Thursday, November 26, 2009

Tempat Tinggi







Hem…..
Setiap kali ct bersedih hati….ct akan cari port yang tinggi. Kalau dulu ct pernah duduk diatas bukit dengan seorang teman. Sambil menagis dan meluahkan apa yang ct rasai. Skang ct tak boleh nak buat macam tue lagi. Emmm…

Memang port ct tempat yang tinggi dan boleh melihat alam sekeliling serta gelagat orang. Kat sana ct akan merenung masa lalu ct dan memikirkan apa yang patut. Tapi secara faktar ct lebih selesa berada di tempat yang tinggi berseorangan pada masa kini. Untuk membiarkan segala yang terpendam di perasaan ct keluarkan. Tapi kadang kala ianya tak membantu. Sebab kenangan lalu sukar untuk ct lupakan.

Kalau dulu port ct suka duduk di kaki bukit dan di taman botani. Sambil jogging sambil mendengar redio sambil meluahkan perasaan didalam hati. Perasaan takut dan gementar apabila berada ditempat tinggi kurang sedikit. Kerana pada waktu tu ct more pada layanan perasaan. Ct tak tau nak mengadu pada siapa dah. Sebab tak semua orang faham akan perasaan ct dan tak semua orang tak ada masalah. So…..ct suka duduk di tempat yang tinggi dan melayan perasaan sowang diri.

Skang port utama ct adalah di rumah. Dekat atas bumbung berhampiran dengan tempat sidai baju. Itu adalah port ct skang. Di atas bumbung tue ct melihat pemandangan dan memandang apa yang telah ct lakukan. Apa yang pasti….ct memang suka duduk kat tempat yang tinggi. Kalau nak rasa nyaman. Ct suka ambil port di taman botani. Sambil berjalan jalan sendirian dan memilih tempat yang boleh ct lepak n memandang apa yang telah dilakukan oleh ct. emmm..

Kalau pada orang yang ada mak….semua akan berkongsi apa yang patut. Tak pada ct. memang akak akak ct pernah cakap.. rasa nak kongsi cerita dengan mak mertua mereka , mereka bagi. Tapi bagi ct…ibu sendiri dan ibu mertua akak akak ct lain. macam tu dengan abang. Ct kurang gemar untuk berkongsi cerita yang selalu orang kongsikan bersama ibu ibu mereka. Ct lebih gemar menceritakan pada diriNYA. Biar ct tak dapat melihat dan mendengar. Tapi ct yakin Dia mendengar lagi memahami. Mungkin sebab tu kadang kala ct terpikir dan terasa untuk melakukan tindakan yang kadang kala ct sendiri tak sedari. Kalau sesuatu perkara tersebut baik untuk orang lain atau diri ct ianya datang dari diriNYA. Kalau sesuatu perkara tersebut tidak mendatangkan kebaikan mungkin ianya daripada pemikiran ct yang kurang waras.

Memang skang ni ct dah jarang nak lepak luar dan lepak bersahaja. Skang ni more pada kerja dan lepak bersahaja akan berlaku hanya sebentar sahaja. Bak kata orang ambil kesempatan yang ada. Hehehehehe. Tapi yang pasti…skang ni ct suka lepak di atas rumah berbanding di luar. Di atas bumbung tu laa tempat ct menyendiri dan meluahkan perasaan seorang diri. Bagi ct ianya memadai untuk buat masa kini.


Apa yang boleh ct katakan skang…kalau rasa rasa nak cari ct. cari laa tempat yang tinggi dan tidak jauh dari rumah. Kalau jauh pun…just kat hospital ampang. Sebab abah selalu on off masuk wad kat sana. So…tempat paling ct gemar lepak buat masa skang ni hanya di bumbung rumah , botani , frim dan hospital ampang. Tempat lain tue kurang sedikit. Tapi tempat lepak last ct dengan c dia kadang kala ct singgah. Itu pun bila ct terasa nak g. hemmm..

Apa yang pasti…ct tak lari kemana pun. Mana ct lari…kat situ ct akan berbalik. Even kenangan lalu tak dapat dilupakan. Emmmmm………

No comments: