Monday, February 15, 2010

2 3 menjak

Hem….
Dua tiga menjak ni….ct sering teringat pada arwah abah. Kadang2 ct ternagis sorang sorang di rumah. Bila keadaan sunyi.

Kalau dulu…..ct sering bergurau dan merajuk dengan arwah abah. Bila merajuk…port ct suka duduk…atas bumbung. Tapi tu satu ketika dulu. Sekarang ni tidak lagi. Hemmm..

Rindu pada ketawa,gurau dan marah arwah abah sering ct teringat. Bila balik lewat malam je…mesti abah marah..mesti kena dengar ceramah. Kadang2 tak tahan gak. Tapi tu semua untuk kebaikan. Emmm..

Entah kenapa sejak dua menjak ni bila malam je..macam tak ada mood. Tak ada hati nak gelak sangat dan tak ada hati nak borak sangat. Kadang2 terasa sunyi gak bila duduk sorang.

Ada gak terasa macam nak cari seseorang teman…tapi bila teringat sal hal lalu…..cepat je perasaan tu bertukar. Tapi bila dok keluar….sini sana member semua dah berteman. Ada tu dah anak 3…ada tu dah mengandung..ada tue…..berkepit je dengan pasangan masing masing. Jeles pun ada. Tapi…..semua ni ada hikmah. Ada kebaikannya kenapa ct masih bersendiri.

Walaupun ct sendirian….
Tapi ct ada team member fotografi dan kawan2 ct. so…kurang sikit arr rasa sunyi tue. Bila rasa nak jalan…call atau msg member. Then hang out g memana.

Tapi…..
Tak tau kenapa dua tiga menjak ni sentiasa teringat arwah. Mungkin sebab ct terlalu rapat dan manja sangat dengan arwah…tue teringat.

Pernah satu ketika…
Ct berkata dalam hati..
“kenapa Allah ambil mak dan abah ct terlalu awal? 12 tahun ct bersama arwah mak dan 12 tahun ct bersama arwah abah.” Kadang kadang ct rasa macam tak acik je. Sedangkan orang yang baya2 mak abah ct masih ada orang tua nikan ct. tapi bila di motivasikan dalam diri. Semua ni ada hikmah dan kesabaran. Tak semua orang dalam dunia ni akan kekal. Kematian adalah satu perkara yang wajib bakal semua orang alami. Bila dan dimana kita tak tau. Cuma sekarang ni ct kena banyak bersabar dan istifar. Bila dipikir2 balik….ada baiknya juga arwah meninggalkan dunia ni dengan awal. Bukan apa…mereka dapat mengelakkan diri daripada berlakunya hari kiamat. Dan ct berharap….ct , adik beradik dan kaum kerabat ct semua…..meninggal sebelum berlakunya hari kiamat.

Seperti kita tahu… waktu kiamat hanya beberapa orang sahaja yang akan beriman pada Allah. So….disebabkan hal tersebut…ct berharap agar semua family ct tidak ada di muka bumi ini lagi sewaktu hari kiamat berlaku dan kami tetap beriman pada agamaNYA.mudah mudahan..

Hemmmm…..
Bila ct teringat arwah…ct akan motivasikan diri. Tapi bila ct dah down…..orang paling rapat dengan ct akan tolong memotivasikan diri ct. thank pada akak2 , abang2 dan kawan2 ct yang banyak tolong dan beri dorongan. Thank guys..

No comments: