Saturday, January 22, 2011

Bermulanya detik yang.......

hey blog...
lama gak tak menulis blog ni. rindu dan rasa bermacam macam story nak cerita. tapi tak tau mana nak mula. emmmm...

alhamdulillah...
hubungan aku kali ni masih utuh dan kuat. genap 40 hari ct bercinta dgn amir.

amir idzuan...
satu nama dimana dahulu kalanya dia merupakan kawan yang sering diejek dan dibuli oleh diri ct. dalam diam rupanya.....hati kami telah pun bersatu. cuma tuan empunya diri jek tak sedar2. yang sedar bila time nak mengejek dan membuli. itulah yang dirasai oleh diri masing2. sehinggalah satu tahap dimana amir membantu ct dalam keadaan yang amat kritikal ketika itu. membuatkan ct lebih terpegun dgn sikapnya.

bak kata orang....
" jangan dok perli n buli sangat....last2 kang...itu ko punya jap lagi." itulah ayat yang dahulunya ct memangkah. TAK ADA MAKNENYA....tak pernah dek buat orang arr. ayat jek tue. takan jadi laa... dan akhirnya...kata2 yang ct tak percaya sebenarnya itulah yang terjadi. emmm..

bila mengingatkan kembali akan hal kami...ct akan tergelak sendirian. sebab dgn apa cara pun...ct tak pernah menyangka benda ni akan terjadi secara betul.

amir pernah cakap dekat ct...cuba tanpar saya. macam mimpi pun ada...ct pun terpikir benda sama. tapi bila dipikir n dilihat balik. semua ni bukan mimpi.

alhamdulillah....
buat masa ni penerimaan keluarga terhadap kami berdua masih bagus. cuma orang cakap....ct perlu belajar menjadi lebih dewasa dan matang dari segi percakapan dan pergaulan.

dalam tempoh 40 hari ni....
macam macam berlaku. ct sendiri tertewas pada hari ke 39. sebab ct ditimpa pelbagai musibah dan ujian yang agak dasyat. dengan keadaan ct yang kurang sihat dan agak bler.. ct ditimpa pula dengan masalah customer dan kerja. itu yang orang cakap..ada masalah syer bersama. tapi disebabkan ct tak nak amir terbeban dgn pelajaran dia....ct mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. sehinggakan ct menagis dan tidak dapat mengawal ape yang berlaku. akhirnya ct tewas dan amir ketahui semuanya.

pada awalnya...amir agak kecewa dgn sikap ct.
sebab nak atasi masalah seorang diri. tapi bila dia memikirkan balik...dia tau kenapa ct buat semua tu. memang secara seriusnya...ct tak nak membebankan masalah ct dgn dirinya. bagi ct....sukar untuk diri dia nak handel akan masalah yang dihadapi. sedangkan ct yang dah berkerja ni tak punyai ape2 yang nak difikirkan. inikan diri dia. ct hargai sangat2 bila dia sudi membantu dan berkongsi semuanya.

dalam tempoh 40 hari kami declare...
ada saja ujian yang melanda. tapi paling dasyat bila ct sendiri tidak mampu untuk mengawal keadaan seperti hari ke 39. mungkin ini ujian allah kepada hambanya. untuk melihat kemampuan dan kesabaran diri ct dalam menghadapi ujiannya. memang ct insan yang tidak dapat menempuhnya secara seorangan. ct perlukan seseorang yang boleh membantu dan melegakkan. alhamdulillah....amir ada sewaktu ct memerlukan. ct hargai sangat dgn apa amir lakukan. thank awak...

ct berharap bermulanya detik yang berlaku...semuanya membawa pengajaran kepada ct dan amri dalam menempuh onak duri perhubungan. macam pernah ct cakap...masa kita tidak ada siapa siapa..memang tiada pun. tapi bila kita dah ada seseorang disebelah kita. ada pulak orang nak hampiri diri kita.

ini terjadi pada diri ct dan amir.
bila kami dah ada antara satu sama lain....secara automatik....ada pulak yang cuba mendekati kami. kadang2 jeles antara kami agak ketara nampaknye. terutama ct. sian amir kadang kadang. tak pasal2 nengok muka ct monyok. tapi macam tu juga dengan amir.

pernah satu ketika....
amir mendengar perbualan ct dengan seseorang. ct agak risau bila memikirkan hal ni. tapi alhamdulillah....mungkin ini antara ujian yang dihadapi. ct dapat atasinya secara baik dan amir boleh menerimanya sebaik mungkin lepas mendengar akan ape yang diperjawabkan oleh diri ct.

macam ct pernah cakap sebelum ni.
ct tak mampu nak bermain main dibelakang orang yang tersayang. if ct sayang dia...ct akan jaga dia macam ct jaga arwah abah sewaktu hayatnya. kecuali kalau orang yang ct sayang bermain dibelakang ct...ct akan membuat apa yang perlu dia rasai.

sayang ct pada seseorang bukan mainan semata mata..
ct menerimanya bukan kerana harta....
ct menerimanya bukan kerana kesenangan ct...
ct menerimanya bukan kerana wajah...
tapi ct menerimanya kerana harta hatinya...
ct menerimanya kerana kesenangan dia menerima ct...
ct menerimanya kerana iman dan takwanya terhadap agama.

itu seindah cinta yang perlu dinilai. bukan dinilai dari mata kasar..tapi dinilai dari mata halus sendiri. keindahan yang terpancar perlu diperlihatkan sebaik mungkin. jangan menilai orang melalui apa yang ada pada diri mereka. jika mereka boleh berlaku jujur dan setia. kita perlu hargainya. cinta akan dirinya perlu diseimbangkan dgn cinta akan diriNYA. itu perlu.

ct sentiasa duduk dan berdoa kepadaNYA...supaya ct dan amir disatukan dalam keadaan yang baik dan direstui oleh kedua belah pihak. ct tak nak semua ini hanya mimpi kami semata mata. keindahan yang kami ciptakan....kami harap disemadikan secara indah jugak. biar ianya diakhiri di tempat yang sepatutnya. bukan sebaliknya.

sebaik baik manusia adalah manusia yang jujur pada katanya...
sejahat jahat manusia adalah mereka yang menipu pada kata katanya.

itu yang ct pegang dalam hidup ct. apa yang telah ct lakukan..ct harap dapat diperbetulkan dan dimaafi. setiap orang ada melakukan kesalahan. tidak kira sebesar mana...tapi itulah yang kita harapakan dari diriNYA. ct berharap semoga apa yang ct lakukan ini dapat dipertingkatkan amal dan ilmu yang diajari oleh kedua arwah abah dan mak. dan ct mohon restu dari arwah mak dan abah ,serta arwah mama ( mak amir )..merestui hubungan kami. seterusnya kepada kedua belah pihak. ini yang ct inginkan dalam hidup. amin...

No comments: