Wednesday, March 11, 2009

Jawapan yang kian hampir.

Hemm….
Macam mana nak cerita ekk..
Actuallykan…skang ni dilemma yang dihadapi kian mendapat jawapannya.

Emmm….
Cuma nak tunggu respond je…
Hahahahahahha…

Tak tau laa..kalau dipikirkan…banyak persamaan.
Cuma benda ni dalam sedar atau tidak jelah. Disebabkan aku jenis suka mengkaji akan sesuatu benda tue..so…….
Banyak sangat2 persamaannya.

Hemmm..
Cuma dilema ni akan terjawab munngkin lepas aku balik umrah. Harap macam tue la..
Amin..

Benda ni pun dah diusulkan daripada banyak pihak. Terutama walidku….emmm…

Thank abah…banyak benda yang ct belajar dalam perjalanan hidup ni dengan abah..nak2 soal bercinta dan kasih sayang. Walaupun abah lelaki…tetapi u are my best friend….segala2nya masalah ct…ct cerita dengan abah…dari soal kehidupan sampailah ke soal cinta ct…..thank so much…….love u so much abah…

Cuma skang ni….aku kena bersabar dan menunaikan apa yang wajib. Dan menjalani kehidupan dengan penuh tawaduk. (ceh..ayat…hahahhahaha)

Betul cakap orang…ada yang lagi terbaik untuk kita if kita dah break up…hemm..benda tu dah nampak depan mata pun. Cuma perlu membuat pilihan yang terbaik je skang ni. Bak kata abah…pilihan yang betul dan tepat dalam hidup memang akan mendatangkan kerumitan buat sementara. Tapi…bila sesuatu pilihan tue dah ditemui jawapannya..emmm insyaALLAH semua akan berjalan dengan bek. Cuma perlukan kesabaran dan kesungguhan saje..coz benda ni akan banyak halangan yang melanda. Emmm…

Kalau dulu selalu cakap dgn member…apelah susah sangat nak pilih…pilih jelah si A…
Ha…..skang ni….dah kena kat batang idung sendiri..hambik ko…padan muka..

Cuma skang ni……dari pihak Si A jelah tak dapat lagi respond dia….
Hemm..

Hemm…siapa A? siapa B?

Kenapa dia diberi A dan dia diber B?

Emmmm….
Biarlah benda ni secara beransur2 mendapatkan jawapannya..n diharap bila aku balik umrah…semua ni akan selesai…dan diharap gak impian dan target aku akan tercapai dalam masa 3 tahun dari sekarang…

Wah!! 3 tahun tue……emmmm….
Macam kenal je ayat tue…
Tapi nak buat macam ne…dah tue target aku dari 2 tahun lepas…
Actually aku dah target 2 tahun lepas…so..bermakna….total target aku is 5 tahun dari tahun 2007……

Ape target aku…
Berapa banyak target aku…
Hahahahhahaha..
Kalau ikutkan….ada laaa 10…target untuk 5 tahun ekk..
Hehehehhe…
Meh tengok senarainye…

Emmm…
Target 1….grade on time…(target lepas)
Target 2…dapat pengurangan bayaran pinjaman MARA (target lepas)
Target 3…belajar fotografi dengan cepat dan faham (target lepas)
Target 4…buat bisness fotografi ( dalam proses )
Target 5…mengajar fotografi pada orang len ( dalam proses )
Target 6…g umrah (insyaALLAH lagi beberapa hari je lagi)
Target 7…cari pembimbing & teman idup yang betul betul sesuai ( dalam proses )
Target 8…bertunang dalam tahun 2009 atau 2010 ( target belum tercapai)
Target 9…kawin 2010…(target belum tercapai)
Target 10..beli asset sendiri..kereta , umah , camera DSLR yang best..(target belum tercapai)

Hemmm…
Tu target aku dalam masa 3 tahun dari sekarang dan 5 tahun dari 2 tahun lepas..
Hope sangat2 target ni tak tersasar sangat. Kalau tersasar pun….sasar cikit laa..hehehheheh..setahun dua jelah…tapi tu pun dah kira lari bajet target tue..emm..coz after 3 tahun ni..ada lagi target 5 tahun kemudian.hemmm…

Cuma target 8 n 9 tue agak berat gak laa….macam susah nak capai pun ada…emm..lagi pun target yang disusun ni pun..actually dari budi bicara keluarga gak. Emmm….
Kenapa target 8 n 9 tue nak masuk dalam target…
Hemmm…
Pasal benda ni memikirkan hal abah….sian abah…

Abah sentiasa berpegang pada janji….
Kerana aku gak…abah banyak berkorban…kerana telah berjanji dengan arwah mak…abah tak pernah abaikan janji abah pada mak..

Ape janji abah pada mak?
Abah janji….selagi ada anak dibawah tanggungan n jagaannya….abah takan g mana2 takan tinggalkan…so…dalam soal ni…aku rasa bertanggung jawab.

Macam mana tak kena tanggung jawab..
Kalau dah aku sorang je tak kawin lagi….terbantut semua apa yang abah nak buat. Yelah…nak dok mekah kat sana pun….abah pikir 2 3 kali…coz abah nak beramal kat sana..tapi bila memikirkan aku yang masih bujang…emmmm…

So……tahun ni gak…aku kena berkerja keras untuk target 8 & 9..
Alih2 aku dah dapat menjejaki kaki ke tanah suci mekah…
Aku harap…..tahun ni…..tahun depan….semua dapat tercapai akan target aku.
Emmmm…

Cuma skang ni…..
Aku menanti jawapan yang kian hampir terjawab.
Cuma tak tau bila iannya akan diselesaikan.

Antara masa depan dan cinta?

Betul cakap abah……
Seseorang wanita perlu keja masa depan…kerana dalam masa depan tue akan tercipta cinta tanpa kita sedari…..
Kalau keja cinta….tak tentu masa depan akan menjamin kehidupan dengan sempurna.
Tapi……
Biarlah benda ni dapat jalan menyelesaiannya dengan teratur dan sempurna..

Soal jodoh ni…
Kena sabar sikit….kalau tak sure…buat laa solat istiharaq…
Itu apa yang arwah selalu pesan pada kami semua…
Sesuatu yang tak pasti…sama ada soal jodoh atau sebagainya…
Solat istiharaq adalah jawapan yang terbaik untuk kita mendapatkan jawapan akan sesuatu persoalan.

Cuma apa yang pasti…
Kalau jawapan si A akan memberikan respond yang positif….
Mungkin akan ada satu ikatan yang suci dan diredhai olehNYA.
Amin…..

Itulah jawapan yang kian hampir aku menemuinya.

No comments: