Thursday, June 10, 2010

OTAK....HATI..DAN JIWA

Hemmm…
Lepas training netball tadi.. g jumpa member sat sal nak dapat kata putus sal job hari sabtu n ahad ni. Alhamdulillah…dia ok. Everything semua ok. Emm..
Mujur tadi tak kemalangan dengan motor. Tak tau kenapa.. kepala ni dipikirkan sal ape pun tak tau. Macam macam ar…mujur ada member sebelah. Emmm..
Penumpuan pada netball berjalan dengan baik. Masa training semua ok. Berjalan lancar. Cuma lepas training macam tak tau arrr…..kepala ni memikirkan sesuatu sehingga tak boleh nak tafsirkan. Dalam hati rasa lain…dalam otak pikir lain…dalam jiwa macam meminta dijawab ape sebenarnya yang diingini.
Tak tau arrr…
Sebab tulah….sampai laa ni tak boleh tidur. Lepas solat isyak tadi….hati rasa sayu dan rindukan suasana dulu. Memang terasa sangat bila keseorangan. Tengah duduk sorang sorang kat tikar sejadah tue. Terimbau kenangan dengan arwah abah. Lepas tue teringat ape yang dirisaukan sal diri ct. emmm. Dalam masa yang sama…..jiwa rasa kosong dan memerlukan seseorang untuk berborak dan manja. Emm…. Teringat pulak seminggu sebelum arwah meninggal. Sempat baringkan kepala kat peha arwah abah. Arwah abah siap usap kepala lagi. Siap cakap lagi…”ni nape manja sangat ni? Macam mana kalau arwah abah tak ada?”….bila teringat arwah cakap macam tue…hati t mesti menjadi sayu dan kadang kala ct boleh menagis sendirian. Memang kadang kadang abang dan akak ct tak perasan semua tue. Sebab ia berlaku bila ct sendirian. Ct tak tau macam mana nak cakap. Memang berbeza rasanya. Kalau dulu ada masalah n ape ape je…ct akan cakap dengan arwah abah. Memang tak ada selindung pape laa.
Skang ni….
Bila abang n akak ct suruh syer…..macam tak boleh….dengan kawan ke….dengan sedara mara ke..memang tak sama macam dengan arwah abah. Kadang kadang ct just dok sowang2 kat tikar sejadah tue….meluahkan apa yang t rasakan. Tapi….emmm….paham sendiri laa. Bila cerita dengan adik beradik…memang lagi lari arrr...susah nak cakap gak. Tak sorang paham sangat. Kadang kadang maksud lain…dipikirkan lain. Emmm… bila cerita dengan member…aduh!! Lagi arrr……ada tue memang boleh arr…tapi sian gak mereka. Takan nak semua diceritakan. Bila cerita dengan sedara…..uuuu…..belum jumpa betul betul sedara yang boleh masuk sekaki….kecuali dengan sorang dua. Tue pun baru baru ni.. bila cerita dengan dia….kira ok laa.. entah laaa…
Yang pasti…
Hari ni dalam hati terasa sayu je n nak menagis……yang pasti…setiap kali hari khamis malam jumaat..mesti teringatkan saat saat akhir arwah abah. Sebab that time ct sorang je bersama dengan arwah abah. Memang pada awalnya orang Nampak ct kuat. Tapi hakikatnya…..ct bukan sekuat orang sangkakan. Sebab ct dah berjanji dengan arwah mak dan abah…ct takan sedih berpanjangan….so..ct try kuatkan diri t dengan macam macam aktiviti. Macam macam t buat. Termasuk laaa kerja yang t sendiri tak mampu buat. Emmmm…. Sekuat mana seseorang tue. Ada kelemahan tersendiri. Yang pasti….apa yang arwah abah mintak ct buat….alhamdulillah ct dah buat. Kecuali mencari pasangan hidup je. Tue je belum..
Kerana sikap arwah abah sayangkan keluarga…arwah abah pernah rasa serba salah sebab tak dapat turun ke kenduri tunang kak nana ( anak mak anjang , akak pada arwah). Arwah pernah cakap….”nana kawin abah harap abah sihat. Abah nak turun. Tapi..kalau abah tak sempat tengok. Ko turun awal ct. tolong mak anjang kat sana.” Atas sebab demikian…ct turun awal kerana permintaan arwah abah. Emm..
Banyak arwah pesan kat ct sampai kadang kala ct menangis sendirian. 2 hari sebelum arwah meninggal…arwah nak sangat tengok menantu last. Sampai abah cakap…”sempat atau tak.” Memang sepanjang 2 hari tu ct dengan abah boleh berborak sampai awal pagi. Arwah abah nak tunaikan janji yang pernah dicakapkan pada arwah mak.” Selagi ct tak kawin…abah takkan tinggalkkan ct. kemana abah pergi….ct akan abah bawa. “ sepanjang 2 hari ct duduk dengan arwah abah. Tu yang dikatakan. Tapi….masa ct tengok abah nak mengakhiri hidupnya…ct tak sanggup nak cakap apa2. Just ct mintak….abah jangan risaukan ct…dan apa yang abah janji dengan arwah mak…jangan dipaksa. Dari mesin tue ct tengok berlawan meternya….ct berinteraksi dengan abah secara perlahan. Lepas ct cakap macam tu.. barulah meter dimesin secara perlahan lahan menurun. Masa tue memang t kuatkan diri dengan apa yang t tengok. Walau pun doctor cakap mereka akan sedaya upaya dan buat bantuan 45 minit..ct yakin…abah dah pun berada dialam lain. Sebab tue bila doctor tarik t pergi ke hujung wad dan temuramah ct sal adik beradik semua..ct dah dapat agak apa akan dikatakan doktor. Bila doktor cakap abah tak ada…ct senyum dan ucap terima kasih. Sambil berlalu dari doktor…tanpa ct sedari..air mata mengalir pelahan lahan. Ct memerhati dari jauh dan masuk kedalam dan mengemas barang. Masa tu juga ct menelefon semua adik beradik n sms sedara mara. Hanya ALLAH saja tau macam mana ct rasai time tu.
12 tahun ct dapat bermanja dengan arwah mak….dan 12 tahun ct dapat bermanja dengan arwah abah. Setakat 24 tahun saja t dapat bersama dengan mereka.
Memang kalau nak cerita….kesedihan yang dirasai oleh ct tak teruk mana. Tapi kalau diimbas balik….tulah yang akan ct rasai. Menagis dan sedih akan berlaku pada diri t bila terimbau seminggu sebelum pemergian arwah abah. Tak tau macam mana nak cakap dan luahkan. Sebab tak semua apa t cerita dapat dikeluarkan melalui ayat.
Apa abang cik cakap kat ct….rasanya dah terasa.
Abang cik pernah cakap…”one day….ko akan terasa sunyi dan memerlukan seseorang teman hidup. Sebab hidup ni takan cukup sempurna tanpa pasangan. Lelaki dan perempuan dihidupkan untuk menjadi pasangan. Carilah sementara boleh.”
Betul cakap abang cik…semakin lama..semakin terasa. Cuma tak semua orang faham apa yang dirasai. Tapi….bukan mudah untuk mencari pasangan yang diciptakkan untuk diri kita. Teringat t dengan 1 ayat…” sebelum kita bertemu dengan yang sesuai dan betul…kita akan berjumpa dengan macam macam ragam orang. Dan bukan senang untuk kita berjumpa dengan pasangan yang benar benar untuk diri kita. Mungkin ada yang mudah berjumpa jodoh mereka..tapi sepanjang tempoh dalam kehidupan seharian mereka…akan ada kesukaran. “
Tapi…
Bagi ct….ayat tu boleh digunakkan.. Cuma terpulang pada diri masing masing.
Sekarang ni…..ape perlu ct lakukan….mencari apa yang sebenarnya yang menghantui ct dalam masa seminggu dua ni. Macam ada benda tak kena. Otak pikir sesuatu..tapi tak boleh nak tafsirkan..hati rasa sesuatu….pun tak boleh nak menceritakkannya…jiwa terasa seperti erkkk…tak boleh nak cakap. Hanya diri ct je tau macam ne dirasai. Cuma apa yang ct nak cakap…… ct sendiri tak tau apa jadi dengan t ni. Rasa dalam kepala kosong….tapi ada benda. Macam mana tue? Entah laa…

No comments: