Wednesday, May 6, 2009

APA SEBENARNYA...

Apa sebenarnya??tajuk kali ni…
Weeeeee….enggak mengerti seh..

Actually sebenarnya tak ada apa pun. Cuma kadang2 hidup ni perlu diteruskan dengan pemikiran yang positif. Walau apa yang terjadi. Jangan letakkan diri anda di bawah atau pemikiran kearah negetif. Make it happy. Even masa tensen pun. Wahahhaha.. gila betul dak siti ni. Macam mana nak happy kalau dah tensen. Hehehhe..

Sebenarnya senang je nak happy balik.
Ni kalau ikut cara aku laa.
Kalau nak hidup dengan pemikiran yang sentiasa positif dan happy. Jangan kita bebankan diri kita dengan tekanan kerja dan tekanan yang dibebani. Semua orang ada tekanan. Aku pun ada gak. Sape kata se happy2 aku tak ada tekanan.. ada oooo.. Tanya laa kawan bek aku. Meka tau je apa tekanan aku. Cuma kadang2 tak semua aku ceritakan. Ada benda boleh diceritakan ada benda yang patut disimpan.

So..
Berbalik pada cerita tadi.. macam mana tak nak tensen ekkk..
Senang je. Bila kita buat keja….anggap keja yang dilakukan itu adalah sebagai duit. Bila dah settle dan kerja pun sempurna. Dapat laa gaji. Lepas dapat gaji….pandai2 laa bajet semua. Bajet juga perlu dilakukan untuk membuatkan diri tak tensen lepas ni. So..pandai2 laa bajet. Selain itu kerja yang kita lakukan boleh dianggap sebagai teman rapat kita. Kita tak membuang masa pun sebenarnya dengan kerja ni. Malah dengan kerja yang kita lakukan kita dapat hasilnya. Cuma bila kerja yang dilakukan itu ikhlas , semua hasil yang diperolehi akan mendapat respond positif. Yeah!!!itu yang kita mahukan dan itu yang bos kita mahukan. Betul tak?

Tekanan kerja tak ada laa seirus mana pun.
Cuma bila dah kena date yang perlu dihantar jelah jadi bebanan. Actually semua ni boleh dikawal dengan kesabaran. insyaALLAH…boleh dilakukan. Bos pun satu… bila anda jadi bos tue tolong2 laa tengok orang bawahan tu. Jangan laa bagi keja semua last minit. Sama2 kita buat. Even kita bos pun….sama2 kita lakukan. Pasal kalau buat sama2 pun tak rugi mana pun. Syarikat awakt maju,nek nama,awak pun dapat hasilnya. Malah perkerja awak pun akan lebih suka pada awak. Cuma jangan terlampau sangat. Pasal silap2 ada perkerja tue buat diri tue jadi kuli balik.

Tekanan keluarga…
Hahahhahaha…. Keluarga pun ada tekanan ke? Macam kelakar pun ada. Tekanan apa? Tekanan suh kawin? Tekanan suh cari duit banyak2? Tekanan adik beradik semua…hahahhahaha… actually semua tu bukan tekanan. Itu namanya tanggungjawab dan cabaran dalam kehidupan. Tak ada tekanan mana laa. Semua ni adat. Keluarga suh kawin pasal risaukan diri kita. Yelah macam mana mereka tak ada nanti. Sapa nak tengokkan kita. Betul tak? Pasal tu je. Yang penting kita kena yakinkan mereka. Kita boleh berdikari dengan sendirinya. Jangan buat mereka risau sangat. Tekanan suh cari duit banyak2 pun….emm..ni silap la. Rezeki tu ada dimana2. Cuma kita perlu usaha. Dan minta mereka fahami akan diri tu. Tekanan adik beradik….itu bukan tekanan. Itu tanggung jawab sebenarnya. Kita kena bertolak ansur antara sesame kita. Yang penting…jangan gaduh2 dan marah. Apa yang penting…kerjasama. Itu yang mustahak. Hemmm…

SO...
jangan laaa tensen2 dengan kehidupan kita...
semua berlaku ada hikmahnya.. dan yang penting..tanamkan sifat positif dalam diri. jangan merendahkan diri sendiri dan jangan meletakkan diri di bawah. itu paling penting. dan kita kena ingat siapa kita di dunia ni. tak semua akan kekal selama2nya.

yeah......
life is simple....don't make it a big problem.

No comments: