Monday, February 15, 2010

ha ha tak tau..tak tau nak cakap....ha ha..

Hemm….
Entah laaa kenapa timbul satu perasaan yang tak pernah dirasai sebelum ni. tak tau sama ada tak pernah atau pernah sekali. Tapi rasa2nya tak pernah pun. Kali ni baru terasa. Tak tau macam mana nak rungkaikan ayat tuk nak katakkan. Yang pasti….perasaan tu lain dari lain. selalu terasa dan terasa laa.

Ct pun tak sure macam mana nak cakap…. Memang tak reti nak tafsirkan. Hanya ct dan diriNYA saja tahu. Cuma apa yang dapat ct katakan skang ni. ct kena banyak2 istfar dan bersabar. Tak tau sama ada perasaan tu akan terus terasa sampai satu tahap yang akan dijangkakan atau pun hanya sementara. Emmmm..

Itulah ct… ada saja luahan nak diceritakan. If ada teman yang memang setia mendengar dan sanggup dengar dan terus mendengar…emmm..alangkah baiknya. Hehehehe. Memang ct tak bagi can arr kat orang tu cakap. Tapi tengok keselesaan ct nak bercerita. Buat masa ni orang tersebut belum lagi ct ketemui. Masih ada perkara yang ct simpan dan belum diceritakan pada orang yang sesuai. Even my best best friends. Sorry guys…tak boleh nak keluar arrr bila buka mulut. Hemm..

Fuh!!!
Lama tul ct tak rasai lauk masakkan kampong. ikan masak lemak cili api, ulam2, dan yang menarik sekali masakkan kampong kalau ada sambal udang dan ikan bakar air asam. Pergh!!! Memang menyelerakan. Kalau bagi ct salah satu lauk kat atas dengan ulam…..memang layan. Tapi…celah mana ct nak dapat buat masa skang. Sebab yang bestnya kalau ori makan kat kampong dan memang mak mak kat kampong tu masak. Memang layan. Sabar sabar sabar….tunggu bila dapat terjah ke mana mana kampong dan dilayan dengan lauk macam tue. Heheeheh… bukan tak boleh masak. Tapi orang cakap…masakan kampong ni lain rasanya dengan masakan sendiri. Tak tau arr nak cakap. Yang pasti……dan yang memang best…kalau orang yang masak. Selera makan tu rasa lain. tak nak makan kat gerai atau restoran. Tapi nak makan di kampong. Hemmm..

Banyak cekadak pulak dak ct ni. macam macam pek ell yang dibuat. Heheheehe… itulah ct. selagi tak merasainya..selagi tue akan terbayang bayang. Bila agaknya nak p atau perkena. Hehehehehehe.

Skang ni jiwa ct more pada suasana perkampungan dan suasana Fraser hill. Memang kalau dapat tiap minggu kena berselang seli g arah2 sana. Memang syok…hahahahahah. Tapi tunggu destinasi bajet yang sesuai. Hehehehe.

Stop for 5 minute. Ct ada keja nak buat….. jap lagi sambung.


Atie 2 week..

Hahahaha….bertarik 12/2/2010 ct dapat berita paling mengembirakan. Kawan baik ct a.k.a sepupu a.k.a bisness partner….telah pun berbadan 2. alhamdulillah….setelah hampir 3 bulan selepas dia kawin. Dia telah berbadan 2. suka sangat ct dengar. Tahniah atie. Nampaknya rezeki ko akan bertambah lepas ni. rezeki anak katakan. Hehehehe..

Malam 11/2/2010 tue…
Ct sempat tengok cerita tangkap muat kat astro. Dalam kepala ct terpikir. Macam mana kalau atie mengandung ek.. hehehehe. Still boleh berfesyen dan bermake up atau sebaliknya. Orang cakap.. kalau dia pembawa anak perempuan…dia suka berdandan. Tapi kalau dia pembawa anak lelaki. Sebaliknya. Heheheh..tapi tu cakap orang.

Esoknya…lepas ct ambil apis kat umah dia. Boleh lak atie msg nak jeruk mangga n asam. Bagi ct tak ada ape peliknya. Atie dan ct memang suka makan masam2. hemm…

C apis pulak….boleh cakap.. mungkin pembawa budak ni. yang ct tak pikir ape2 pun. Sebab bila ct atau atie nak period..memang tabiat kita orang akan mengidam nak makan sesuatu. Bila dah dapat…tup tup tengok arr 2 3 hari lepas tue. Tak pun sehari lepas tue. Memang kompem akan period. Hehehehehe. Sampai sampai kat opis atie ct singgah kedai beli asam. Jeruk mangga tak ada. So beli arr asam ape ada.

Masuk opis atie….dia boleh cakap…
“Aku ada berita gembira. Aku mengandung. Cuba teka berapa ?”
Hehehehe…..ct happy je dengar.. dengan selamba ct pun cakap…
“2 minggu.”
Atie senyum dan angguk. Yeah!! Memang betul tekaan ct. c apis pulak cakap.” kan betul aku cakap….pembawa budak c atie ni.”
Aku senyum je. Emmm… nampaknya tak lama lagi team budakecik ada ahli baru dan paling kecik. Heheheheh…yeke? Kena Tanya dengan mama dia dulu.

Yang pasti….
Skang ni ct dah boleh gunakan balik nama “ mama buyut” pada atie. Kalau dulu sape2 member ct mengandung…akan dipanggil mama buyut. Dulu wani…skang kat atie pulak. Nampaknya kawan2 kebanyakkannya dah ada anak dan dah ada family masing2. dalam usia belum mencecah 25 tahun tue. Ct pulak? Bila tah. Umur dah nak masuk 24 pun…belum jumpa calon2nya. Entah jumpa entah tidak. Tak tau arr.. semuanya ada tak kena. Tapi…sejak dua kita menjak ni…..timbul satu perasaan yang ct sendiri tak tau nak cakap dan tafsirkan. Hanya ct boleh rasainya sendiri dan diriNYA saja tahu. Tapi perasaan tu timbul bila ct duduk sorang sorang dan bila ct dengan salah seorang kawan2 ct. siapa tue….ct kena simpan dulu. If betul dia jodoh ct…..akan diberitahu. Selama ct bercinta dan berkasih dengan jejaka2 sebelum ni…perasaan macam tue tak pernah timbul. Cuma dengan kawan ct sorang ni je. Tak tau macam ne boleh rasa. Tapi…macam ct cakap sebelum ni…tak tau sama ada benda ni akan berterus sampai satu tahap atau hanya sementara. Harap2 ianya berakhir dengan baiknya. Amin.

Balik pada atie..
Ct memang tak tau nak cakap ape. Ct happy sangat bagi diri dia. Memang ct tak boleh nak cakap apa2 bila ct dapat tau kawan2 ct bakal menjadi ibu. Sebab bila dah jadi ibu ni..sikap masing2 akan berubah dan seterusnya rezeki anak tue akan bertambah.

Pada atie…
Ct cukup gembira dengan berita yang disampaikan. Semoga semuanya selamat sehingga bbynya membesar dengan sihat. Amin.

Pada ct..
Sabar dan tawakal. Ada jodoh…Cuma kena usaha sedikit. Sabar ekk..
Hehehehhehe….cit!!cakap dengan diri sendiri pulak. Hahahahhahahah..ni laa perangai ct. weeee~

No comments: