Wednesday, June 2, 2010

pilihan raya P094

Huhu….
Setelah sekian lama ct tak pergi menjadi jentera pilihan raya. Kali ni ct tebabit sekali lagi bagi kawasan ulu Selangor. Cuma kali ni tugasan yang diberikan agak mencabar dan kena dengan jiwa ct. ct telah ditugaskan menjadi jurugambar untuk umno wilayah persekutuan. Alhamdulillah macam macam pergalaman ct rasai. Memang time pilihan raya ari tue ct perlu menjadi seorang yang lasak dan berjiwa kental. Sebab macam macam dugaan ct kena tempuhi.
Kata orang….seorang jurugambar tue perlu kuat mental,fizikal dan lasak. Yek..memang betul. Time pilihan raya ari tue telah mengajar ct untuk menjadi seorang jurugambar yang lasak. Memang orang cakap untuk ct menjadi seorang seperti puteri itu tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sebab that time ct perlu menjadi selasak lasaknya dan menjadi seorang yang cepat berfikir.
Banyak banyak pengalaman ct…
Pengalaman nak ambil gambar PM paling berharga dan payah. Kerana ct ada tugasan untuk mengambil gambar dikawasan lain, Ct tiba di kawasan PM kunjungi agak lewat. Walaupun lewat..ct tak pernah nak putus asa. Disebabkan saiz ct kecik dan agak rendah…ct gunakan apa yang ada untuk membolehkan ct tangkap gambar. Yang paling tak boleh tahan…ct menangkap gambar PM dengan berdiri atas meja. Kang kalau tak tangkap gambar PM bos marah. So…macam mana susah dan payahnya..ct tetap dengan tugasan yang diberikan. Macam mana , bagaimana dan apa caranya…benda tue ct kena bertindak dengan cepat. Serius…..tugasan jurugambar orang Nampak senang. Tapi hakikatnya sebaliknya.
Yang tak boleh bla….
Ada pulak sorang pemuda ni cakap…
“ala…keja ko senang…tangkap gambar je. Then hantar.” Pergh!!!! Panas je ct dengar..
Ada pulak cakap…
“ko tue kecik laa…tak sesuai jadi jurugambar. Pendek.” Memang buat tahap kesabaran ct tercabar.
Dalam hati ct memotivasikan diri.
Soalan pertama ct jawab dengan bro tue.
“memang Nampak senang. Tapi lepas tangkap gambar ni..korang boleh rehat. Ct kena buat editing. Memang korang Nampak senang. Tapi hakikatnya….jurugambar ni laaa kena lasak n kena berasak dengan media lain. So…rasa2nya keja siapa lagi susah.” Alhamdulillah..bro tue terus diam. Sebab dia tak Nampak kerja yang sebenar. Cuba dia berada di tempat t. memang best kan.. hehehhe..
Untuk soalan ke dua.. ct just memotivasikan diri.
“bagi ct tak ada yang tak boleh selain kita berkata pada diri kita sendiri..TAK BOLEH. So…pada orang yang cakap dengan ct. ct tak mampu n tak boleh jadi jurugambar sebab kelemahan ct ada. Mintak maaf pada orang tue. Kecik dan rendah bukan 1 kelemah bagi t. biar kecik dan rendah…tapi kami senang nak menyelit dan kami sentiasa di hadapan. Itu je yang ct memotivasikan diri if soalan tu berulang lagi.”
Macam macam pengalaman ct terima dan paling menyeronokkan..ct banyak berjumpa n dapat ilmu dengan ramai jurugambar. Terutama dengan uncle Mazlan. Jurugambar datuk sharizat. Memang ilmu yang diajar ct gunakan. Banyak benda yang boleh ct pelajari dari beliau. Dan salah seorang jurugambar yang ct tak lupa n still ber fb dengan dia. Abang chiko. Heheheh…jurugambar putri Malaysia. Memang best arr bro. sentiasa bagi ct dihadapan. Sentiasa beri peluang ct masuk dulu. Thank bro.
Sepanjang 11 hari ct disana. Banyak kenangan dan pengalaman ct rasai. Dan paling menyeronokkan…team ulu Selangor kali ni. Memang the best. Korang memang slamber n rock. Ct suka sangat berkerja dengan team kali ni. Even dah abis PRK…tapi kami tetap berhubung. Walaupun tak semua…tapi team kami tetap kuat n lasak. Terutama pada ketua jentera putri. Kak wani….love u arr kak wani. Memang akak yang best n care.
Apa apa hal pun…pada badan perhubungan umno wilayah…team jentera putri kali ni..memang the best. Memang tak banyak kerenah. We all love each other. Thank to datuk mus , uncler zahrin n abg dino. Coz bagi peluang t jadi jurugambar untuk wilayah n cover datuk sharizad. Thank to all of u.

No comments: