Saturday, August 30, 2008

SaYaNg?

emmm...
sayang?
emmm...
mudah untuk berkata...
mudah untuk disebut...
mudah untuk ucapkan.

tapi...
susah untuk tunjukkan..
susah untuk dihuraikan..
susah untuk dimengertikan.

kenapa.....
entah laaa...
terpulang pada individu masing-masing. kadang kala ianya mudah untuk ditunjukkan dan dimengertikan..
tetapi ianya tetap susah untuk dihuraikan.

kita selalu mudah untuk menyanyangi orang...
tetapi susah untuk kita kekalkannya.

kadang kala...sayang akan terjadinya bila seseorang itu memiliki segala-galanya.
kadang kala...sayang juga akan terjadi apabila kita benar benar ingin menjaganya.
tapi...
kadang kala...mereka tak mengerti.
kadang kala..mereka menganggap ianya hanya satu gurauan dan sementara saja.

emmm....
susah nak katakan.
tapi...itulah hakikatnya.

mereka...
kadang kala mengerti..
kadang kala buat-buat tidak mengerti..
kadang kala langsung tak mengerti.

kita...
bersusah payah untuk menujukkannya..
bersusah payah untuk meminta supaya dimengertikan.
bersusah payah untuk segala-galanya.

tapi...
hakikatnya...
itulah yang dikatakan sayang.

hanya orang faham saja akan mengerti...
dan hanya yang mengerti akan tahu apa itu sebenarnya erti kasih sayang yang dimaksudkan.

apa yang penting..
bila kita sudah menyayangi orang itu...
kita tidak akan kisah akan wajah mereka, kekayaan mereka, harta benda mereka,perwatakan mereka dan sebagainya.

yang kita tahu...
kita sayang mereka,kita care mereka,kita cuba untuk memahami mereka lebih dari kita memahami diri sendiri,kita lebih risaukan mereka berbanding diri kita sendiri,kita memikirkan kebahagian mereka lebih dari diri kita sendiri.

tapi...
semua ini kita tidak tunjukkan...
semua ini kita hanya mendiamkannya..
semua ini hanya dalam pemikiran diri kita sendiri.
walaupun kita telah berterus terang dengan individu tersebut.

hemmm....
mudah untuk berkata-kata dalam penulisan...
mudah untuk berkata-kata dalam hati..
mudah untuk berkata-kata dengan kawan2 yang lain.

tapi....
susah untuk berkata-kata bila berhadapan..
susah untuk menerangkan bila mereka menanyakannya..
susah untuk memulakan dulu.

apa yang harus dilakukan?
hanya boleh berkata-kata dalam hati.
hanya boleh berdoa kepadaNYA.
hanya boleh menceritakan kepada kawan..walaupun bukan secara keseluruhannya.
kerana....hanya diri kita dan diriNYA sahaja yang tahu akan apa yang dirasai.

hanya kesabaran dan kekuatan diri saja yang mampu untuk berhadapan dengan erti ini.

alangkah seronoknya....
bila mereka memahami apa yang kita rasai.
bila mereka dapat menerima apa yang kita buat selama ini.
bila mereka tahu kita benar-benar menyayangi diri mereka.

untuk...
menyayangi seseorang itu dengan lebih lama...
susah untuk kita kekalkan..
susah untuk kita tanamkan..
dan susah untuk kita hayati.

yang kita tahu...
bila kita dah jumpa dengan mr/mrs perfect..
bila kita dah jumpa dengan orang yang boleh menanggung diri kita..
bila kita dah jumpa dengan si dia yang hensem/cute.

tapi...
kita tak sedar...
semua ini hanyalah mainan dunia semata-mata.

apa yang penting masa kini..
kita kena sedar...
bahawa kita sayang orang itu adalah untuk selama-lamanya.

sayang bukan satu perkataan yang main-main untuk diungkapkan.
sayang adalah satu ungkap yang boleh membuatkan seseorang gembira dan sedih.
itulah dia sayang.

No comments: