar. habis sahaja bersolat,balqis memanjatkan doa kepada ilahi,agar hubungannya dan hafizi dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat.

No comments: