Monday, February 15, 2010

team members

Lama dah tak tulis dalam blog. Ape pulak gelagat ct tahun 2010 kali ni. kalau last year banyak hari hari menyedihkan dan tidak gemar di dengari. Kali ni…ape pulak ekk.

First….
Ops!!bukan first story for 2010… but ni kira second and seterusnya.
Hehehehe…

Ok….

Alhamdulillah..tahun ni rezeki bisness ct dan atie mula bergerak. Walau tak berapa banyak sangat. Tapi kami ambil peluang untuk meluaskan bisness.

Betul cakap arwah abah ct dulu. “ ko dengan atie memang tak ada bakat berkerja dengan orang. Asal korang kerja dengan orang..mesti tak tahan lama sangat. Baik korang buat bisness betul-betul.” Kata kata arwah abah banyak betulnya. Kami selalu sangat aktif dengan kegiatan luaran. Macam rakan muda , putri dan fotografi.

So.. bermulanya tahun ni…..alhamdulillah rezeki budakecik studio sudah nampak. Walau tak banyak.. tapi kami tetap syukur. Harap tahun ni tahun permulaan buat diri kami. Hemm.

Cakap sal bisness…
Ha!!! Ape yang best…tahun ni sedikit sebanyak telah menambah ahli ahli kami. Walaupun belum aktif sepenuhnya.. tapi sebanyak 5 6 orang dapat kami kumpulkan dan duduk dibawah bisness kami. Walaupun bisness ni dipegang sepenuhnya oleh ct dan atie…kami juga terbuka kepada ahli ahli yang berminat dengan fotografi. Bak kata orang putih….”Team members budakecik studio.” Mungkin tahun ni kami akan giat menjalankan aktiviti yang akan mencapai cita cita kami terpendam sekian lama.

To team members kami….
Selamat datang ke kelab budakecik studio. Hope korang puas hati dengan join kelab kita orang. insyaALLAH….kalau ada rezeki kita akan buat trip percutian 2 hari 1 malam atau sebaliknya. Ini salah satu perancangan ct dan atie juga.

Actually sebenarnya kami ni kaki jalan. Fuh!!!kalau dapat tepi laut , kawasan kampong dan tempat berbukit..memang hobi kami untuk terjah ke sana. Tapi….tengok pada bajet. Hehehe..

So…perancangan pertama kami buat masa ni….
Kami akan terjah ke batu pahat atau pun janda baik selepas shoot orang tunang di sana. So…..dengan adanya beberapa orang team member nak join shoot….mereka akan disertakan pakej bercuti ke janda baik. Emmm…. Walaubagaimana pun. Secara mata kasarnya jika dilihat…bukan sahaja ct dan atie bergiat dengan budakecik ni. tapi salah seorang member ct juga sering bersama sama kami. Kalau tak bukan apis. Ramai tak kenal siapa apis..tapi buat masa ni kami biarkan dirinya menjadi salah seorang team members. Bak kata orang…tempoh pratikal diberikan pada beliau sehingga beliau tahan dan mampu untuk membawa nama budakecik studio ke persada lebih luas lagi. InsyaALLAH. Itu apa yang dirancangkan dalam jangka masa yang panjang. Kalau nak diikutkan…..banyak perancangan ct dan atie nak buat. Tapi kami buat dengan apa yang mampu sahaja. Yang pasti…..sekarang ni bukan ct dan atie sahaja yang akan bergerak dengan bisness kami. insyaALLAH dengan izin tuhan……ct , atie dan bakal babynya akan mengerakkan bisness. Cuma buat masa ni ct kena banyak berfikir dan cuba untuk membuatnya dengan lebih teratur dan tersusun. Bukan atie tak boleh…tapi ct tak nak di awal2 usia kandungannya tu..dia penat. Disebabkan ct ada 5 orang kakak yang pernah mengandung dan mempunyai cahaya mata masing masing….ct harap dengan pengalaman ct ada…ct boleh gunakan kepada sahabat baik a.k.a sepupu a.k.a bisness partner a.k.a kembar ct tue secara berpatutan.

Kepada Puan Siti Rabiah Adnan….
Ct dan team member mengucapkan TAHNIAH kerana tak lama lagi kami bakal bergelar Aunty & uncle budakecik studio. Hehehehehhee….

No comments: