Monday, July 13, 2009

cinta....

hemm...
apa sebenarnya makne cinta?
cinta itu buta?
cinta itu membutakan?
cinta itu indah?
cinta itu suci?

dan
macam macam persoalan yang bermain diminda seseorang apabila kita bercerita tentang cinta.

tapi hakikatnya....
apa itu cinta? adakah ia memerlukan pergorbanan yang besar seperti mengetepikan keluarga dan agama? adakah ianya hanya bermain diminda sahaja? atau adakah ianya hanya satu kata untuk memberikan kehidupan sebenar pada setiap insan?

kita semua tahu itu cinta. tapi secara amnya..masih ada orang tidak memahami erti cinta sebenar. begitu juga dengan aku. walaubagaimana pun , perkara ini boleh dipelajari dan dirujuk dengan yang pakar dan mentelaah bahan bacaan.

emmmm...
jom kita tengok..beberapa orang mentafirkan erti cinta sejati dan sebenar...

"cinta itu indah...tiada orang dapat nilaikan secara amnya bila mereka memperolehi cinta yang dikehendaki. tapi....sejauh mana cinta itu. ianya mestilah direstui oleh keluarga. mana mungkin kalau cinta itu bertahan kalau tiada restu."

"cinta itu adalah kebahagian setiap insan yang mendapatkannya."

"cinta perlu diseimbangkan dengan agama dan keluarga."

"tanpa cinta yang direstui...kita tidak akan bahagian dunia dan akhirat."

"cinta yang menghormatio pasangan dan tidak mmebawa pasngan itu kejalan kemungkaran...dan boleh membimbing dari buruk ke baik tu lah cinta sebenar"

"cinta itu perasaan anugerah tuhan, fitrah manusia.
cinta bagaikan masa, cinta bagai kan pedang, cinta bagaikan pizza,
kalau lambat ia akan terlepas, cinta boleh membawa kebaikan, boleh bawa keburukan, cinta kena la ambik, kalau biaq akan basi..."

"cinta amat mhal tkrifnya,itulah yang di ftrah oleh Allah kpda hmbanya. . .Cinta hanya t`tlis pda p`ktaan tpi ggal dilhat pda zahirnya. . .Krna cinta itu tnggngjwb di mna wjudnya kstiaan dah kjujuran di dlm nya. . .Ingat pda yang stu,jujur pda yang kasih,kasih stia,stia pda yang rindu,rindu pda yang mnyayangi mu. . . Cinta xkan dtang klau xdicari cinta juga xakan dpt klau tiada sape yang m`beri. . Tpi m`cri biarlah pda yang sudi,bukan memnta pda yang smpati. . ."

"cinta itu perlukan landasan. ianya diibaratkan seperti keretapi. kalau tiada landasan. susah untuk ianya berjalan dan susah untuk kita mencari hala tuju. tanpa landasan yang betul kita akan tersesat. begitu juga dengan cinta."

"cinta datangnya dari hati dan perasaan yang diibaratkan seperti bunga berkembang. bila ianya dijaga...semuanya cantik. tetapi kalau ianya tidak dijaga. alamat....buruk laa bunga tersebut."

"cinta datang dan pergi. cinta yang tulus datangnya dari jiwa yang ikhlas. cinta yang kukuh dengan kebahagiaan datangnya dari restu dan berkat dari ilahi."

itulah antara kata2 orang awam tentang cinta. jadi kenapa ada segelintar golongan kita berkata. cinta tidak memerlukan apa apa. cinta tidak ada kaitan dengan kelurga dan agama. tiada siapa yang berani mengatakan cinta itu lahirnya dengan sendiri tanpa ada bantuan dari ilahi. jika ada yang mengatakan ya. bagaimana? sedangkan kita dihidupkan dengan adanya jantung dan hati. kita dilahirkan dengan adanya perasaan sayang , kasih dan cinta, dan sebagainya. semua ini adalah anugerah Tuhan yang maha perkasa. tidak kira islam atau sebaliknya. setiap orang percaya cinta itu tercipta apabila tuhan telah menemukan mereka dengan pasangan yang sesuai. tuhan telah memberikan mereka perasaan kasih dan sayang.

apa yang perlu kita tahu sebenarnya. cinta itu tidak akan terjadi dengan sendirinya jika tiada Allah yang melahirkan perasaan demikian kepada kita semua. kenapa kita mesti menolak dan mengetepikan keluarga dan agama semata - mata untuk mendapatkan cinta yang diidamkan? mengapa kita harus berfikiran begitu? mengapa kita sanggup mengetepikan mereka? dan mengapa kita tidak menghayati cinta itu sebenarnya datang dari ilahi dan kita pelajari semua ini dari keluarga kita sendiri.

jangan kita abaikan segala2nya kerana cinta.

No comments: